Saturday, August 13, 2011

Dina Halim Bridal Boutique Vs Sebumbung Fotografik MEGA SALE!

As Salam B2B sekalian...

Alhamdulillah, dah separuh bulan Ramadhan kita lalui.. Macamana dengan B2b semua? Bersempena bulan yang mulia ni, butik kami terpanggil-panggil nak buat MEGA SALE.. Heehee.. Ye la, semua pun nak buat sale Hari Raya kan.. Kitorg pun nak buat jugaklah..

Sebelum tu, saya nak ucapkan tahniah kepada semua pemenang kuiz yang telah di adakan 3 minggu berturut-turut. Pihak kami sangat terharu dengan sambutan yang di berikan.. Atas perbincangan dengan Auntie Dina, saya pun merancang nak buat promotion bagi pelamin terbaru kami. Kalau yang follow Dina Halim, tentu dah tahu pelamin terbaru kami, Pelamin Pelangi Cinta kan..




Poster MEGA SALE kami.. Gambar pelamin PELANGI CINTA seperti yang ada kt poster ni (^_^)

Thursday, August 11, 2011

Dina Halim Bridal Boutique MEGASALE!!

Sila contact 012.344.5672 atau 012.650.9550 untuk sebarang pertanyaan.

Sunday, July 31, 2011

Pelamin Pelangi Cinta by Dina Halim Bridal Boutique

As Salam Dearies,

Hari ni saya nak update laju-laju.. Pelamin terbaru kami yang di reka khas oleh ayahanda saya, Uncle Hassan berinspirasikan bentuk pelangi.. Actually, dari last year dia nak sangat buat pelamin bentuk pelangi.. Tapi tahun lepas mengikut kesesuaian majlis yang kami sponsor, memang lebih sesuai guna Roman Pillars.. Tahun ni dengan penuh debaran saya tunggu pelamin terbaru kami.. Akhirnya, tercapai jua hasrat Uncle Hassan untuk merealisasikan pelamin berbentuk ala pelangi beliau..

Sketch tahun lepas ada beza sikit.. Ini sketch kasar untuk pelamin pelangi tu.. Kalau perasan, cuba tengok kat sketch ni.. Nampak tak panel kiri dan kanan berasingan sebenarnya. Means, kalau stage besar, pelamin ni boleh tarik ke tepi lagi. Maksimum untuk 3 panel boleh jadi 28 kaki. Yang mana, 28 kaki selalunya ukuran untuk pelamin 5 panel kami! Haaaa... Besar tak pelamin Pelangi Cinta ni? Uncle Hassan nak buat kecik dan comel, tapi saya insist jugak nak something yang huge, so bila tengok nampak simple tapi grand..

Jom, jom.. Tengok gambaran yang lebih jelas..

Raw Sketch Pelamin Pelangi Cinta

Pelamin Pelangi Cinta in Ivory, Red & White

Pelangi Cinta by Dina Halim Bridal Boutique dari pandangan depan

Pelamin ni sedang molek siap time Pameran Pengantin Malaysia by Urban Vibe Event kat Picc (Putrajaya) hari tu.. Sesiapa yang ada datang, dapatlah tengok secara 'live' hari tu.. So, kepada sesiapa yang berminat bolehlah contact kami melalui email dinahalim_butik@yahoo.com atau pm di FB kami Dina Halim.. Jangan lupa jugak 'LIKE' fanpage Dina Halim Bridal Boutique ye! (^_^)

Warmest Regards,
Kak Nad

Friday, July 29, 2011

Masyitah & Zul Hasyeem (Pusat Komuniti Bandar Tun Razak & KGPA)

As Salam Dearies..

Lama sangat tak update blog sampai bila nak update tadi tecangak-cangak saya mencari button-button sekalian..Haha! Series..siap macam tak biasa sgt jadinya..

Ini pun saya nak update sikit-sikit gambar pelamin and baju-baju terbaru kami.. Wedding Masyitah and Zul Hasyeem, pihak kami bertanggungjawab membuat job untuk kedua belah pihak. Resepsi Mas bertempat di Pusat Komuniti Bandar Tun Razak manakala Zul pula bertempat di KGPA, Damansara..

Tema pilihan Mas adalah biru dan orange..(Nak eja oren cam tak best je..so tukau orange..hehe).. While Zul pulak pilih tema kuning and grey untuk pelamin, champange untuk kaler baju.. Semua fotografi adalah daripada Cherita Pictures ye.. Saya mengkidnap gambar-gambar ni dari Facebook Mas and Zul..

Jom layan!!







Mas ambil pakej pelamin 'Tru Blue, I Love You', dan add on tempahan baju baru.. Manakala Zul menggunakan pelamin Roman Garden yang mana version roman pillars tu memang pada asalnya kami buat mengikut keseuaian KGPA itu sendiri.. Ingat tak last year wedding Anne HotFm tu? Boleh tengok balik gambar-gambar Roman Garden kat sini..




Baju Eksklusif Champange by Dina Halim Bridal Boutique

Ok last sekali untuk bertandang.. Yang bestnya diorang ni, majlis bahagian Zul dua kali tau.. Satu kat kampung beliau, yang KGPA untuk kenalan kat sini.. So untuk bertandang di kampung Zul, diorang menempah baju songket bunga tabur hijau pucuk pisang dengan kami..



Masyitah mengenakan Baju Songket Bunga Tabur Hijau Pucuk Pisang by Dina Halim Bridal Boutique



Ok korangs, any enquiries bolehlah email kami dinahalim_butik@yahoo.com.. Insya Allah kami akan membalasnya secepat mungkin..


Hugs and Kisses ,
Kak Nad
(012-3445672)









Wednesday, July 27, 2011

Jawatan Kosong di Dina Halim Bridal Boutique

Kepada yang berminat, bolehlah hubungi kami di 012 - 344 5672 atau 012 - 650 9550

Tuesday, May 31, 2011

PERHATIAN!!

ATTENTION : Dina Halim Bridal Boutique tak pernah join / JV dengan mana2 brand lain ..Butik kami bertempat di Prima Sri Gombak, Lot 121-2 (TINGKAT ATAS SEKALI).. Harap maklum :)



ALAMAT DINA HALIM BRIDAL BOUTIQUE :

No. 121-2, Jalan Prima Sg 5,


Prima Sri Gombak,

68100 Batu Caves,

Selangor Darul Ehsan


Atas Bank Islam, bawah premis kami ada spa.. Sila naik ke TINGKAT PALING ATAS. Terima Kasih !



SIAPA YANG BEKERJASAMA DENGAN KAMI?

- Sebumbung Fotografik
- Kad Kahwin Fiz Zoo


HUBUNGI KAMI :

012-3445672 (kak nad)
012-6509550 (auntie dina)
dinahalim_butik@yahoo.com (email)
FB : Dina Halim
LIKE US : Dina halim bridal boutique

Kami hanya join PAMERAN PENGANTIN MALAYSIA anjuran URBAN VIBE EVENT sahaja.
FB : Pameran pengantin malaysia by urban vibe event
Blog : Pameran pengantin malaysia by urban vibe event


Harap maklum :)

Wednesday, May 4, 2011

Pameran Pengantin Malaysia by Urban Vibe Event @ Selayang Mall (6-8 Mei 2011)

As Salam Ladies!

Wah~ Excited sudah ~ Hihi.. Bukan excited, lega sangat-sangat sebenarnya.. 30 April - 1 Mei yang lepas, job dewan bertimpa-timpa.. Memang tak menang tangan di buatnya.. Tapi, Alhamdulillah, settle semuanya. So kat sini saya nak umumkan yang Dina Halim Bridal Boutique adalah penaja utama untuk PAMERAN PENGANTIN MALAYSIA 2011 yang bertempat di Selayang Mall nanti.

Pssssttt, tapi kannnn..kannn.. PPM kat Selayang ni Edisi Bajet uollsss..Kenapa saya kata EDISI BAJET? Sebab, vendor-vendor kat sana di nasihatkan buat special pakej khas untuk PPM Selayang Mall! Jap, jap.. Saya nak copy paste dari belog rasmi PPM mengenai harga-harga yang jadi guideline nanti.

"HARGA MAMPU MILIK" YANG BOLEH ANDA MILIKI di PPM 6-8 MEI INI DI SELAYANG MALL;


Tawaran Pakej dari Butik Pengantin : dari "SERENDAH" RM 5,000 ke bawah

Tawaran Pakej Fotografi : dari "SERENDAH" RM 1500 ke bawah

Tawaran Katering : dari "SERENDAH" RM 10 ke bawah (sekepala)

Tawaran Kad Kahwin : dari "SERENDAH" RM 0.35 ke bawah (sekeping)
Haaaaa....Murah tak..murahhhhhhh... Jom, tengok poster yang ada banyak aktiviti menarik untuk bakal pengantin ni :




Butik Dina Halim akan buat main stage dan demo perarakan.. Sesiapa yang nak tengok baju terbaru dari Dina Halim, warna champange..Datang beramai-ramai ke PPM Selayang Mall tau..Demo perarakan mula dari 2 petang - 4 petang hari Sabtu, 7 Mei 2011.

Bersempena PPM Selayang Mall ni jugak, butik kami mengeluarkan pakej BAJET istimewa. Memang sampai 8 MEI je harga-harga ni bertahan. Meh, saya bagi klu skit bentuk harga yang kami tawarkan kat sana nanti.

Pakej paling murah bermula dari RM2100, paling mahal yang ada RM4600. Tapiiiiiiiiiii...Pakej RM4600 tu complete dengan baju eksklusif, makeup, pelamin bajet berukuran 16 kaki, walkway aisle, arch, bunga tangan, red carpet, pakej fotografi untuk dua majlis...Haaaa.....best tak? Nak tahu lebih lanjut?? Datng ke booth Dina Halim. Booth kami bertempat di ruang legar pentas utama.. Sesiapa yang nak tengok pelamin mini latest kami yang baru pun, boleh datang tengok secara LIVE kat sana.


Pelamin Mini Latest. Credit to Jemari Kreatif untuk bunga-bungaan yang kecomelan itu.. (^_^)


Apalagi korang? Spread the news ya! Sharing is caring, aite *wink*


Lots of Love,
Kak Nad