Showing posts with label Tema Pink. Show all posts
Showing posts with label Tema Pink. Show all posts

Wednesday, May 4, 2011

Pameran Pengantin Malaysia by Urban Vibe Event @ Selayang Mall (6-8 Mei 2011)

As Salam Ladies!

Wah~ Excited sudah ~ Hihi.. Bukan excited, lega sangat-sangat sebenarnya.. 30 April - 1 Mei yang lepas, job dewan bertimpa-timpa.. Memang tak menang tangan di buatnya.. Tapi, Alhamdulillah, settle semuanya. So kat sini saya nak umumkan yang Dina Halim Bridal Boutique adalah penaja utama untuk PAMERAN PENGANTIN MALAYSIA 2011 yang bertempat di Selayang Mall nanti.

Pssssttt, tapi kannnn..kannn.. PPM kat Selayang ni Edisi Bajet uollsss..Kenapa saya kata EDISI BAJET? Sebab, vendor-vendor kat sana di nasihatkan buat special pakej khas untuk PPM Selayang Mall! Jap, jap.. Saya nak copy paste dari belog rasmi PPM mengenai harga-harga yang jadi guideline nanti.

"HARGA MAMPU MILIK" YANG BOLEH ANDA MILIKI di PPM 6-8 MEI INI DI SELAYANG MALL;


Tawaran Pakej dari Butik Pengantin : dari "SERENDAH" RM 5,000 ke bawah

Tawaran Pakej Fotografi : dari "SERENDAH" RM 1500 ke bawah

Tawaran Katering : dari "SERENDAH" RM 10 ke bawah (sekepala)

Tawaran Kad Kahwin : dari "SERENDAH" RM 0.35 ke bawah (sekeping)
Haaaaa....Murah tak..murahhhhhhh... Jom, tengok poster yang ada banyak aktiviti menarik untuk bakal pengantin ni :




Butik Dina Halim akan buat main stage dan demo perarakan.. Sesiapa yang nak tengok baju terbaru dari Dina Halim, warna champange..Datang beramai-ramai ke PPM Selayang Mall tau..Demo perarakan mula dari 2 petang - 4 petang hari Sabtu, 7 Mei 2011.

Bersempena PPM Selayang Mall ni jugak, butik kami mengeluarkan pakej BAJET istimewa. Memang sampai 8 MEI je harga-harga ni bertahan. Meh, saya bagi klu skit bentuk harga yang kami tawarkan kat sana nanti.

Pakej paling murah bermula dari RM2100, paling mahal yang ada RM4600. Tapiiiiiiiiiii...Pakej RM4600 tu complete dengan baju eksklusif, makeup, pelamin bajet berukuran 16 kaki, walkway aisle, arch, bunga tangan, red carpet, pakej fotografi untuk dua majlis...Haaaa.....best tak? Nak tahu lebih lanjut?? Datng ke booth Dina Halim. Booth kami bertempat di ruang legar pentas utama.. Sesiapa yang nak tengok pelamin mini latest kami yang baru pun, boleh datang tengok secara LIVE kat sana.


Pelamin Mini Latest. Credit to Jemari Kreatif untuk bunga-bungaan yang kecomelan itu.. (^_^)


Apalagi korang? Spread the news ya! Sharing is caring, aite *wink*


Lots of Love,
Kak Nad

Sunday, August 22, 2010

Our Collections of Mini Pelamin

Salam,

Lately ni, ramai pengantin to be email saya bertanyakan mengenai Mini Pelamin. Ramai yang sedang bersiap-sedia untuk melangsungkan pertunangan, dan juga perkahwinan. Atas permintaan pengantin to be, saya akan mengupload koleksi mini pelamin Dina Halim untuk tatapan semua.

1) Mini Pelamin Basic
Simple yet affordable.


Engagement Mazni, Sungai Choh, Rawang

Engagement Iwana, Keramat, Kuala Lumpur

Solemnization Raja Aini, Alam Damai, Cheras

Engagement Nani, Wangsa Maju, Kuala Lumpur

I personally love this combination. Pink and orange. Rasa macam fresh, comel sangat-sangat, thanx Nani,sebab bagi kepercayaan pada saya untuk try combination ni :)


 
2) Mini Pelamin Izni

 Engagement Izni, Sungai Buloh, Selangor

This is our first attempt doing mini pelamin. Insya Allah, this coming September ada one of my client yang buat colour purple.


3) Mini Pelamin Panel

Solemnization Elly, Sungai Choh, Rawang



Yang mana satu pilihan anda? Bolehlah email kami dinahalim_butik@yahoo.com atau text saya directly 012.3445672, untuk feedback yang lebih pantas.

Sekian, Terma Kasih.

Selamat Menghayati Ramadhan Al-Mubarak dari kami, Dina Halim Bridal Boutique Team Members.

Saturday, March 6, 2010

*Promosi* Pelamin Mini sempena PAMERAN PENGANTIN MALAYSIA @ PWTC 12-14 MAC 2010

Salam,

Seperti yang saya janjikan, disini saya ingin mengupdate gambar pelamin mini yang akan di promosikan di PWTC kelak. Tarikh akhir promosi berakhir 14 Mac ye, so kalau betul-betul berminat silalah buat keputusan yang benar-benar FIRM sebelum 14 Mac 2010.

Antara promosi yang akan di jalankan oleh DINA HALIM BRIDAL BOUTIQUE ialah ;

- SEPARUH HARGA untuk pelamin mini yang TERPILIH dengan mana-mana confirmation PAKEJ SANDING (rumah ataupun dewan).





Handbouquet untuk sanding. Saya guna imported Rose, ivory colour dan daisy putih.
Nota Kaki : Maaf kalau entri saya pendek dan tak ber-omel-omelan. Nanti kita jumpa di PWTC sahaja ye, untuk bercerita panjang.
Bagi yang berminat untuk mengetahui harga, sila email sebarang pertanyaan kepada kami di dinahalim_butik@yahoo.com.
Sekian, Terima Kasih.

Monday, February 8, 2010

Pelamin Mini Tunang : Mazni & Zali - Sungai Choh, Rawang

Salam,

Our first job untuk bulan Febuari 2010 ini adalah untuk pelamin mini Mazni & Zali. Diorang ni warga kampung Sungai Choh jugak la. Mazni and Zali minta kami buatkan mini pelamin tunang yang simple sangat-sangat. Dengan budget yang diberikan, pihak kami pun sedaya upaya merealisasikan impian pasangan dua sejoli ini.







Combination colours is dark pink and putih. Baju tunang Mazni lite yellow. Before buat pelamin ni, dah minta baju dia nak tengok match tak dengan kaler pink nanti. Ok, tunang dia bawak lite yellow (lite yellow bertindak seperti putih, banyak kaler boleh match), so boleh proceed. Bila setup kat rumah, ternampak inner dress dia macam pekat sikit. Risau jugak, tapi tadi tengok gambar dalam kamera dia, nasib baik ok :)
Overall, she's satisfied dengan hasilnya. Itu yang penting, ok.. Ini pun gambar yang tak siap dengan lighting depan lagi. Boleh tak, suami tercinta tertinggal nak snap picture yang lengkap with semua lighting siap? Sabar ye dek non..
Nanti saya kejar Mazni untuk gambar dia dan pelamin mininya ok?
Owh, lupa nak cakap. Pelamin ni kita tengah promotion. RM399.00* sahaja, and transportation to Klang Valley is free! Yang terdekat dengan kawasan kami ni, apatah lagi kann.. Putrajaya, Klang ada additional sikit la..(Ehem..ehem..murah kan?haaa..mana ada mahal..kalau nak mahal, kita buat mahal punya..if ada certain budget, kita boleh buat jugak..lebih elok, if betul-betul nak, datang kedai senang nak discuss. If dalam email or facebook, susah wahai gadis-gadis)
Interested? Contact us for more details. dinahalim_butik@yahoo.com or call us at 012-3445672 or visit our gallery by appoinment Monday-Sunday.
*Email us to know more about the details. Promotion ends until 15th March 2010*
Muahss Muahss,
Dina Halim Team Members

Friday, January 22, 2010

Pameran Pengantin 2010 @ Ampang Point

Salam,
Hari ini mite be saya akan merajinkan diri mengupload entri-entri hutang saya. (termasuk entri pertandingan) *uhuk..uhuk..batuk kokol kejap..sebab malu dengan gadis2 sekalian*

Ok, as u gurls tahu.. Dina Halim Bridal Boutique ada join PAMERAN PENGANTIN MALAYSIA 2010 @ Ampang Point baru-baru ni. The results is sooo unbelievable, cumanya kali ni kitorang rasa lama sangat pameran ni dijalankan. 5 hari duduk kat kaunter, yang ramai datang adalah pada hari Jumaat, Sabtu and Ahad jugak. Tetapp tak nak datang awal2, so bila booth penuh dan berhimpit2, susah la.. Jangan lupa, take note! Next event will be @ PWTC.. Tapi kali ni bukan kat Legar Putra, tak silapnya kat Hall atas. Nanti kita update ye :)

Jom, tengok gambar booth yang sempat di snap. (Ada sikit je, sebab ruang yang sempit dan fotografer yang bz ;p)

Busy, then tempat agak padat.. Huhu.. Di Ampang Point booth adalah limited.


Design Pelamin Tiang Bulat ini kini boleh request untuk; 1 Panel, 3 Panel atau untuk dewan besar 5 panel.


Nice huh? Suka Pink sangat! *kelip2 mata supaya nampak cute*



Oh, Qery & Hana a.k.a Sepet datang melawat okiess.. Tapi akak membz masa tu.. Tak boleh nak layan sangat.. Walaupun nakk je cubit2 pipi Hana yang comel itu. Sorry sangat2 lenkali nak dtg, time tak de orang la k?

Tuesday, January 5, 2010

Nadia (Auntie Shikin) - Ukay Perdana

Salam,

Ini adalah contoh pelamin 1 panel juga. (Maaf, kualiti gambar adalah kurang elok. Ambil dengan kamera kotak-kotak sahaja. Terlupa nak bawa DSLR suami terchenta). Actually, pelamin ni di request oleh seorang client.. Khas untuk putri tunggal beliau bertunang. Actual pelamin looks nicer than this photo. Nampak macam sangat garden dan ala - fairy tales. Thanks Auntie Shikin, for trusting us!




This pelamin made by full fresh flower. Tema ialah pink. Dengar cerita hantaran by Nas Great Idea (Wahh~~ untung.. Hantaran tunang pun by Nas..).. Baju pulak by fashion designer yang ada nama juga, cuma saya tak berapa confirm siapa. Ok ladies, if interested, do contact us ya!

Tunang boleh, nikah boleh, sanding pun apa salahnya.. :)