Thursday, October 4, 2012

Tip Perkahwinan : Pemilihan Tempat Majlis.

Assalamualaikum..

hari ni akak nak share dengan anda semua mengenai pemilihan tempat majlis. kepada b2b yang nak buat majlis di rumah mmg dah tak payah nak fikir pasal tempat yang sesuaikan. untunglah kepada mereka yang ada rumah yang mempunyai ruang yang luas utk buat kenduri kendara kan. tapi ada je b2b yang lebih suka buat majlis di dewan sebab, tak payah nak sepah-sepahkan rumah katanya..hihihi..

okey ini antara pendapat akak hasil dari pembacaan dan sedikit pengalaman. Untuk b2b yang ingin membuat majlis di dewan/hotel  adalah menjadi perkara pertama sekali yang perlu difikirkan di dalam proses persiapan majlis perkahwinan anda. Jadi tempoh yang paling sesuai untuk merisik-risik dewan yang menjadi idaman anda adalah seawal setahun lebih cepat dr tarikh majlis. jom akak cerita sikit tip-tip yg ada :

1 ) Lokasi.

Sangat penting untuk memilih dewan yang berdekatan degan kawasan rumah anda atau pun anda boleh bertanya kepada kawan-kawan atau sedara mara yang pernah membuat majlis di dewan yang anda inginkan. Anda mungkin boleh pergi ke dewan itu sendiri untuk melihat keadaan dewan tersebut. kebersihan dewan haruslah diutamakan untuk keselesaan tetamu anda nanti. Untuk melihat keadaan dan kemudahan yang disediakan oleh pihak dewan tersebut adalah sangat penting untuk anda berjumpa terus dengan person in-charge yang akan menerangkan lebih details mengenai dewan tersebut. waktu yang sesuai untuk pergi berjumpa dgn mereka adalah waktu berkerja jgn pergi malam pula, dan bertanya kepada pak guard kat situ..mmg buang masa anda sahaja tahu. sebab mereka mungkin tidak tahu perkara yang lebih details. yang dorang tahu jaga dewan tu je, dah nama pun pak guard kan...huhuhu..

2) Kelengkapan dan kapasiti dewan.

kelengkapan dan kapasiti dewan adalah perkara yang perlu diambilkira semasa pemilihan dewan. ini kerana, kapasiti setiap dewan adalah berbeza dan kelengkapan yang disediakan oleh pihak dewan adalah berlainan. kapasiti dewan adalah bergantung kepada bagaimana majlis itu berlangsung dan  jumlah jemputan yang akan anda jemput nanti, supaya tidak berlaku traffic jam di dalam dewan anda nanti. sangat tidak manis jika ada tetamu yang terpaksa berdiri menunggu giliran untuk makan. kelengkapan seperti fully carpet dan air-con adalah perkara yang perlu anda tahu juga. kerana ada dewan yang hanya menggunakan kipas dan tidak mempunyai carpet.

3) Parking

perkara yang penting juga untuk melihat kemudahan parking yang dewan tersebut sediakan. elakkan mengambil dewan yang mempunyai parking yang kecil dan jauh dari dewan tersebut. ini kerana sangat tidak sesuai kepada tetamu yang berumur untuk berjalan jauh untuk ke dewan anda dari parking. akak ada pengalaman, majlis yang akak pergi tu. parking dan dewan dipisahkan degan sungai. dan tetamu perlu melalui titi untuk ke dewan..okey sangat adventure disitu ye..kesian kepada tetamu yg berusia kan.

4) Tetamu yang akan anda jemput.

Kepada mereka yang akan menjemput VVIP, sangat penting untuk tahu kemudahan yang disediakan seperti air conditioner supaya lebih proper.

5) Harga Dewan

Anda perlu tahu harga sewaan satu hari untuk dewan tersebut. anda juga perlu tahu berapa lama masa yang di berikan untuk anda. seperti, masa untuk setup dewan dan keluar dr dewan. amboi, sangat kejam ayat disitu. hihihi..okey, untuk maklumat anda..ada sesetengah wedding planner yang mempunyai extra charge untuk pemasangan pelamin untuk lewat malam. jadi mahu mengurangkan kos untuk pemasangan lewat malam anda bolehlah berbincang dengan pihak dewan supaya pihak pelamin atau catering menyiapkan kerjanya sebelum lewat malam. anda boleh membuat pengiraan jika pihak dewan mengenakan charge untuk 2 hari atau tidak. anda boleh bandingkan mana yang perlu anda buat, antara menyewa dewan utk 2 hari atau membayar charge lewat malam kepada pihak wedding planner anda. jika anda rasa membayar dewan utk 2 hari adalah lagi murah. lebih mudah begitu. faham?

okey, cukup lah dulu utk kali ini..insyaAllah, akak kongsi lagi mengenai topik ini lagi nanti.  

XOXO :

Kak Lisa ^___^

2 comments:

  1. thanks kak! tips yang sangat-sanagt awesome untuk saya gunakan di kemudian hari!!! semoga majlis perkahwinan nanti dapat berjalan lancar.. thanks kak!

    ReplyDelete