Friday, November 27, 2009

Link us and we will link u back =)

Salam,

If any of you out there especially Pengantin-to-be yang nak kita linkkan blog anda, please leave your link and your name/ nickname (as u wish to put at our link bar). InsyaAllah, we will link u back [a.s.a.p, kalau tak bz]..

Thanx..

Thursday, November 26, 2009

Selamat Hari Raya Aidiladha

Assalamualaikum,

Saya bagi pihak Dina Halim Bridal Boutique ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha bagi semua muslimin dan muslimat dimana jua anda berada. Semoga kehidupan kita lebih di berkati Allah, dan di permudahkan segala urusan di muka bumi ini.

Lama tak update blog, maaf sebab bulan Disember ni jadual kami betul2 hectic. Tengah buat next week punya preparation sebab ada satu wedding ni kita baru start prepare barang after event di PWTC tempoh hari. InsyaAllah gambar2 akan diupdate pada minggu satu lagi dengan secepat mungkinnya. Jadi, harap bersabar ye =)

Ok, mengenai pertandingan online yang akan dijalankan, kami sudah pun dapat gambaran jenis2 hadiah yang akan diberikan. Hadiah2nya berupa produk-produk Dina Halim juga. Tapi yang belum confirm lagi ialah soalan yang akan di berikan. Jadi, silalah berikan kami masa untuk merangka contest ini ye. Harap dapat bersabar.
So, inilah jenis2 hadiah yang bakal ditawarkan;

TEMPAT PERTAMA : Mini Pelamin untuk Tunang / Nikah *worth RM850.00*[tak termasuk kos penghantaran]


TEMPAT KEDUA : Sepasang baju Sanding Biasa L/P (lace) *worth
RM700.00*


TEMPAT KETIGA : Sepasang baju Nikah L/P (Chiffon) *worth RM300.00*


(Kesemua hadiah adalah dalam bentuk sewaan ye, bukan ambil terus..setakat ini, itulah yang saya boleh reveal..so, nantikan soalan2 cepu emas dari pihak kami..)

Lastly...
Promosi harga fresh flower sudah kami tutup. Maka dengan ini, jika mahu pelamin fresh flower, kena ada additional charge. Promosi seterusnya akan di beritahu kelak.

Love,
Dina Halim Bridal Boutique

Wednesday, November 18, 2009

DINA HALIM BRIDAL BOUTIQUE @ PWTC - part 2

Assalamualaikum,

So hari ni saya nak update apa yang terjadi masa pameran pengantin @ PWTC hari tu. Banyak sangat la gambar2nya..so kena buat part by part..

Proses setup pelamin Tru Blu, I Love You. Berat wooo pelamin ni..Patah pinggang =p

Alhamdulillah, keadaan di PWTC sangat memberangsangkan..Sesak booth Dina Halim dengan pengunjung, sampai tak terlayan pihak kami dibuatnya..

Dah selesai setup pelamin Red is Cinta, mana tak patah pinggang..Setup pelamin sampai dua..

Okay, ni nak start dari awal makeup Hana sampai la diorang bersanding bagai..Jom layan piccas =)
Ni Qery tengah tunggu Hana pakai baju sanding..



All pictures credit to Sebumbung Fotografik. Pakej2 menarik ditawarkan, sila email Mr Sebumbung untuk info lebih lanjut.

Hana yang bersedia untuk di makeup. Bestnyaaa..

Awal2 proses me-makeupkan Hana



Masa ni macam Umie Aida sikit kan? Hahaha tetiba jadi Umie Aida la pulakk kann..



Proses menyanggul rambut sebab lepas ni nak kena pakai anak tudung =)

Saya yang kelam-kabut ni tak bawak anak tudung spare..Bolehh??Lupa yang Hana ni tak pakai tudung.. Bekejar la pergi beli kat Chow Kit..Nasib baik ada yang lawa..Lepas tu balik hotel..Pin tudung pulak tak ada..Adei laaaa....Nasib baik Lya ada set keluarga Pin yang banyak..Macam2 saiz..Ayah Pin, Ibu Pin, Anak2 Pin =p huhu..

Lya tengah menyiapkan Hana untuk bertudung

Hana sedang bersiap2 pakai tudung sambil di bantu oleh Lya

Dah tak sepet dah mata Hana..



Tengah siap2 pakai tudung. Baju jojet silk putih manik pink ini datang dengan tudung dan veil yang bercorak match dengan baju. Lepas customer tengok perarakan hari tu, kami menerima banyak confirmation sewaan untuk baju ini. Kalau pakai kat patung, tak nampak serinya. Kena datang fitting baru jatuh cinta..

Opss..kenapa Lya seluk tangan tu..Wawawawa =p (gurau je)

Align Center
Hana pun membantu Lya untuk memakaikan sampin Qery

Ikat, jangan tak ikat ye Lya..Hana hanya memerhati sebab takut baju berkedut katanya..

Muka Qery yang serius sebab nak kena makeup..

Saya tak berkesempatan tengok Lya L'Touch makeup, tapi saya tengok hasilnya sangat mengagumkan mata..

Pasangan pengantin bersiap sedia untuk berarak.

Ramai betul orang tengok perarakan masa ni..Saya pun berdebar2 mengalahkan pengantin..huhuhu


Maaf kalau gambar tak berapa nak tersusun..Layan je la kan..




Thanx sekali lagi to Hana and Qery yang banyak membantu

Shana tengah merenjis pasangan mempelai. Thanx to Shana sebab kenalkan kami kepada pasangan Hana dan Qery

Cupcake serta bunga pahar cookies yang matching dengan konsep pelamin kami di sponsor oleh Cupcakeland. Thanx to Hairina Zainal for such great design. And its yummy too! Siapa yang tak merenjis hari tu rugiiiii..Sebab dapat cookies cantik..Saya tak sempat snap pics cookies sebab busy sgt2 hari tu..

Kompang, tarian dan silat di sponsor oleh Jez Wedding




Lan Kristal from Razeila Entertainment melakukan upacara merenjis. Tak lama lagi giliran beliau pulak =)

Qery dan Hana tengah bersiap sedia untuk sesi suap meyuap pengantin

Aalalala~~, manja kan??huk huk huk..diorang ni memang loving couple =)

Salah satu koleksi Baju Flower Girl kami.

Keadaan booth kami di awal pagi, waktu berniaga start 11 pagi, tapi 10 pagi customer dah berebut masuk (=_=')

Baju sanding Eksklusif terbaru Dina Halim, Lace Putih + Biru. Gaya Elegaan untuk muslimah sejati.

Sewaan / tempahan baju flower girl dibuka. Sewaan serendah RM50.00 sahaja.




Tak tau nak bagai ucapan penutup apa..InsyaAllah nanti saya akan update part 3..(Kalau masa mengizinkan) Kalau tak..hmmpphhhh....Oh, tak lama lagi Dina Halim Bridal Boutique akan mengadakan pertandingan bagi bakal2 pengantin..Hadiah2 menarik bakal menanti anda. Cumanya sekarang ni dalam proses perbincangan..Hadiah memang best, jangan risau..So, just wait for the info. Senang cerita, bookmark atau follow sahaja kami ye..Tak la terlepas bila update nanti =)