Showing posts with label pelamin 3 panel. Show all posts
Showing posts with label pelamin 3 panel. Show all posts

Thursday, July 19, 2012

Pelamin Baru : Wonderland

Assalamualaikum..

Alhamdullillah, sambutan semasa pameran pengantin di Shah Alam tempoh hari sangat mengalakkan..sangat meriah kan..

kali ni akak nak tunjukkan gambar penuh untuk pelamin baru yg kami setup di pameran pengantin yg lepas..






Pelamin ni boleh pakai untuk 1 panel, 3 panel dan 5 panel. docoration boleh diubah mengikut citarasa anda sendiri..

XOXO :

Kak Lisa.

Friday, May 25, 2012

Majlis Persandingan : Ida Syarina & Aizzul

hai,

sorry, lambat update lagi..:)

majlis ni sebenarnya berlangsung pada minggu lepas, tapi baru hari ni update..sowie...*bajet comel aje kan ckp sorry mcm tu..okey nak taip cepat-cepat sebab nak sambung siapkan wedding utk hujung minggu ni..sangat tak cukup tangan sebab minggu ni ada 3 job.

Majlis Ida dan Aizzul yg berlangsung pada 12 May 2012 di Dewan Kompleks Sukan Keramat. sangat grand uollzz...tak caye? sekejap lagi akak upload gambar.. Ida dan pasangannya telah memilih pelamin ekslusif kami iaitu pelamin pelangi cinta 3 panel..tema warna yg ida pilih akak suka sangat..Merah, purple dan peach..sangat santik!


comel tak?



tema : peach, merah dan purple.


p/s : jangan lupa mega sale hujung minggu ni ye..26 & 27 may 2012..

;)

gambar credit to: Ida syarina FB


Sunday, July 31, 2011

Pelamin Pelangi Cinta by Dina Halim Bridal Boutique

As Salam Dearies,

Hari ni saya nak update laju-laju.. Pelamin terbaru kami yang di reka khas oleh ayahanda saya, Uncle Hassan berinspirasikan bentuk pelangi.. Actually, dari last year dia nak sangat buat pelamin bentuk pelangi.. Tapi tahun lepas mengikut kesesuaian majlis yang kami sponsor, memang lebih sesuai guna Roman Pillars.. Tahun ni dengan penuh debaran saya tunggu pelamin terbaru kami.. Akhirnya, tercapai jua hasrat Uncle Hassan untuk merealisasikan pelamin berbentuk ala pelangi beliau..

Sketch tahun lepas ada beza sikit.. Ini sketch kasar untuk pelamin pelangi tu.. Kalau perasan, cuba tengok kat sketch ni.. Nampak tak panel kiri dan kanan berasingan sebenarnya. Means, kalau stage besar, pelamin ni boleh tarik ke tepi lagi. Maksimum untuk 3 panel boleh jadi 28 kaki. Yang mana, 28 kaki selalunya ukuran untuk pelamin 5 panel kami! Haaaa... Besar tak pelamin Pelangi Cinta ni? Uncle Hassan nak buat kecik dan comel, tapi saya insist jugak nak something yang huge, so bila tengok nampak simple tapi grand..

Jom, jom.. Tengok gambaran yang lebih jelas..

Raw Sketch Pelamin Pelangi Cinta

Pelamin Pelangi Cinta in Ivory, Red & White

Pelangi Cinta by Dina Halim Bridal Boutique dari pandangan depan

Pelamin ni sedang molek siap time Pameran Pengantin Malaysia by Urban Vibe Event kat Picc (Putrajaya) hari tu.. Sesiapa yang ada datang, dapatlah tengok secara 'live' hari tu.. So, kepada sesiapa yang berminat bolehlah contact kami melalui email dinahalim_butik@yahoo.com atau pm di FB kami Dina Halim.. Jangan lupa jugak 'LIKE' fanpage Dina Halim Bridal Boutique ye! (^_^)

Warmest Regards,
Kak Nad

Thursday, January 27, 2011

Randomness - Dina Halim's Pelamin Collections

Salam,

Update kali ni tak nak cakap banyak. Have a look at some of our pelamin collections yang tak sempat saya nak update satu persatu.















Al-Fatihah kepada arwah datuk suami saya, Haji Embung. Semoga rohnya di cucuri rahmat dan di tempatkan di kalangan orang yang soleh. Amin~

Tuesday, August 3, 2010

Dina Halim penaja Pameran Pengantin Malaysia @ MVEC 2010

Salam,

Facebook Dina Halim masih memberikan masalah. Saya tetap tak dapat recognize sesiapa dalam picture yang di tag. So, camne ni? Maaf kepada yang mesej atau menunggu saya approve sesiapa antara kamu.

Hari ni saya nak upload gambar dari Pameran Pengantin Malaysia di Mid Valley Exhibition Centre tempoh hari.

Pelamin ni combination pelamin tiang bulat dan kiri-kananya kami guna panel tiang Roman. Ayah saya ada bagi nama, tapi kanggg..ada anonymous yang terlebih prihatin tersedak kang. Haha. Tapi, bak kata auntie saya "ada aku kisah.."
Kadang-kadang saya bagi nama kepada pelamin kami untuk kesenangan para customer jugak. Sebab selalunya customer yang telefon, akan blur-blur tak tahu nak bagitahu pelamin mama satu. Karang, saya bagi nama pelamin 'cinta ku yang teguh berdiri' kang..Orang gelak pulak..Lagipun, saya biasanya akan memilih nama yang senang untuk di ingati, ianya penting untuk penghafalan kami juga. Kalau nama pelamin pun dah panjang-panjang susah nak ingat, baik tak yah. Kan?

Pelamin combination ni nama dia
Cinta Taj Mahal
Sapa tak suka, shadap u..I punya produk, I bagi namalah.. :)



Qery berkata : " Waduhh..cantiknya bakal isteri aku"..Tengok tu, mata dia pandang si sepet macam nak terkam!

Make Up by Lya ku sayang..Love your touch dear! Gorgeous sangat!

"Owh~ kacaknya abang Qeryku" sepet berkata dalam hati.. (agaknya lah..haha)

Hana & Qery yang sedang di make up oleh puan Lya kita

Alahai~ Kan comel tu..Ayu je..

Qery & Hana bergambar di tapak pameran kami. Pelamin ini di namakan 'Mini Roman'.
 Lebih simple dari Roman Garden yang sebenar.

Saya, selaku pihak Dina Halim Bridal Boutique ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak penganjur, Urban Vibe Event kerana memberi peluang kepada kami untuk menaja stage kali ini. Terima kasih juga kepada follower blog ini yang sehari ke sehari makin meningkat jumlahnya, walaupun saya mempunyai penyakit 'M' mengupdate blog. Terima kasih atas sokongan kalian. Saya amat menghargainya, setiap detik, setiap waktu.

Salam sayang dari saya yang menghargai anda,
Kak Nad
(^_^)

Thursday, April 15, 2010

Zura Sweet Design & Wan, Seremban

Salam,

Saya ingin mengumumkan yang saya bakal meng-away-kan diri saya pada hujung minggu ini. Pada yang telah membuat appoinment, jangan risau kerana Auntie saya akan menggantikan saya di butik nanti.

Hari ni saya sedikit berdebar kerana sahabat saya sedang bergelut dengan kelahiran bayi sulung beliau. Amat merisaukan saya kerana beliau telah di admit sejak pukul 10 malam semalam, sehingga kini belum ada perkhabaran yang mengatakan bayi sudah di lahirkan. Latest news adalah dalam kira-kira pukul 3 petang waktu tempatan, suami beliau berkata yang proses melahirkan akan bermula pada pukul enam. Sekarang jam menunjukkan pukul 6.44 petang. Saya berdoa agar semuanya selamat. InsyaAllah, saya akan bertolak ke Kuala Terengganu setelah semuanya selamat.

Oklah, disebabkan semenjak dua menjak ni saya asyik update tanpa gambar (yangmana dikhuatiri akan membosankan kalian semua), pada hari yang ada mood ini saya dengan gigih deit sikit-sikit gambar pelamin yang kami deko untuk Puan Zura Sweet Design.





Gambar ni saya ambil dari FB. Nampak tak deko yang 'S' tu? Zura buat deko untuk tempat nikah dia, after that letak di pelamin untuk hiasan tambahan. Oh, bagi yang belum mengenali Zura, beliau adalah pembuat wedding guest book yang tegar. Hehe. Boleh visit blog belaiu lepas ni ye?











Zura yang comel dan baik hati, akak doakan perkahwinan awak sentiasa bahagia dan semoga ianya berkekalan sehingga ke hujung nyawa. Semoga menjadi suami isteri dunia akhirat hendaknya.. Aminn~~~ :') (Terharu coz there goes one of my lovely client, selamat disatukan dengan ikatan yang sah).

p/s : di sebabkan saya terhegeh2 edit, upload gambar.. Sahabat saya selamat akhirnya melahirkan bayi sulungnya sebentar tadi. Alhamdulillah, semuanya selamat :D