Thursday, April 15, 2010

Majlis Pertunangan Salmi, Kepong

Salam,
Sudah lama teringin update mengenai pertunangan Salmi. Ada gambar dari kamera sendiri, tapi belum edit la pulak kannn.. Tadi dengan rajinnya saya sneak peak kat FB Salmi, saya terjumpa gambar pertunangan beliau! :D Alahai, cantiknya baju dia.. Suka sangat! Warna dark blue. Nampakmacam mewah & klasik. Baju tu bukan dari pihak kami, pihak DH bertanggungjawab membuat pelamin mini sahaja.



Kedua-dua gambar ini diambil dari FB cik Salmi, harap maklum :D

Zura Sweet Design & Wan, Seremban

Salam,

Saya ingin mengumumkan yang saya bakal meng-away-kan diri saya pada hujung minggu ini. Pada yang telah membuat appoinment, jangan risau kerana Auntie saya akan menggantikan saya di butik nanti.

Hari ni saya sedikit berdebar kerana sahabat saya sedang bergelut dengan kelahiran bayi sulung beliau. Amat merisaukan saya kerana beliau telah di admit sejak pukul 10 malam semalam, sehingga kini belum ada perkhabaran yang mengatakan bayi sudah di lahirkan. Latest news adalah dalam kira-kira pukul 3 petang waktu tempatan, suami beliau berkata yang proses melahirkan akan bermula pada pukul enam. Sekarang jam menunjukkan pukul 6.44 petang. Saya berdoa agar semuanya selamat. InsyaAllah, saya akan bertolak ke Kuala Terengganu setelah semuanya selamat.

Oklah, disebabkan semenjak dua menjak ni saya asyik update tanpa gambar (yangmana dikhuatiri akan membosankan kalian semua), pada hari yang ada mood ini saya dengan gigih deit sikit-sikit gambar pelamin yang kami deko untuk Puan Zura Sweet Design.





Gambar ni saya ambil dari FB. Nampak tak deko yang 'S' tu? Zura buat deko untuk tempat nikah dia, after that letak di pelamin untuk hiasan tambahan. Oh, bagi yang belum mengenali Zura, beliau adalah pembuat wedding guest book yang tegar. Hehe. Boleh visit blog belaiu lepas ni ye?











Zura yang comel dan baik hati, akak doakan perkahwinan awak sentiasa bahagia dan semoga ianya berkekalan sehingga ke hujung nyawa. Semoga menjadi suami isteri dunia akhirat hendaknya.. Aminn~~~ :') (Terharu coz there goes one of my lovely client, selamat disatukan dengan ikatan yang sah).

p/s : di sebabkan saya terhegeh2 edit, upload gambar.. Sahabat saya selamat akhirnya melahirkan bayi sulungnya sebentar tadi. Alhamdulillah, semuanya selamat :D

Tuesday, April 13, 2010

Pengalaman yang tidak dapat saya lupakan - part 2

Salam,

Wah, tak sangka.. Ada orang baca cerita karutan saya tu :p.. Eh, tapi tak karut ok.. Ini yang benar-benar sahaja.. Nak jugak share experience dengan bakal-bakal pengantin yang lain kan? Ok, lets sambung-sambung the story..

Saya yang tengah konon-konon menyiapkan apa-apa yang patut di dapur sebenarnya lebih banyak tak keruan daripada buat kerja. Ye la, first sebab berdebar, ada orang masuk meminang (woh, padahal.. dalam hati adalah menggeletis kegembiraan kannn..keke).. Secondly saya tak keruan sebab dengan nerdnya saya tak terfikir langsung nak prepare barang balasan untuk tetamu bawa pulang! Lurus ke kurang bijak di situ.. Sebabnya, saya pun tak expact family suami saya bawak apa-apa untuk saya setelah saya pesan pada suami berulang-ulang kali, tak perlu susah-susah. Lagipun, kalau saya tahu ada cincin bagai, mestilah sekurang-kurangnya saya pakai baju hok molek sikit, dengan makeup comel-comel sikit. Ni mana sempat.. Berpeluh ketiak ai uollss..

Tiba-tiba dalam keadaan kekalutan di dapur, saya pun di panggil mak cik saya untuk tampil ke ruang tamu. Aduh ya ampun~ panik di buatnya.. Cepat-cepat carik tudung, (time tu saya belum pakai tudung, tapi harus la berkelakuan sopan dan ayu gittew) dan akhirnya meminjam tudung nenek tiri saya yang bewarna hitam, baju kurung form 5 warna hijau. Ok, bagus! Memang terjelas sungguh ciri-ciri kesopanan dan kelihatan seperti perawan manis yang clueless mengenai fesyen terutamanya. Dengan aturan langkah yang kecil-kecil (mungkin kelihatan di buat-buat pada pandangan suami saya sebab selalunya saya jalan tak hengat dunia lajunya..kahkahkah) dan sambil menunduk muka (tersipu-sipu malu sebab muka comot sebenarnya).. jantung saya berdegup kencang.. Angkat sikit kepala, untuk melihat suami saya dengan perasaan yang saya kira sedikit geletis dan gatal-gatal kucing, dan tunduk semula dengan membuat aksi muslimah sejati-saya bakal-menantu-mithali..

Dupdapdupdap.. "Hulur la jari, kak long.. Biar ibu sarung cincin" ujar Mak Tam saya. Dapat saya rasakan senyuman lebar atuk yang saya panggil 'abah' melihat cucu pertama beliau di sunting orang. Orang kampung beliau pula tu! Gembira hati bukan kepalang, dapat tengok cucunya kahwin dengan orang Terengganu. Ibu saya pun berdebar, saya pasti.. Mungkin menitiskan air mata secara gerimis sikit-sikit sebab akhirnya, anak gadis yang susah nak jaga ni bakal di jaga dengan rapi oleh teruna pilihan. Kemudian saya pun tak berapa jelas apa yang berlaku, yang secara laju-lajunya saya dapat tahu majlis perkahwinan kami akan berlangsung bulan Mei tahun hadapan. (Waktu itu dalam bulan Ogos).. Itu nasib baik ayah mertua saya yang nak tarikh lewat sikit, ikutkan atuk saya yang simple mimple tu, dia nak nikah gantung je dulu bulan Januari. Sanding, nanti dulu sebab kitorang kan busy.. Haha..

Tapi, dengan penuh tenang, kata putus dapat di persetujui dengan restu kedua belah pihak.. Confirmlah nikah dan sanding 28 Mei 2006. Tak ada gantung-gantung, takut silap haribulan tak sanding langsung. Punyalah happy saya waktu itu, sebab.. First, tentunyalah sebab gembira, akhirnya lelaki pilihan saya di terima baik oleh ibu kesayangan saya. Sepanjang saya berkawan dengan lelaki lain, tidak pernah sekali pun ibu saya suka dan approve sampai suruh saya kahwin. Semua tak kena. Sampailah saya kenalkan suami saya yang pada waktu itu 'hanya kawan biasa' pada ibu, terus-terus ibu saya berusaha supaya saya dan suami tetap bersama. Padahal, waktu itu masing-masing ada 'masalah kekasih masing-masing'.. :p

Selain itu, saya teramat gembira sebab waktu itulah kali pertama saya dapat sebentuk cincin sebagai tanda di miliki orang. Sungguh! Tak pernah saya dapat hadiah sebentuk cincin daripada sesiapa pun. Bukan tak ada orang bagi hadiah, cuma saya selalu berniat dalam hati, memohon kepada Allah.. Semoga cincin pertama yang saya dapat biarlah dari bakal suami saya. Dan, Allah telah perkenankan doa saya! :')

Ok, lepas di risik dan kami kira bertunang ekspress tu, kami berdua pun meneruskan kehidupan seperti biasa. Busy bekerja bersungguh-sungguh tak kira waktu. Tup tup, alamak! Dah nak next year! Satu hapa pun saya tak prepare. Ibu saya kat rumah dah panik yang ammat. Anak sulung nak kahwin, atuk pun blur.. Cucu sulung nak kahwin.. Ayah saya rilek sebab dia kurang urat panik, tak macam keluarga belah ibu saya. Hihihi.. Mula-mula sebelum start apa-apa, kitorang di arah oleh atuk saya settle kursus kahwin yang penting. Prepare semua borang-borang yang patut.

Akhir tahun, ada MEGA SALE.. Waktu itu lah kami keluarkan duit simpanan (waktu tu kerja sendiri, tak ada gaji..so kumpul2 bila rasa nak pakai ambil sikit.. sikit je.. sebab saya kedekut! huhu).. Shoppinglah kami kat SOGO. Saya ni bukan jenis cerewet. Yelah, dah Allah bagi rezeki kahwin, ada jodoh yang baik-baik, apa yang kita nak cerewet lagi kan? So, dengan duit yang limited tu, saya pun limitedkan kehendak saya. Sebab awal-awal saya dah set mind, yang penting kami suami isteri yang sah! Leceh tau, kerja sampai malam-malam ke hulu-ke hilir tak ada ikatan yang sah. Kami pilih perfume yang masing-masing approve. Oh~ suamiku sungguh cerewet. Taste kami bagai langit dan bumi. Kemudian belikan dia kemeja yang lapan tahun sekali baru nak pakai, belikan kasut boot besar tak sesuai letak dalam dulang hantaran (kelakar ok! nasib baik akhirnya letak dalam kotak balut cantik-cantik), belikan saya kasut dan handbag yang comel, belikan saya set makeup yang saya suka, tak murah dan tak mahal. Ok setel, dalam masa sehari. Senang kan? Senang tak senang, susah sebenarnya nak shopping dengan dua orang yang berlainan taste ni. Hehe. Di selang-selikan dengan adegan rajuk-rajuk manja. Awww~ gatal la ai ni :p

Lepas beli barang hantaran, kami start rilek balik. Kerja,kerja,kerja! Sampailah satu hari ex girlfren adik saya bising dengan saya. Katanya, saya ni macam tak excited nak kahwin. Aduila, macamana nak excited? Makin dekat nak kahwin, makin banyak problem kerja. Alhamdulillah, kami tak ada gaduh teruk-teruk, cuma 'darah manis' kami ke arah bab-bab berkaitan kerja. Tapi tak la tak bergaduh langsung. Oh, tips dari ibu saya untuk saya ialah : Kahwinlah dengan orang yang serasi dengan kita. Jangan awal-awal dah asyik bergaduh, nanti sampai beranak-pinak pun asyik bergaduh. Huhu.. Saya rasa ada betulnya. Sebab, dah kahwin ni.. Memanglah lain dari bercinta. Bercinta, walaupun jumpa hari-hari macam belangkas, kita cuma nampak luaran je tau, belum sampai dasar pun lagi. Kalau awal-awal pun asyik nak bertekak je, bila dah nampak dasar paling dasar tu, ha.. How? Mana boleh 'clash-clash' dah.. Apa, ingat ni citer 'CLASH OF THE TITANS?'..

Jangan marah gadis-gadis.. Bersambung.. Uhuk uhuk *batuk kecil*.. InsyaAllah kita bertemu di lain episode.. Daaa.. ;)

Monday, April 12, 2010

Pengalaman yang tidak dapat saya lupakan - part 1

Salam,

Whoah~ Lamanya tak update. Tajut tak boleh belah kan..hihi. Ok, walaupun lately ni saya ala-ala malas nak update, saya tetap berjalan-jalan ke blog-blog brides to be yang lain. Macam-macam yang saya baca. Ada yang selamat diijabkabulkan, Alhamdulillah~.. Ada yang masih mencari-cari tips dan bertukar idea. Ada satu dua blog yang menarik minat saya dengan cerita 'bridezilla' beliau. Macamana perjalanan sebelum majlis yang kiranya agak'horror' jika bakal pengantin baca. :) Teringat saya kisah perjalanan perkahwinan saya..

Lama jugak saya berkira-kira samada mahu berkongsi dengan anda sekalian ataupun tidak. Sebabnya, ada ke orang nak baca? Saya fikir.. hehe.. Takpe, takpe.. Mungkin apa yang saya cerita boleh di jadikan pengajaran dan pelajaran untuk kita berkongsi bersama.

Saya dan suami berkahwin secara cepat-cepat. Maksud saya, di sebabkan kami seperti belangkas, (syarikat pertama kami di uruskan oleh kami berdua sahaja pada waktu itu) maka ibu saya sudah membuat bunyi-bunyi kurang enak di dengar di halwa telinga suami saya. Hehe. Ye la, mesti ibu saya risau. Kadang-kadang kami berdua di pejabat sehingga lewat malam. Kerja siang malam tak tentu, dengan tiada ikatan yang sah. Maka, haruslah beliau sebagai seorang ibu yang prihatin memulakan langkah pertama. (Terbalik kan, patutnya sang suami la yang kena amik langkah pertama).

Tapi, kami kan busy. Muda pulak tu. Mesti fikir nak kumpul duit banyak-banyak. First thing yang saya nak nasihat anda-anda di luar sana ; JANGAN SESEKALI BAGI ALASAN TAK MAHU KAWIN SEBAB DUIT BELUM CUKUP.. (AYAT RINGKAS : BILA JODOH DAH SAMPAI, JANGAN NGADA-NGADA NAK TOLAK!)

Betul percayalah cakap saya. Sebab kita takkan tahu apa yang akan terjadi pada masa hadapan. Tah kan si dia sanggup tunggu kita lagi, tah kan kita muak pulak dengan karenah si dia. Tau-tau je la, banyak syaitan datang bila niat kita tu ke arah kebaikan.

Sambung balik.. Bila ibu saya dah bagi hint-hint, suami saya pun dah kebas-kebas muka tahan malu. Nak fikir macamana nak bagitahu ibubapa dia. :) hehe.. Suami saya ni pemalu sangat-sangat.. Nampak je muka macam ganas, tapi saya je la yang tahu betapa pemalunya dia ni.. Di pendekkan cerita, tiba-tiba ibubapa suami saya pilih tarikh nak hantar cincin tanda.

Teringat saya dengan post Xora mengenai merisik dan bertunang haritu. Saya punya situasi merisik macam ala-ala gadis melayu terakhir.. Wahaha.. Dengan saya tak prepare apa-apa langsung.. Dengan pakai baju kurung kurun ke berapa saya tak tahu. (Form five rasanya, haha).. Saya berdebar tahu tak? Segan giler.. Masa tu bukan kat rumah saya, diorang datang bertandang ke rumah datuk saya.

Saya konon-konon buat air kat dapur. Suami saya dengan parents dan makcik, pakcik ada di luar. Serius, selekeh saya masa tu! Nasib baik ada Mak Tam saya yang cool time tu. Dia ada la beli macam kuih-kuih sikit (konon nak di beri untuk tanda balas).. Bayangkan, barang nak kasik tanda balas pun tak prepare! Mana saya tahu, diorang pihak lelaki siap bawak 3 dulang.. Ada cincin, buah dan kain. Saya dah pesan dah, tak perlu bawak apa-apa. Sebabnya, datuk saya dah pesan, beliau tak mahu apa-apa yang menyusahkan orang jauh.. Haih~ nasib baik saya tak kena marah..

Oppss.. terpaksa bersambung.. Sebab? Bateri lappy ai nak habis la uollss.. I kat tempat servis kereta ni..huhu.. Jangan marah eh.. :P

Thursday, April 1, 2010

Jengg.. Jengg.. Jengg.. Dengan ini di umumkan Pemenangnya!!

Salam,

Maafkan saya yang slow-mo semenjak dua menjak ini. Saya rasa blog ni dah bersawang - sawangan dah. Makanya, hari ni saya gagahkan juga diri ini untuk mengumumkan pemenang online contest yang julung kali di adakan oleh butik kami.

Before that biar saya ingatkan kembali ye, hadiah - hadiah menarik yang bakal di menangi pemenang kita nanti. Jeng.. Jeng.. jeng.. *bunyik drum*.. Dupdap.. dupdap.. *bunyik jantung contestants*..


TEMPAT PERTAMA : Mini Pelamin untuk Tunang / Nikah *worth
RM850.00*[tak termasuk kos penghantaran]


TEMPAT KEDUA : Sepasang baju Sanding Biasa L/P (lace) *worthRM700.00

*TEMPAT KETIGA : Sepasang baju Nikah L/P (Chiffon) *worth
RM300.00*




Baiklah, sekarang masa yang ditunggu - tunggu.. Bagi yang tak memenangi tempat pertama - tempat ketiga, jangan bersedih. Anda semua dapat hadiah Saguhatikan? Baucer bernilai RM100.00 dari Dina Halim Bridal Boutique.. So, jimat RM100 kalau nak sewa apa - apa dari butik kami.

** Semua hadiah tertakluk kepada syarat yang ditetapkan. Bagi pemenang termasuk pemenang saguhati, sila mesej kepada pihak pengurusan kami butir -butir diri anda di Facebook Dina Halim.. JANGAN EMAIL, INBOX SAYA MASIH PENUH DENGAN EMAIL YANG TERTUNGGAK.. Terima Kasih **

Bismillahirrahmanirrahim~

Saya mulakan dengan TEMPAT KETIGA dulu ok?
Tempat ketiga di menangi olehhhhhhhhhhhhhhhhhhhh.......... (buat la bunyik drum sket..halahalahaii, sporting sket okess??)..


*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
CIK ATIA!! Ok, seriously saya heart dengan susunan ayat beliau. Saya rasa Cik Atia adalah orang yang terawal saya beri komen positif :) Saya rasa percintaan mereka comel, dan sungguh sabar encik kekasih tunggu akan Cik Atia ni.. Nak tahu cerita mereka? Bolehlah lawat blog Cik Atia ye..


TEMPAT KEDUA pula... Di menangi olehhhhhhhhhhhh...
Nak buat bintang banyak - banyak lah, supaya korang berdebar buat drum dalam hati sendiri ok?

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

ENCIK SZAKIF!!

Tepuk, tepuk, tepuk..... Encik Szakif ni satu-satunya peserta lelaki yang join ye, jadinya dari awal dia dah unik.. Ehehe.. Tak la, keunikan tu tak di ambil kira pun. Saya je yang senang ingat dia mana satu. Hari tu Zaki n tunang datang , melawat booth DH kat PWTC, saya betul-betul cam muka dia. Nice couple, muka nak sama dah diorang ni. InsyaAllah jodoh kuat, kata orang. Ok la, saya tak nak merepek panjang, ni ayat sejengkal ni pun, mesti ada orang skip sebab nak tengok nama pemenang seterusnya.. Kannnnn... Eleh, macam saya tak tahu.. Hihihi..


Masa yang di tunggu - tunggu semakin hampir. Saya tahu ramai yang berdebar, menunggu siapakah gadis yang bertuah itu? Gadis yang membuat hati kesemua, SEMUA juri menjadi cair.. Bukan setakat meremang dia punya esei. Tapiii... Uhukuhuk.. Memang menusuk kalbu jalan ceritanya.. Olahan ayat yang manis, tersusun rapi.. Lagipun pada pendapat kami semua, beliau memang menonjolkan ciri - ciri yang patut ada dalam menjadi Muslimah sejati. Bersesuaian dengan konsep butik kami, tentunya.

Gadis bertuah tersebut ialah..

Biasa - biasakan diri anda dengan taburan bintang di langit.. :) Barulah suspen kan.. Buat la muka comel sikit, baru murah rezeki ok? Baiklah! Mari! Kita scroll sampai jumpa... Hahaha..

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
CIK ZAINUR!!!!!!!!!!!!

Tahniah Zainur, tahniah Zaki, Tahniah Atia.. Terima kasih ingin kami ucapkan buat semua pemenang yang bertuah. Hari ni rezeki mereka, insyaAllah lainkali rezeki orang lain pula ye :) Tidak lupa juga tahniah buat semua pemenang hadiah Saguhati, terima kasih kepada semua peserta yang menang atau pun tidak. Terima kasih kerana memeriahkan pertandingan ini. Kesabaran anda menunggu result amat kami hargai.

Eh, ewah -ewah.. Kenapa saya yang lebey - lebey ni?? Macam saya yang menang kan? Ayat berjela tak ingat.. Ni paa juri yang lain nak bagi sepatah dua kata, saya konker laks.. Eehehe.. Hampun ya, ibuk - ibuk, bapak (sorang je juri bapak, suamiku juak)..

Para pemenang, sila lapor diri di FACEBOOK DINA HALIM.. Mesej ye.. Terima Kasih.

Nota Kaki : Zainur, cerita beliau berjaya membuat saya emo dan melelehkan airmata. So, sekarang awak dah bolehlah keluarkan gambar awak dan pasangan ye? Maaf sebab ambil masa yang lama.