Wednesday, December 29, 2010

Perhatian!! Peserta Dina Halim Online Contest.

Sila semak senarai peserta di kolum sebelah kanan, atas sekali. Ada sesiapa yang saya tertinggal? Sila komen di sini. Tq.

p/s : Akan mengumukan TOP TEN tidak lama lagi. Nantikan update seterusnya.. :)

Wednesday, December 22, 2010

Dina Halim Online Contest - Edisi Ke-2

Salam,

Saya nak umumkan yang Dina Halim Online Contest edisi ke-2 telah tamat secara rasminya pada 20hb Disember tepat 12 tgh malam semalam. Saya dan pihak juri tengah bertungkus-lumus membuat pemilihan Top Ten. Nantikan update dari kami ye.

Di kesempatan ini juga, saya nak umumkan yang butik kami akan berpindah ke Prima Sri Gombak. Nantikan alamat terbaru kami. Akan saya umukan juga opening hours kami di sana. Tidak lupa juga saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pelanggan Dina Halim yang telah menggunakan khidmat kami. Alhamdulillah, dengan sokongan yang kalian berikan, kami berjaya melangkah satu tapak ke hadapan lagi.Tanpa pelanggan yang di kasihi selalu, memang tidak tercapai segala impian dan harapan kami yang masih baru setahun jagung bertapak dalam industri perkahwinan di Malaysia ini. Jadi, khas untuk ex-customers Dina Halim, tidak kira yang pernah mengambil pakej pertunangan mahupun pakej persandingan, kami akan mengadakan pakej istimewa khas untuk semua repeated customers kami. Nantikan pakej istimewa tersebut, tanda terima kasih kami kepada anda.

Sekian..

With lots of love,
Kak Nad
012-3445672

Thursday, December 9, 2010

Pemenang Hadiah Misteri

Salam,

Hari ini saya ingin mengumumkan secar ringkas, pemenang hadiah misteri bagi peserta pertama yang komen dalam entri DH Online Contest, 'Dari Mata Jatuh Ke Hati'. Pemenang yang terpilih adalah :


*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

Nedrine

Congrats Nedrine, anda telah memenangi Handbouquet Fresh Flower yang bernilai RM150.00 tajaan Dina Halim Bridal Boutique! :D

P/S : Nanti contact akak tru sms ye. 012-3445672 (kak nad). tq!

Monday, November 15, 2010

Dina Halim Online Contest - 'Dari Mata Jatuh ke Hati'

Salam,

Atas sambutan yang menggalakkan pada pertandingan yang lepas, pihak Dina Halim Bridal Boutique dengan berbesar hati mengadakan edisi ke -2 pada kali ini. Tarikh menghantar entri adalah pada 20 NOVEMBER 2010. Mana-mana entri yang di hantar awal dari tarikh tersebut, tidak akan di layan sama sekali. Please take note ya. Sebab pertandingan kali ini, ada hadiah misteri bagi entri yang pertama pada blogger yang meninggalkan komen di page ini. Maknanya tak memerlukan markah penjurian. Siapa yang pertama tinggalkan komen pada 20 NOVEMBER 2010, terus dapat hadiah misteri. Best tak?? Hehe..

Ok, macam biasalah, mesti ada syarat-syarat nak masuk pertandingan kan? Jom, baca terms and condition betul-betul :

Banner/ badge yang wajib di letak di blog anda. Dan sila link kami! :)

1) Pertandingan terbuka kepada BAKAL-BAKAL PENGANTIN DI SELURUH SEMENANJUNG MALAYSIA SAHAJA. Ini bermakna tidak dibenarkan orang ketiga selain daripada bakal pengantin masuk pertandingan ini.

2) Pertandingan di buka untuk warganegara MALAYSIA yang berumur 20 tahun ke atas.

3) Peserta hendaklah mempunyai BLOG dan HENDAKLAH MENJADI FOLLOWER http://www.dinahalim.blogspot.com/ dan http://sebumbungfotografik.blogspot.com/ dan add Dina Halim di Facebook.

4) Buat satu (1) special entri yang bertajuk ; Dina Halim Bridal Boutique Online Contest - 'Dari Mata Jatuh Ke Hati'.

5) Sila letakkan banner / badge rasmi pertandingan ini di atas blog atau side bar blog anda dan juga dalam entri pertandingan. Dan sila linkkan ke blog Dina Halim.

6) Dalam entri tersebut, sertakan SATU (1) GAMBAR BLACK & WHITE kamu dan si dia yang boleh menambat hati juri. (Lebih dari satu gambar akan di kira keluar dari tajuk) (NILAI-NILAI KESOPANAN DI AMBIL KIRA!)

7) Buat satu esei yang menyentuh hati dan boleh meremangkan jiwa juri mengenai percintaan pandang pertama kamu dan si dia ;"Dari Mata Jatuh Ke Hati". Panjang esei sekurang-kurangnya 200 patah perkataan (^_^)

8) Nyatakan juga sudah berapa lama hubungan percintaan kamu dan si dia berjalan.

9) Pilih (1) GAMBAR pelamin Dina Halim Bridal Boutique kegemaran anda, dan terangkan secara ringkas, mengapa ianya menjadi pilihan anda.


10) Hadiah boleh di guna sepanjang tahun sehingga 20 NOVEMBER 2011 (TERTAKLUK KEPADA SAIZ BAJU, KEKOSONGAN TARIKH, TERUTAMANYA HADIAH OUTDOOR FOTOGRAFI).

11) Selesai semuanya, TINGGALKAN KOMEN pada ENTRI INI SAHAJA. (Senang saya nak keep track)..KOMEN YANG AWAL DARI TARIKH 20 NOVEMBER 2010 TIDAK AKAN DI LAYAN.InsyaAllah saya dan para juri akan menjengukkan diri ke blog anda. Yang tak tinggal jejak, tidak akan di layan. Semua keputusan adalah MUKTAMAD. Sebarang email pujuk rayu tidak akan di layan. Tarikh tutup penyertaan adalah sehingga 20 DISEMBER 2010 sebelum 12 malam.HADIAH-HADIAHNYA BERUPA:


TEMPAT PERTAMA : Sepasang Baju Songket Bunga Tabur L+P (Worth RM550.00)
                                     Bunga Tangan Fresh Flower (Worth RM150.00)
                                     Hadiah tajaan Sebumbung Fotografik (Worth RM500) :
                                     2 Jam Outdoor Fotografi
                                     Photobook Album
                                     DVD Unlimited Shot gambar yang di ambil

TEMPAT KEDUA : Sepasang Baju Songket Bunga Tabur L+P (Worth RM550.00)
                                 Bunga Tangan Fresh Flower (Worth RM150.00)



TEMPAT KETIGA : Sepasang baju Nikah L/P (Worth RM300.00)
 
 
*SAGUHATI (TEMPAT KE-4 dan KE-5) : 25% DISKAUN ke atas
                                                                     pakej DINA HALIM BRIDAL BOUTIQUE
                                                                    
                                                                     dan
 
                                                                     20% DISKAUN ke atas
                                                                     pakej SEBUMBUNG FOTOGRAFIK
                                                                     
 
**Semuanya tertakluk kepada perubahan tanpa notis terlebih dahulu. Kami berhak menarik balik hadiah yang di menangi jika terdapat sebarang percanggahan tarikh, tiada persetujuan untuk additional cost (refundable security deposit untuk semua hadiah , transportation, atau accomodation). Tiada transportation charge unutk kawasan Kuala Lumpur bagi hadiah outdoor fotografi, bagi kawasan luar Kuala Lumpur, akan di kenakan caj tambahan. Semua hadiah tidak boleh di tukar nilai wang Ringgit atau di tukar dengan barangan lain.Ada soalan? tanya dalam komen saya ye =) atau message dalam facebook.
 
 
Warmest Regards & Best Wishes from Dina Halim Team Members!
 
p/s : bagi sesiapa yang nak copy paste entri ini, sila ke blog Sebumbung Fotografik. Maaf atas kesulitan, blog saya ni dah tak boleh right click, saya lupa kat mana nak adjust supaya membolehkan kamu right click semula.

Monday, November 8, 2010

Nurul Syazana & Zain a.k.a Zainur (Pemenang Tempat Pertama DH Online Contest)

Salam,


Seperti yang kita sedia maklum, blogger yang lebih di kenali sebagai Zainur telah berjaya memenangi tempat pertama dalam pertandingan Dina Halim Online Contest yang lepas. Zainur memenangi hadiah yang berupa mini pelamin yang bernilai RM850.00.

Boleh tengok entri Zainur yang membuatkan beliau memenangi tempat pertama pada contest yang lepas :D

Jom, layan gambar-gambar yang saya cilok dari folder Mr. Sebumbung. (Hihi, sila jangan pecah rahsia).



Pelamin ini adalah idea dari Zainur sendiri. Harga sebenar pelamin ini lebih dari yang di menangi Zainur, tapi tak tahu kenapa hati saya tak ada rasa nak berkira dengan Zainur ni. Lagipun, ayah kata senang je nak buat 'atap' untuk Zainur tu. (Hehe, maaf, ayat bersepah). Zainur nak pelamin yang boleh gantung-gantung pomander ball dan kristal. Tema pilihan pula, pink dan hijau. Bunga telur bahagian depan tu, tak silap saya hasil tangan Zainur sendiri. Betul kan Zainur?



 Makeup Zainur dari Zila Ziman.





p/s : Nama Zainur yang sebenar, Nurul Syazana. Pernah meng-remindkan hubby mengenai tarikh Zainur yang hampir. Terpinga-pinga sebentar encik hubby bila saya bertanya menggunakan nama Syazana. So, sampai sekarang saya dengan hubby memanggil Zainur, supaya tidak konfius. Nasib baik Zainur tak kisah :)

Ok, gadis sekalian, interested dengan mini pelamin ni? Contact atau text saya directly (012-3445672 - kak nad)

Sunday, November 7, 2010

Adzfar & Iryani, MITC Melaka 10 Oct 2010

Salam,

Hye gadis-gadis semua :)

Dah alang-alang saya skip entri, marilah kita bersama-sama memeriahkan suasana dengan melihat entri yang tak berapa nak lapuk lagi ni. Wedding job kali ini adalah untuk pasangan Adzfar & Iryani dari Melaka pada 10.10.10 yang lepas. Agak-agak dalam setahun jugak lah saya dan pasangan ini merancang perkahwinan mereka. Pasangan ini telah memilih MITC sebagai lokasi persandingan kedua-belah pihak serentak! Memang ramai jemputan mereka.

Dina Halim Bridal Boutique di tugaskan untuk membuat baju nikah, baju sanding baru yang mengikut kesesuain tema, pelamin 5 panel, walkway aisle, Pillar arch, Hi table deco dan baju flower girl. Pemilihan warna biru adalah kerana pengantin lelaki sangat-sangat suka warna tersebut. Rasa-rasanya hampir setiap kali saya bertemu mereka ni, Adzfar mesti memakai jersi kegemaran beliau, Chelsea. Tak pasal-pasal saya yang buta mengenai sukan bola sepak tahu warna Chelsea tu, biru..Kalau tak, yang paling tahu pun jersi MU, warna merah. Haha!

Ok, lets tengok gambar-gambar yang telah di snap suami kesayangan hamba Mr. Sebumbung. Owh, lupa pulak.. Adzfar & Iryani juga ambil complete set Dina Halim Extravaganza, termasuk fotografi dari in house fotografer kami.

Iryani's Nikah Outfit. Saya suggestkan guna grey sebab sanding Yani dah pilih warna putih. So gurls, instead of putih and krim, boleh pilih other pastels colour untuk nikah. Light green, baby pink, light blue, champange.

Gorgeous! I love her veil.

 Mr. Sebumbung kata, Dilla the makeup artist sangat serius masa makeup pengantin.









Pelamin Tru Blu, I Love You yang di beri percikan warna 'cuteness' blue and pink.






Ok, sesungguhnya saya sakit hati sebab susah nak buat caption. So, if ada yang interested untuk bertanya lebih lanjut, sila contact atau text saya directly 012-3445672 (kak nad).

p/s : Different backdrop akan memberikan different effect, walaupun menggunakan panel pelamin yang sama. I love doing job yang memerlukan saya bermain-main dengan warna. Next job, saya di beri peluang meng-combinekan peach and green untuk Hafifi & Nabila (Dec 2010). And i truly can't wait untuk meng-deco pelamin Amee (Salmi) yang memberikan kepercayaan kali kedua untuk persandingan beliau Dec 2010 nanti. Amee memilih combination blue and purple. Owhh~ tak sabarnya! :D



Peach + green

Wednesday, November 3, 2010

PA SYSTEM untuk di sewa!!

PA SYSTEM UNTUK DI SEWA!!

HARGA PROMOSI RM399.00 SAHAJA!!

Hubungi kami untuk keterangan lebih lajut.

email : dinahalim_butik@yahoo.com
contact : kak nad 012-3445672

Aqiqah Baby Shana - Bukit Beruntung, Rawang.

Salam,


Banyak entri saya skip di sini. Post kali ni saya nak mengumumkan secara rasmi yang Dina Halim ada menyediakan hiasan untuk majlis Aqiqah bagi sesiapa yang berminat. Actually, first time buat untuk kawan baik saya, cuma belum update lagi. (padahal baby Iman tu dah berumur enam bulan dah..hihi).

Ingat Shana? Ada entri mengenai beliau, yang memakai baju eksklusif grey pink tu. Shana selamat melahirkan baby boy yang comel.





Interested? Text saya untuk harga. 012-3445672 (kak nad).

Friday, October 22, 2010

Dina Halim Online Contest

Dina Halim Bridal Boutique akan mengadakan Online Contest kali ke-2 akan datang!!

Just wait for the info ladies! (^_^)

Pelamin Ekonomi 3 panel

Salam,

Ini adalah peng-update-tan secara ringkas dan laju-laju. Sorry dearies, saya tak punya banyak masa lately nak update entri. *terlepas harapan nak mendapat award sebagai blogger tegar*. Job pelamin ekonomi pertama yang saya buat, di dewan JKR , Kuala Lumpur untuk customer yang bernama Fara Sakinah. Seperti kebiasaan blogger tak tegar macam hakak ini, ai terlupa lah, nak bawa kamera bekuasa tinggi suami ai. Jadinya, marilah kita sama-sama mengecilkan anak mata untuk mendapatkan view yang lebih mampat dari gambaran sebenar.


Tema : Black + Grey + Pink


Berminat nak mengetahui pakej ekonomi ini? Text saya untuk jawapan yang pantas 012-3445672 (kak nad) atau 012-6509550 (auntie Dina) atau email (harap bersabar menunggu reply) ke dinahalim_butik@yahoo.com.

Lots of Love ,
Kak Nad
Dina halim Bridal Boutique

Friday, August 27, 2010

PENAFIAN @ PEMBERITAHUAN

INI PENTING ;
Segala isi kandungan dan gambar-gambar di DINA HALIM's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada DINA HALIM's blog. Sekian, dimaklumkan sekali lagi.


Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

- Oh~ di atas ini ada link puan Viruspadu, saya linkkan supaya sesiapa yang tak insof2 lagi dan berniat jahat *gunting dalam lipatan* , silalah insof.. Jangan la ingat kita di alam siber ni boleh nak menyorok-nyorok bila dah buat orang. Saya juga tidak teragak-agak mengambil tindakan pada sesiapa yang meninggalkan apa jenis komen yang boleh mendatangkan perasaan tidak sedap hati pada saya dan keluarga saya.

Tq adik manis sepet, yang memberikan akak tunjuk ajar. Terima kasih, sifu :) 

p/s : saya tak kisah sama sekali jika mana-mana gambar dan ayat dalam blog ini di ambil dan di letakkan di blog saudara / saudari, asalkan blog Dina Halim di berikan kredit.
 
p/s lagi : Noks, blogger yang tegar akan faham apa yang saya rasa. Mentang-mentanglah saya ni blogger pemalas tahap gaban perkasa hitam, itu tak bermakna saya suka kalau orang copy paste apa yang saya tulis, tanpa meminta izin. Saya pun segn ok, nak copy paste apa2 tanpa izin orang.

Thursday, August 26, 2010

Urban Vibe Online Contest

Salam,

Ada info mengenai pertandingan online bagi blogger brides-to-be oleh penganjur Pameran Pengantin Malaysia, Urban Vibe Event.

Sila ke blog rasmi PAMERAN PENGANTIN MALAYSIA untuk maklumat lanjut.




Good Luck dearies! (^_^)

Sunday, August 22, 2010

Tasneem & Fathi, Dewan Sri Siantan, Putrajaya

Salam,

Jom tengok gambar-gambar majlis resepsi Tasneem dan Fathi di Dewan Sri Siantan, Putrajaya. Tema warna adalah biru dan krim. Dina Halim telah membuat deco dari pelamin 5 panel (Tru Blu, I Love you), 2 pillar arch, 12 walkway aisle dan Hi Table Deco. (Gambar adalah ikhsan dari FB Tasneem dan juga dari official fotografer, Katak Photography).





Pelamin 5 panel - True Blue, I Love You

The lovely Tasneem & Fathi

6 walkway aisle berlampu + 6 walkway aisle tiang biasa
Dewan Tasneem besar, boleh memuatkan lebih dari 1000 pax. Gabungan dua dewan, Dewan Sri
Siantan 1 & 2.

Pillar arch

Our Collections of Mini Pelamin

Salam,

Lately ni, ramai pengantin to be email saya bertanyakan mengenai Mini Pelamin. Ramai yang sedang bersiap-sedia untuk melangsungkan pertunangan, dan juga perkahwinan. Atas permintaan pengantin to be, saya akan mengupload koleksi mini pelamin Dina Halim untuk tatapan semua.

1) Mini Pelamin Basic
Simple yet affordable.


Engagement Mazni, Sungai Choh, Rawang

Engagement Iwana, Keramat, Kuala Lumpur

Solemnization Raja Aini, Alam Damai, Cheras

Engagement Nani, Wangsa Maju, Kuala Lumpur

I personally love this combination. Pink and orange. Rasa macam fresh, comel sangat-sangat, thanx Nani,sebab bagi kepercayaan pada saya untuk try combination ni :)


 
2) Mini Pelamin Izni

 Engagement Izni, Sungai Buloh, Selangor

This is our first attempt doing mini pelamin. Insya Allah, this coming September ada one of my client yang buat colour purple.


3) Mini Pelamin Panel

Solemnization Elly, Sungai Choh, Rawang



Yang mana satu pilihan anda? Bolehlah email kami dinahalim_butik@yahoo.com atau text saya directly 012.3445672, untuk feedback yang lebih pantas.

Sekian, Terma Kasih.

Selamat Menghayati Ramadhan Al-Mubarak dari kami, Dina Halim Bridal Boutique Team Members.

Tuesday, August 3, 2010

Dina Halim penaja Pameran Pengantin Malaysia @ MVEC 2010

Salam,

Facebook Dina Halim masih memberikan masalah. Saya tetap tak dapat recognize sesiapa dalam picture yang di tag. So, camne ni? Maaf kepada yang mesej atau menunggu saya approve sesiapa antara kamu.

Hari ni saya nak upload gambar dari Pameran Pengantin Malaysia di Mid Valley Exhibition Centre tempoh hari.

Pelamin ni combination pelamin tiang bulat dan kiri-kananya kami guna panel tiang Roman. Ayah saya ada bagi nama, tapi kanggg..ada anonymous yang terlebih prihatin tersedak kang. Haha. Tapi, bak kata auntie saya "ada aku kisah.."
Kadang-kadang saya bagi nama kepada pelamin kami untuk kesenangan para customer jugak. Sebab selalunya customer yang telefon, akan blur-blur tak tahu nak bagitahu pelamin mama satu. Karang, saya bagi nama pelamin 'cinta ku yang teguh berdiri' kang..Orang gelak pulak..Lagipun, saya biasanya akan memilih nama yang senang untuk di ingati, ianya penting untuk penghafalan kami juga. Kalau nama pelamin pun dah panjang-panjang susah nak ingat, baik tak yah. Kan?

Pelamin combination ni nama dia
Cinta Taj Mahal
Sapa tak suka, shadap u..I punya produk, I bagi namalah.. :)



Qery berkata : " Waduhh..cantiknya bakal isteri aku"..Tengok tu, mata dia pandang si sepet macam nak terkam!

Make Up by Lya ku sayang..Love your touch dear! Gorgeous sangat!

"Owh~ kacaknya abang Qeryku" sepet berkata dalam hati.. (agaknya lah..haha)

Hana & Qery yang sedang di make up oleh puan Lya kita

Alahai~ Kan comel tu..Ayu je..

Qery & Hana bergambar di tapak pameran kami. Pelamin ini di namakan 'Mini Roman'.
 Lebih simple dari Roman Garden yang sebenar.

Saya, selaku pihak Dina Halim Bridal Boutique ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak penganjur, Urban Vibe Event kerana memberi peluang kepada kami untuk menaja stage kali ini. Terima kasih juga kepada follower blog ini yang sehari ke sehari makin meningkat jumlahnya, walaupun saya mempunyai penyakit 'M' mengupdate blog. Terima kasih atas sokongan kalian. Saya amat menghargainya, setiap detik, setiap waktu.

Salam sayang dari saya yang menghargai anda,
Kak Nad
(^_^)

Monday, August 2, 2010

NOTIS

Salam,

Maaf atas kelewatan notis. Kami akan beroperasi bermula 4hb Ogos 2010 nanti. Maaf, tak dapat nak online selalu, kami masih berada di Jakarta (28 julai - 2 ogos 2010).. Urusniaga berjalan seperti biasa pada tarikh 4hb Ogos nanti.


Terima Kasih


p/s : facebook pun tak boleh nak online, sebab dia suruh recognize muka friends yang saya tak cam sesiapa pun.. Huhu..

Saturday, July 24, 2010

Cerita lapuk abad ini : DINA HALIM main sponsor pelamin resepsi ANNE HOT FM.

Salam,


Sepuluh jari saya susun, untuk memohon maaf jikalau saya ada buat kamu tertunggu-tunggu update dari blog rasmi Dina Halim ini. Kalau tak tunggu, tak pe, saya tahu ada gadis yang comel di sana yang tunggu.*wink* hehe..

Ok, saya agak slow update semenjak-dua menjak ni. Maaf ye.. So hari ni saya ingin upload gambar-gambar yang encik hubby saya ambil semasa majlis perkahwinan Anne temph hari.. (errr..ke tempoh bulan? hihi)..




This is comels, me myself love this centrepiece so much. Saya guna Light Pink Hydrangea, dengan tiga kuntum roses. Sengaja saya guna balang bulat ala balang ikan emas ini, untuk mendapatkan efek comel-comel gitteww..

Tema Anne ialah Grey & Pink. Background adalah very light grey, dengan bunga-bungaan bewarna light and dark pink.

Pelamin Roman Garden ni sebenarnya khas di reka untuk Anne. Ia telah di adaptasi dari rekabentuk KGPA itu sendiri. Ayah saya sendiri, selaku designer pelamin ini membuat research secara kasar, dengan melihat buku-bukan Roman Architecture yang dimiliki beliau.

Bagi seorang hamba Allah, yang menggelarkan diri beliau 'Anonymous', yang amat tidak berpuas hati dengan design ni, silalah tampil dengan professional, dan berilah kritikan membina. Bukan dengan menggunakan ayat-ayat yang kelihatan seperti orang tak berpelajaran, dan berharap kejian anda tersebut melemahkan semangat saya yang baru nak menapak dalam industri perkahwinan ini. Apa pun, saya hormati pendapat dan hak individu yang lain juga, saya tahu kecantikan sesuatu benda itu terlalu subjektif untuk di perkatakan. Jika cantik bagi saya, tidak semestinya cantik bagi orang lain, bukan? Jadi, untuk perhatian hamba Allah 'Anonymous' , jadilah manusia yang bersih dari sifat hasad dengki, semoga Allah memberkati hidup anda selalu.

Bagi yang blur si 'anonymous', kalau tak tahu macamana saya namakan roman pillar ni roman pillar, silalah rajin-rajin meng-google-kan diri anda dengan menaip 'roman structure' kat search engine tu. Lagi satu, ketahuilah anda, yang seni itu sendiri adalah abstrak. So, designer tu sendiri yang boleh menerangkan kenapa sesuatu design itu terjadinya begitu dan terjadinya begini. (haaa, kan hamik.. ayat pasar i bagi u)..

p/s : saya mungkin tak se gah nama-nama besar kat luar tu, tapi sekurang-kurangnya saya belajar kalau saya tak tahu sesuatu.

Sekian,

Lots of love untuk orang yang love saya sahaja ; (miahaha..;p )
Kak Nad