Wednesday, February 24, 2010

Nak cerita sikit mengenai Fresh Flower

Assalamualaikum,

Wah~ lama betul rasanya saya tak update blog betul-betul. Haha. Ye la, lately ni update pasal online contest, update link-link contestants. Sungguh saya tak sangka, makin tiba tarikh tutup penyertaan, makin membuak-buak penyertaan tiba. Awal pertandingan, saya dah risau.. Macam tak ada je orang nak masuk. Sekali, hamik... Tak ter update. Tak dapat saya bayangkan blog-blog mereka yang terkenal dan biasa update selalu tu. Macamana ye? Cekap betul kamu-kamu sekalian.

Ok, ni pun nak update serba sedikit apa aktiviti saya minggu lepas. Pada minggu lepas, pihak kami buat mini pelamin untuk pernikahan dan pelamin tiang bulat 3 panel di Kampung Sungai Choh, Rawang. Dekat je..

Pelamin mini Ely (sekarang dah jadi puan) tema warnanya ialah pink and silver. Manakala pelamin 3 panelnya bertemakan warna cream/biege dengan fresh fower ivory, white and light purple + light pink.

Ely menggayakan busana daripada Butik Syahirah, warna turqouise blue + green. Tapi saya belum ada kesemua gambarnya. Ini adalah keranaaa... Saya demam ok, masa minggu setup rumah Ely, semua kerja jadi lembab.. Stress sebab sakit tekak, sakit dada. Malam Ahad hari tu baru pergi klinik, dapat ubat yang ala-ala je pulak tu. (Saya kalau nak pekena ubat, kena bagi paling power.. Urat saraf saya ni macam tak lut ubat sket).

Pagi Ahad tu saya dah pergi ke Bangi, hantar baju untuk pernikahan Mira yang akan berlangsung pada hujung minggu ni. InsyaAllah saya akan mula membeli-belah bunga hidup esok. Ye, saya suka beli awal 1-2 hari sebelum saya gubah. Sebab, saya suka rendam bunga-bunga tersebut supaya dapat air yang mencukupi then baru best nak cucuk kat span tu. Tahu tak, bila dah cucuk kat span, bunga-bunga tersebut tak dapat air yang secukupnya. Yela, cuba kaau korang ramai-ramai share satu gelas air.. Dah a musim panas kan, mestilah berebut. (Info saya dapat dari Puan Jemari Kreatif).

Kesegaran bunga hidup ni depends juga degan cara penjagaan korang. Jom saya share sikit tips untuk mengekalkan kesegaran bunga hidup. (Eceh, macam terer je..)

1. Mula-mula beli bunga tu, korang dah kena pastikan sama ada bunga tu betul2 baru ke atau dah seminggu kat kedai dia. Haaa, camne nak tahu? Sebenarnya, saya pun tak berapa tahu, sebab saya kan budak baru beajar.. Tapi menurut penjual bunga yang selau saya beli tu, dia kata bunga yang elok kalau kita picit dia macam keras sikit. Kira tak lembik la. (tu untuk bunga ros ye, bunga lain saya tak pasti lagi).. Then saya pernah tengok pembeli kat kedai yang saya selalu beli, dia selamba yaya je test goyang2 bunga nak tengok kelopak gugur atau tidak. Ye, saya berpengalaman beli fresh flower, bila time cucuk dia habis terburai hampir ke semua kelopak. Bayangkan.. Tensen tuuuu.. Ok, ingat first rule ; Tanya pekedai samada BUNGA SEGAR TERSEBUT BARU SAMPAI atau tidak. Buat2 confident sikit ye, kira macam demand nak bunga baru la. If dia confident kata ye, tapi esok gugur di tasik layuuu.. Korang pergi kedai dia minta tukar baru, k?





Ni kalau dah layu-layu, korang ingat boeh buat sambal belacan? Mandi bunga la gamaknya kannn..

2. Bila dah beli tu tak semestinya terus rendam dalam air. Masa mula2 saya berkecimpung dalam dunia cucuk2 bunga hidup ni, tersangat la bersusah-payahnya saya bawak berbaldi2 sumbat dalam kereta saya tu.. Haha. Padahal, korang tahu tak? Bunga-bunga ada yang naik flight (dari India mahupun China), ada yang naik lori (dari cameron katanya), berhimpit2 bunga korang tu dalam kotak je sebenarnya. So, tak peru panik. Setakat ni bunga yang saya selalu guna seperti Ros, Pom-pom / daisy, Lily semua tahan agak lama juga tanpa air. Nak-nak pulak pompom/daisy yang sering di guna oleh butik2 andaman. Once korang dah beli bunga2 tersebut, masuk je dalam kereta seperti biasa. Sampai rumah, potong batang dalam KEADAAN SENGET. Ini adalah untuk memastikan bunga korang boleh sedut air tu sebagai bahan makanan diorang. Bagi bunga ros yang kelopaknya ada net tu kan, kalau majis lambat lagi korang boleh buka sehari sebelum.



Casablanca Lily atau dikenali sebagai white lily. Wangi, lebih mahal sikit dari lily yang warna pink tu.

Pink Lily (sila tanya florist anda nama sebenar lily ni..akak tak tamat belaja lagi)



3. JANGAN LUPA BUANG DAUN2 YANG TAK DIPERLUKAN. Tahukah anda, daun2 tu banyak mengganggu proses pemakanan bunga.. Haha, pemakanan ke peminuman ke, sama saja.. Nak2 pulak bunga Lily ye korang.. Bunga Lily, kalau beli yang belum kembang, lambat tau dia nak mengembang. Sebab Liy ni betul2 kena rendam dalam air yang secukupnya, tanpa gangguan daun2nya yang banyak tu.

4. Bagi rumah yang ada aircond tu pada saya ada sedikit kelebihan di situ. (TAK SEMESTINYA LETAK KAT BIIK AIRCOND SHJ YE).. Saya kata ada kelebihan sedikit.. Sebab saya bila dah potong semua batang bunga, saya rendam then saya letak dalam bilik yang ada penghawa dingin. Sebab, saya suka tengok pada keesokan harinya, bunga saya jadi cantik, kembang dan rasa nak picit2.. :p


Hand Bouquet yang cantik dan gebus.. Saya suka!




5. Bila korang dah nak start gubah, pastikan SPAN DI RENDAM secukup rasa. Huhu. Tapi kalau bagi yang nak gubah pada hari kejadian (hari majlis korang, kalau la yang DIY ni ada masa kannn..), tak perlu rendam lama2 sangat pun takpe. JANGAN PAKSA SPAN TU SERAP AIR okkk... Korang letak je dalam baldi, pandai la dia serap.. Cuba la kalau korang tu ada orang paksa nganga mulut minum air banyak2 sekali gus.. Suka ke?? Ha, selami perasaan spongebob tu ye gadis2..

6. Kalau rasa CUACA TERLALU PANAS, nak2 kalau buat di bawah khemah dan sebagainya.. Sembur2 la sikit bunga tu dengan air sebelum start majis.. Kang dalam gambar nampak layuuu je bunga kan..

So, setakat ni.. Itulah yang saya tahu serba sedikit mengenai dari awal saya beli bunga segar sampai saya cucuk dan buat gubahan. Bagi yang lebih expert di luar sana, saya cuma berkongsi apa yang saya tahu dan apa yang saya pelajari. Kalau ada tips dari yang lebih berpengalaman, bolehlah kongsi sama2 kami disini juga ya?

Brides to be yang lain boleh surf-surf untuk dapatkan info mengenai jenis-jenis bunga (disertakan dengan gambar) di web di bawah ni;


1 - http://www.types-of-flowers.org/

2 - http://www.800florals.com/care/glossary.asp


Sekian,
Saya budak baru belajar. Kalau salah tolong tunjukkan.

8 comments:

  1. owh da yg kata letak penadol..pernah gak buat..tahan lama gak la..tp utk perhiasan kt umah jela..hehe

    best gile klu dapat fresh flower..

    ReplyDelete
  2. gud info!thanks for sharing with us kak~
    neway,jage kesihatan lek lok yeh..byk job akk dpt,maybe akk exhausted...so jage makan min0m taw..

    p/s:ouh, harap dpt lah fresh flower yg akk sponsor 1000 utk pameran pengantin tu nnt..hee ;)

    ReplyDelete
  3. Thanx kak dina.. for this entry. Sy suke sgt bunge hidup.. tp sgt la tak pandai nak jaga nak bagi maintain hidup lame2 :) Sbb sy beli kdg2 bila balik kpg.. kt kampar dekat ngan cameron, murah ckit.. And sy ade request satu.. hari2 akak pnah bg sy quot full package.. but now sy nak request utk package pelamin je.. means pelamin dewan, walkways, red carpet, arch, ngan table pengantin.. sy sgt sedih xdapat pergi pameran pengantin kt PWTC sbb kerja.. Ingat nak jumpa akak kat situ memandangkan xsempat lagi nak pergi ke rawang. Maybe boleh try pegi next week if akak free..

    ReplyDelete
  4. tips yg sangat bagos.. thank tau kak dina.

    ReplyDelete
  5. entry ni sangat lovely dan sangat tak kedekut ilmu!!! saya suka.. sya nak kena DIY utk hantaran dan few things deko kat dewan, jadi tips ni amat membantu!! semoga k.dina terus sukses dalam business

    ReplyDelete
  6. macam tu rupanya nak jaga bunga hidup ni.. tak berani nak cuba.. sebab takot bunga layu ditasik madu hehehe

    ReplyDelete
  7. salam,

    i'm new reader here.nak tnya pendapat,cadangnye nk guna fresh flower utk gantikan bunga telur. means, bunga telur utk vip ni, akan digantungkn telur(decorate sket).pendapat cik dina camne ye?

    terima kasih

    ReplyDelete
  8. sangat suke entry..tq sgt2..lepas ni boleh share byk lg tips..confirm ramai b2be singgah blog ni :)

    ReplyDelete