Pelamin ni memang Fieha yang pilih. Bagi saya, Fieha ni seorang yang teliti dan tahu apa yang dia mahu untuk hari bahagia dia. Cumanya, dia ni ada sedikit 'last minit' punya decision. Huhu.. Bayangkan, dia tiba2 confirm dengan saya after Pameran PWTC tempoh hari.. So, dengan bersungguh-sungguhnya saya meng-prepare barang2 yang diperlukan untuk menjadikan pelamin Fieha menjadi kenyataan, seperti yang dia idam-idamkan sangat...
Thursday, December 31, 2009
Fieha, Bukit Sekilau -Kuantan-
Pelamin ni memang Fieha yang pilih. Bagi saya, Fieha ni seorang yang teliti dan tahu apa yang dia mahu untuk hari bahagia dia. Cumanya, dia ni ada sedikit 'last minit' punya decision. Huhu.. Bayangkan, dia tiba2 confirm dengan saya after Pameran PWTC tempoh hari.. So, dengan bersungguh-sungguhnya saya meng-prepare barang2 yang diperlukan untuk menjadikan pelamin Fieha menjadi kenyataan, seperti yang dia idam-idamkan sangat...
Tuesday, December 22, 2009
Aida & Megat, 19 December 2009 - Vistana Hotel, Kuantan -
Aida & Megat ; such a lovely couple.. Sangat2 senang nak berurusan dengan mereka. Mostly kitorang diskuss dalam phone, email, mms.. Jumpa dua kali je. Diorang customer yang kita dapat di Mid Valley tempoh hari. Aida & Megat sama cantik, sama padan.. Bagai pinang dibelah dua. (Ok, tiada gambar mereka lagi.. Kerana saya menemani Mr Sebumbung photoshoot di Batu Pahat waktu mereka bersanding. Nnt saya minta gambar dr pihak mereka ye). But my sister kata they look gorgeous, macam prince and princess.
So gadis2, meh layan piccas yang saya terkedek2 edit tadi.. (Dah la laptop saya ni tak ada photoshop, tu la editing yang paling ala2 je saya boleh buat pon..huhu).
Jika berminat dengan pakej yang serupa, sila hubungi kami =)
Warmest Regards,
Dina Halim Bridal Boutique
Monday, December 21, 2009
Bulan December, patah pinggang kami dibuatnya (=_=')
Wahhhh~~~
Lama betul saya tak update blog.. Hari ni baru ada masa.. Tu pun saya agak berdebar2 sebab tak tahu nak update mana dulu.. Ok ringkaskan sahaja celoteh saya hari ni..
Entri pertama ni mengenai gambar pelamin Dina Halim Bridal Boutique dalam Pesona Pengantin (isu Januari 2010) ; tapi ianya bukan write up mengenai pameran di PWTC tempoh hari, hanya gambar kecil (besar maknanya pada kami) untuk iklan PAMERAN PENGANTIN akan datang (2010) nanti.. Wuh~~ Hana & Qery, nampak tak kelibat kamu berdua yang kecil2 cili api itu =)
Kemudian, ada terselit gambar pelamin yang kami sponsor pihak Lan & Shiela tempoh hari dalam majalah HAI (ye, walaupun tak disebutkan nama, itu adalah pelamin tajaan pihak kami, harap maklum).. Terima kasih pihak Hai sebab sudi mengeluarkan gambar pelamin kami yang tak seberapa tu.. hehehe..
Tuesday, December 8, 2009
Pelamin 1 panel + 2 = Chic Garden Wedding
Ini adalah chandelier favourite saya =)
Candle holder yang match dengan tema
Lan Kristal & Shiela 6 Disember 2009 - Puchong
Norhayati & Wan Mishayil - Klang
Baiklah, hari ni saya bersungguh-sungguh ingin mengupdate blog ini. Akhirnya ada masa.. Maka bersedialah untuk membaca celoteh yang panjang dan mungkin tidak menghiburkan hati anda.. Huhu.. Sorry, malam ni i emo pulakss kannn.. Ni pasangan pengantin yang confirm dengan kitorang kat Mid Valley tempoh hari. Mereka ni la pasangan yang pertama confirm dengan pakej kami di MidValley hari tu.. Sweet couple, suka bergurau senda.. Yang lucunya, awal2 perkenalan saya berpendapat Wan sangat2 cerewet berbanding Yati. Jarang kan, lelaki cerewet.. Hu hu hu.. Tapi takpe, beliau tetap cool..
Pasangan ni banyak kali bertukar fikiran nak tukar warna baju.. Tapi yang confirmnya background nak merah hitam.. Time tu la wujudnya pelamin Red is Cinta ni.. Akhirnya, selamat juga mereka diijabkabulkan pada 5 Dec 2009 yang lepas.. Masa buat checklist pulang2 barang, saya yang rasa sayu.. Sebab rasa macam kenal lama pulak diorang ni.. Anyway, hopefully kita keep in touch dear! ;*)
Apayangaimerepeknilabu..
Jom, layan gambar2..Letak sikit2 je la kay, nak banyak meh datang butik =)
Warna tema mereka Merah, Putih dan Hitam.. Actually, suasana waktu malam lebih cantik.. InsyaAllah bila Yati email saya piccas waktu malam saya akan update ye.. Nampak romantik, elegan dan dengan lampu jurai2 di setiap khemah rasa macam fairytale pun ada jugak..
Pelamin baru siap di setup. Oh, sila abaikan beg plastik di sebelah kiri itu..Hihihi
Yati menggayakan busana eksklusif Putih + Biru terbaru kami.. Seriusly cantik dan elegan..
Pasangan ini menyewa satu lagi baju dari Dina Halim Bridal Boutique. Warna Kelabu + Pink menjadi favourite kebanyakan customer kami. Tapi mereka menggayakan busana tersebut semasa acara pemotongan kek dan acara bunga api pada waktu malam hari.. Grand betul wedding diorang, siap ada bunga api..
Apa2 pun, kami disini mendoakan kebahagiaan pasangan ini hingga akhir hayat mereka.. Semoga dikurnikan zuriat yang soleh dan solehah hendaknya..
p/s : suka mereka kerana sangat2 cermat menjaga barang =) huhu..
Pictures credit to Mr Sebumbung..
Monday, December 7, 2009
Dina Halim Bridal Boutique; Penaja pelamin Lan Kristal dan Shiela
Saya bagi pihak Dina Halim ingin memohon maaf sekiranya ada email yang tak terbalas oleh kami kebelakangan ini.. Dengan ada a few client yang tak sempat lagi saya nak jumpa, sebab ada di antaranya nak jumpa saya juga (^_^) *eeii, rasa glamer la* hehehe.. Tak, saya hanya bergurau.. (=_=") *sempat lagi padahal entry ini ditaip pada pukul 4 pagi*..
Okay, serius.. Saya dan crew2 Dina Halim sangat2 berjaya membizikan diri kami pada hujung minggu ini.. Ya, tiada lagi hujung minggu yang senggang untuk saya di bulan Disember.. Update la cepat, apa saya merepek di pagi buta ini??
Baiklah.. Saya hanya upload satu gambar yang tak berapa nak jelas rupanya..Tapi ok lah.. Tunggu ye, nanti Mr Sebumbung akan upload dari kamera gempak beliau, maka secara otomatisnya gambar saya juga akan menjadi cun, tidak seperti blur2 hahakantoiamikgunakamerahenfon..
3 wedding (ye, dah cukup letih sebab tempatnya jauh2 dari Rawang ini)
1) Norhayati Mohit & Wan Mishayil - Klang
2) Emma (err..saya kenal emma tak sampai 10 minit, sebab kawan baik beliau mengsponsor pelamin tuk emma.. Thanx to Akmah yang memilih Dina Halim sebagai decorator pelamin) -Putrajaya
3) Lan Kristal dan Shiela.. - Puchong
Dina Halim dengan berbesar hati, *sambil merendah2 diri* telah menjadi penaja utama untuk pelamin persandingan Lan Kristal dan Isteri tercinta beliau, Shiela.. Ok, cukup..cukup..Karang saya merepek saya yang tak dapat tidur.. Ni baru balik bukak pelamin kat Klang ni, terus online..Boleh?? Hu hu hu..
Meh la tengok gambar kabur saya =p
Nampak? Sayup2 sahaja muka Lan dan isterinya yang comel.. Nasib baik tangan saya kategori galah dan berjaya menjadi panjang untuk mengsnap-snap foto..
Baiklah gadis2.. Gud nite, sleep tite.. Muahhh2.. =)
Friday, November 27, 2009
Link us and we will link u back =)
If any of you out there especially Pengantin-to-be yang nak kita linkkan blog anda, please leave your link and your name/ nickname (as u wish to put at our link bar). InsyaAllah, we will link u back [a.s.a.p, kalau tak bz]..
Thanx..
Thursday, November 26, 2009
Selamat Hari Raya Aidiladha
Saya bagi pihak Dina Halim Bridal Boutique ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha bagi semua muslimin dan muslimat dimana jua anda berada. Semoga kehidupan kita lebih di berkati Allah, dan di permudahkan segala urusan di muka bumi ini.
Lama tak update blog, maaf sebab bulan Disember ni jadual kami betul2 hectic. Tengah buat next week punya preparation sebab ada satu wedding ni kita baru start prepare barang after event di PWTC tempoh hari. InsyaAllah gambar2 akan diupdate pada minggu satu lagi dengan secepat mungkinnya. Jadi, harap bersabar ye =)
Ok, mengenai pertandingan online yang akan dijalankan, kami sudah pun dapat gambaran jenis2 hadiah yang akan diberikan. Hadiah2nya berupa produk-produk Dina Halim juga. Tapi yang belum confirm lagi ialah soalan yang akan di berikan. Jadi, silalah berikan kami masa untuk merangka contest ini ye. Harap dapat bersabar.
So, inilah jenis2 hadiah yang bakal ditawarkan;
TEMPAT PERTAMA : Mini Pelamin untuk Tunang / Nikah *worth RM850.00*[tak termasuk kos penghantaran]
TEMPAT KEDUA : Sepasang baju Sanding Biasa L/P (lace) *worth
RM700.00*
TEMPAT KETIGA : Sepasang baju Nikah L/P (Chiffon) *worth RM300.00*
(Kesemua hadiah adalah dalam bentuk sewaan ye, bukan ambil terus..setakat ini, itulah yang saya boleh reveal..so, nantikan soalan2 cepu emas dari pihak kami..)
Lastly...
Promosi harga fresh flower sudah kami tutup. Maka dengan ini, jika mahu pelamin fresh flower, kena ada additional charge. Promosi seterusnya akan di beritahu kelak.
Love,
Dina Halim Bridal Boutique
Wednesday, November 18, 2009
DINA HALIM BRIDAL BOUTIQUE @ PWTC - part 2
So hari ni saya nak update apa yang terjadi masa pameran pengantin @ PWTC hari tu. Banyak sangat la gambar2nya..so kena buat part by part..
Okay, ni nak start dari awal makeup Hana sampai la diorang bersanding bagai..Jom layan piccas =)
Shana tengah merenjis pasangan mempelai. Thanx to Shana sebab kenalkan kami kepada pasangan Hana dan Qery
Cupcake serta bunga pahar cookies yang matching dengan konsep pelamin kami di sponsor oleh Cupcakeland. Thanx to Hairina Zainal for such great design. And its yummy too! Siapa yang tak merenjis hari tu rugiiiii..Sebab dapat cookies cantik..Saya tak sempat snap pics cookies sebab busy sgt2 hari tu..
Kompang, tarian dan silat di sponsor oleh Jez Wedding
Lan Kristal from Razeila Entertainment melakukan upacara merenjis. Tak lama lagi giliran beliau pulak =)
Tak tau nak bagai ucapan penutup apa..InsyaAllah nanti saya akan update part 3..(Kalau masa mengizinkan) Kalau tak..hmmpphhhh....Oh, tak lama lagi Dina Halim Bridal Boutique akan mengadakan pertandingan bagi bakal2 pengantin..Hadiah2 menarik bakal menanti anda. Cumanya sekarang ni dalam proses perbincangan..Hadiah memang best, jangan risau..So, just wait for the info. Senang cerita, bookmark atau follow sahaja kami ye..Tak la terlepas bila update nanti =)