Showing posts with label Promosi fotografi. Show all posts
Showing posts with label Promosi fotografi. Show all posts

Thursday, June 17, 2010

PROMOSI BULAN MEI 2010

Salam,

Saya menaip dalam keadaan yang agak mamai serta tersengguk-sengguk. Maka, dengan itu maafkanlah sekiranya anda dapati ayat saya ada sedikit tunggang-langgang. Ini adalah kerana kesihatan saya amatlah tidak mengizinkan. Saya mengalami kejadian batuk kokol (haha, lawak je.. saya menggelar batuk tak henti saya sebagai batuk kokol) sejak dari minggu lepas iaitu hari sebelum habis event PPM. Siksa. Sudah pelbagai jenis ubat saya telankan. InsyaAllah, esok saya akan ke klinik kerajaan pula.

Doakan agar saya sembuh dengan cepat.

Amin.
Ok, di bawah ni adalah antara promosi yang giat pihak kami jalankan.

Kami telah menerima banyak permintaan untuk mengadakan pakej ekonomi. Dengan itu, setelah perbincangan dilakukan, kami amat berbesar hati menawarkan PAKEJ DEWAN EKONOMI 2010 untuk semua pelanggan yang kami hargai selalu.

Ini pula pakej fotografi yang di tawarkan oleh sebumbung fotografik. Menarik sangat-sangat!! Siapa yang datang ke PPM Ampang Point yang lepas, berpeluang melihat dengan sendiri contoh-contoh album dalam pakej ni. Best, saya suka album 10x15 yang ditawarkan. Boleh melawat blog Mr. Sebumbung untuk melihat profil yang lebih lanjut.




Thursday, May 6, 2010

Pameran Pengantin Malaysia, Ampang Point Mei 2010


Salam,


Hari ni saya terpaksa update dengan serba pantas. Di sebabkan dah lama tak update, bila mula menaip rasa tersangat janggal. Tengok kat dashboard, rasa cemburu dengan para blogger yang lain yang seminggu ada saja dua-tiga cerita nak di ceritakan di blog masing-masing. Maaf, di sebalik kesibukan menghandle butik, kami juga sibuk menyediakan barang-barang untuk next PAMERAN PENGANTIN MALAYSIA yang akan di adakan di Ampang Point Shopping Centre ; 14-16 Mei 2010. Minggu depan, hari Jumaat bermulalah operasi perniagaan kami di sana.


Spread the news ladies. Dina Halim Bridal Boutique dan Sebumbung Fotografik akan mengadakan promosi besar-besaran sempena 'HARI IBU', orang yang berhak kita semua raikan. Kerana, kasih seorang ibulah kita semua ada pada hari ini. Kerana, sayang seorang ibulah kita berjaya menjadi manusia yang berguna. Korang semua dah belikan apa untuk ibu korang? Haaa, tak semestinya hadiah mahal-mahal. Ibu ni kalau kita wish je pun, dah gembira dah diorang.

Tahukah anda? (eceh, macam ruangan info la pulak kann..).. Sebenarnya nama Dina Halim sendiri adalah bersempena nama ibu saya.. Ha, trbongkarlah rahsia saya sekian lama. Semua mesti ingat sayalah Dina Halim. Takpe, takpe.. Saya kiranya Dina Halim Junior la.. Ok la gadis-gadis, ingat tau, datang ke PPM di Ampang point nanti. Booth kami betul-betul di sebelah pentas utama. Tapi kat Ampang Point ni tak boleh nak bawak pelamin besar-besar. Kawasan dia kecik je.

Datanglah, kalau nak tahu berapa harga pelamin dewan 3 panel Dina Halim. Juga Sebumbung Fotografik ada pakej baru, pakej 3 Album. Jumpa di sana.......

Wednesday, February 10, 2010

Promosi Fotografi

Salam,

Dengan ini saya amat sukacita ingin meng-promote promosi in house photography kami. :)
Harga memang best meletup - letup. If nak datang kedai, tengok contoh album boleh buat appoinment ye. Setakat ini, ada 2 jenis album (Hard Cover) and (Photobook) album. Actually dua-dua pun hard cover. Yang bezanya Hard Cover tu hard jugak dalamnya (ala, yang story board album tu). Photobook pun kita design ala story book, cuma muka dalam dia nipis macam magazine (tebal sikit rasanya).

InsyaAllah, in future Dina Halim akan buat promosi meletup - letup gabungan Sebumbung Fotografik.

P/s : Sorry if kami tak JV dengan fotografer lain, sebab pihak kami dah ada fotografer sendiri. Harap faham :)