Wednesday, June 6, 2012

DIY : Bunga Tangan Fresh Flowers.

Assalamualaikum..

Hari ni akak nak share dgn b2b semua cara-cara untuk membuat bunga tangan fresh flowers..senang sangat tau..ni pun salah satu cara nak berjimat jugak kan..hihihi..Jangan ingat bunga tangan ni tak penting tau..bunga tangan sangat penting untuk pengantin perempuan, heammmm..tengah nervous2 tu boleh jugak cuit2 bunga tangan kan..hihihi..bunga tangan ni akan menjadi kawan baik kita masa sanding atau nikah anda nanti..percayalah..;p

lest do it..

1. Barang-barang yg diperlukan :  

 Bunga ros putih dan baby breath

Boleh pilih bunga dan warna bunga mengikut kesesuaian tema dan baju anda. Buang daun dan duri telebih dahulu.

Pita pelekat, cutter dan reben.

2. Gabungkan 3 kuntum bunga seperti berikut :


3. Lekatkan menggunakan pita pelekat supaya bunga anda tidak bergerak. Seperti gambar :


4. Selepas itu, anda boleh lah meyusun bunga secara bulatan untuk menbentuk bunga anda menjadi bulat. setiap pernambahan bunga anda haruslah lekatkan bunga dengan pita pelekat supaya, bunga anda tidak bergerak. Pita pelekat tidak perlu di putuskan.

5. Ulangkan sehingga saiz yg anda kehendaki.


6. Anda boleh tambahkan bunga baby breath untuk mencantik kan lagi bunga tangan anda ini.


7. setelah saiz bunga yang dikehendaki sudah bersesuaian dengan apa yg anda hendak, boleh lah gunting pita pelekat tadi.. hasilnya akan menjadi seerti berikut :


8. Setelah itu, bolehlah kemaskan batang bunga dengan reben pilihan anda. anda perlulah melilitkan reben untuk menyorokan pita pelekat.

Mulakan seperti ini.

9. Lilitkan sehingga sesuai :

Lilitkan dengan kemas 

10. ikatkan reben seperti gambar dibawah, supaya bunga anda kelihatan lebih kemas dan seksi..;p


11. Siap!!!

::wit wit..seksinya awak::

okey, dah siap bunga idaman untuk dibawa semasa hari persandingan anda nanti..kepada b2b semua..selamat mencuba!!!

bye...

4 comments:

  1. 0hsemm sangat..bef0re ni ade gak wat HB t0k kawan2..tapi pakai getah pasar je ikat..haha..xterpikir seletep tu lak..TQVM

    ReplyDelete
    Replies
    1. wcome..lepas ni boleh try buat pakai seletep plak ye..;)

      Delete