Entri kali ini saya nak omel-omel (uhh~~ macam cute huh, ayat omel itu?) mengenai centrepiece ideas. Mengikut purata customers yang pernah discuss dengan saya la kan.. Kebanyakannya (bukan semua ye) minat betul centrepiece yang simple-simple, yang tak tinggi pentingnya. Kalau centrepiece tinggi-tinggi tu, 'hectic' katanya. Ada pula yang takut para tetamu jemputan tak nampak sesama mereka. Apa ayat popular blogger masakini? Tak boleh nak 'beramas mesra'. Hehe.
Ok, pada pendapat saya secara jujurnya. Kalau ada budget lebih, apa salahnya add on centrepiece ini. Kalau di butik kami, centrepiece ini dalam kategori aksesori tambahan. Kiranya ikut budget customer, and sometimes if customer tanya apa pendapat saya, suka sangat la saya nak rekemen centrepiece ni.
Tapi masih ramai lagi yang takut-takut membazir nak buat centrepiece. Tak apa, seperti yang di kata sebelum ini, add on je, bukan wajib tambah. Bagi saya yang sukakan benda-benda yang cantik, of course la saya akan rekemen untuk tambah aksesori sebegini. Selain mencantikkan dewan*, suasana akan berubah mood jika kena pada gayanya. (Saya bagi contoh dewan kerana entri kali ini based on centrepiece pilihan; combination of clear glass + fresh flowers + candles).
Kalau buat di luar rumah, waktu siang memang tak berapa nak sesuai untuk di nyalakan lilin. Pada hemat saya lah kan. (Tak boleh nak cakap betul, sebab pandangan orang berbeza-beza..).
So, mari kita ramai-ramai get inspired by all these piccas yang di ambil dari darling Mr. Google.
Look, kenapakah saya mesti berasa seksi melihat bunga di rendam dalam air? Rasa macam soothing je. I mean air plus bunga tu la kan. Warna garang tu buat rasa seksi tu :p (Refer to pic no. 1 from left; atas).
Ok, ini tiada aksi rendam-merendam. Tapi nampak comel macam gadis memakai gaun huh? (^_^)
Sukeee kan? Nampak macam effect kat spa pun ada cuz batu-batuan sungai yang comel. Owh, i HeaRt clear glass sangat-sangat!
Sukeee kan? Nampak macam effect kat spa pun ada cuz batu-batuan sungai yang comel. Owh, i HeaRt clear glass sangat-sangat!
More clear glass, tapi ni tinggi. Pastikan tiada lauk-pauk untuk di rebut orang apabila anda memilih untuk mengguna centrepiece ini. ;p
This one, from martha stewart. Saya memang dah lama berkenan sebab dia letak kat atas mirror lilin-lilin tu.
So, how? Teringin tak? Ada yang nak buat sendiri (DIY). Tapi yang nak DIY tu, elok survey betul2. Sebab kalau tersalah beli, nanti esok-lusa calculate balik lebih elok sewa daripada beli. Kalau nak murah, beli clear glass kat kedai-kedai dua ringgit tu. (If merancang nak pakai sekejap la kan, sebab of course kaca murah senang nak pecah). If merancang nak simpan 20 pasu clear glass lepas kawin, beli la yang kualitinya bagus sikit. Mana tahu boleh rent kat brides to be yang lain ke. Jual kat butik-butik ke. Or ada adik-beradik lain yang nak pakai? Jimat..
Ok la gadis-gadis. Nak pulang ke sangkar. InsyaAllah saya update-updatetan selalu ya. Before terlupa, ada info nak share. Sila ke blog Xora untuk topik inai yang bakal di calitkan ke jari-jemarimu. :D Penting ya!
cntik2 pilihan centerpiece yg akk tunjuk ni..
ReplyDeletecantik kan? teringin nak buat..tunggu la ada sesapa tak yang nak order?hehe :)
ReplyDelete