Monday, March 22, 2010

Update yang setelah sekian lama..

Salam,

Maaf saya selalu menyepikan diri semenjak-dua menjak ni. Serius saya katakan, banyak yang saya mahu kongsi dengan anda semua.. Tapi apakan daya, tangan saya ni ada dua je. Ada banyak perkara yang berlaku kebelakangan ini. Setelah penat-lelah berkampung di PWTC tempoh hari (yangmana saya masih menyimpan gambar pelamin baru kami), saya memerlukan masa untuk mengemas kedai yang berselerak (ye, ini kerap-kali terjadi setiap kali lepas event) dan yang mana saya secara pantas dan tuntas kena paksa tailor siapkan baju nikah lelaki yang seorang client saya ni confirm di saat akhir, kemudian tiba-tiba tup-tup this week saya dah busy balik meng-prepare barang untuk Cik Zura Sweet Design kita (yang bakal melangsungkan perkahwinan hujung minggu ini).

Kemudian, saya kena cek satu persatu semula blog-blog contestant kami. Dan waktu saya cek secara teliti tu, baru saya sadar akan ada beberapa blog yang saya suka tidak cukup syarat :(owh, keciwa!).. Tidak mengapa, mungkin ini bukan rezeki kamu lagi..

Dan sekarang ni, saya gigih mencara tailor yang betul-betul berkemampuan melayan karenah saya. Ha ha. Jangan ingat kamu-kamu brides-to-be sahaja yang ada masalah ini. Kami, butik andaman pun ada masalah yang sama. Kalau kamu bridezilla, kami selaku butik andaman ni bolehlah di panggil godzilla je terus. Tapi gunung berapi saya masih di tahap terkawal. Ok, maybe lepas ni saya akan menjebakkan diri untuk mencuba apa yang cik Xora kita promote. Harapnya rezeki saya berkongsi tailor dengan kamu adalah cerah. :)

Ok, last but not least (macam karangan budak-budak kan?) Ahaha.. Saya nak update sikit gambar client saya di Bangi tempoh hari. Gambar-gambar di snap oleh saya dan hubby. Bagi yang masih tidak tahu, saya hanyalah second fotografer. Kalau jadual saya benar-benar kosong, barulah saya join suami saya meng-snap fotografi. Jika tidak, memang dalam pakej fotografi kami hanya seorang fotografer sahaja. Kiranya, saya ni jurugambar sampingan je lah (tapiii, yang penting dapat gaji! yay! hehe).. Jom, tengok gambar yang saya dan suami gigih snap.


Amira & Khairul menggayakan busana Jojet silk putih manik pink + silver untuk majlis pernikahan mereka.

Khairul ni memang peramah, before nikah pun macam rilek je lagi. Hehe..

Selalu orang tanya saya, aksesori spider tu macamana? Haa, macam ni la, ok? Selalunya sesuai untuk majlis pernikahan atau pertunangan.

Belum siap sepenuhnya pun dah cantik. :)




Memang la cantik, Lya gigih make up bersungguh-sungguh tau.

Untuk outdoor ni saya tak ada untuk snap picca, saya ada hal. Baju potong kek ni Amira tempah sendiri.





Amira yang sangat-sangat pemalu. I mean, real pemalu. Bukan senang ok, nak suruh dia posing depan kamera.

Untuk dapatkan quotation harga sesi fotografi, bolehlah contact Mr. Sebumbung di talian 012-3445672. Atau email ke sebumbung@yahoo.com atau terus ke blog beliau http://www.sebumbungfotografik.blogspot.com/ ok?

4 comments:

  1. whoaaa~chanteq nyew gmbr2 outdoor tu!credit to sebumbung fotografik~

    p/s:ouh..cenggitu rupe nye aksesori spider.nice!
    suke!

    ReplyDelete
  2. Kak Dina, serius mmg cantik gambar ni. Baju nikah tu dari kedai akak ke? nak tgk lg.. n gambar pelamin jugak. Byk songeh tol sy nih. hihi

    ReplyDelete
  3. pakcik sebumbung memang terel la.
    kagum betul.

    ReplyDelete
  4. hi nad darl... nak pic2 mira nih bule tak?. nak upload at ma blog.. :) tenkiu loads..loads.. muahs!..

    ReplyDelete