Assalamualaikum..
Hari ni akak nak kongsi mengenai kecantikan pulak. suka pulak akak kasi tip kat korang semua..ni semua hasil pembacaan ye..tadi tengah selak2 majalah terasa nak share dgn anda semua apa yg akak baca tadi. Mesti semua b2b pun nak kelihatan segar dan cantik masa majlis berlangsung kan.
1. Elakkan stress.
Semua orang pun faham kenapa anda akan stress masa tarikh majlis anda hampir tiba. *ayat majalah* haih.
nasihat akak, cuba elakkan membuat semua perkara sendiri. anda perlu percaya kepada keluarga, kawan-kawan dan org disekeliling anda untuk menyelesaikan semua yang berkaitan majlis anda nanti. anda kan bakal raja sehari. so, xperlu pening-pening. biar semua org lain yang uruskan. anda hanya perlu tahu semuanya siap!!! boleh gitu..^___^
2. Banyak minum air kosong.
Ini penting ye, untuk kesegaran kulit anda nanti. percayalah kalau anda minum air dgn cukup, badan dan kulit anda akan segar dan lebih bertenaga. tapi akak rasa semua org pun tahu perkara ni kan..kan..kan..
3. Tidur Lapan Jam Sehari.
kebanyakan b2b sering tidak cukup tidur dan ini menyebabkan badan anda menjadi tidak bermaya. jika anda ingin kelihatan segar dan bertenaga anda perlulah mempunyai tidur yang cukup.
4. Pelembab Muka.
Owh, akak pernah terbaca mengenai. 6 bulan sebelum majlis anda nanti. anda disarankan supaya tidak memakai makeup dan bedak. boleh anda bayangkan keadaan muka anda tanpa makeup. *_*
kenapa tak boleh makeup? hah, jawapannya adalah, supaya kulit muka anda bebas dari bahan-bahan yg tak sepatutnya.. tapi kepada mereka yg mempunyai masaalah kulit kering, anda boleh memakai pelembab yang tidak berminyak. dan jika nak pakai bedak, gunakan bedak yg bebas minyak juga ye. supaya kilit anda sihat di hari bersejarah anda nanti..:)
5. Vitamin.
Pengambilan vitamin sangat bagus untuk tubuh badan. jika anda bukan seorang yang pengemar pil, anda boleh memperbanyakkan memakan buah-buahan dan sayur sayuran berdaun hijau. vitamin A, C dan E berperanan aktif untuk melindungi membran sel tubuh dan kerosakan sel dalam tubuh badan.
heeem...faham eh, okeylah..cukuplah 5 ni kan..nanti kalau ada apa2 yang akak nak tambah akak tambah ye..sekarang yang akak ingat 5 ni jelah..hahaha..
okey, bye..
XOXO :
kak Lisa ^___^
Showing posts with label Tip. Show all posts
Showing posts with label Tip. Show all posts
Thursday, October 11, 2012
Wednesday, June 13, 2012
TIP : Pemilihan Baju Perkahwinan
Assalamualaikum..
Hai korang kak Lisa again <---- perlu ke gedik mcm ni..tak paham..
okey, hari ni akak nak kasi tip lagi..tip mengenai, Pemilihan Baju persandingan/pernikahan bersesuaian dgn bentuk badan anda.
Untunglah kan kepada b2b yg mempunyai bentuk badan yg cantik macam model..mmg senang sangat nak pilih baju idaman semasa hari bersejarah mereka..jelez hokey..so kak lisa nak kasi tip untuk 3 bentuk badan yg bukan seperti model..hakhak..ayat nak mintak penyepak je kan..0____0
Tapi kepada b2b yg tidak mempunyai badan seperti model jangan risau..walaupun badan tak cantik mcm model, tapi dengan pemilihan potongan dan warna baju yg sesuai utk anda..ianya akan menjadikan anda bagaikan seorang model di hari bersejarah anda nanti..owh, silap-silap bukan model je tau..ratu hokey..kau xnak jadi ratu..?
Jom kita start..............
1. Badan berbentuk Epal.
Secara umumnya, bentuk badan epal adalah mempunyai bahagian perut dan dada yg besar dan pinggul yg kecil..paham eh..okey, untuk badan yg seperti ini..haruslah memilih potongan baju yg tidak sarat dibahagian pinggang..sesuai juga jika memilih potongan garis-A atau empire..supaya bentuk pinggang anda tersembunyi. anda juga digalakkan memakai corset supaya lebih kelihatan langsing.
2. Badan berbentuk Pear.
Bentuk badan pear adalah, bentuk badan yg mempunyai bahagian bawah lebih besar dari dada. untuk mereka yg mempunyai potongan seperti ini, bolehlah memilih baju yg mempunyai potongan lurus/ menegak atau potongan A..anda boleh memperbanyakkan aksoseri dibahagian dada. dan memilih dress labuh ygmempunyai eksoseri sarat didada dan pinggang.
3. Badan Berbentuk Glass.
Bentuk badan seperti ini merujuk kepada, mereka yg mempunyai ukuran dada dan pinggul hampir sama dan pinggang lebih kecil dari dada dan pinggul. Bentuk badan seperti ini adalah idaman setiap wanita. so kak lisa tak payah nak ckp banyak, sbb korang mmg beruntung..^_____^
4. Badan Berbentuk Empat Segi.
Bentuk badan seperti ini merujuk kepada mereka yg mempunyai ukuran dada, pinggang, dan pinggul yg sama. senang ckp badan yg tak ada cutting..utk bentuk badan seperti ini, anda boleh memilih baju yg mempunyai reben dibahagian pinggang supaya anda kelihatan langsing. pemilihan dress labuh adalah sangat sesuai.
okey, sampai sini dulu tip untuk kali ni..akak harap info yg akak berikan tu akan membantu b2b semua dalam pemilihan baju di hari bersejarah anda nanti...
owh, lupa nak bagi tahu..kami ada beberapa pasang baju baju nanti ye..tunggu taw..semuanya dalam proses final touch..dah siap nanti akak bagi tahu..nanti akak tayang kat korang ye..manelah tahu ada yg berkenan nanti, boleh datang jumpa akak..hihihi..
bye,
XOXO ;
kak Lisa. ^___^
Thursday, June 7, 2012
TIP : Cara Berjimat Untuk Perkahwinan Idaman Anda.
Assalamualaikum..
hari ni akak rasa mcm nak kongsi dengan b2b semua mengenai cara berjimat untuk kenduri anda nanti..insyallah, mungkin entry akak ni akan membantu b2b yang sedang pening dengan kos perbelanjaan perkahwinan yg agak mahal..bak kata kawan akak, kalau tak ada 50 ribu..jangan nak mimpilah dapat kawin..ye ke? akak rasa tak kot..sbb kalau tak mampu, buat ala kadar sudah..kan???bukan maksudnya buat kenduri ala kadar tak meriah..silap2 lagi meriah dari yg berhabis ribu riban tukan..
okey..mukadimah sangat panjang..bile da nak kasi tip ni..hihihi..
ye lah ye lah, kita start sekarang!!!
1. Hantaran - tak payah banyak banyak, cukup rasanya hanya 5 berbalas 7. dan tak payah nak ikut trend sangat, almaklum lah sekarangkan org sebuk kasi hantaran yg mahal2.. PS2 lah iphone lah..jangan ikut sangat..cukup sekadar yg termampu..yang penting anda tahu kemampuan anda.
2. Minta tolong keluarga - ini pun salah satu cara untuk mengurangkan kos..tak salah rasanya kalau b2b minta tolong kepada sepupu2 atau keluarga terdekat untuk sama-sama dalam penyediaan barangan perkahwinan anda tu.. antaranya..decorasi dulang hantaran dan proses membuat door gift. dengan bantuan kelaurga anda ini, bukan sahaja dapat mengurangkan kos perkahwinan ada tapi dapat memeriahkan lagi majlis perkahwinan anda tu..:)
3. Shopping waktu yg sesuai - korang rasa bila masa yg sesuai? hahaha..bila lagi..time sale lah kan..masa2 sale nilah peluang untuk anda semua bershopping sakan, opppstt jangan pulak. sebab tengah sale korang beli benda2 yg tak patut dan beli secara berlebihan..almaklumlah kata tengah SALE..
4. Nantikan pameran perkahwinan - hahaha..ini adalah rahsia kita ye..biasanya time2 ada pameran perkahwinan akan ada harga runtuh.. faham tak, kalau dah ada harga runtuh..anda semua dah boleh jimat antara 30-50% tau..kalau tak percaya korang try lah pergi PAMERAN PENGANTIN MALAYSIA - URBAN VIBE EVENT.
5. D.I.Y - Do it yourself.. kalau anda rasa..eam, aku bukan kreatif pun..eh, sape suruh korang buat ukiran ke apa..tak salah pun kalau korang buat yg simple2..hanya cari masa sahaja..sekarang pun dah banyak b2b yg ada blog yg berikan step by step cara DIY..;p
okey dah..cukup 5 dulu..kang korang bosan pulak kalau kasi banyak2..nanti kak lisa update lagi..cara-cara berjimat ye..osemm dari akak..wah gitu..
XOXO ;
kak lisa..
Subscribe to:
Posts (Atom)

