Wednesday, September 26, 2012

Pameran Pengantin Malaysia : Legar Putra PWTC (28-30 Sept 2012)

Assalamualaikum..

Hujung minggu ni insyallah kami akan berkampung selama 3 hari bermula dari 28-30 September 2012 di Legar Putra PWTC.

Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan tawaran hebat dari kami dan mereka-mereka yang join pameran kali ni. ^___^

kepada bakal pengantin yang masih tercari-cari warna tema yang sesuai untuk majlis anda nanti, mungkin boleh datang dan lihat sendiri hasil yang bakal di pamer kan oleh Butik-butik pengantin yang join pameran kali ini.

owh, ni poster Pameran Pengantin Malaysia kali ini.


Tarikh : 28 - 30 September 2012 ( Jumaat - Ahad)
Masa : 10.00pg - 9.00mlm
Tempat : Legar Putra PWTC
Tema : Bila Cinta Bertasbih Rindu
Warna Tema : Royal Blue, Mustard Yellow And Purple.

Temui Butik Pengantin Dina Halim di booth No 69. Ingat ye..jangan dah pergi PWTC tapi tak singgah booth kami. sentap hati mak nak..hihihihi..

okey...jumpa disana nanti..:)

XOXO :

Kak Lisa ^___^

Sunday, September 23, 2012

Promotion : Busana Fiesta

Assalamualaikum..

Hari ni akak nak war-war kan promotion terbaru yang butik kami adakan. kali ni kami buat promotion untuk busana perkahwinan sahaja pula. harga murah-murah. sambutan sangat hangat uolllzzz. sampai tak terlayan akak dengan seragan email dan pm dr b2b semua.  Okey meh tgk tawaran yang kami tawarkan *aik, agak pelik susunan ayat tu*


:: Baju sanding ekslusif ::

Harga Asal : RM 1500.00
Promotion : RM899.00

harga termasuk :
Baju Sanding Ekslusif L&P
Aksoseri  L&P
Kasut P
Tudung dan Veil.

:: Baju sanding Permata ::

Harga Asal : RM 750.00
Promotion : RM 550.00

harga termasuk :
Baju Sanding L&P
Aksoseri  L&P
Kasut P
Tudung dan Veil.

:: Baju sanding Songket Bunga Tabur ::

Harga : RM 550.00

harga termasuk :
Baju Sanding Songket  L&P
Aksoseri  L&P
Kasut P
Tudung dan Veil.

Okey, oleh kerana harga murah nak tutt (isi sendiri tempat tutt) huhuhu..sambutan sangat hangat dan the vass..so kepada yang masih mencari baju yg cantik tapi murah..cepat-cepat sebelum ada b2b lain yang pakai baju pilihan anda.


okey, bye..

p/s : dah dua kali ni akak edit post ni. dah publish baru perasan ada kesalahan..adoi hai nye pun.. ada lagi ke yg silap ni, kalau ada bagi tahu..almaklumlah..baru baik demam..kepala blur lagi..hihihi

XOXO :

Kak Lisa ^____^

Tuesday, September 18, 2012

Pelamin : Fauziah (kg. Kenanga, Rawang)

Assalamualaikum.

Hari ni akak nak kongsi dgn anda semua antara pelamin yang telah kami buat. pelamin kali ni adalah pelamin uantuk Fauziah dari kampung Kenanga, Rawang. Pelamin 1 panel true blue yang kami setup di bawah khemah.





Tema warna yang kami setup untuk majlis fauziah ni adalah pink, white, dan green.



Tarikh Majlis : 15.09.2012
Tempat Majlis : Kampung Kenanga, Rawang.


okey dah. nanti akak update pelamin yang kami buat di dwan pula. :)

XOXO :

kak Lisa ^___^

Sunday, September 16, 2012

Persiapan Majlis Perkahwinan

Assalamualaikum.

Minggu ni ramai yang melangsungkan majlis perkahwinan kan..alhamdulillah..^___^

owh, nak tgk kesebukan yang berlaku sepanjang menyiapkan pelamin idaman anda? saja nak share dengan anda semua suasana kami sebagai orang belakang tabir majlis anda.

 Proses mengubah bunga mengikut warna tema majlis.

tgk tu, dikelilingi bunga bungaan. bunga bungaan artificial, bukan yg fresh  tau..tapi bunga yang bertopeng tu fresh..hihihi..akak nak berkongsi juga kat sini warna tema majlis untuk kali ini. Di  antara warna bunga yang tengah hot sekarang ni gabungan warna antara pink, purple and peach.

 Antara gubahan bunga yang sudah siap.

sekarang kita tgk proses mendirikan pelamin pulak.




Ni antara crew sedang membuat setting pelamin. pelamin yang buat di bawah khemah rumit sikit. banyak perkara yang perlu di fikirkan sebelum setting pelamin. almaklumlah..sekarang ni kan asal petang je hujan kan. nampak je mudah tapi penat nya sabar je lah. tapi tak apa penat pun, janji kami dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk majlis anda. amboi, baik punya slogan kan.

owh, tu je gambar yang boleh akak tepek kan kat sini. next entry akak tunjuk gambar pelamin yang dah siap ye.

okey bye.

XOXO :

Kak Lisa ^___^

Monday, September 10, 2012

Pesona Pengantin : Isu Oktober 2012.

Assalamualaikum.

Dah beli Majalah Pesona Pengantin Isu Oktober 2012? kalau dah beli atau nak beli..jangan lupa tgk pelamin kami di muka surat 180, 181, 202 dan 203 .

eam, kalau ada yang tak sempat beli..meh akak tolong tunjuk kan. ni ha....




kalau tak puas tgk..beli lah pesona pengantin sendiri..tak pon datang lah butik..tengok pelamin yang ada secara live..^___^

okey, dah..bye..

XOXO :

Kak Lisa ^___^

Sunday, September 9, 2012

Pameran pengantin Malaysia: Hari Terakhir.

Assalamualaikum..

hari ahad..yeeeeh..suka hari ahad..hari ni mesti banyak open house kan..kepada b2b yang masih mencari pakej untuk majlis anda nanti..jangan sebuk nak pergi open house je..jangan lupa singgah Ampang Point. kan ada Pameran Pengantin. jangan lepaskan peluang untuk dapatkan pakej-pakej yang menarik kat sini..dan yang penting kalau pameran pengantin MESTI ada SALE!!! huruf besar di situ, so korang kene jerit ye..hihihi.

Hari ni hari terakhir kami disini, dan haruslah kami sebuk melayang b2b yang mencari pakej. suara pun dah makin hilang ni. tapi tak apa, semangat mesti ada. ^_^

nak tgk stage utama yang ada kat sini. ni hah :



cantik kan, stage dari Mahligai Creative Wedding. warna sangat sweet..i like..;)

okey, lah..nak sambung layan pelanggan..okey fine..nak layan pelanggan..rasa mcm tettttt..hahaha

bye,

XOXO :

Kak Lisa ^___^

Friday, September 7, 2012

Pameran Pengantin Malaysia : Ampang Point Shopping Complex.

Assalamaualaikum..



sepanjang 3 hari bermula 7hb Sept sehingga 9 September 2012, dina halim bridal butik akan berada di Ampang Point Shopping Complex sempena Pameran Pengantin Malaysia by Urban Vibe Event. tengok poster yg cantik ni. jatuh hati dengan warna tema yang Urban Vibe buat kali ni :


Untuk pengetahuan semua, seperti biasa setiap kali kami berada di Pameran Pengantin kami akan berikan discount kepada pakej-pakej yang kami ada. jadi apa lagi..temui kami di sana.

okey, jangan lupa ye..

XOXO :

kak lisa ^___^