Thursday, October 29, 2009

PAMERAN PENGANTIN @ PWTC

Event : PAMERAN PENGANTIN MALAYSIA 2009
Date : 13th to 15th November 2009
Venue : Ruang Legar PWTC
Organizer : Urban Vibe Event

Assalamualaikum,

Dear Brides to-be..

Please take note that the last pameran pengantin for this year are going to be in this coming November. Jangan ketinggalan! Datang beramai-ramai. Sebab Dina Halim Bridal Boutique akan mengadakan harga promosi besar-besaran yang hanya sah sehingga pameran tamat. Yang nak kahwin tahun depan tu bolehlah datang cepat-cepat. Jangan tunggu last day baru nak datang, nanti kelam kabut. Kalau datang awal-awal, boleh mengelakkan kesesakan dalam ruang pameran. Untuk keterangan lanjut layari laman web pihak penganjur www.urbanvibe.com.my

Warmest Regards,
Dinahalim

Wednesday, October 21, 2009

Cik Nur Rahimah & Musri , Serendah. Rawang

Assalamualaikum,

So hari ni ada la masa saya nak update gambar perkahwinan Eyma. Macam yang saya kata kat previous entry, Eyma selamat diijabkabulkan dengan pilihan hatinya, Musri dari Johor Bahru pada 17 Oktober lepas. Eyma berkenan sangat dengan warna biru. So dia tempah khas jubah biru sedondon dengan suaminya.

Hand bouquet saya pilih yellow and white roses

Eyma sedang dalam proses di makeup

Suka gambar ni, untuk fotografi sila dapatkan quotation from www.sebumbungfotografik.blogspot.com


Eyma lepas nikah. Tengok muka dua pasangan sejoli yang kelegaan. Nanti saya cerita. Hehehe. Owh, kita ada buat mini pelamin jugak. With or without mini panel atau with or without mini stage. Sila email untuk dapatkan harga ok?

Dah sah jadi suami isteri, boleh la posing rapat2 sikit ;) Baju nikah Eyma tempah sendiri. Eyma sewa aksesoris dengan tudung serta makeup DinaHalim.

Gambar ni di ambil pada keesokan harinya. 18 Oktober Eyma bersanding.

Pelamin Eksklusif 1 panel (tiang silang ketupat)

First nak cerita pasal tiang panel. Kita ada 3 type of tiang panel pelamin.

1) Yang tiang biasa macam rumah Azeen USJ.
2) Tiang silang ketupat macam rumah Eyma.
3) Tiang bulat.

Tiang bulat tu kita recommend kalau buat di rumah yang silingnya tinggi atau dewan dan hotel. Sebab tiangnya sahaja tinggi 8 kaki. So if nak nampak cantik mesti mempunyai lebar dan tinggi yang mencukupi. Selalunya pihak kita akan advise mengikut kesesuaian tempat. Kita pun tak nak pakai buat aje.

Beza Pelamin eksklusif dan pelamin biasa ialah;

1) Pelamin eksklusif menggunakan karpet shaggy sepenuhnya.
2) Boleh memilih semua jenis kerusi yang kita ada. Kalau tak ada, InsyaAllah kita adakan jugak.
3) Hiasan bunga agak lebat berbanding pelamin biasa.
4) Decoration extra.

Saiz pelamin eksklusif satu panel adalah lebih kurang 6 x 12 kaki.

Pelamin Biasa ;

1) Menggunakan 'karpet kelopak bunga'.
2) Pilihan kerusi yang terhad.
3) Hiasan bunga yang agak simple.

Saiz pelamin biasa satu panel adalah lebih kurang 6 x 8 kaki.

Ok, sekarang nak cerita pasal hari nikah Eyma. Seriously, senang betul dia nikah. Rasanya tak sampai 10 minit dah sah jadi isteri orang. I mean overall punya situation. 10 minutes. Eyma turun bawah, duduk kat ruang tamu no.2. Tok kadi bercakap2 sikit dengan pengantin lelaki. Then dengar dia ajar nak lafaz ayat nikah tu. Then saya fikir "owh,maybe diorang berlatih tu". Tetiba je sah! Semua orang gembira, tadah tangan baca doa. I was like *Wow, cepatnya..saya dulu letih bersimpuh nak dengar tok kadi bercakap2*..Hehehe..Saya rasa sepatutnya macam ni lah yang betul, jadi pengantin lelaki tak la panik semacam kan?

All photos credit to Mr Sebumbung =)

Monday, October 19, 2009

Pelamin RED IS CINTA

Assalamualaikum.

Alhamdulillah Cik Nur Rahimah (err..nama dia memang cik walaupun dah jadi puan..hehehe).. telah selamat diijabkabulkan dengan pasangannya pada 17 oktober lepas. Eyma juga selamat bersanding pada 18 oktober sehari selepas dia bernikah. Tapi maaflah, gambar2 Eyma saya belum transfer dari kamera lagi. Maybe esok la ye?

Hari ni saya nak update koleksi pelamin kita. Pelamin ni nama dia Red is Cinta, bakal pengantin saya cik Norhayati nak backdrop warna merah dan hitam. InsyaAllah cik Norhayati akan berkahwin dengan jejaka pilihan pada 5 Disember akan datang. So jom tengok pelamin Yati sama2.




Mood pelamin ni memang agak dark, tapi memberikan efek yang elegant.


Yati requet for a High Back Chair, nanti bila kerusi kita siap kita upload ye =)


Email us untuk dapatkan harga, ok?

Maybe masa Pameran Pengantin @ PWTC nanti kita bawa pelamin Red Is Cinta ni. So sesiapa yang nak tengok lebih dekat, datang PWTC 13-15 November nanti ye..
Nota kaki : Bunga2an tu kita akan tukar warna lain. Ni buat sementara waktu je. So visit us back untuk melihat hasil yang sebenar kay =)

Monday, October 5, 2009

*Sticky Mode* Bagaimana Hendak ke Dina Halim Bridal Boutique?

Di bawah ni adalah map untuk ke kedai kami. Sila call untuk buat appointment dulu sebelum datang ye.. :)


View Larger Map


Ramai yang bertanya bagaimana hendak ke butik kami. Peta diatas jika anda mengikut jalan biasa (jalan yang tidak menggunakan tol).

Pada yang ingin jalan lebih mudah, sila gunakan tol NKVE (Utara - Selatan).

-Terus hingga exit Bukit Beruntung untuk mengelakkan kesesakan lalulintas.

-Setibanya di exit bukit beruntung, lepas tol nampak traffic light, belok kanan.

-Jalan terus (dalam 6-7km) sehingga melepasi signboard perodua, sehingga melepasi kg. tradisi sg. choh straight sehingga simpang tiga terakhir jalan.

-Belok kiri. Nampak jejantas, belok kanan. Itu adalah kawasan Seri Pagi Sg. Choh.

-Cari kedai kami menghadap jalanraya utama. (Ada banner, jangan risau).