Showing posts with label tajaan pelamin. Show all posts
Showing posts with label tajaan pelamin. Show all posts

Tuesday, August 3, 2010

Dina Halim penaja Pameran Pengantin Malaysia @ MVEC 2010

Salam,

Facebook Dina Halim masih memberikan masalah. Saya tetap tak dapat recognize sesiapa dalam picture yang di tag. So, camne ni? Maaf kepada yang mesej atau menunggu saya approve sesiapa antara kamu.

Hari ni saya nak upload gambar dari Pameran Pengantin Malaysia di Mid Valley Exhibition Centre tempoh hari.

Pelamin ni combination pelamin tiang bulat dan kiri-kananya kami guna panel tiang Roman. Ayah saya ada bagi nama, tapi kanggg..ada anonymous yang terlebih prihatin tersedak kang. Haha. Tapi, bak kata auntie saya "ada aku kisah.."
Kadang-kadang saya bagi nama kepada pelamin kami untuk kesenangan para customer jugak. Sebab selalunya customer yang telefon, akan blur-blur tak tahu nak bagitahu pelamin mama satu. Karang, saya bagi nama pelamin 'cinta ku yang teguh berdiri' kang..Orang gelak pulak..Lagipun, saya biasanya akan memilih nama yang senang untuk di ingati, ianya penting untuk penghafalan kami juga. Kalau nama pelamin pun dah panjang-panjang susah nak ingat, baik tak yah. Kan?

Pelamin combination ni nama dia
Cinta Taj Mahal
Sapa tak suka, shadap u..I punya produk, I bagi namalah.. :)



Qery berkata : " Waduhh..cantiknya bakal isteri aku"..Tengok tu, mata dia pandang si sepet macam nak terkam!

Make Up by Lya ku sayang..Love your touch dear! Gorgeous sangat!

"Owh~ kacaknya abang Qeryku" sepet berkata dalam hati.. (agaknya lah..haha)

Hana & Qery yang sedang di make up oleh puan Lya kita

Alahai~ Kan comel tu..Ayu je..

Qery & Hana bergambar di tapak pameran kami. Pelamin ini di namakan 'Mini Roman'.
 Lebih simple dari Roman Garden yang sebenar.

Saya, selaku pihak Dina Halim Bridal Boutique ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak penganjur, Urban Vibe Event kerana memberi peluang kepada kami untuk menaja stage kali ini. Terima kasih juga kepada follower blog ini yang sehari ke sehari makin meningkat jumlahnya, walaupun saya mempunyai penyakit 'M' mengupdate blog. Terima kasih atas sokongan kalian. Saya amat menghargainya, setiap detik, setiap waktu.

Salam sayang dari saya yang menghargai anda,
Kak Nad
(^_^)

Saturday, July 24, 2010

Cerita lapuk abad ini : DINA HALIM main sponsor pelamin resepsi ANNE HOT FM.

Salam,


Sepuluh jari saya susun, untuk memohon maaf jikalau saya ada buat kamu tertunggu-tunggu update dari blog rasmi Dina Halim ini. Kalau tak tunggu, tak pe, saya tahu ada gadis yang comel di sana yang tunggu.*wink* hehe..

Ok, saya agak slow update semenjak-dua menjak ni. Maaf ye.. So hari ni saya ingin upload gambar-gambar yang encik hubby saya ambil semasa majlis perkahwinan Anne temph hari.. (errr..ke tempoh bulan? hihi)..




This is comels, me myself love this centrepiece so much. Saya guna Light Pink Hydrangea, dengan tiga kuntum roses. Sengaja saya guna balang bulat ala balang ikan emas ini, untuk mendapatkan efek comel-comel gitteww..

Tema Anne ialah Grey & Pink. Background adalah very light grey, dengan bunga-bungaan bewarna light and dark pink.

Pelamin Roman Garden ni sebenarnya khas di reka untuk Anne. Ia telah di adaptasi dari rekabentuk KGPA itu sendiri. Ayah saya sendiri, selaku designer pelamin ini membuat research secara kasar, dengan melihat buku-bukan Roman Architecture yang dimiliki beliau.

Bagi seorang hamba Allah, yang menggelarkan diri beliau 'Anonymous', yang amat tidak berpuas hati dengan design ni, silalah tampil dengan professional, dan berilah kritikan membina. Bukan dengan menggunakan ayat-ayat yang kelihatan seperti orang tak berpelajaran, dan berharap kejian anda tersebut melemahkan semangat saya yang baru nak menapak dalam industri perkahwinan ini. Apa pun, saya hormati pendapat dan hak individu yang lain juga, saya tahu kecantikan sesuatu benda itu terlalu subjektif untuk di perkatakan. Jika cantik bagi saya, tidak semestinya cantik bagi orang lain, bukan? Jadi, untuk perhatian hamba Allah 'Anonymous' , jadilah manusia yang bersih dari sifat hasad dengki, semoga Allah memberkati hidup anda selalu.

Bagi yang blur si 'anonymous', kalau tak tahu macamana saya namakan roman pillar ni roman pillar, silalah rajin-rajin meng-google-kan diri anda dengan menaip 'roman structure' kat search engine tu. Lagi satu, ketahuilah anda, yang seni itu sendiri adalah abstrak. So, designer tu sendiri yang boleh menerangkan kenapa sesuatu design itu terjadinya begitu dan terjadinya begini. (haaa, kan hamik.. ayat pasar i bagi u)..

p/s : saya mungkin tak se gah nama-nama besar kat luar tu, tapi sekurang-kurangnya saya belajar kalau saya tak tahu sesuatu.

Sekian,

Lots of love untuk orang yang love saya sahaja ; (miahaha..;p )
Kak Nad

Friday, May 21, 2010

Dina Halim Bridal Boutique Penaja Pelamin ANNE HOTFM


Salam,

Ini cerita abad ke lapan belas. Maaf, maksud saya cerita ini agak basi kerana mungkin ada antara kamu sudah mengetahuinya. Kalau yang belum mengetahui, bagus! Hari ini saya nak mengumumkan yang kami adalah penaja rasmi bagi pelamin sanding Anne.

Sila ke http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Menghitunghari/Article untuk cerita lebih lanjut. Oh ye~~ Nanti saya akan upload gambar saya di konti Anne ye :) Haha, seronok!