Showing posts with label pelamin 2010. Show all posts
Showing posts with label pelamin 2010. Show all posts

Tuesday, June 22, 2010

Zila Ziman & Azwan, Dewan MPAJ Pandan Indah

Salam, Setelah sekian lama, di sebabkan saya terrrrrrrrlupa bawa kamera sendiri.. Saya dengan perasaan tersipu-sipu malu telah meng-kidnap sedikit gambar-gambar dari pihak Zila Ziman and family. Harap-harap Zila tak marah saya. Saya tunggu gambar dari OP beliau, tapi mungkin sebab Zila still busy, saya ambil gambar yang ada dalam album FB beliau.

Pada pandangan saya, Zila ni berani bermain dengan warna kerana beliau dengan firmnya memilih background bewarna Fuschia. Tidak ada combination apa-apa pada backdrop kecuali warna Fuschia tersebut telah di contrastkan dengan Roman Pillars yang ada pada pelamin Roman Garden tersebut. Dengan warna sebegitu, Zila kelihatan amat outstanding dengan memakai busana bewarna putih.

Comel.. Saya ni dah la suka warna-warna bertona Pink (^_^)

Zila and Azwan jadi pengapit.

Tengoklah, betapa usangnya pic ni, sebab ambil guna kamera henfon cabuk saya ;p (sob..sob..sedih)
Tapi seriously, walkaway aisle Zila is one of my favourite. Gabunga 2 jenis walkaway aisle, yang biasa dan yang berlampu. Niceeee!!
*owh, apa yang suami tercinta saya lakukan di atas stage..kelihatan sungguh kacak dari jauh~~ hehe*

Last but not least. Saya suka pic ni sangat-sangat! Saya kidnap dari blog zila..ngeee..jangan mare puan zila (oppss..dah puan la you..)



Thursday, March 25, 2010

Pelamin Roman-Garden by Dina Halim Bridal Boutique

Salam,

Saya tengah dalam keadaan konfius + berdebar-debar. Haih, patutnya para contestant la yang berdebar kan? Ini tidak, saya yang mengalami debaran kencang di dada di saat ingin memutuskan pilihan pemenang tempat kedua dan ketiga terutamanya. Tempat pertama memang dah ada dan sangat-sangat confirm, beliau memang layak. Ini adalah kerana, pemenang tempat pertama tu tanpa penuh kemusykilan dan ragu-ragu, semua, (SEMUA tau..) juri undi dia layak memenangi tempat pertama tanpa sebarang ragu! Betapa hebatnya penangan esei Si pemenang. Yang tempat kedua dan ketiga tidak kurang hebatnya.. Cuma.. Cuma.. Haih.. Nantilah saya cerita, lepas tahu siapa pemenangnya.. Ok?

Eehehe.. Jangan marah dengan mukadimah saya yang panjang. Untuk membujuk rayu anda, saya akan upload gambar pelamin terbaru kami yang telah kami bawa di PWTC tempoh hari. So, apalagi.. Layannnn~~






Model yang penat bagi flyers pihak penganjur. Seharian diorang berdiri, kami panggil la jadi model sekejap kat pelamin. Dah alang-alang DH sponsor baju.. Suka diorang dapat duduk tau..

Diorang ni memang real couple. Kalau model real couple best sikit.. Kan?


Pelamin Roman-Garden. Koleksi terbaru Dina Halim.

Kalau 5 panel terlalu besar, boleh jadi 3 panel atau untuk rumah yang agak luas, boleh setup panel tengah tu sahaja.
Interested? Email us for more details ye.
Warna tema, kita boleh tukar ikut request kamu. Jangan risau. :) Yang ni saya buat warna yang ala-english garden. Soft pastels colour, bunga ivory + putih dan dedaunan hijau. Sangat-sangat elegant, dengan pencahayaan yang cukup. Kerusi sengaja saya pilih cleopatra. Kerana saya nak highlight pelamin dan pengantin. So saya nak buat clear statement di situ.