Showing posts with label wedding story. Show all posts
Showing posts with label wedding story. Show all posts

Tuesday, June 22, 2010

Farhana & Faizal, Bukit Rawang Jaya

Salam,
Kali ni saya dengan gigih (ya ampunnn) mencilok pula piccas from Ai si tukang mekap .. Saya terpaksa pula kali ini mencilok gambar beliau sebab, saya tak dapat menghadirkan diri ke majlis Farhana. Oh, maaf Farhana, akak bukan sengaja. Meh sini akak cerita kenapa ;

Sehari sebelum majlis tu, saya ada la merewang-rewang ke KL bersama suami dan anak tercinta. Kemudian, singgah la parking kat SOGO, alang-alang bolehlah solat sekali di sana. Dengan terkedek-kedek seperti biasa, di temani jejaka gagah yang beumur tiga tahun tu, masuk dalam bilik solat SOGO. Seperti biasa, anak saya memang mengekor je lah saya, teman ambil air sembahyang. Dengan poyonya saya pun memakai selipar yang di sediakan. Time ambil air semayang tu semua ok je..

Sekali hamikkkkkk..

Lepas ambil air semayang, kan tempat wuduk SOGO tu macam tinggi sikit. Turun je dari tempat wuduk tu, *GEDEGANG* mak jatuh nokksss.. Ya Allah, sakitnya.. Kan selalu kita kadang-kadang boleh detact nak tergelincir tu kan, saya dah try break dah, konon-konon seimbangkan badan la. Tak dapat seimbang, terus gelincir, jatuh tepat-tepat kat tulang paling hujung skali.

Saya pun mengerang-ngerang kat situ, sakit ok. Dah tak rasa malu, sebab sakit mengatasi segalanya. Nasib baik ada seorang gadis ni tolong. Bayangkan, dalam ramai-ramai orang yang MENONTON, seorang je yang tolong. Dan seorang makcik yang sempat berkata dengan simpati "Kalau makcik ni dah tak boleh bangun dah.."

Ye makcik, saya tak boleh bangun tu saya terduduk tu. Anak saya diam je lepas kejadian tu. Terperanjat dia. Tengok mak dia yang badan dah la tak macam kate moss ni terjatuh dan hampir melelehkan air mata. So, kepada gadis-gadis sekalian, berhati-hatilah ye. Elakkan memakai selipar sembarangan. Nak-nak yang anak dara tu. Apatah lagi yang mengandung. Saya fikir,kalaulah mengandung time jatuh tu..Nauzubillah~

Tak lama tu bahagian peranakan rasa panas-panas sikit. Tulang belakang dari bawah sampai atas tang tengkuk tu lenguh-lenguh, sakit-sakit. Saya bajet nak berurut je la kan, nasib baik tanya best friend saya, dia suruhh buat X-Ray. Terus malam tu pergi klinik 24 hours kat Rawang tu, buat X-Ray.

Tengok-tengok..........

Tulang hujung tu bengkok sikit.. Sob-sob.. risau giler saya di buatnya.

Ke esokkan harinya, mak saya paksa pergi private speacialist. Terpaksa ok, pergi private sebab macam dah teruk je sakit pinggang bagai. Lagipun hari tu Ahad. Government tak bukak la pulak kan. Duduk pun ala-ala sipi-sipi je, kena duduk tempat lembut-lembut.

Buatlah X-Ray kat Damansara Speacialist, memang sah bengkok. Doktor kata tak ada yang pecah "If ada yang pecah pun there's nothing we can do" boleh? Ayat kasik baeekk punya. Saya maafkan, sebab dia Medical Officer. Kalau doktor specalist cakap cenggitu, alangkah tak berhematnya beliau kan?

Saya pun suruh dia cek ubat yang doktor klinik bagi semalam. MO ni kata pain killer tu ok, tapi dia hairan sebab doktor tu bagi satu medicine yang ekstrem katanya. Nak tahu apa yang saya telan semalaman? Sejenis steroid. Tsk.. Bahye ar doktor tu. Bukan semua orang boleh ambil steroid ok. Tsk..tsk..tsk *geleng pala*..

Ok, camne? Valid tak alasan? Ye lah, Farhana tu bukan orang lain. Mak dia dengan mak saya sepupu tu. Saya ni kira dua pupu la kan? (^_^)

Ok, let's get movin' bebeh.. Jom layan piccas yang i penat-penat kidnap dari ai.. (hak? i dari ai?? ;p)



Ok Ai, tq so much! (^_^)


P/s : Kelmarin pergi KLCC, time masuk surau tu anak saya pesan "Mummy jangan jatuh tau mummy, elok-elok" (T_T) Terharu, seb baek ada seorang hero yang sentiasa menemani mummy ;)

Thursday, December 31, 2009

Fieha, Bukit Sekilau -Kuantan-

Salam,
Maaf sebab saya memang betul2 tak sempat nak update. Disebabkan Fieha ada update sedikit mengenai persiapan pelamin beliau, saya pun mengkidnap gambar dari blog beliau directly. Boleh ye Fieha?? Tq.. *Eheh, tepaksa cakap tq kat blog sebab takkan nak call dia 3.30pagi ni? Semua orang dah membuta dah..
*Dan owhh~~ maaf Zura, akak tak reply lagi sms awak mengenai baju songket ye =) *

Inilah hasil di rumah Fieha hari tu.. Fieha pun orang Kuantan, rumah dia kat Bukit Sekilau.
*Nampak sangat ayat mengantuk, pendek2 je ayat saya berikan*






Pelamin ni memang Fieha yang pilih. Bagi saya, Fieha ni seorang yang teliti dan tahu apa yang dia mahu untuk hari bahagia dia. Cumanya, dia ni ada sedikit 'last minit' punya decision. Huhu.. Bayangkan, dia tiba2 confirm dengan saya after Pameran PWTC tempoh hari.. So, dengan bersungguh-sungguhnya saya meng-prepare barang2 yang diperlukan untuk menjadikan pelamin Fieha menjadi kenyataan, seperti yang dia idam-idamkan sangat...
By the way, saya still tak dapat idea nak namakan pelamin Fieha ni, maybe saya nak jadikannya sebagai salah satu soalan untuk pertandingan online saya nanti?? Wuhuhu~~ sila lempang saya laju2 sebab pertandingan belum berlangsung. Bukan apa, memang dah dirancang nak buat start next year, senang sikit nak arrange date.. Lagipun macam tak sesuai je saya prepare tekocoh2 dalam keadaan saya yang bz ni..
Dan by the way, Dina Halim Bridal Boutique join Pameran Pengantin @ Ampang Point next week ye.. Januari 2010.. Nanti saya update posternya di blog ni.. =)
Regards,
Akakyangdahmamaisangat2taksabarnaktido =p
Muahhhhsss!!

Wednesday, October 21, 2009

Cik Nur Rahimah & Musri , Serendah. Rawang

Assalamualaikum,

So hari ni ada la masa saya nak update gambar perkahwinan Eyma. Macam yang saya kata kat previous entry, Eyma selamat diijabkabulkan dengan pilihan hatinya, Musri dari Johor Bahru pada 17 Oktober lepas. Eyma berkenan sangat dengan warna biru. So dia tempah khas jubah biru sedondon dengan suaminya.

Hand bouquet saya pilih yellow and white roses

Eyma sedang dalam proses di makeup

Suka gambar ni, untuk fotografi sila dapatkan quotation from www.sebumbungfotografik.blogspot.com


Eyma lepas nikah. Tengok muka dua pasangan sejoli yang kelegaan. Nanti saya cerita. Hehehe. Owh, kita ada buat mini pelamin jugak. With or without mini panel atau with or without mini stage. Sila email untuk dapatkan harga ok?

Dah sah jadi suami isteri, boleh la posing rapat2 sikit ;) Baju nikah Eyma tempah sendiri. Eyma sewa aksesoris dengan tudung serta makeup DinaHalim.

Gambar ni di ambil pada keesokan harinya. 18 Oktober Eyma bersanding.

Pelamin Eksklusif 1 panel (tiang silang ketupat)

First nak cerita pasal tiang panel. Kita ada 3 type of tiang panel pelamin.

1) Yang tiang biasa macam rumah Azeen USJ.
2) Tiang silang ketupat macam rumah Eyma.
3) Tiang bulat.

Tiang bulat tu kita recommend kalau buat di rumah yang silingnya tinggi atau dewan dan hotel. Sebab tiangnya sahaja tinggi 8 kaki. So if nak nampak cantik mesti mempunyai lebar dan tinggi yang mencukupi. Selalunya pihak kita akan advise mengikut kesesuaian tempat. Kita pun tak nak pakai buat aje.

Beza Pelamin eksklusif dan pelamin biasa ialah;

1) Pelamin eksklusif menggunakan karpet shaggy sepenuhnya.
2) Boleh memilih semua jenis kerusi yang kita ada. Kalau tak ada, InsyaAllah kita adakan jugak.
3) Hiasan bunga agak lebat berbanding pelamin biasa.
4) Decoration extra.

Saiz pelamin eksklusif satu panel adalah lebih kurang 6 x 12 kaki.

Pelamin Biasa ;

1) Menggunakan 'karpet kelopak bunga'.
2) Pilihan kerusi yang terhad.
3) Hiasan bunga yang agak simple.

Saiz pelamin biasa satu panel adalah lebih kurang 6 x 8 kaki.

Ok, sekarang nak cerita pasal hari nikah Eyma. Seriously, senang betul dia nikah. Rasanya tak sampai 10 minit dah sah jadi isteri orang. I mean overall punya situation. 10 minutes. Eyma turun bawah, duduk kat ruang tamu no.2. Tok kadi bercakap2 sikit dengan pengantin lelaki. Then dengar dia ajar nak lafaz ayat nikah tu. Then saya fikir "owh,maybe diorang berlatih tu". Tetiba je sah! Semua orang gembira, tadah tangan baca doa. I was like *Wow, cepatnya..saya dulu letih bersimpuh nak dengar tok kadi bercakap2*..Hehehe..Saya rasa sepatutnya macam ni lah yang betul, jadi pengantin lelaki tak la panik semacam kan?

All photos credit to Mr Sebumbung =)