Friday, June 29, 2012

DIY : Bunga Tisu

Assalamualaikum...

Salam jumaat semua..hari ni akak terajin pulak nak buat bunga tisu..meh akak kasi step by step nak buat bunga ni..senang sangat..hari ni akak xnak membebel banyak sangat..sakit kepala ar..dah berapa minggu panas terik kan..hari hari meredah panas..haruslah kepala akak ni mcm ni..hih, malaysia malaysia..eh, ayat mcm pernah dok kat oberse..over tau..

dah jom start..

Bahan-bahan :

::Kertas tisu, gunting dan dawai::

Langkah-langkah :

1. Gunting kertas tisu menjadi beberapa bahagian, dan berbentuk petak tepat.


::saiz bergatung kepada saiz bunga yg anda nak::

2. kemudian ambil 6 keping kertas tisu tadi dan lipatkan menjadi seperti kipas tangan, kang tak bagi tahu mcm kipas tangan..ada pulak yg buat mcm kipas siling pulak kang..nak buat kipas tangan mcm ni caranya..

 ::Lipat 2 kertas tisu::

 ::kemudian lipat kertas tisu secara berselang-seli::

 ::sehingga habis::

::Kipas Tangan::

3. Kemudian ikatkan dawai di tengah-tengah kipas anda tadi.

 ::ikat di tengah tengah::

4. Setelah itu, gunting hujung kipas anda tadi menjadi semi bulatan.  seperti ini :

 ::Semi bulatan lah sangat ye::^__^

5. lepas tu, korang tekan kan kipas anda tadi seperti ini :


Sehingga menjadi kembang semangkuk..hihihi..tah lah, akak dah xboleh nak fikir term apa yg sesuai utk bentuk mcm ni :

::Bentuk apakah ini::

setelah itu, tarik hujung kertas tisu tadi seperti ini :

::Tarik sehingga habis setiap keping kertas tisu tadi::
dah siap pun!!

 :::Bunga Tisu::

Senang je kan..bukan susah pun..boleh buat sendiri je kan..buat banyak-banyak nak buat utk bunga telur pun boleh..


okey dah..nantikan diy seterusnya ye..^_^

bye,

XOXO,
kak Lisa ^___^

5 comments:

  1. Kat mana beli tissue tu ye?

    ReplyDelete
  2. kt mn de jual kertas tisu 2? ni bukan crepe paper kn?

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak beli kertas ni kat kedai jual barang2 kawin..mcm2 warna ada..:)

      Delete
  3. hey atie pun bt bunga tisu..tgk cara seni qanasuri
    :)

    ReplyDelete
  4. xdelah susah rupanya nak buat bunga lawa ni. boleh la try buat lps nih :)

    ReplyDelete