Friday, June 29, 2012

DIY : Bunga Tisu

Assalamualaikum...

Salam jumaat semua..hari ni akak terajin pulak nak buat bunga tisu..meh akak kasi step by step nak buat bunga ni..senang sangat..hari ni akak xnak membebel banyak sangat..sakit kepala ar..dah berapa minggu panas terik kan..hari hari meredah panas..haruslah kepala akak ni mcm ni..hih, malaysia malaysia..eh, ayat mcm pernah dok kat oberse..over tau..

dah jom start..

Bahan-bahan :

::Kertas tisu, gunting dan dawai::

Langkah-langkah :

1. Gunting kertas tisu menjadi beberapa bahagian, dan berbentuk petak tepat.


::saiz bergatung kepada saiz bunga yg anda nak::

2. kemudian ambil 6 keping kertas tisu tadi dan lipatkan menjadi seperti kipas tangan, kang tak bagi tahu mcm kipas tangan..ada pulak yg buat mcm kipas siling pulak kang..nak buat kipas tangan mcm ni caranya..

 ::Lipat 2 kertas tisu::

 ::kemudian lipat kertas tisu secara berselang-seli::

 ::sehingga habis::

::Kipas Tangan::

3. Kemudian ikatkan dawai di tengah-tengah kipas anda tadi.

 ::ikat di tengah tengah::

4. Setelah itu, gunting hujung kipas anda tadi menjadi semi bulatan.  seperti ini :

 ::Semi bulatan lah sangat ye::^__^

5. lepas tu, korang tekan kan kipas anda tadi seperti ini :


Sehingga menjadi kembang semangkuk..hihihi..tah lah, akak dah xboleh nak fikir term apa yg sesuai utk bentuk mcm ni :

::Bentuk apakah ini::

setelah itu, tarik hujung kertas tisu tadi seperti ini :

::Tarik sehingga habis setiap keping kertas tisu tadi::
dah siap pun!!

 :::Bunga Tisu::

Senang je kan..bukan susah pun..boleh buat sendiri je kan..buat banyak-banyak nak buat utk bunga telur pun boleh..


okey dah..nantikan diy seterusnya ye..^_^

bye,

XOXO,
kak Lisa ^___^

Tuesday, June 26, 2012

TIP : Pemilihan Warna Baju Mengikut Warna Kulit

Assalamualaikum...

hari ni akak nak kasi TIP pulak, kali ni akak nak cerita pasal Pemilihan Warna Baju Mengikut Warna Kulit. eeam..mmg peningkan nak pilih warna baju yg sesuai untuk majlis anda nanti..akak nak terangkan utk b2b..tapi untuk yg bukan b2b pun apa salahnya..untuk tambah ilmu kan..^__^

Mesti peningkan untuk pilih warna baju yg sesuai untuk anda, dah lah sekarang banyak warna-warna baru yg keluar..hijau scha alyahya la, putih lisa surihani pun ada...bukan korang je yg pening..dengan akak pun pening sekali tau..okey jom start, sebelum akak melalut cerita masaalah akak..hahaha..

1. Sawo Matang.
 warna kulit standard org Malaysia. owh, silap..bukan orang Malaysia tapi Melayu..orang Malaysia ada banyak ton warna kulit kan..untuk warna kulit sawo matang sangat sesuai untuk warna kuning atau hijau. pemilihan warna seperti ini, akan membuatkan anda kelihatan meyerlah..tapi sangat tidak sesuai untuk penggunaan warna kelabu atau berona gelap, nanti anda akan kelihatan kusam.. 

2. Gelap atau Hitam Manis.
Untuk mereka yang berkulit gelap atau hitam manis, warna yang sesuai untuk anda adalah warna tanah, maroon, dan coklat. tapi warna gold  atau hijau gelap sangat tidak sesuai..kerana akan membuatkan anda kelihatan lebih gelap. pemilihan warna terang seperti kuning dan pink pun tidak sesuai untuk ton kulit warna hitam manis ini kerana akan kelihatan sangat kontra. 

3. Putih/Cerah.
Sangat bertuah kepada mereka yang mempunyai ton warna ini, kerana pemilihan warna baju yg sesuai sangat senang dan banyak. Walaupun anda mempunyai kulit yg cerah, sangat di sarankan supaya tidak mengenakan warna baju terlalu light kerana anda akan kelihan pucat. jadi untuk kulit warna ini bolehlah menggunakan warna didalam kategori terang seperti peach dan blue.

Dan mesti lebih pening kalau pasangan anda anda mempunyai ton warna yg contra dari anda.so cadangan akak anda boleh memilih warna selamat iaitu Ivory..dengan pemilihan warna seperti ini, boleh membuatkan anda berdua sangat meyerlah.tapi warna off-white tidak sesuai jika pasangan anda mempunyai kulit hitam manis ye..^___^

okey cukup untuk hari ini, nanti akak update lagi..mengenai tip-tip yang sesuai untuk bakal pengantin.

bye,

XOXO,
kak Lisa. ^___^

Sunday, June 24, 2012

Baju Baru : Green Emerald

Assalamualaikum..

okey, hari ni baru sempat nak update blog nak cerita pasal baju baru ni..semalam ramai yg datang butik sebab nak tgk baju hijau/emerald green ni secara live..terharu akak..eh, macam kau pulak yg buat kan..hahaha..kau tolong tunjuk je ngan org ye..

hari ni ada beberapa org yg ckp nak datang sbb nak tgk baju ni..so kena update cepat2..kalau akak berenti update ni, alamatnya lambat lagi lah akak nak menaip..ilham xde..huhu..perlu ke nak update blog nak ilham bagai..propa sangat kan..^___^

tgk nih..

 ::dari dekat::
 ::pandangan depan::

::Pandangan Belakang::

saiz baju ni M bersama veil yg comel, sangat sesuai untuk yg tinggi lampai..eh, untuk yg tak berapa nak tinggi boleh jugak..sebab kita boleh adjust dgn kasut..hihihi...sangat cantik ye..kepada sesiapa yg nak tgk baju ni secara live, boleh lah datang butik..mungkin anda adalah org yg pertama pakai baju ni..<-- tibe tibe keluar ayat iklan..huhuhu

owh, kepada b2b yg nak tahu harga boleh lah email akak, tak pun tanya terus kat fb..akak akan jawap dgn secepatnya..

akak tengah fikir lagi ni untuk next baju..tengah fikir warna nya..ke ada yg nak kasi cadangan warna apa plak...^___^

bye,

XOXO,
kak lisa..^__^

Thursday, June 21, 2012

DIY : Bunga Timbul a.k.a Bunga 3D

Assalamualaikum..

minggu ni minggu happy tau..owh, maklumlah..minggu lepaskan kami telah bercuti panjang..so minggu ni, masih ada sisa-sisa bahagia..kahkah..bahagialah sangatkan..muka dah gelap mcm apetah..nak putih kembali perlukan masa..^___^..

nanti kak lisa tepek kan sebarang dua keping kami kat pangkor..tgk kesempatan ye..eam..dah cukup cerita pasal holiday, sekarang kene keje..sambung keje..

Do it Yourself untuk kali ni adalah cara-cara buat bunga timbul. pelik ke tak tajuk..sebenarnya akak pun tak tahu apa nama bunga ni..main hentam aje kan. masih tak dapat bayangkan apa yg akak nak buat ni ke..okey lah ni contohnya :


 ada yang tahu nama sebenar bunga ni..kalau ada, bagi tahu akak cepat!!!

untuk b2b yg nak pasang bunga ni kat baju nikah ke..mmg sesuai..dah boleh jimat cost dah..kalau hantar kedai mmg mahal jugak ni..meh akak ajar cara nak buat bunga ni..senang sangat..

Bahan-Bahan :

 
Benang, jarum, manik dan kain 

material kain yg akak gunakan tu, kain sifon. berapa banyak nak guna..terpulang kepada korang nak banyak mana..eam..lebih kurang secukup rasa lah..

1. mula-mula potong kain, menjadi bulat..kebesaran terpulang juga..aik, banyak betul kegunaan perkataan terpulang..ke nak namakan bunga ni bunga terpulang..hahaha..sesuka kau aje kan..tak payah nak terpulang sangat aih..

2. lepas tu, jahit jelujur disekeliling kain tadi..mcm ni :


 jelujur kan mcm ni..

3. lepas tu, tarik benang yg dah dijelujur tadi..

tarik, jangan sampai putus plak..^___^

4. akhir sekali, kemaskan bunga anda tu dgn menjahit ditengah2 kain tersebut. seperti ini :

siap!!!!

buat banyak2 baru cantik..

 
tara......

kalau nak cantik kan lagi bunga timbul korang ni..bolehlah tambahkan manik ditengah-tengah bunga itu.

jahit manik ditengah2 bunga tersebut.

closeup 

bunga timbul ni, akak pasang kat baju baru kami..okey fine nampak sangat membongaknya..bukan akak yg pasang tapi designer kami yg pasang..akak tolong tgk je..^___^

p/s : eh, baju hijau kami tu dah siap tau..tak sabar akak nak tayang kat semua org..akak tengah tunggu green light dari kak nad aje..kak nad ckp okey je..terus akak update nanti..

okey bye..

XOXO,
kak Lisa.


update : nama bunga ni bunga 3D, thankz kepada ciksusu sbb bg tahu..sharing is caring kan..;p

Wednesday, June 13, 2012

TIP : Pemilihan Baju Perkahwinan

Assalamualaikum..

Hai korang kak Lisa again <---- perlu ke gedik mcm ni..tak paham..

okey, hari ni akak nak kasi tip lagi..tip mengenai, Pemilihan Baju persandingan/pernikahan bersesuaian dgn bentuk badan anda. 

Untunglah kan kepada b2b yg mempunyai bentuk badan yg cantik macam model..mmg senang sangat nak pilih baju idaman semasa hari bersejarah mereka..jelez hokey..so kak lisa nak kasi tip untuk 3 bentuk badan yg bukan seperti model..hakhak..ayat nak mintak penyepak je kan..0____0

Tapi kepada b2b yg tidak mempunyai badan seperti model jangan risau..walaupun badan tak cantik mcm model, tapi dengan pemilihan potongan dan warna baju yg sesuai utk anda..ianya akan menjadikan anda bagaikan seorang model di hari bersejarah anda nanti..owh, silap-silap bukan model je tau..ratu hokey..kau xnak jadi ratu..?

Jom kita start..............

1. Badan berbentuk Epal.

Secara umumnya, bentuk badan epal adalah mempunyai bahagian perut dan dada yg besar dan pinggul yg kecil..paham eh..okey, untuk badan yg seperti ini..haruslah memilih potongan baju yg tidak sarat dibahagian pinggang..sesuai juga jika memilih potongan garis-A atau empire..supaya bentuk pinggang anda tersembunyi. anda juga digalakkan memakai corset supaya lebih kelihatan langsing.


2. Badan berbentuk Pear.

Bentuk badan pear adalah, bentuk badan yg mempunyai bahagian bawah lebih besar dari dada. untuk mereka yg mempunyai potongan seperti ini, bolehlah memilih baju yg mempunyai potongan lurus/ menegak atau potongan A..anda boleh memperbanyakkan aksoseri dibahagian dada. dan memilih dress labuh ygmempunyai eksoseri sarat didada dan pinggang. 



3. Badan Berbentuk Glass.

Bentuk badan seperti ini merujuk kepada, mereka yg mempunyai ukuran dada dan pinggul hampir sama dan pinggang lebih kecil dari dada dan pinggul.  Bentuk badan seperti ini adalah idaman setiap wanita. so kak lisa tak payah nak ckp banyak, sbb korang mmg beruntung..^_____^



4. Badan Berbentuk Empat Segi.

Bentuk badan seperti ini merujuk kepada mereka yg mempunyai ukuran dada, pinggang, dan pinggul yg sama. senang ckp badan yg tak ada cutting..utk bentuk badan seperti ini, anda boleh memilih baju yg mempunyai reben dibahagian pinggang supaya anda kelihatan langsing. pemilihan dress labuh adalah sangat sesuai.



okey, sampai sini dulu tip untuk kali ni..akak harap info yg akak berikan tu akan membantu b2b semua dalam pemilihan baju di hari bersejarah anda nanti...

owh, lupa nak bagi tahu..kami ada beberapa pasang baju baju nanti ye..tunggu taw..semuanya dalam proses final touch..dah siap nanti akak bagi tahu..nanti akak tayang kat korang ye..manelah tahu ada yg berkenan nanti, boleh datang jumpa akak..hihihi..

bye,

XOXO ;
kak Lisa. ^___^

Tuesday, June 12, 2012

DIY : Pomander Ball

Assalamualaikum,

hari ni kak lisa nak tunjuk kan cara untuk buat Pomander Ball. kalau ada yg tak tahu ape bendenye pomander ball ni atau kegunaan nya korang boleh je google..kahkah..**keji perangai ko lisa kan..sebuk dok cerita pasal pomander ball, alih2 soh google..APTB**

xlah, akak tak berape nak keji lah..kan...okey, ni contoh pomander ball yg akak tolong google kan..

 cantik!!

Okey, jom akak tunjukkan cara-cara nak buat pomander ball ni..

Bahan-Bahan : 

 Reben, glue gun, pisau

span

dan bunga yg secukupnya **jangan tanya mana gambar bunga**

Cara-cara :

1. Potongkan span menjadi dua bahagian.

2. Selepas itu, potong span menjadi bentuk bulat :

 bulat ^__^

anda boleh agak-agak sendiri, nak besar mana..saiz terpulang kepada anda. 

3. Potong span bulat tersebut menjadi dua bahagian :


tujuan kita potong span ini adalah untuk meletakkan reben. ada je yg buat tak payah nak potong span tu..dorang pasang je reben tu mcm biasa..tapi akak lebih suka gam kan reben tu kat dalam, supaya tak mudah jatuh.. 

 letakkan reben ditengah2 seperti ini

Kemudian, korang gam kan

4. Anda perlulah gamkan disekeliling span tu tau, supaya span tu melekat semula seperti biasa. seperti ini :


5. selepas itu, boleh lah cucuk bunga di sekeliling span tadi. 


sehingga jadi mcm ni :

dah siap!!

Iya dah siap, sangat senang kan..korang buatlah banyak2 lepas tu dah boleh pasang buat hiasan. 


kalau ada yg nak buat pakai fresh flower, korang hanya perlu pakai span basah aja..step yg lain sama je..^___^

okey dah, nanti akak kasi DIY yg lain pulak..

Bye!!!

XOXO :
kak Lisa

Saturday, June 9, 2012

Majlis Bertandang Syikin & Faizal

Assalamualaikum..

majlis bertandang syikin dan faizal pada 9/6/2012..**perlu ke ayat skema tak hingat mcm ni**^____^

okey dah, tak payah nak skema sangat lah..sebenarnya menjadi skema mcm tu, sbb tak tahu nak buat pemulaan cerita..hihihi..

Alhamdullilah, semalam team pelamin selamat pasang pelamin 1 panel pelangi cinta di Taman Cheras Perdana. Oleh kerana pelamin 1 panel pelangi cinta ini besar..jadi pemasangan pelamin ini dibawah khemah bersaiz 20x20 sangat sesuai..jom layan gambar..

1 Panel Pelangi Cinta


 Gazebo Entrance Arch
Warna tema pilihan syikin dan faizal adalah pink + puple dan cream..cantik sangatkan..owh lupa pulak, nak tunjuk kat korang semua gambar handbouque yg kami dah sediakan utk syikin..

::manis mcm gula gula kapas::

Kalau nak tahu gambar2 ni semua, segar dari ladang tau..sbb majlisnya hari ni lah..akibat semangat sangat nak cerita kat b2b semua pasal pelamin yg santik ni..terus upload cepat2..hihihi..