Friday, March 23, 2012

DINA HALIM BRIDAL @ HARIAN METRO (Write up)

Assalamualaikum..

Salam Jumaat semua,

h
hari ini di dalam harian metro di ruangan AYU, ada write up mengenai koleksi busana pengantin dari DINA HALIM BRIDAL BOUTIQUE..

Tampil lebih elegan

Oleh Rosmaliana Aida Mohd Adnan
rosmaliana@hmetro.com.my

GABUNGAN... gaun labuh dengan kombinasi lebihan kain pada bahagian dada, ditambah pula dengan taburan perincian di tengah baju dan hujung lengan.
GABUNGAN... gaun labuh dengan kombinasi lebihan kain pada bahagian dada, ditambah pula dengan taburan perincian di tengah baju dan hujung lengan.
PEMILIHAN busana pengantin sentiasa menjadi keutamaan kepada bakal pengantin untuk tampil anggun dan menawan pada hari ‘kebesaran’ mereka.
Walaupun hanya digayakan untuk satu hari saja tetapi seboleh-bolehnya pasangan pengantin terutama wanita inginkan suatu kelainan dalam memperingati majlis yang meraikan permulaan perjalanan hidup baru mereka.
   
Foto

Foto


TRADISI... kain songket masih menjadi pilihan untuk digayakan bakal pengantin





 Foto
 MENARIK...walaupun agak sarat dengan perincian pada bahagian dada, gaun labuh ini menonjol untuk digayakan.


Foto  
CANTIK...gaun yang direka memenuhi kehendak bakal pengantin bertudung.

 Antara yang menjadi perhatian adakan konsep rekaan berbentuk moden kontemporari serta sedikit gaya tradisional seperti disediakan Butik Pengantin Dina Halim.

Butik dikendalikan Nadia Hassan dan ibunya, Nordina Abd Halim itu menyediakan rekaan yang lebih elegan dan moden tetapi pada masa sama, tetap menyerlahkan gaya tradisi yang lebih sopan dan menawan hati.

Katanya, dia amat menitikberatkan pakaian pengantin untuk golongan bertudung kerana ingin membuang tanggapan sesetengah pihak bahawa jika bertudung, pilihan untuk mendapatkan pakaian pengantin yang bersesuaian agak kurang dan terhad.

“Rekaan yang diketengahkan bersesuaian dengan konsep pengantin bertudung dan sebaiknya, ia dibentuk dengan memenuhi kehendak mereka yang ingin tampil lebih elegan tanpa perlu membuka tudung.

“Malah, pakaian yang ditonjolkan juga banyak menjurus kepada rekaan gaun labuh ataupun jubah tetapi diberi sentuhan lebih menarik dan diubah suai mengikut kesesuaian,” katanya.

Koleksi pakaian pengantin di butiknya banyak menggunakan kain sifon dan renda kerana ia lebih menarik. Selain itu, perincian pada baju pengantin turut memainkan peranan dalam menonjolkan gaya eksklusif antaranya memperbanyakkan pilihan corak di bahagian dada dan hujung lengan.

Sungguhpun begitu, bakal pengantin masih boleh mendapatkan pakaian pengantin tradisional menggunakan kain songket bunga tabur kerana ia masih mendapat permintaan sebagai antara persalinan yang wajib ada ketika bersanding.

“Tidak dapat dinafikan masih ramai yang menginginkan persalinan tradisional untuk digayakan oleh itu, kami cuba untuk menjadikannya lebih menarik dan lebih eksklusif.

“Saya sentiasa mencari pembaharuan bagi memberikan kelainan kepada bakal pengantin terutama daripada segi fesyen terkini bagi mereka yang bertudung,” katanya.

Bagi melihat pelbagai koleksi baju pengantin yang disediakan Butik Pengantin Dina Halim, layari laman www.dinahalim.blogspot.com ataupun melalui Facebook - Dina Halim Bridal Boutique.

 Foto

CREDIT TO : Harian Metro.

Thursday, March 22, 2012

PROMOSI BULAN MARCH!!

Assalamualaikum...
Untuk bulan march ini dan juga promosi pertama DINA HALIM BRIDAL BOUTIQUE untuk tahun 2012 ini.. promosi ini hanya sehingga hujung bulan ni je taw 31 march 2012 sahaja. 
PROMOSI BULAN MAC : Confirm mana2 pakej 1 panel eksklusif (rumah), F.O.C mini pelamin nikah!! *sehingga hujung bulan mac 2012. tertakluk kpd terma&syarat*

Jom datang ke butik kami dengan segera!
SELASA-AHAD : 11 pagi - 8 malam
Contact : 03-6186 2604
No. 121-2, Jalan Prima Sg 5,
Prima Sri Gombak,
68100 Batu Caves,
Selangor Darul Ehsan

antara panel2 yg termasuk didalam promosi ini adalah :
::Pelamin pelangi cinta 1 panel::



 ::Pelamin Roman Garden 1 Panel ::
 





 ::Pelamin True Blue 1 Panel ::

Untuk Sebarang pertayaan boleh lah email kepada akak : dinahalim_butik@yahoo.com atau hubungi di : 03- 6186 2604..

Promosi sehingga 31 March 2012 SAHAJA..

:)

Friday, March 16, 2012

JAWATAN KOSONG

Dina Halim Bridal Boutique @ Prima Sri Gombak
Kami butik pengantin busana muslimah yang telah beroperasi sejak 2009. Gaji basic di sediakan beserta insentif, komisyen dan bonus tahunan. Waktu operasi Selasa-Ahad (11 pagi - 8 malam)



Jawatan :
1 Pembantu Butik
1 Bahagian Jualan



Pembantu Butik (RM1300-RM1500):

Menyelenggara keseluruhan butik temasuk kebersihan, kekemasan.

Boleh menggubah bunga, basic alteration.

Pandai simple sketch satu kelebihan.

Menjaga solat, cepat belajar, berdikari, berdisiplin, jujur dan amanah.



Bahagian Pemasaran (RM800-RM1000):

Berpengalaman dlm bidang pemasaran dan jualan.

Boleh berkomunikasi dengan baik.

Suka berjumpa orang ramai.

Konfiden level yang tinggi.

Ceria, bersemangat dan mempunyai sikap bertanggungjawab.

Boleh menepati deadline, menacapai target sales.

Training di sediakan dari masa ke semasa.

Komisyen dan insentif akan di berikan mengikut prestasi kerja.
 
 
Email resume ke dinahalim_butik@yahoo.com

Wednesday, March 7, 2012

::Hanya Selingan::

Assalamualaikum..

update blog setelah hampir setengah tahun tak membuat sebarang update..hebat tak..blog pun bukan sahaja berhabuk tapi dah usang..bayangkan lah rumah kalau ditinggalkan 2-3 bulan, mcm mana rupenya..ni dah hampir setengah tahun.....heam, xpayah bayangkan...scary u..mesti blog ni dah ada HANTU..hakhak..eh eh..yg update ni bukan hantu ye..kalau hantu mula2 tadi akak beri salam salamualaikum kum kum kum...hihihi..


okey lah anggap je update hari ini tak ada motif..akak ingatkan nak update koleksi pelamin yg dah DINA HALIM BUTIK buat sepanjang ketidak update ni..tapi harap maklum, gambar2 semua belum di transfer..nampak nya kene tunggu next entry lagi lah..akak janji, nanti akak update lagi..dan yg pasti bukan lg 6 bulan lah ye..hihihi..

kalau ada apa2 soalan ke, nak tahu harga pakej kami ke..boleh lah email kat dinahalim_butik(at)yahoo.com insyaallah akan dilayan secepatnya..


kalau masih tak like kami di facebook boleh lah like cepat.. DINA HALIM BRIDAL BOUTIQUE

Maaf ye kerana, dah lama tak update blog ni..bukan sebab kami dah tak beroperasi, tetapi..sangat sebuk menguruskan permintaan b2b semua..Alhamdulillah, ramai yg berpuas hati dengan service yg kami berikan..

tepuk tangan untuk semua.


CLAP CLAP CLAP

TERIMA KASIH!!!