Assalamualaikum..
Hai korang kak Lisa again <---- perlu ke gedik mcm ni..tak paham..
okey, hari ni akak nak kasi tip lagi..tip mengenai, Pemilihan Baju persandingan/pernikahan bersesuaian dgn bentuk badan anda.
Untunglah kan kepada b2b yg mempunyai bentuk badan yg cantik macam model..mmg senang sangat nak pilih baju idaman semasa hari bersejarah mereka..jelez hokey..so kak lisa nak kasi tip untuk 3 bentuk badan yg bukan seperti model..hakhak..ayat nak mintak penyepak je kan..0____0
Tapi kepada b2b yg tidak mempunyai badan seperti model jangan risau..walaupun badan tak cantik mcm model, tapi dengan pemilihan potongan dan warna baju yg sesuai utk anda..ianya akan menjadikan anda bagaikan seorang model di hari bersejarah anda nanti..owh, silap-silap bukan model je tau..ratu hokey..kau xnak jadi ratu..?
Jom kita start..............
1. Badan berbentuk Epal.
Secara umumnya, bentuk badan epal adalah mempunyai bahagian perut dan dada yg besar dan pinggul yg kecil..paham eh..okey, untuk badan yg seperti ini..haruslah memilih potongan baju yg tidak sarat dibahagian pinggang..sesuai juga jika memilih potongan garis-A atau empire..supaya bentuk pinggang anda tersembunyi. anda juga digalakkan memakai corset supaya lebih kelihatan langsing.
2. Badan berbentuk Pear.
Bentuk badan pear adalah, bentuk badan yg mempunyai bahagian bawah lebih besar dari dada. untuk mereka yg mempunyai potongan seperti ini, bolehlah memilih baju yg mempunyai potongan lurus/ menegak atau potongan A..anda boleh memperbanyakkan aksoseri dibahagian dada. dan memilih dress labuh ygmempunyai eksoseri sarat didada dan pinggang.
3. Badan Berbentuk Glass.
Bentuk badan seperti ini merujuk kepada, mereka yg mempunyai ukuran dada dan pinggul hampir sama dan pinggang lebih kecil dari dada dan pinggul. Bentuk badan seperti ini adalah idaman setiap wanita. so kak lisa tak payah nak ckp banyak, sbb korang mmg beruntung..^_____^
4. Badan Berbentuk Empat Segi.
Bentuk badan seperti ini merujuk kepada mereka yg mempunyai ukuran dada, pinggang, dan pinggul yg sama. senang ckp badan yg tak ada cutting..utk bentuk badan seperti ini, anda boleh memilih baju yg mempunyai reben dibahagian pinggang supaya anda kelihatan langsing. pemilihan dress labuh adalah sangat sesuai.
okey, sampai sini dulu tip untuk kali ni..akak harap info yg akak berikan tu akan membantu b2b semua dalam pemilihan baju di hari bersejarah anda nanti...
owh, lupa nak bagi tahu..kami ada beberapa pasang baju baju nanti ye..tunggu taw..semuanya dalam proses final touch..dah siap nanti akak bagi tahu..nanti akak tayang kat korang ye..manelah tahu ada yg berkenan nanti, boleh datang jumpa akak..hihihi..
bye,
XOXO ;
kak Lisa. ^___^

