Showing posts with label Baju Nikah. Show all posts
Showing posts with label Baju Nikah. Show all posts

Friday, March 23, 2012

DINA HALIM BRIDAL @ HARIAN METRO (Write up)

Assalamualaikum..

Salam Jumaat semua,

h
hari ini di dalam harian metro di ruangan AYU, ada write up mengenai koleksi busana pengantin dari DINA HALIM BRIDAL BOUTIQUE..

Tampil lebih elegan

Oleh Rosmaliana Aida Mohd Adnan
rosmaliana@hmetro.com.my

GABUNGAN... gaun labuh dengan kombinasi lebihan kain pada bahagian dada, ditambah pula dengan taburan perincian di tengah baju dan hujung lengan.
GABUNGAN... gaun labuh dengan kombinasi lebihan kain pada bahagian dada, ditambah pula dengan taburan perincian di tengah baju dan hujung lengan.
PEMILIHAN busana pengantin sentiasa menjadi keutamaan kepada bakal pengantin untuk tampil anggun dan menawan pada hari ‘kebesaran’ mereka.
Walaupun hanya digayakan untuk satu hari saja tetapi seboleh-bolehnya pasangan pengantin terutama wanita inginkan suatu kelainan dalam memperingati majlis yang meraikan permulaan perjalanan hidup baru mereka.
   
Foto

Foto


TRADISI... kain songket masih menjadi pilihan untuk digayakan bakal pengantin





 Foto
 MENARIK...walaupun agak sarat dengan perincian pada bahagian dada, gaun labuh ini menonjol untuk digayakan.


Foto  
CANTIK...gaun yang direka memenuhi kehendak bakal pengantin bertudung.

 Antara yang menjadi perhatian adakan konsep rekaan berbentuk moden kontemporari serta sedikit gaya tradisional seperti disediakan Butik Pengantin Dina Halim.

Butik dikendalikan Nadia Hassan dan ibunya, Nordina Abd Halim itu menyediakan rekaan yang lebih elegan dan moden tetapi pada masa sama, tetap menyerlahkan gaya tradisi yang lebih sopan dan menawan hati.

Katanya, dia amat menitikberatkan pakaian pengantin untuk golongan bertudung kerana ingin membuang tanggapan sesetengah pihak bahawa jika bertudung, pilihan untuk mendapatkan pakaian pengantin yang bersesuaian agak kurang dan terhad.

“Rekaan yang diketengahkan bersesuaian dengan konsep pengantin bertudung dan sebaiknya, ia dibentuk dengan memenuhi kehendak mereka yang ingin tampil lebih elegan tanpa perlu membuka tudung.

“Malah, pakaian yang ditonjolkan juga banyak menjurus kepada rekaan gaun labuh ataupun jubah tetapi diberi sentuhan lebih menarik dan diubah suai mengikut kesesuaian,” katanya.

Koleksi pakaian pengantin di butiknya banyak menggunakan kain sifon dan renda kerana ia lebih menarik. Selain itu, perincian pada baju pengantin turut memainkan peranan dalam menonjolkan gaya eksklusif antaranya memperbanyakkan pilihan corak di bahagian dada dan hujung lengan.

Sungguhpun begitu, bakal pengantin masih boleh mendapatkan pakaian pengantin tradisional menggunakan kain songket bunga tabur kerana ia masih mendapat permintaan sebagai antara persalinan yang wajib ada ketika bersanding.

“Tidak dapat dinafikan masih ramai yang menginginkan persalinan tradisional untuk digayakan oleh itu, kami cuba untuk menjadikannya lebih menarik dan lebih eksklusif.

“Saya sentiasa mencari pembaharuan bagi memberikan kelainan kepada bakal pengantin terutama daripada segi fesyen terkini bagi mereka yang bertudung,” katanya.

Bagi melihat pelbagai koleksi baju pengantin yang disediakan Butik Pengantin Dina Halim, layari laman www.dinahalim.blogspot.com ataupun melalui Facebook - Dina Halim Bridal Boutique.

 Foto

CREDIT TO : Harian Metro.

Thursday, March 24, 2011

Koleksi Baju by Dina Halim Bridal Boutique

As Salam,

Hari ni saya nak update koleksi baju dari Dina Halim Bridal Boutique. Sebab ada permintaan yang mengatakan, update baju kurang berbanding pelamin..Hehehe..Bukan apa, baju kat butik kami masih terhad. Sebab itu kami menggalakkan customer membuat tempahan baju baru.

Lately ni saya jarang update blog, sebab sekarang saya agak aktif di Facebook Dina Halim.. Senang update kat FB, dapat direct dengan orang yang bertanya..(^_^)

Ok, jom layan gambar-gambar baju dari folder album kami.

Baju Nikah Sifon Putih manik Hijau Muda & Baju Nikah Putih 

Baju Nikah Sifon Krim & Baju Nikah Sifon Grey 

Baju Sanding Eksklusif Putih manik Biru & Baju Sanding Eksklusif Gold 

Baju Sanding Eksklusif Grey manik Silver & Baju Jojet Silk Putih manik Pink 

Baju Sanding Eksklusif Peach 

Baju Sanding Eksklusif Light Pink 

Baju Sanding Lace Purple & Baju Sanding Lace Coklat 

Baju Songket Pink & Baju Sanding Lace gold 

Baju Songket Bunga Tabur Biru Muda & Baju Songket Bunga Tabur Hijau Lumut & Grey

Baju Sanding Jojet Silk Off White 

Baju Songket Bunga Tabur Biru Gelap & Baju Songket Bunga Tabur Merah Hati 

Baju Sanding Merah 

Baju Sanding Lace Merah & Baju Sanding Potongan Kebaya Labuh Hijau Lumut

Baju Sanding Eksklusif Putih manik Tiffany Blue 

Baju Sanding Eksklusif Grey + Pink 

 Baju Sanding Eksklusif Dress Putih

Baju Sanding Ala- Jubah Dress Coklat 

Baju Sanding Grey  

Baju Sanding Orange 

Baju Mandrin Collar Hitam & Baju Sanding Eksklusif Olive




Sunday, August 16, 2009

Baju Nikah

Assalamualaikum, hari ni saya ingin mengupload sikit koleksi baju nikah kami. Setakat ini, baju2 nikah kami materialnya adalah jenis sifon (bagi yang perempuan sahaja).