Saturday, August 13, 2011

Dina Halim Bridal Boutique Vs Sebumbung Fotografik MEGA SALE!

As Salam B2B sekalian...

Alhamdulillah, dah separuh bulan Ramadhan kita lalui.. Macamana dengan B2b semua? Bersempena bulan yang mulia ni, butik kami terpanggil-panggil nak buat MEGA SALE.. Heehee.. Ye la, semua pun nak buat sale Hari Raya kan.. Kitorg pun nak buat jugaklah..

Sebelum tu, saya nak ucapkan tahniah kepada semua pemenang kuiz yang telah di adakan 3 minggu berturut-turut. Pihak kami sangat terharu dengan sambutan yang di berikan.. Atas perbincangan dengan Auntie Dina, saya pun merancang nak buat promotion bagi pelamin terbaru kami. Kalau yang follow Dina Halim, tentu dah tahu pelamin terbaru kami, Pelamin Pelangi Cinta kan..




Poster MEGA SALE kami.. Gambar pelamin PELANGI CINTA seperti yang ada kt poster ni (^_^)

Thursday, August 11, 2011

Dina Halim Bridal Boutique MEGASALE!!

Sila contact 012.344.5672 atau 012.650.9550 untuk sebarang pertanyaan.

Sunday, July 31, 2011

Pelamin Pelangi Cinta by Dina Halim Bridal Boutique

As Salam Dearies,

Hari ni saya nak update laju-laju.. Pelamin terbaru kami yang di reka khas oleh ayahanda saya, Uncle Hassan berinspirasikan bentuk pelangi.. Actually, dari last year dia nak sangat buat pelamin bentuk pelangi.. Tapi tahun lepas mengikut kesesuaian majlis yang kami sponsor, memang lebih sesuai guna Roman Pillars.. Tahun ni dengan penuh debaran saya tunggu pelamin terbaru kami.. Akhirnya, tercapai jua hasrat Uncle Hassan untuk merealisasikan pelamin berbentuk ala pelangi beliau..

Sketch tahun lepas ada beza sikit.. Ini sketch kasar untuk pelamin pelangi tu.. Kalau perasan, cuba tengok kat sketch ni.. Nampak tak panel kiri dan kanan berasingan sebenarnya. Means, kalau stage besar, pelamin ni boleh tarik ke tepi lagi. Maksimum untuk 3 panel boleh jadi 28 kaki. Yang mana, 28 kaki selalunya ukuran untuk pelamin 5 panel kami! Haaaa... Besar tak pelamin Pelangi Cinta ni? Uncle Hassan nak buat kecik dan comel, tapi saya insist jugak nak something yang huge, so bila tengok nampak simple tapi grand..

Jom, jom.. Tengok gambaran yang lebih jelas..

Raw Sketch Pelamin Pelangi Cinta

Pelamin Pelangi Cinta in Ivory, Red & White

Pelangi Cinta by Dina Halim Bridal Boutique dari pandangan depan

Pelamin ni sedang molek siap time Pameran Pengantin Malaysia by Urban Vibe Event kat Picc (Putrajaya) hari tu.. Sesiapa yang ada datang, dapatlah tengok secara 'live' hari tu.. So, kepada sesiapa yang berminat bolehlah contact kami melalui email dinahalim_butik@yahoo.com atau pm di FB kami Dina Halim.. Jangan lupa jugak 'LIKE' fanpage Dina Halim Bridal Boutique ye! (^_^)

Warmest Regards,
Kak Nad

Friday, July 29, 2011

Masyitah & Zul Hasyeem (Pusat Komuniti Bandar Tun Razak & KGPA)

As Salam Dearies..

Lama sangat tak update blog sampai bila nak update tadi tecangak-cangak saya mencari button-button sekalian..Haha! Series..siap macam tak biasa sgt jadinya..

Ini pun saya nak update sikit-sikit gambar pelamin and baju-baju terbaru kami.. Wedding Masyitah and Zul Hasyeem, pihak kami bertanggungjawab membuat job untuk kedua belah pihak. Resepsi Mas bertempat di Pusat Komuniti Bandar Tun Razak manakala Zul pula bertempat di KGPA, Damansara..

Tema pilihan Mas adalah biru dan orange..(Nak eja oren cam tak best je..so tukau orange..hehe).. While Zul pulak pilih tema kuning and grey untuk pelamin, champange untuk kaler baju.. Semua fotografi adalah daripada Cherita Pictures ye.. Saya mengkidnap gambar-gambar ni dari Facebook Mas and Zul..

Jom layan!!







Mas ambil pakej pelamin 'Tru Blue, I Love You', dan add on tempahan baju baru.. Manakala Zul menggunakan pelamin Roman Garden yang mana version roman pillars tu memang pada asalnya kami buat mengikut keseuaian KGPA itu sendiri.. Ingat tak last year wedding Anne HotFm tu? Boleh tengok balik gambar-gambar Roman Garden kat sini..




Baju Eksklusif Champange by Dina Halim Bridal Boutique

Ok last sekali untuk bertandang.. Yang bestnya diorang ni, majlis bahagian Zul dua kali tau.. Satu kat kampung beliau, yang KGPA untuk kenalan kat sini.. So untuk bertandang di kampung Zul, diorang menempah baju songket bunga tabur hijau pucuk pisang dengan kami..



Masyitah mengenakan Baju Songket Bunga Tabur Hijau Pucuk Pisang by Dina Halim Bridal Boutique



Ok korangs, any enquiries bolehlah email kami dinahalim_butik@yahoo.com.. Insya Allah kami akan membalasnya secepat mungkin..


Hugs and Kisses ,
Kak Nad
(012-3445672)









Wednesday, July 27, 2011

Jawatan Kosong di Dina Halim Bridal Boutique

Kepada yang berminat, bolehlah hubungi kami di 012 - 344 5672 atau 012 - 650 9550

Tuesday, May 31, 2011

PERHATIAN!!

ATTENTION : Dina Halim Bridal Boutique tak pernah join / JV dengan mana2 brand lain ..Butik kami bertempat di Prima Sri Gombak, Lot 121-2 (TINGKAT ATAS SEKALI).. Harap maklum :)



ALAMAT DINA HALIM BRIDAL BOUTIQUE :

No. 121-2, Jalan Prima Sg 5,


Prima Sri Gombak,

68100 Batu Caves,

Selangor Darul Ehsan


Atas Bank Islam, bawah premis kami ada spa.. Sila naik ke TINGKAT PALING ATAS. Terima Kasih !



SIAPA YANG BEKERJASAMA DENGAN KAMI?

- Sebumbung Fotografik
- Kad Kahwin Fiz Zoo


HUBUNGI KAMI :

012-3445672 (kak nad)
012-6509550 (auntie dina)
dinahalim_butik@yahoo.com (email)
FB : Dina Halim
LIKE US : Dina halim bridal boutique

Kami hanya join PAMERAN PENGANTIN MALAYSIA anjuran URBAN VIBE EVENT sahaja.
FB : Pameran pengantin malaysia by urban vibe event
Blog : Pameran pengantin malaysia by urban vibe event


Harap maklum :)

Wednesday, May 4, 2011

Pameran Pengantin Malaysia by Urban Vibe Event @ Selayang Mall (6-8 Mei 2011)

As Salam Ladies!

Wah~ Excited sudah ~ Hihi.. Bukan excited, lega sangat-sangat sebenarnya.. 30 April - 1 Mei yang lepas, job dewan bertimpa-timpa.. Memang tak menang tangan di buatnya.. Tapi, Alhamdulillah, settle semuanya. So kat sini saya nak umumkan yang Dina Halim Bridal Boutique adalah penaja utama untuk PAMERAN PENGANTIN MALAYSIA 2011 yang bertempat di Selayang Mall nanti.

Pssssttt, tapi kannnn..kannn.. PPM kat Selayang ni Edisi Bajet uollsss..Kenapa saya kata EDISI BAJET? Sebab, vendor-vendor kat sana di nasihatkan buat special pakej khas untuk PPM Selayang Mall! Jap, jap.. Saya nak copy paste dari belog rasmi PPM mengenai harga-harga yang jadi guideline nanti.

"HARGA MAMPU MILIK" YANG BOLEH ANDA MILIKI di PPM 6-8 MEI INI DI SELAYANG MALL;


Tawaran Pakej dari Butik Pengantin : dari "SERENDAH" RM 5,000 ke bawah

Tawaran Pakej Fotografi : dari "SERENDAH" RM 1500 ke bawah

Tawaran Katering : dari "SERENDAH" RM 10 ke bawah (sekepala)

Tawaran Kad Kahwin : dari "SERENDAH" RM 0.35 ke bawah (sekeping)
Haaaaa....Murah tak..murahhhhhhh... Jom, tengok poster yang ada banyak aktiviti menarik untuk bakal pengantin ni :




Butik Dina Halim akan buat main stage dan demo perarakan.. Sesiapa yang nak tengok baju terbaru dari Dina Halim, warna champange..Datang beramai-ramai ke PPM Selayang Mall tau..Demo perarakan mula dari 2 petang - 4 petang hari Sabtu, 7 Mei 2011.

Bersempena PPM Selayang Mall ni jugak, butik kami mengeluarkan pakej BAJET istimewa. Memang sampai 8 MEI je harga-harga ni bertahan. Meh, saya bagi klu skit bentuk harga yang kami tawarkan kat sana nanti.

Pakej paling murah bermula dari RM2100, paling mahal yang ada RM4600. Tapiiiiiiiiiii...Pakej RM4600 tu complete dengan baju eksklusif, makeup, pelamin bajet berukuran 16 kaki, walkway aisle, arch, bunga tangan, red carpet, pakej fotografi untuk dua majlis...Haaaa.....best tak? Nak tahu lebih lanjut?? Datng ke booth Dina Halim. Booth kami bertempat di ruang legar pentas utama.. Sesiapa yang nak tengok pelamin mini latest kami yang baru pun, boleh datang tengok secara LIVE kat sana.


Pelamin Mini Latest. Credit to Jemari Kreatif untuk bunga-bungaan yang kecomelan itu.. (^_^)


Apalagi korang? Spread the news ya! Sharing is caring, aite *wink*


Lots of Love,
Kak Nad

Saturday, April 23, 2011

Operation Hours

As Salam ladies,

Pengumuman terbaru :

Butik sudah mula beroperasi pada hari minggu!




Selasa hingga Kahmis (11 pagi - 5 ptg) - by appoinment

Sabtu dan Ahad (11 pagi - 8 malam) - boleh walk-in

Isnin & Jumaat - CUTI



berkuatkuasa 20hb April 2010. (^_^)

 
Segala pertanyaan boleh pm directly kat FB Dina Halim atau email ke dinahalim_butik@yahoo.com
 
Regards,
Kak Nad

Wednesday, March 30, 2011

Alamat baru butik Dina Halim

As Salam,

Kami telah berpindah ke alamat :

2-121, Jalan Prima SG 5,
Prima Sri Gombak,
68100 Batu Caves,
Selangor Darul Ehsan.

Contact number :
Kak Nad - 012.3445672 (sebarang pertanyaan harga dan appoinment)
Auntie Dina - 012.6509550 (sebarang appoinment)
Facebook : Dina Halim
Please click our 'LIKE' button : Dina Halim Bridal Boutique

Sunday, March 27, 2011

Pameran Pengantin Malaysia by Urban Vibe Event @ PWTC (1-3 April 2011)

A Salam,

Update secara ringkas. Nak announce yang Dina Halim participate dalam next pameran anjuran Urban Vibe Event, Pameran Pengantin Malaysia 2011 yang bertempat di Ruang Legar PWTC pada 1 hingga 3 April 2011 ni.

Bagi sesiapa yang nak menang hadiah berupa Voucher untuk Baju sanding Eksklusif tajaan Dina Halim Bridal Boutique, datanglah beramai-ramai time Kuiz PPM nanti ye (^_^)..

Tak silapnya kuiz PPM akan di adakan pada dua hari berturut-turut. Sabtu dan juga Ahad. Ada banyak lagi hadiah yang menarik untuk kuiz nanti..Tak silapnya ada hadiah mini pelamin, bunga tangan, album, voucehr spa dan macam-macam lagi lah..

Selain dari tu, aktiviti menarik macam fashion show by Atelia Amani dan Bellamar, Men's Collection by Rins Suzana, Fashion show by mnetari Kreatif, talkshow by Tajri Spa, Gubahan hantaran by Ari Wedding Couture, Ice Carving, Demo akeup by Eyra Rizal dan Naza sentuhan Derina...Hah! Tak cukup napas lah, nak citer pasal aktiviti je..Saya akan upload Bunting dan jadual aktiviti..


Owh..ada juga part yang best! Sesiapa yang pernah dtg PPM @ SACC tu, tau kan..Urban Vibe sekarang dah ada aktiviti F.OC khas utk visitor yang datang..Kat PPM PWTC nanti, akan di adakan sesi bergambar PERCUMA untuk 200 visitor setiap hari. Kali ni ADAN Cameraworks yang sponsor. Perghhhh!! Best...best..jangan tak datang..rugi korang..

Hehe..

Ada lagi..perakarakan kali ni, ala2 'Beauty and the beast tau...berarak nanti ada motor Harley..time berarak di iringi muzik slow rock..alamak..saya sangat2 lah tak sabar..so, bloggers..spread the news ya!

 Official Bunting for PPM @ PWTC


Jadual Aktiviti PPM @ PWTC April 2011


p/s : pssstttttt....ada jual limited edition couple T-Shirt tau nanti..mesti cun! Tak sabar nak tgk.








Thursday, March 24, 2011

Koleksi Baju by Dina Halim Bridal Boutique

As Salam,

Hari ni saya nak update koleksi baju dari Dina Halim Bridal Boutique. Sebab ada permintaan yang mengatakan, update baju kurang berbanding pelamin..Hehehe..Bukan apa, baju kat butik kami masih terhad. Sebab itu kami menggalakkan customer membuat tempahan baju baru.

Lately ni saya jarang update blog, sebab sekarang saya agak aktif di Facebook Dina Halim.. Senang update kat FB, dapat direct dengan orang yang bertanya..(^_^)

Ok, jom layan gambar-gambar baju dari folder album kami.

Baju Nikah Sifon Putih manik Hijau Muda & Baju Nikah Putih 

Baju Nikah Sifon Krim & Baju Nikah Sifon Grey 

Baju Sanding Eksklusif Putih manik Biru & Baju Sanding Eksklusif Gold 

Baju Sanding Eksklusif Grey manik Silver & Baju Jojet Silk Putih manik Pink 

Baju Sanding Eksklusif Peach 

Baju Sanding Eksklusif Light Pink 

Baju Sanding Lace Purple & Baju Sanding Lace Coklat 

Baju Songket Pink & Baju Sanding Lace gold 

Baju Songket Bunga Tabur Biru Muda & Baju Songket Bunga Tabur Hijau Lumut & Grey

Baju Sanding Jojet Silk Off White 

Baju Songket Bunga Tabur Biru Gelap & Baju Songket Bunga Tabur Merah Hati 

Baju Sanding Merah 

Baju Sanding Lace Merah & Baju Sanding Potongan Kebaya Labuh Hijau Lumut

Baju Sanding Eksklusif Putih manik Tiffany Blue 

Baju Sanding Eksklusif Grey + Pink 

 Baju Sanding Eksklusif Dress Putih

Baju Sanding Ala- Jubah Dress Coklat 

Baju Sanding Grey  

Baju Sanding Orange 

Baju Mandrin Collar Hitam & Baju Sanding Eksklusif Olive




Sunday, March 20, 2011

Pelamin Roman Garden by Dina Halim - 1 panel

Asa Salam,

Macam yang saya janji semalam, hari ini saya update gambar Pelamin Roman Garden 1 panel ye. Atas permintaan ramai, pelamin tiang Roman sekarang sudah ada untuk di sewa bagi bakal pengantin yang melangsungkan perkahwinan di rumah. Pelamin ni sesuai untuk majlis di dalam rumah, di luar rumah (garaj) ataupun di dalam khemah.

Jom tengok contoh setup Pelamin Roman Garden 1 panel yang kami setup di Enstek, Negeri Sembilan.

Pillar Arch with downlight
Walkway aisle biasa - 6 tiang + 6 sangkar burung 
Red Carpet


Pelamin Roman Garden 1 panel by Dina Halim
8 atau 10 kaki x 8 kaki (panjang x lebar)
10 - 11 kaki tinggi (adjustable)
Shades blue + ivory

Interested? Boleh pm directly to our Facebook account (Dina Halim) atau email to dinahalim_butik@yahoo.com.



Saturday, March 19, 2011

Iezuan & Gee - Tropicana Golf Resort

As Salam,

Actually ni gambar lama.. Tapi sebab tadi tengah korek-korek folder untuk cari bahan update blog, saya terjumpa gambar-gambar perkahwinan Iezuan & Gee. Sangat lama sampai Gee baru-baru ni dah selamat pun melahirkan seorang baby boy yang comel (^_^).. Hikhik.. Maafkan saya.. Bukan saya tak nak update setiap majlis perkahwinan yang saya pernah buat, tapi kadang-kadang terlalu bz sampai seriously, lupa langsung..

Bagi sesiapa yang mengikuti perkembangan Dina Halim Bridal Boutique, kamu semua tentu tahu yang kami telah mengeluarkan pelamin 'Roman Pillars' atau pun 'Tiang Roman' yang saya namakan 'Roman Garden' pada tahun 2010, pertama kalinya di pertontonkan pada umum di Pameran pengantin malaysia PWTC 12-14 Mac 2010.. Pelamin Roman Garden di reka khas untuk Anne Hotfm, yangmana majlis perkahwinannya di langsungkan di Terrace Garden, KGPA. Keunikan pelamin Roman Garden by Dina Halim, porpotionnya memang berbeza dengan mana-mana roman pillars yang di jual oleh pemborong barang perkahwinan seluruh Malaysia. Ini adalah kerana, pelamin-pelamin kami di buat dengan hasil titik peluh ayahanda saya sendiri.

Sejak dari itu, pelamin tiang roman makin di gemari oleh para pengantin. Dalam banyak-banyak yang memuji, ada juga datang kritikan cemburu dari peminat yang tak di kenali. Boleh rujuk di entri ini. Sampai sekarang, pelamin tiang roman sudah semakin hangat di pasaran. Bagi pengantin yang inginkan kelainan, tidak menggunakan panel pelamin yang biasa, tiang roman ini pasti jadi pilihan. Untuk menyesuaikan dengan kehendak pelanggan, pelamin Roman Garden by Dina Halim sudah ada untuk versi rumah.

Jom layan gambar perkahwinan Iezuan & Gee sebelum saya mengomel-omel tak tentu pasal. Hihi..


Roman Garden by Dina Halim
5 panel
30 kaki x 8 kaki (panjang x lebar) , 11 kaki tinggi
Shades yang paling di gemari ramai - ivory, latte, champange 

 Arch Dome with chandelier by Dina Halim



Gambar ni saya amik dari FB Gee. Suka sangat gambar ni sebab suka tengok combination warna bridesmaids diorang. Sangat2 blend dengan warna tema keseluruhan..


Entri seterusnya, saya akan upload gambar pelamin Roman Garden 1 panel ye? Dengan beberapa gambar pelamin lain..

p/s : lately ni saya suka la dengan update selambak macam entri yang lepas - 'Randomness , some of our pelamin collections'.. senang dan padat..

Thursday, January 27, 2011

Urban Vibe Online Contest ( Edisi ke-3 ) - '....and they live happily ever after....'



Hadiah-hadiah merupakan:





Tempat Pertama
Pelamin Mini yang ditaja oleh Pelamin Hati beharga RM1200.00
1 Sesi Make Up yang ditaja oleh Eyra Rizal Touch berharga RM 450.00
Bunga Tangan Fresh Flower berharga RM200.00
Sijil Penyertaan



Tempat Kedua
Bunga Tangan Fresh Flower berharga RM 150.00
Sijil Penyertaan



Tempat Ketiga
Bunga Tangan Fresh Flower berharga RM 100.00
Sijil Penyertaan

For more info, visit http://www.pameran-pengantin-malaysia.blogspot.com/

Randomness - Dina Halim's Pelamin Collections

Salam,

Update kali ni tak nak cakap banyak. Have a look at some of our pelamin collections yang tak sempat saya nak update satu persatu.















Al-Fatihah kepada arwah datuk suami saya, Haji Embung. Semoga rohnya di cucuri rahmat dan di tempatkan di kalangan orang yang soleh. Amin~