Atas sambutan yang menggalakkan pada pertandingan yang lepas, pihak Dina Halim Bridal Boutique dengan berbesar hati mengadakan edisi ke -2 pada kali ini. Tarikh menghantar entri adalah pada 20 NOVEMBER 2010. Mana-mana entri yang di hantar awal dari tarikh tersebut, tidak akan di layan sama sekali. Please take note ya. Sebab pertandingan kali ini, ada hadiah misteri bagi entri yang pertama pada blogger yang meninggalkan komen di page ini. Maknanya tak memerlukan markah penjurian. Siapa yang pertama tinggalkan komen pada 20 NOVEMBER 2010, terus dapat hadiah misteri. Best tak?? Hehe..
Ok, macam biasalah, mesti ada syarat-syarat nak masuk pertandingan kan? Jom, baca terms and condition betul-betul :
Banner/ badge yang wajib di letak di blog anda. Dan sila link kami! :)
1) Pertandingan terbuka kepada BAKAL-BAKAL PENGANTIN DI SELURUH SEMENANJUNG MALAYSIA SAHAJA. Ini bermakna tidak dibenarkan orang ketiga selain daripada bakal pengantin masuk pertandingan ini.
2) Pertandingan di buka untuk warganegara MALAYSIA yang berumur 20 tahun ke atas.
3) Peserta hendaklah mempunyai BLOG dan HENDAKLAH MENJADI FOLLOWER http://www.dinahalim.blogspot.com/ dan http://sebumbungfotografik.blogspot.com/ dan add Dina Halim di Facebook.
4) Buat satu (1) special entri yang bertajuk ; Dina Halim Bridal Boutique Online Contest - 'Dari Mata Jatuh Ke Hati'.
5) Sila letakkan banner / badge rasmi pertandingan ini di atas blog atau side bar blog anda dan juga dalam entri pertandingan. Dan sila linkkan ke blog Dina Halim.
6) Dalam entri tersebut, sertakan SATU (1) GAMBAR BLACK & WHITE kamu dan si dia yang boleh menambat hati juri. (Lebih dari satu gambar akan di kira keluar dari tajuk) (NILAI-NILAI KESOPANAN DI AMBIL KIRA!)
7) Buat satu esei yang menyentuh hati dan boleh meremangkan jiwa juri mengenai percintaan pandang pertama kamu dan si dia ;"Dari Mata Jatuh Ke Hati". Panjang esei sekurang-kurangnya 200 patah perkataan (^_^)
8) Nyatakan juga sudah berapa lama hubungan percintaan kamu dan si dia berjalan.
9) Pilih (1) GAMBAR pelamin Dina Halim Bridal Boutique kegemaran anda, dan terangkan secara ringkas, mengapa ianya menjadi pilihan anda.
10) Hadiah boleh di guna sepanjang tahun sehingga 20 NOVEMBER 2011 (TERTAKLUK KEPADA SAIZ BAJU, KEKOSONGAN TARIKH, TERUTAMANYA HADIAH OUTDOOR FOTOGRAFI).
11) Selesai semuanya, TINGGALKAN KOMEN pada ENTRI INI SAHAJA. (Senang saya nak keep track)..KOMEN YANG AWAL DARI TARIKH 20 NOVEMBER 2010 TIDAK AKAN DI LAYAN.InsyaAllah saya dan para juri akan menjengukkan diri ke blog anda. Yang tak tinggal jejak, tidak akan di layan. Semua keputusan adalah MUKTAMAD. Sebarang email pujuk rayu tidak akan di layan. Tarikh tutup penyertaan adalah sehingga 20 DISEMBER 2010 sebelum 12 malam.HADIAH-HADIAHNYA BERUPA:
TEMPAT PERTAMA : Sepasang Baju Songket Bunga Tabur L+P (Worth RM550.00)
Bunga Tangan Fresh Flower (Worth RM150.00)
Hadiah tajaan Sebumbung Fotografik (Worth RM500) :
2 Jam Outdoor Fotografi
Photobook Album
DVD Unlimited Shot gambar yang di ambil
TEMPAT KEDUA : Sepasang Baju Songket Bunga Tabur L+P (Worth RM550.00)
Bunga Tangan Fresh Flower (Worth RM150.00)
TEMPAT KETIGA : Sepasang baju Nikah L/P (Worth RM300.00)
*SAGUHATI (TEMPAT KE-4 dan KE-5) : 25% DISKAUN ke atas
pakej DINA HALIM BRIDAL BOUTIQUE
dan
20% DISKAUN ke atas
pakej SEBUMBUNG FOTOGRAFIK
**Semuanya tertakluk kepada perubahan tanpa notis terlebih dahulu. Kami berhak menarik balik hadiah yang di menangi jika terdapat sebarang percanggahan tarikh, tiada persetujuan untuk additional cost (refundable security deposit untuk semua hadiah , transportation, atau accomodation). Tiada transportation charge unutk kawasan Kuala Lumpur bagi hadiah outdoor fotografi, bagi kawasan luar Kuala Lumpur, akan di kenakan caj tambahan. Semua hadiah tidak boleh di tukar nilai wang Ringgit atau di tukar dengan barangan lain.Ada soalan? tanya dalam komen saya ye =) atau message dalam facebook.
Warmest Regards & Best Wishes from Dina Halim Team Members!
p/s : bagi sesiapa yang nak copy paste entri ini, sila ke blog Sebumbung Fotografik. Maaf atas kesulitan, blog saya ni dah tak boleh right click, saya lupa kat mana nak adjust supaya membolehkan kamu right click semula.