Showing posts with label Roman Garden. Show all posts
Showing posts with label Roman Garden. Show all posts

Sunday, March 20, 2011

Pelamin Roman Garden by Dina Halim - 1 panel

Asa Salam,

Macam yang saya janji semalam, hari ini saya update gambar Pelamin Roman Garden 1 panel ye. Atas permintaan ramai, pelamin tiang Roman sekarang sudah ada untuk di sewa bagi bakal pengantin yang melangsungkan perkahwinan di rumah. Pelamin ni sesuai untuk majlis di dalam rumah, di luar rumah (garaj) ataupun di dalam khemah.

Jom tengok contoh setup Pelamin Roman Garden 1 panel yang kami setup di Enstek, Negeri Sembilan.

Pillar Arch with downlight
Walkway aisle biasa - 6 tiang + 6 sangkar burung 
Red Carpet


Pelamin Roman Garden 1 panel by Dina Halim
8 atau 10 kaki x 8 kaki (panjang x lebar)
10 - 11 kaki tinggi (adjustable)
Shades blue + ivory

Interested? Boleh pm directly to our Facebook account (Dina Halim) atau email to dinahalim_butik@yahoo.com.



Saturday, March 19, 2011

Iezuan & Gee - Tropicana Golf Resort

As Salam,

Actually ni gambar lama.. Tapi sebab tadi tengah korek-korek folder untuk cari bahan update blog, saya terjumpa gambar-gambar perkahwinan Iezuan & Gee. Sangat lama sampai Gee baru-baru ni dah selamat pun melahirkan seorang baby boy yang comel (^_^).. Hikhik.. Maafkan saya.. Bukan saya tak nak update setiap majlis perkahwinan yang saya pernah buat, tapi kadang-kadang terlalu bz sampai seriously, lupa langsung..

Bagi sesiapa yang mengikuti perkembangan Dina Halim Bridal Boutique, kamu semua tentu tahu yang kami telah mengeluarkan pelamin 'Roman Pillars' atau pun 'Tiang Roman' yang saya namakan 'Roman Garden' pada tahun 2010, pertama kalinya di pertontonkan pada umum di Pameran pengantin malaysia PWTC 12-14 Mac 2010.. Pelamin Roman Garden di reka khas untuk Anne Hotfm, yangmana majlis perkahwinannya di langsungkan di Terrace Garden, KGPA. Keunikan pelamin Roman Garden by Dina Halim, porpotionnya memang berbeza dengan mana-mana roman pillars yang di jual oleh pemborong barang perkahwinan seluruh Malaysia. Ini adalah kerana, pelamin-pelamin kami di buat dengan hasil titik peluh ayahanda saya sendiri.

Sejak dari itu, pelamin tiang roman makin di gemari oleh para pengantin. Dalam banyak-banyak yang memuji, ada juga datang kritikan cemburu dari peminat yang tak di kenali. Boleh rujuk di entri ini. Sampai sekarang, pelamin tiang roman sudah semakin hangat di pasaran. Bagi pengantin yang inginkan kelainan, tidak menggunakan panel pelamin yang biasa, tiang roman ini pasti jadi pilihan. Untuk menyesuaikan dengan kehendak pelanggan, pelamin Roman Garden by Dina Halim sudah ada untuk versi rumah.

Jom layan gambar perkahwinan Iezuan & Gee sebelum saya mengomel-omel tak tentu pasal. Hihi..


Roman Garden by Dina Halim
5 panel
30 kaki x 8 kaki (panjang x lebar) , 11 kaki tinggi
Shades yang paling di gemari ramai - ivory, latte, champange 

 Arch Dome with chandelier by Dina Halim



Gambar ni saya amik dari FB Gee. Suka sangat gambar ni sebab suka tengok combination warna bridesmaids diorang. Sangat2 blend dengan warna tema keseluruhan..


Entri seterusnya, saya akan upload gambar pelamin Roman Garden 1 panel ye? Dengan beberapa gambar pelamin lain..

p/s : lately ni saya suka la dengan update selambak macam entri yang lepas - 'Randomness , some of our pelamin collections'.. senang dan padat..