Tuesday, June 26, 2012

TIP : Pemilihan Warna Baju Mengikut Warna Kulit

Assalamualaikum...

hari ni akak nak kasi TIP pulak, kali ni akak nak cerita pasal Pemilihan Warna Baju Mengikut Warna Kulit. eeam..mmg peningkan nak pilih warna baju yg sesuai untuk majlis anda nanti..akak nak terangkan utk b2b..tapi untuk yg bukan b2b pun apa salahnya..untuk tambah ilmu kan..^__^

Mesti peningkan untuk pilih warna baju yg sesuai untuk anda, dah lah sekarang banyak warna-warna baru yg keluar..hijau scha alyahya la, putih lisa surihani pun ada...bukan korang je yg pening..dengan akak pun pening sekali tau..okey jom start, sebelum akak melalut cerita masaalah akak..hahaha..

1. Sawo Matang.
 warna kulit standard org Malaysia. owh, silap..bukan orang Malaysia tapi Melayu..orang Malaysia ada banyak ton warna kulit kan..untuk warna kulit sawo matang sangat sesuai untuk warna kuning atau hijau. pemilihan warna seperti ini, akan membuatkan anda kelihatan meyerlah..tapi sangat tidak sesuai untuk penggunaan warna kelabu atau berona gelap, nanti anda akan kelihatan kusam.. 

2. Gelap atau Hitam Manis.
Untuk mereka yang berkulit gelap atau hitam manis, warna yang sesuai untuk anda adalah warna tanah, maroon, dan coklat. tapi warna gold  atau hijau gelap sangat tidak sesuai..kerana akan membuatkan anda kelihatan lebih gelap. pemilihan warna terang seperti kuning dan pink pun tidak sesuai untuk ton kulit warna hitam manis ini kerana akan kelihatan sangat kontra. 

3. Putih/Cerah.
Sangat bertuah kepada mereka yang mempunyai ton warna ini, kerana pemilihan warna baju yg sesuai sangat senang dan banyak. Walaupun anda mempunyai kulit yg cerah, sangat di sarankan supaya tidak mengenakan warna baju terlalu light kerana anda akan kelihan pucat. jadi untuk kulit warna ini bolehlah menggunakan warna didalam kategori terang seperti peach dan blue.

Dan mesti lebih pening kalau pasangan anda anda mempunyai ton warna yg contra dari anda.so cadangan akak anda boleh memilih warna selamat iaitu Ivory..dengan pemilihan warna seperti ini, boleh membuatkan anda berdua sangat meyerlah.tapi warna off-white tidak sesuai jika pasangan anda mempunyai kulit hitam manis ye..^___^

okey cukup untuk hari ini, nanti akak update lagi..mengenai tip-tip yang sesuai untuk bakal pengantin.

bye,

XOXO,
kak Lisa. ^___^

1 comment:

  1. salam kak.lydia msjlis bln 9..klu kaler pink ok x???salam knal n follower akk iyer

    ReplyDelete