Wednesday, October 24, 2012

Tip Perkahwinan : Dari Ustaz Azhar Idrus

 Assalamualaikum.

hari ni akak nak kongsi kepada semua tip perkahwinan dari Ustaz Azhar Idrus. tengah akak blogwalking tadi terjumpa pulak tip ni..


1. Ketika Mencari Calon
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.

2. Ketika Melamar
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.

3. Ketika Akad Nikah
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan Allah.

4. Ketika Resepsi Perkahwinan
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa’kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do’a mereka.

5. Ketika Malam Pertama
Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.

6. Selama Menempuh Hidup Berkeluarga

Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.

7. Ketika RumahTangga Goyang
Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justru semakin erat berpegang tangan.

8. Ketika Belum Memiliki Anak
Cintailah isteri atau suami anda 100%

9. Ketika Telah Memiliki Anak
Cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.

10. Ketika Ekonomi Keluarga Merudum
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.

11 .Ketika Ekonomi Berkembang
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita.

12. Ketika Anda Adalah Suami
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggungjawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.

13. Ketika Anda Adalah Isteri
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.

Wednesday, October 17, 2012

Pameran Pengantin Malaysia : Wangsa Walk (19 - 21 Oct 2012)

Assalamualaikum..

Apa khabar semua..:)


mesti dah ramai yang tahu mengenai event akan datang di wangsa walk ni kan. so, kepada yang masih tak tahu..so akak tepek sekali poster pameran kali ini.




Tarikh : 19 - 21 October 2012
Masa : 10.00pg - 10.00mlm
Tempat : Wangsa Walk Shopping Complex
Tema : All White Wedding.

All white wedding, excited kami nak deco booth mengikut tema tu. kalau nak tengok hasilnya dan mungkin b2b semua boleh mendapat ilham dari pameran kali ini, jom kita buat temujanji kat wangsa walk pula kan..:)

so, kepada b2b yang merancang nak datang ke butik hujung minggu ni, untuk maklumat butik kami akan tutup utk 3 hari bermula dari 19 - 21 oct 2012. so mungkin kita boleh berjumpa disana sahaja kan.


XOXO :

Kak LIsa (^-^)

BYE!!!!


Thursday, October 11, 2012

TIP : Kelihatan Cantik Di Hari Bahagia.

Assalamualaikum..

Hari ni akak nak kongsi mengenai kecantikan pulak. suka pulak akak kasi tip kat korang semua..ni semua hasil pembacaan ye..tadi tengah selak2 majalah terasa nak share dgn anda semua apa yg akak baca tadi. Mesti semua b2b pun nak kelihatan segar dan cantik masa majlis berlangsung kan.

1. Elakkan stress.

Semua orang pun faham kenapa anda akan stress masa tarikh majlis anda hampir tiba. *ayat majalah* haih.
nasihat akak, cuba elakkan membuat semua perkara sendiri. anda perlu percaya kepada keluarga, kawan-kawan dan org disekeliling anda untuk menyelesaikan semua yang berkaitan majlis anda nanti. anda kan bakal raja sehari. so, xperlu pening-pening. biar semua org lain yang uruskan. anda hanya perlu tahu semuanya siap!!! boleh gitu..^___^

2. Banyak minum air kosong.

Ini penting ye, untuk kesegaran kulit anda nanti. percayalah kalau anda minum air dgn cukup, badan dan kulit anda akan segar dan lebih bertenaga. tapi akak rasa semua org pun tahu perkara ni kan..kan..kan..

3. Tidur Lapan Jam Sehari.

kebanyakan b2b sering tidak cukup tidur dan ini menyebabkan badan anda menjadi tidak bermaya. jika anda ingin kelihatan segar dan bertenaga anda perlulah mempunyai tidur yang cukup.

4.  Pelembab Muka.

Owh, akak pernah terbaca mengenai. 6 bulan sebelum majlis anda nanti. anda disarankan supaya tidak memakai makeup dan bedak. boleh anda bayangkan keadaan muka anda tanpa makeup. *_*
kenapa tak boleh makeup? hah, jawapannya adalah, supaya kulit muka anda bebas dari bahan-bahan yg tak sepatutnya.. tapi kepada mereka yg mempunyai masaalah kulit kering, anda boleh memakai pelembab yang tidak berminyak. dan jika nak pakai bedak, gunakan bedak yg bebas minyak juga ye. supaya kilit anda sihat di hari bersejarah anda nanti..:)

5. Vitamin.

Pengambilan vitamin sangat bagus untuk tubuh badan. jika anda bukan seorang yang pengemar pil, anda boleh memperbanyakkan memakan buah-buahan dan sayur sayuran berdaun hijau. vitamin A, C dan E berperanan aktif untuk melindungi membran sel tubuh dan kerosakan sel dalam tubuh badan.

heeem...faham eh, okeylah..cukuplah 5 ni kan..nanti kalau ada apa2 yang akak nak tambah akak tambah ye..sekarang yang akak ingat 5 ni jelah..hahaha..

okey, bye..

XOXO :

kak Lisa ^___^




Thursday, October 4, 2012

Tip Perkahwinan : Pemilihan Tempat Majlis.

Assalamualaikum..

hari ni akak nak share dengan anda semua mengenai pemilihan tempat majlis. kepada b2b yang nak buat majlis di rumah mmg dah tak payah nak fikir pasal tempat yang sesuaikan. untunglah kepada mereka yang ada rumah yang mempunyai ruang yang luas utk buat kenduri kendara kan. tapi ada je b2b yang lebih suka buat majlis di dewan sebab, tak payah nak sepah-sepahkan rumah katanya..hihihi..

okey ini antara pendapat akak hasil dari pembacaan dan sedikit pengalaman. Untuk b2b yang ingin membuat majlis di dewan/hotel  adalah menjadi perkara pertama sekali yang perlu difikirkan di dalam proses persiapan majlis perkahwinan anda. Jadi tempoh yang paling sesuai untuk merisik-risik dewan yang menjadi idaman anda adalah seawal setahun lebih cepat dr tarikh majlis. jom akak cerita sikit tip-tip yg ada :

1 ) Lokasi.

Sangat penting untuk memilih dewan yang berdekatan degan kawasan rumah anda atau pun anda boleh bertanya kepada kawan-kawan atau sedara mara yang pernah membuat majlis di dewan yang anda inginkan. Anda mungkin boleh pergi ke dewan itu sendiri untuk melihat keadaan dewan tersebut. kebersihan dewan haruslah diutamakan untuk keselesaan tetamu anda nanti. Untuk melihat keadaan dan kemudahan yang disediakan oleh pihak dewan tersebut adalah sangat penting untuk anda berjumpa terus dengan person in-charge yang akan menerangkan lebih details mengenai dewan tersebut. waktu yang sesuai untuk pergi berjumpa dgn mereka adalah waktu berkerja jgn pergi malam pula, dan bertanya kepada pak guard kat situ..mmg buang masa anda sahaja tahu. sebab mereka mungkin tidak tahu perkara yang lebih details. yang dorang tahu jaga dewan tu je, dah nama pun pak guard kan...huhuhu..

2) Kelengkapan dan kapasiti dewan.

kelengkapan dan kapasiti dewan adalah perkara yang perlu diambilkira semasa pemilihan dewan. ini kerana, kapasiti setiap dewan adalah berbeza dan kelengkapan yang disediakan oleh pihak dewan adalah berlainan. kapasiti dewan adalah bergantung kepada bagaimana majlis itu berlangsung dan  jumlah jemputan yang akan anda jemput nanti, supaya tidak berlaku traffic jam di dalam dewan anda nanti. sangat tidak manis jika ada tetamu yang terpaksa berdiri menunggu giliran untuk makan. kelengkapan seperti fully carpet dan air-con adalah perkara yang perlu anda tahu juga. kerana ada dewan yang hanya menggunakan kipas dan tidak mempunyai carpet.

3) Parking

perkara yang penting juga untuk melihat kemudahan parking yang dewan tersebut sediakan. elakkan mengambil dewan yang mempunyai parking yang kecil dan jauh dari dewan tersebut. ini kerana sangat tidak sesuai kepada tetamu yang berumur untuk berjalan jauh untuk ke dewan anda dari parking. akak ada pengalaman, majlis yang akak pergi tu. parking dan dewan dipisahkan degan sungai. dan tetamu perlu melalui titi untuk ke dewan..okey sangat adventure disitu ye..kesian kepada tetamu yg berusia kan.

4) Tetamu yang akan anda jemput.

Kepada mereka yang akan menjemput VVIP, sangat penting untuk tahu kemudahan yang disediakan seperti air conditioner supaya lebih proper.

5) Harga Dewan

Anda perlu tahu harga sewaan satu hari untuk dewan tersebut. anda juga perlu tahu berapa lama masa yang di berikan untuk anda. seperti, masa untuk setup dewan dan keluar dr dewan. amboi, sangat kejam ayat disitu. hihihi..okey, untuk maklumat anda..ada sesetengah wedding planner yang mempunyai extra charge untuk pemasangan pelamin untuk lewat malam. jadi mahu mengurangkan kos untuk pemasangan lewat malam anda bolehlah berbincang dengan pihak dewan supaya pihak pelamin atau catering menyiapkan kerjanya sebelum lewat malam. anda boleh membuat pengiraan jika pihak dewan mengenakan charge untuk 2 hari atau tidak. anda boleh bandingkan mana yang perlu anda buat, antara menyewa dewan utk 2 hari atau membayar charge lewat malam kepada pihak wedding planner anda. jika anda rasa membayar dewan utk 2 hari adalah lagi murah. lebih mudah begitu. faham?

okey, cukup lah dulu utk kali ini..insyaAllah, akak kongsi lagi mengenai topik ini lagi nanti.  

XOXO :

Kak Lisa ^___^

Wednesday, September 26, 2012

Pameran Pengantin Malaysia : Legar Putra PWTC (28-30 Sept 2012)

Assalamualaikum..

Hujung minggu ni insyallah kami akan berkampung selama 3 hari bermula dari 28-30 September 2012 di Legar Putra PWTC.

Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan tawaran hebat dari kami dan mereka-mereka yang join pameran kali ni. ^___^

kepada bakal pengantin yang masih tercari-cari warna tema yang sesuai untuk majlis anda nanti, mungkin boleh datang dan lihat sendiri hasil yang bakal di pamer kan oleh Butik-butik pengantin yang join pameran kali ini.

owh, ni poster Pameran Pengantin Malaysia kali ini.


Tarikh : 28 - 30 September 2012 ( Jumaat - Ahad)
Masa : 10.00pg - 9.00mlm
Tempat : Legar Putra PWTC
Tema : Bila Cinta Bertasbih Rindu
Warna Tema : Royal Blue, Mustard Yellow And Purple.

Temui Butik Pengantin Dina Halim di booth No 69. Ingat ye..jangan dah pergi PWTC tapi tak singgah booth kami. sentap hati mak nak..hihihihi..

okey...jumpa disana nanti..:)

XOXO :

Kak Lisa ^___^

Sunday, September 23, 2012

Promotion : Busana Fiesta

Assalamualaikum..

Hari ni akak nak war-war kan promotion terbaru yang butik kami adakan. kali ni kami buat promotion untuk busana perkahwinan sahaja pula. harga murah-murah. sambutan sangat hangat uolllzzz. sampai tak terlayan akak dengan seragan email dan pm dr b2b semua.  Okey meh tgk tawaran yang kami tawarkan *aik, agak pelik susunan ayat tu*


:: Baju sanding ekslusif ::

Harga Asal : RM 1500.00
Promotion : RM899.00

harga termasuk :
Baju Sanding Ekslusif L&P
Aksoseri  L&P
Kasut P
Tudung dan Veil.

:: Baju sanding Permata ::

Harga Asal : RM 750.00
Promotion : RM 550.00

harga termasuk :
Baju Sanding L&P
Aksoseri  L&P
Kasut P
Tudung dan Veil.

:: Baju sanding Songket Bunga Tabur ::

Harga : RM 550.00

harga termasuk :
Baju Sanding Songket  L&P
Aksoseri  L&P
Kasut P
Tudung dan Veil.

Okey, oleh kerana harga murah nak tutt (isi sendiri tempat tutt) huhuhu..sambutan sangat hangat dan the vass..so kepada yang masih mencari baju yg cantik tapi murah..cepat-cepat sebelum ada b2b lain yang pakai baju pilihan anda.


okey, bye..

p/s : dah dua kali ni akak edit post ni. dah publish baru perasan ada kesalahan..adoi hai nye pun.. ada lagi ke yg silap ni, kalau ada bagi tahu..almaklumlah..baru baik demam..kepala blur lagi..hihihi

XOXO :

Kak Lisa ^____^

Tuesday, September 18, 2012

Pelamin : Fauziah (kg. Kenanga, Rawang)

Assalamualaikum.

Hari ni akak nak kongsi dgn anda semua antara pelamin yang telah kami buat. pelamin kali ni adalah pelamin uantuk Fauziah dari kampung Kenanga, Rawang. Pelamin 1 panel true blue yang kami setup di bawah khemah.





Tema warna yang kami setup untuk majlis fauziah ni adalah pink, white, dan green.



Tarikh Majlis : 15.09.2012
Tempat Majlis : Kampung Kenanga, Rawang.


okey dah. nanti akak update pelamin yang kami buat di dwan pula. :)

XOXO :

kak Lisa ^___^

Sunday, September 16, 2012

Persiapan Majlis Perkahwinan

Assalamualaikum.

Minggu ni ramai yang melangsungkan majlis perkahwinan kan..alhamdulillah..^___^

owh, nak tgk kesebukan yang berlaku sepanjang menyiapkan pelamin idaman anda? saja nak share dengan anda semua suasana kami sebagai orang belakang tabir majlis anda.

 Proses mengubah bunga mengikut warna tema majlis.

tgk tu, dikelilingi bunga bungaan. bunga bungaan artificial, bukan yg fresh  tau..tapi bunga yang bertopeng tu fresh..hihihi..akak nak berkongsi juga kat sini warna tema majlis untuk kali ini. Di  antara warna bunga yang tengah hot sekarang ni gabungan warna antara pink, purple and peach.

 Antara gubahan bunga yang sudah siap.

sekarang kita tgk proses mendirikan pelamin pulak.




Ni antara crew sedang membuat setting pelamin. pelamin yang buat di bawah khemah rumit sikit. banyak perkara yang perlu di fikirkan sebelum setting pelamin. almaklumlah..sekarang ni kan asal petang je hujan kan. nampak je mudah tapi penat nya sabar je lah. tapi tak apa penat pun, janji kami dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk majlis anda. amboi, baik punya slogan kan.

owh, tu je gambar yang boleh akak tepek kan kat sini. next entry akak tunjuk gambar pelamin yang dah siap ye.

okey bye.

XOXO :

Kak Lisa ^___^

Monday, September 10, 2012

Pesona Pengantin : Isu Oktober 2012.

Assalamualaikum.

Dah beli Majalah Pesona Pengantin Isu Oktober 2012? kalau dah beli atau nak beli..jangan lupa tgk pelamin kami di muka surat 180, 181, 202 dan 203 .

eam, kalau ada yang tak sempat beli..meh akak tolong tunjuk kan. ni ha....




kalau tak puas tgk..beli lah pesona pengantin sendiri..tak pon datang lah butik..tengok pelamin yang ada secara live..^___^

okey, dah..bye..

XOXO :

Kak Lisa ^___^

Sunday, September 9, 2012

Pameran pengantin Malaysia: Hari Terakhir.

Assalamualaikum..

hari ahad..yeeeeh..suka hari ahad..hari ni mesti banyak open house kan..kepada b2b yang masih mencari pakej untuk majlis anda nanti..jangan sebuk nak pergi open house je..jangan lupa singgah Ampang Point. kan ada Pameran Pengantin. jangan lepaskan peluang untuk dapatkan pakej-pakej yang menarik kat sini..dan yang penting kalau pameran pengantin MESTI ada SALE!!! huruf besar di situ, so korang kene jerit ye..hihihi.

Hari ni hari terakhir kami disini, dan haruslah kami sebuk melayang b2b yang mencari pakej. suara pun dah makin hilang ni. tapi tak apa, semangat mesti ada. ^_^

nak tgk stage utama yang ada kat sini. ni hah :



cantik kan, stage dari Mahligai Creative Wedding. warna sangat sweet..i like..;)

okey, lah..nak sambung layan pelanggan..okey fine..nak layan pelanggan..rasa mcm tettttt..hahaha

bye,

XOXO :

Kak Lisa ^___^

Friday, September 7, 2012

Pameran Pengantin Malaysia : Ampang Point Shopping Complex.

Assalamaualaikum..



sepanjang 3 hari bermula 7hb Sept sehingga 9 September 2012, dina halim bridal butik akan berada di Ampang Point Shopping Complex sempena Pameran Pengantin Malaysia by Urban Vibe Event. tengok poster yg cantik ni. jatuh hati dengan warna tema yang Urban Vibe buat kali ni :


Untuk pengetahuan semua, seperti biasa setiap kali kami berada di Pameran Pengantin kami akan berikan discount kepada pakej-pakej yang kami ada. jadi apa lagi..temui kami di sana.

okey, jangan lupa ye..

XOXO :

kak lisa ^___^

Tuesday, August 28, 2012

Jawatan Kosong Pembantu Butik

Assalamualaikum..

Kepada anda yang sedang mencari kerja di dalam bidang perkahwinan dan mempunyai minat yang dalam mengenai bidang ini..kami memberi peluang kepada anda untuk bersama-sama kami di dalam arena ini..

maklumat terperinci seperti dibawah :




untuk interview anda boleh hubungi kami dengan segera.

Friday, August 24, 2012

Online Contest : Dari Mata Jatuh Ke Hati Part 2

Assalamualaikum..

Perhatian kepada blogger2 bride to be (B2B) sekalian..dah lama rasanya kami tak buat online contest kan..ingat lagi conline contest kami yg lepas..Dari Mata Jatuh Ke Hati juga..so kali ni kita buat part 2 pulak..:)

Okey, jom tgk syarat-syarat yang perlu korang buat untuk layak menyertai contest kali ini :


hokey...dah faham dah ke..kalau ada yang tak faham..boleh tanya akak terus..nombor akak dah ada kan..just call me or email me..kalau segan nak call akak..korang  miss call jew..gitu......

XOXO :

Kak Lisa ^____^

p/s : tak puas makan ketupat lagi!!!!

Thursday, August 16, 2012

Baju songket kembali..

Assalamualaikum..

Sejak dua menjak ni, akak perhatikan..ramai betul bakal-bakal pengantin yang mencari baju songket. baju songket kembali..untuk maklumat butik Dina Halim ada menyediakan sewaan baju songket dan mempunyai banyak warna-warna yang menarik. 

::Antara koleksi songket yang kami ada::


::Cantik kan::

kepada bakal-bakal pengantin yang masih mencari baju songket untuk majlis anda nanti, boleh lah datang ke butik kami dan mencubanya. harga yang kami tawarkan juga amat berpatutan dan murah. Oleh kerana permintaan sangat mengalakkan..siapa cepat dia dapat lah..hihihi..

owh, cantik tak bakal pengantin yang tengah mencuba baju songket kelabu tu..kalau nak tahu gadis cantik tu, adalah Chinese tau..Chinese pun suka dengan songket..hebat tak..hihihi... 

okey, bye..

XOXO :

Kak Lisa..^_____^


Selamat Hari Raya!!!

Assalamualaikum...

Lagi beberapa hari lagi nak raya kan..hamboi excited ye nak raya..akak nak jadi org pertama yg ucap 'selamat hari raya' boleh..untung2 dapat duit raya dari korang..hihihi..

owh jap..kasi pantun lah..gedizzzzzzzzzz...hahaha...

Sungai disusur sehari-hari,
Dalam gelap menangkap ikan,
Kami menyusun sepuluh jari,
Salah dan silap harap dimaafkan.

pandai tak akak buat pantun..eam, tanya pak cik google mmg lah pandaikan..budak 1 tahun pun tahu..;p


Selamat hari raya kawan-kawan semua, maafkan kalau ada tersalah silap ke tersalah faham ke..kita kan manusia biasa..eh...

ikhlas dari crew dina halim.

bye..

XOXO :

Kak Lisa ^___^
<3 br="br">

Monday, August 13, 2012

Cuti berhari raya..

Assalamualaikum!!!

amboi, excited beri salam ada tanda seru!!!eh..terlebih gula barangkali.

sebenarnya bukan ape..nak cite pasal cutikan, mestilah excited dia lain macam sikit.hahaha..akak nak terangkan kepada semua orang mengenai tarikh butik kami akan tutup semperna Hari raya kali ini..detailsnya seperti dibawah :

13 - 15 August 2012 (TUTUP)
16 August 2012 (Buka) 8.00pagi - 4.00ptng
17 -  22 August 2012 (TUTUP)

Faham tak...? kalau tak faham call akak terus SMS pun boleh..ni nombor yg boleh anda semua hubungi 

Kak Lisa : 012 - 3282 944
Kak Nad : 012 - 3445 672
Untie Dina : 012 - 6509 550

okey, bye..kami cuti dulu ye..korang keje elok2..;p

XOXO :

Kak Lisa ^_____^

Thursday, August 9, 2012

Year End Sale 2012.

Assalamualaikum..

Alhamdullilah, lebih kurang 10 hari je lagi kita nak sambut bulan syawal pulak..:)

Sambutan untuk year end sale kali ini mendapat sambutan yg mengalakkan..kepada yg masih tidak mendapatkan pakej..boleh lah kan..call-call akak..hihihii..oleh kerana sambutan untuk pakej semalam mendapat sambutan ramai..dan ada juga yg bertanya untuk pakej dewan..so setelah berfikir secara meja bulat. kak nad telah bersetuju untuk memberikan potongan harga utk pakj dewan juga..

ini detailsnya :


kepada yg nak tanya mengenai pakej ini, bolehlah tanya akak melalui email atau pun inbox di facebook..kalau nak call pun boleh..03-6186 2604 / 012-3282944  (kak Lisa)

k bye..

Kak Lisa ^____^

Wednesday, August 8, 2012

Year End Sale Kembali!!!!!!!!!!!!

Assalamualaikum...

ehem..ehemm..betulkan peti suara jap..hihihi...

kepada b2b yg masih belum buat mana-mana booking untuk majlis anda pada bulan October hingga Disember 2012. ada berita baik nak bagi tahu nih. bermula hari ini kami akan memberi potongan harga sehingga RM 1,000.00 untuk pakej RUMAH PERMATA sahaja. tapi kena cepat lah, sebab pelamin ni sangat limited..


Untuk apa-apa pertanyaan bolehlah email atau call akak terus..

email : dinahalim_butik@yahoo.com
tel : 03- 6186 2604 / 012 3282944 (Kak Lisa)

XOXO :

Kak Lisa ^__________^

Friday, August 3, 2012

Wanita Hari Ini

Assalamualaikum..

kak lisa nak update tanpa rasa bersalah, setelah hampir 2 minggu tak update blog..hahaha..bz sangat..bulan puasa ni, makin bz pulak..ingat boleh lah buat kerja sambil pose-pose comel.. tapi, hanya angan -angan..owh, nak story mory sikit..minggu lepas 26 Julai..kak nad mendapat jemputan menjadi tetamu di rancangan wanita hari ini..okey fine cerita dah nak basi..tapi nak cite jugak..hahaha..

mendapat jemputan utk cerita pasal bunga..cerita pasal  pemilihan, gubahan dan warna yg sesuai utk deco rumah..terkeluar konsep sikit, selalu cerita pasal kawin-kawin kan, sekali kena cerita pasal deco rumah pulak..mengelabah itik masing-masing..tak pasal-pasal kak lisa pun terlibat sama..kak lisa backup kak nad aje..tapi yg penting akak masuk tv..live lagi..hahhaha..jelez lah tu...


muka kak nad blur..masa ni, akak pun tak tahu apa yg akak repek kan..nervous sangat kot time ni..kalau ada yg nak tgk apa yg kami repek kan , boleh lah tengok kat TONTON.MY..cari wanita hari ini episod 149..
 

::kak Lisa, Juliza Adzlizan, kak nad dann adam::

::Azizah ariffin, kak Lisa, Azura, kak nad, adam::

okey dah..nanti akak update lagi..tunggu tau..hihihi

XOXO :

Kak Lisa ^____^

Saturday, July 21, 2012

Waktu Butik Beroperasi Sepanjang Bulan Ramadhan.

Assalamualaikum..

Selamat menyambut bulan Ramadhan semua..:)



akak just nak bagi tahu mengenai waktu butik kami beroperasi sepanjang bulan ramadhan ni :

Hari : Selasa - Ahad (ISNIN TUTUP)
Jam : 8.00pg - 4.00ptng

jika ada yg nak datang lepas waktu yg di tetapkan. boleh hubungi akak utk appointment..tapi bergantung kepada masa kami juga ye..

SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA DARI TEAM DINA HALIM BUTIK

^____^

xoxo,

Kak Lisa..^___^

Friday, July 20, 2012

Promotion Julai

Assalamualaikum..

Sebenarnya promotion ni, kami guna masa pameran pengantin yg lepas di shah alam..tetapi ramai yg request untuk lanjutkan tempoh bagi discount ni... tak sempat nak confirm katanya. so kami pun bermurah hati untuk lanjutkan sehingga  29 Julai 2012 (Ahad)..kalau ada yg kata tak sempat lagi mmg lah................. *tak payah isi tempat kosong* *_*

owh, ni voucher yg kami guna pakai sepanjang di pameran pengantin yg lepas :


tapi untuk 2 minggu ni, kalau ada yg tak ada voucher ni..*harap ada yg paham ayat ni* boleh aja..sebab nak dekat-dekat puasa ni kan..baik hati akak lain macam sikit..datang je ke butik, dan tanya pasal pakej dan kalau korang confirm dalam masa 2 minggu ni, akak consider harga pakai voucher ni lah..eam..xyah nak puji lebih-lebih sebab akak mmg baik hati..wakakaka...

ni details nya :

potongan sebanyak RM 200.00 untuk mana-mana pakej rumah dan dewan permata.
potongan sebanyak RM 500.00 untuk pakej dewan ekslusif.

so, jemputlah datang ke butik ye..peluang mmg tak datang selalu..kalau nak akak emailkan pakej baru pun boleh, just tinggalkan email address..nanti akak kasi harga pakej yg ada..:)

Thursday, July 19, 2012

Pelamin Baru : Wonderland

Assalamualaikum..

Alhamdullillah, sambutan semasa pameran pengantin di Shah Alam tempoh hari sangat mengalakkan..sangat meriah kan..

kali ni akak nak tunjukkan gambar penuh untuk pelamin baru yg kami setup di pameran pengantin yg lepas..






Pelamin ni boleh pakai untuk 1 panel, 3 panel dan 5 panel. docoration boleh diubah mengikut citarasa anda sendiri..

XOXO :

Kak Lisa.

Friday, July 13, 2012

Pameran Pengantin Malaysia : Shah Alam Convention Center ( 13-15 Jul 2012)

Assalamualaikum..

okey dah lame akak tak update blog..sampai kak nad pun dah tanya..mmg ada harapan gaji kena potong ni..hihihi..okey, akak update sekarang..huhu..tak lah, sebenarnya mmg nak update pun..nak cerita pasal event kami di Shah Alam Convention Center (SACC) ni..<----ayat cover takut kena potong gaji**

mari kita serius sikit..**sikit je tau**..;p

Kami akan berada di sini selama 3 hari tau..start hari ni lah..jumaat sampai ahad (13-15 Julai 2012). tema sangat menarik hokey pameran pengantin kali ni Alice In Wonderland.. sweet sangat kan..warna tema pula purple, pink and turquoise pun sangat santik..eam..mmg saje eje cantik mcm tu..kak lisa kan gedik..^___^

ni poster kali ini :

 
okey..? ke kecik sangat pic yg akak attech ni..kalau kecik cer korang besarkan sendiri..hahaha..kak lisa mmg keji kan..

nak tengok tak pelamin baru dari kami..mmg mengikut tema pameran pengantin kali ni ye..nak akak attech kat sini ke, korang nak tengok sendiri kat sini..okey lah sbb akak baik hati hari ni, akak pertontonkan lah kat sini..^__^

dengan ini akak mempersembahkan pelamin baru dari Dina Halim Bridal Boutique semperna Pameran Pengantin Malaysia di Shah Alam Convention Center kali ini!!!  **macam wakil rakyat tak? ^^

Pelamin Wonderland :


hahaha..akak kasi korang tgk pelamin separuh je..kalau nak tgk full..kena lah datang sini..Live hokey..

kalau ada yg datang Pameran Pengantin..jangan lupa singgah booth kami ye..no booth kami 30, 31 dan 32..dekat je dengan stage..dan semperna dengan pameran kali ini, kami akan memberikan potongan harga sebanyak RM 500.00..tapi korang kena tunjukan voucher kami yg ada di dalam buku direktori yang diedarkan oleh penganjur. dapatkan di kuanter urus setia tau..

okey nanti akak update lagi ye..^____^

p/s : akak rasa mcm banyak je kesalahan ejaan kat sini..maaflah ye..

XOXO.

Kak Lisa ^___^

Friday, June 29, 2012

DIY : Bunga Tisu

Assalamualaikum...

Salam jumaat semua..hari ni akak terajin pulak nak buat bunga tisu..meh akak kasi step by step nak buat bunga ni..senang sangat..hari ni akak xnak membebel banyak sangat..sakit kepala ar..dah berapa minggu panas terik kan..hari hari meredah panas..haruslah kepala akak ni mcm ni..hih, malaysia malaysia..eh, ayat mcm pernah dok kat oberse..over tau..

dah jom start..

Bahan-bahan :

::Kertas tisu, gunting dan dawai::

Langkah-langkah :

1. Gunting kertas tisu menjadi beberapa bahagian, dan berbentuk petak tepat.


::saiz bergatung kepada saiz bunga yg anda nak::

2. kemudian ambil 6 keping kertas tisu tadi dan lipatkan menjadi seperti kipas tangan, kang tak bagi tahu mcm kipas tangan..ada pulak yg buat mcm kipas siling pulak kang..nak buat kipas tangan mcm ni caranya..

 ::Lipat 2 kertas tisu::

 ::kemudian lipat kertas tisu secara berselang-seli::

 ::sehingga habis::

::Kipas Tangan::

3. Kemudian ikatkan dawai di tengah-tengah kipas anda tadi.

 ::ikat di tengah tengah::

4. Setelah itu, gunting hujung kipas anda tadi menjadi semi bulatan.  seperti ini :

 ::Semi bulatan lah sangat ye::^__^

5. lepas tu, korang tekan kan kipas anda tadi seperti ini :


Sehingga menjadi kembang semangkuk..hihihi..tah lah, akak dah xboleh nak fikir term apa yg sesuai utk bentuk mcm ni :

::Bentuk apakah ini::

setelah itu, tarik hujung kertas tisu tadi seperti ini :

::Tarik sehingga habis setiap keping kertas tisu tadi::
dah siap pun!!

 :::Bunga Tisu::

Senang je kan..bukan susah pun..boleh buat sendiri je kan..buat banyak-banyak nak buat utk bunga telur pun boleh..


okey dah..nantikan diy seterusnya ye..^_^

bye,

XOXO,
kak Lisa ^___^

Tuesday, June 26, 2012

TIP : Pemilihan Warna Baju Mengikut Warna Kulit

Assalamualaikum...

hari ni akak nak kasi TIP pulak, kali ni akak nak cerita pasal Pemilihan Warna Baju Mengikut Warna Kulit. eeam..mmg peningkan nak pilih warna baju yg sesuai untuk majlis anda nanti..akak nak terangkan utk b2b..tapi untuk yg bukan b2b pun apa salahnya..untuk tambah ilmu kan..^__^

Mesti peningkan untuk pilih warna baju yg sesuai untuk anda, dah lah sekarang banyak warna-warna baru yg keluar..hijau scha alyahya la, putih lisa surihani pun ada...bukan korang je yg pening..dengan akak pun pening sekali tau..okey jom start, sebelum akak melalut cerita masaalah akak..hahaha..

1. Sawo Matang.
 warna kulit standard org Malaysia. owh, silap..bukan orang Malaysia tapi Melayu..orang Malaysia ada banyak ton warna kulit kan..untuk warna kulit sawo matang sangat sesuai untuk warna kuning atau hijau. pemilihan warna seperti ini, akan membuatkan anda kelihatan meyerlah..tapi sangat tidak sesuai untuk penggunaan warna kelabu atau berona gelap, nanti anda akan kelihatan kusam.. 

2. Gelap atau Hitam Manis.
Untuk mereka yang berkulit gelap atau hitam manis, warna yang sesuai untuk anda adalah warna tanah, maroon, dan coklat. tapi warna gold  atau hijau gelap sangat tidak sesuai..kerana akan membuatkan anda kelihatan lebih gelap. pemilihan warna terang seperti kuning dan pink pun tidak sesuai untuk ton kulit warna hitam manis ini kerana akan kelihatan sangat kontra. 

3. Putih/Cerah.
Sangat bertuah kepada mereka yang mempunyai ton warna ini, kerana pemilihan warna baju yg sesuai sangat senang dan banyak. Walaupun anda mempunyai kulit yg cerah, sangat di sarankan supaya tidak mengenakan warna baju terlalu light kerana anda akan kelihan pucat. jadi untuk kulit warna ini bolehlah menggunakan warna didalam kategori terang seperti peach dan blue.

Dan mesti lebih pening kalau pasangan anda anda mempunyai ton warna yg contra dari anda.so cadangan akak anda boleh memilih warna selamat iaitu Ivory..dengan pemilihan warna seperti ini, boleh membuatkan anda berdua sangat meyerlah.tapi warna off-white tidak sesuai jika pasangan anda mempunyai kulit hitam manis ye..^___^

okey cukup untuk hari ini, nanti akak update lagi..mengenai tip-tip yang sesuai untuk bakal pengantin.

bye,

XOXO,
kak Lisa. ^___^

Sunday, June 24, 2012

Baju Baru : Green Emerald

Assalamualaikum..

okey, hari ni baru sempat nak update blog nak cerita pasal baju baru ni..semalam ramai yg datang butik sebab nak tgk baju hijau/emerald green ni secara live..terharu akak..eh, macam kau pulak yg buat kan..hahaha..kau tolong tunjuk je ngan org ye..

hari ni ada beberapa org yg ckp nak datang sbb nak tgk baju ni..so kena update cepat2..kalau akak berenti update ni, alamatnya lambat lagi lah akak nak menaip..ilham xde..huhu..perlu ke nak update blog nak ilham bagai..propa sangat kan..^___^

tgk nih..

 ::dari dekat::
 ::pandangan depan::

::Pandangan Belakang::

saiz baju ni M bersama veil yg comel, sangat sesuai untuk yg tinggi lampai..eh, untuk yg tak berapa nak tinggi boleh jugak..sebab kita boleh adjust dgn kasut..hihihi...sangat cantik ye..kepada sesiapa yg nak tgk baju ni secara live, boleh lah datang butik..mungkin anda adalah org yg pertama pakai baju ni..<-- tibe tibe keluar ayat iklan..huhuhu

owh, kepada b2b yg nak tahu harga boleh lah email akak, tak pun tanya terus kat fb..akak akan jawap dgn secepatnya..

akak tengah fikir lagi ni untuk next baju..tengah fikir warna nya..ke ada yg nak kasi cadangan warna apa plak...^___^

bye,

XOXO,
kak lisa..^__^