Showing posts with label pelamin 5 panel. Show all posts
Showing posts with label pelamin 5 panel. Show all posts

Thursday, July 19, 2012

Pelamin Baru : Wonderland

Assalamualaikum..

Alhamdullillah, sambutan semasa pameran pengantin di Shah Alam tempoh hari sangat mengalakkan..sangat meriah kan..

kali ni akak nak tunjukkan gambar penuh untuk pelamin baru yg kami setup di pameran pengantin yg lepas..






Pelamin ni boleh pakai untuk 1 panel, 3 panel dan 5 panel. docoration boleh diubah mengikut citarasa anda sendiri..

XOXO :

Kak Lisa.

Saturday, March 19, 2011

Iezuan & Gee - Tropicana Golf Resort

As Salam,

Actually ni gambar lama.. Tapi sebab tadi tengah korek-korek folder untuk cari bahan update blog, saya terjumpa gambar-gambar perkahwinan Iezuan & Gee. Sangat lama sampai Gee baru-baru ni dah selamat pun melahirkan seorang baby boy yang comel (^_^).. Hikhik.. Maafkan saya.. Bukan saya tak nak update setiap majlis perkahwinan yang saya pernah buat, tapi kadang-kadang terlalu bz sampai seriously, lupa langsung..

Bagi sesiapa yang mengikuti perkembangan Dina Halim Bridal Boutique, kamu semua tentu tahu yang kami telah mengeluarkan pelamin 'Roman Pillars' atau pun 'Tiang Roman' yang saya namakan 'Roman Garden' pada tahun 2010, pertama kalinya di pertontonkan pada umum di Pameran pengantin malaysia PWTC 12-14 Mac 2010.. Pelamin Roman Garden di reka khas untuk Anne Hotfm, yangmana majlis perkahwinannya di langsungkan di Terrace Garden, KGPA. Keunikan pelamin Roman Garden by Dina Halim, porpotionnya memang berbeza dengan mana-mana roman pillars yang di jual oleh pemborong barang perkahwinan seluruh Malaysia. Ini adalah kerana, pelamin-pelamin kami di buat dengan hasil titik peluh ayahanda saya sendiri.

Sejak dari itu, pelamin tiang roman makin di gemari oleh para pengantin. Dalam banyak-banyak yang memuji, ada juga datang kritikan cemburu dari peminat yang tak di kenali. Boleh rujuk di entri ini. Sampai sekarang, pelamin tiang roman sudah semakin hangat di pasaran. Bagi pengantin yang inginkan kelainan, tidak menggunakan panel pelamin yang biasa, tiang roman ini pasti jadi pilihan. Untuk menyesuaikan dengan kehendak pelanggan, pelamin Roman Garden by Dina Halim sudah ada untuk versi rumah.

Jom layan gambar perkahwinan Iezuan & Gee sebelum saya mengomel-omel tak tentu pasal. Hihi..


Roman Garden by Dina Halim
5 panel
30 kaki x 8 kaki (panjang x lebar) , 11 kaki tinggi
Shades yang paling di gemari ramai - ivory, latte, champange 

 Arch Dome with chandelier by Dina Halim



Gambar ni saya amik dari FB Gee. Suka sangat gambar ni sebab suka tengok combination warna bridesmaids diorang. Sangat2 blend dengan warna tema keseluruhan..


Entri seterusnya, saya akan upload gambar pelamin Roman Garden 1 panel ye? Dengan beberapa gambar pelamin lain..

p/s : lately ni saya suka la dengan update selambak macam entri yang lepas - 'Randomness , some of our pelamin collections'.. senang dan padat..

Sunday, November 7, 2010

Adzfar & Iryani, MITC Melaka 10 Oct 2010

Salam,

Hye gadis-gadis semua :)

Dah alang-alang saya skip entri, marilah kita bersama-sama memeriahkan suasana dengan melihat entri yang tak berapa nak lapuk lagi ni. Wedding job kali ini adalah untuk pasangan Adzfar & Iryani dari Melaka pada 10.10.10 yang lepas. Agak-agak dalam setahun jugak lah saya dan pasangan ini merancang perkahwinan mereka. Pasangan ini telah memilih MITC sebagai lokasi persandingan kedua-belah pihak serentak! Memang ramai jemputan mereka.

Dina Halim Bridal Boutique di tugaskan untuk membuat baju nikah, baju sanding baru yang mengikut kesesuain tema, pelamin 5 panel, walkway aisle, Pillar arch, Hi table deco dan baju flower girl. Pemilihan warna biru adalah kerana pengantin lelaki sangat-sangat suka warna tersebut. Rasa-rasanya hampir setiap kali saya bertemu mereka ni, Adzfar mesti memakai jersi kegemaran beliau, Chelsea. Tak pasal-pasal saya yang buta mengenai sukan bola sepak tahu warna Chelsea tu, biru..Kalau tak, yang paling tahu pun jersi MU, warna merah. Haha!

Ok, lets tengok gambar-gambar yang telah di snap suami kesayangan hamba Mr. Sebumbung. Owh, lupa pulak.. Adzfar & Iryani juga ambil complete set Dina Halim Extravaganza, termasuk fotografi dari in house fotografer kami.

Iryani's Nikah Outfit. Saya suggestkan guna grey sebab sanding Yani dah pilih warna putih. So gurls, instead of putih and krim, boleh pilih other pastels colour untuk nikah. Light green, baby pink, light blue, champange.

Gorgeous! I love her veil.

 Mr. Sebumbung kata, Dilla the makeup artist sangat serius masa makeup pengantin.









Pelamin Tru Blu, I Love You yang di beri percikan warna 'cuteness' blue and pink.






Ok, sesungguhnya saya sakit hati sebab susah nak buat caption. So, if ada yang interested untuk bertanya lebih lanjut, sila contact atau text saya directly 012-3445672 (kak nad).

p/s : Different backdrop akan memberikan different effect, walaupun menggunakan panel pelamin yang sama. I love doing job yang memerlukan saya bermain-main dengan warna. Next job, saya di beri peluang meng-combinekan peach and green untuk Hafifi & Nabila (Dec 2010). And i truly can't wait untuk meng-deco pelamin Amee (Salmi) yang memberikan kepercayaan kali kedua untuk persandingan beliau Dec 2010 nanti. Amee memilih combination blue and purple. Owhh~ tak sabarnya! :D



Peach + green

Sunday, August 22, 2010

Tasneem & Fathi, Dewan Sri Siantan, Putrajaya

Salam,

Jom tengok gambar-gambar majlis resepsi Tasneem dan Fathi di Dewan Sri Siantan, Putrajaya. Tema warna adalah biru dan krim. Dina Halim telah membuat deco dari pelamin 5 panel (Tru Blu, I Love you), 2 pillar arch, 12 walkway aisle dan Hi Table Deco. (Gambar adalah ikhsan dari FB Tasneem dan juga dari official fotografer, Katak Photography).





Pelamin 5 panel - True Blue, I Love You

The lovely Tasneem & Fathi

6 walkway aisle berlampu + 6 walkway aisle tiang biasa
Dewan Tasneem besar, boleh memuatkan lebih dari 1000 pax. Gabungan dua dewan, Dewan Sri
Siantan 1 & 2.

Pillar arch

Tuesday, June 22, 2010

Zila Ziman & Azwan, Dewan MPAJ Pandan Indah

Salam, Setelah sekian lama, di sebabkan saya terrrrrrrrlupa bawa kamera sendiri.. Saya dengan perasaan tersipu-sipu malu telah meng-kidnap sedikit gambar-gambar dari pihak Zila Ziman and family. Harap-harap Zila tak marah saya. Saya tunggu gambar dari OP beliau, tapi mungkin sebab Zila still busy, saya ambil gambar yang ada dalam album FB beliau.

Pada pandangan saya, Zila ni berani bermain dengan warna kerana beliau dengan firmnya memilih background bewarna Fuschia. Tidak ada combination apa-apa pada backdrop kecuali warna Fuschia tersebut telah di contrastkan dengan Roman Pillars yang ada pada pelamin Roman Garden tersebut. Dengan warna sebegitu, Zila kelihatan amat outstanding dengan memakai busana bewarna putih.

Comel.. Saya ni dah la suka warna-warna bertona Pink (^_^)

Zila and Azwan jadi pengapit.

Tengoklah, betapa usangnya pic ni, sebab ambil guna kamera henfon cabuk saya ;p (sob..sob..sedih)
Tapi seriously, walkaway aisle Zila is one of my favourite. Gabunga 2 jenis walkaway aisle, yang biasa dan yang berlampu. Niceeee!!
*owh, apa yang suami tercinta saya lakukan di atas stage..kelihatan sungguh kacak dari jauh~~ hehe*

Last but not least. Saya suka pic ni sangat-sangat! Saya kidnap dari blog zila..ngeee..jangan mare puan zila (oppss..dah puan la you..)



Thursday, March 25, 2010

Pelamin Roman-Garden by Dina Halim Bridal Boutique

Salam,

Saya tengah dalam keadaan konfius + berdebar-debar. Haih, patutnya para contestant la yang berdebar kan? Ini tidak, saya yang mengalami debaran kencang di dada di saat ingin memutuskan pilihan pemenang tempat kedua dan ketiga terutamanya. Tempat pertama memang dah ada dan sangat-sangat confirm, beliau memang layak. Ini adalah kerana, pemenang tempat pertama tu tanpa penuh kemusykilan dan ragu-ragu, semua, (SEMUA tau..) juri undi dia layak memenangi tempat pertama tanpa sebarang ragu! Betapa hebatnya penangan esei Si pemenang. Yang tempat kedua dan ketiga tidak kurang hebatnya.. Cuma.. Cuma.. Haih.. Nantilah saya cerita, lepas tahu siapa pemenangnya.. Ok?

Eehehe.. Jangan marah dengan mukadimah saya yang panjang. Untuk membujuk rayu anda, saya akan upload gambar pelamin terbaru kami yang telah kami bawa di PWTC tempoh hari. So, apalagi.. Layannnn~~






Model yang penat bagi flyers pihak penganjur. Seharian diorang berdiri, kami panggil la jadi model sekejap kat pelamin. Dah alang-alang DH sponsor baju.. Suka diorang dapat duduk tau..

Diorang ni memang real couple. Kalau model real couple best sikit.. Kan?


Pelamin Roman-Garden. Koleksi terbaru Dina Halim.

Kalau 5 panel terlalu besar, boleh jadi 3 panel atau untuk rumah yang agak luas, boleh setup panel tengah tu sahaja.
Interested? Email us for more details ye.
Warna tema, kita boleh tukar ikut request kamu. Jangan risau. :) Yang ni saya buat warna yang ala-english garden. Soft pastels colour, bunga ivory + putih dan dedaunan hijau. Sangat-sangat elegant, dengan pencahayaan yang cukup. Kerusi sengaja saya pilih cleopatra. Kerana saya nak highlight pelamin dan pengantin. So saya nak buat clear statement di situ.