Sunday, February 28, 2010

Tiffany and Chocolate or Tiffany and Fuschia?

Salam,

Saya nak update sedikit mengenai combination colors. This is speacially made for Yani & Azfar (our pengantin to be this coming 10.10.10). Diorang dalam perbincangan, nak pilih ;

Tiffany + dark chocolate + cream/ivory
atau

Tiffany + Fuschia + cream/ivory

Ok, saya ada buat survey sedikit mengenai combination colours ni. Kedua-dua combination akan memberikan effect yang berbeza dengan perubahan satu warna sahaja. Iaitu samada dark chocoate atau fuschia?

Let's layan the piccas dulu ok?


Ok, serius comel. Dengan hand bouquetnya yang tak payah nak banyak colour. Make it simple. Sebab dah berat kan, color dark chocolate tu.


Macan saya cakap pada Yani, jika pelamin sebagai bacground combinekan warna ini, saya rasa lebih sesuai dia memakai busana bewarna putih atau off white.. Mungkin detailing atau aksesori tambahan seperti ribbon boleh add sikit antara dua warna ini.





Tengoklahhhhh~~~ Saya sukaaaa sangat kek ni.. Cantik kan? Kan?


Kalau door gift buat macam ini pun cute. Tak perlu mahal-mahal. Kalau kena gayanya, apa pun nampak cantik :)




Alas meja , dark chocolate boeh juga letakkan napkin warna tiffany.



Baiklah, apakata kita tengok kombinasi kedua pula? Tiffany - fuschia - off white/ivory (pun ok)





Tiffany and Fuschia memang sweet. Tak percaya? Scroll down for more pictures.



Kad kahwin kombinasi 3 warna favourite masakini, tiffany - fuschia - white

Contoh kek, kalau tiffany and chocolate nampak bold. Tiffany and fuschia/pink nampak sweet gitu.


Pada pandangan saya, kedua-dua warna adalah menarik. Tapi bagi penggemar warna ceria, mesti suka kombinasi yang kedua ini. Walaubagaimanapun, tak mengapa juga jika piihan anda adalah yang pertama. Kerana ia tetap nampak unik, klasik dan elegan. Mungkin, dalam masyarakat kita belum biasa lagi bermain dengan kombinasi warna-warna yang berani seperti tiffany and dark chocoate. Mungkin akan ada yang akan berbunyi 'gelapnya warna!' sambil membuntangkan biji mata. Tapi, kalau hati dah suka, nak-nak pulak perkahwinan sekai seumur hidup kita... Apa salahnya kan??
Gabungan tiffany dan fuschia memang sangat menarik. Kedua-dua warna ni memang tengah hot di pasaran sekarang ni. Memang kena sangatlah kalau tema perkahwinan anda sekalian english wedding. Gabungan ini pada saya melahirkan perasaan ceria, moden, sweet dan bagi penggemar pink, sesuai sangat la ye. Sebenarnya, kalau kombinasi warna yang kedua tu memang ramai gadis yang akan jatuh cinta. Tu sebab ther's no explanation needed mengenai tiffany and fuschia. Memang sangat-sangat sinonim dengan wedding.
So, macamana? Apa pendapat korang? Suka yang klasik atau moden? Tepuk dada, tanya selera.. ok?
*Semua pictures credit to mr google.. Sorry, tak tahu source yang sebenar..*
-Tengah tengok cerita Benjamin Button. Sedih ok, last sekali. Siap leleh-leleh air mata tengok.-

Mari berkenalan dengan juri kamu sekalian yo!

Salam,

First of all, nak inform korang yang saya away sebenarnya ni.. Saya berada di Bangi since semalam. Esok adalah hari terakhir teman hubby ambil gambar bertandang pula. Semalam hari pernikahan Amirah & Khairul. Amirah menggayakan baju Jojet silk putih Dina Halim manik pink sebagai busana nikahnya. Manakala pelamin sanding yang menjadi piihan Mira adalah Red is Cinta.

Gambar? Ouh.. InsyaAlah next week la ye? One by one ok? Saya nak update pelamin mini Ely dulu. Sebab pelamin mini Ely tu akan saya promote sempena PAMERAN PENGANTIN MALAYSIA 2010 @ PWTC 12-14 MAC nanti.. Sooooo.. Please, please take note of the date.. Why?? Selain menawarkan promosi yang menarik, Dina Halim turut mengsponsor roses for 1000 lucky visitors.. (uhuk, uhuk..belum mampu lagi i nak sponsor TV Plasma youuu..)

Ok, update mengenai Online contest sikit ;
Seperti yang anda sedia maklum, contest ini ada 4 orang juri. Saya selaku juri pemerhati je sebenarnya. Ada banyak sebab saya tak boleh jadi juri yang memberi markah. Saya hanya memantau aktiviti juri, di samping memberikan komen balas terhadap komenan juri mengenai entri2 kamu sekalian. Meh saya kenalkan serba-sedikit mengenai juri tersebut ;

JURI PERTAMA
Saya lah, yang juri pemerhati tu. Saya meninggalkan komen di semua entri tak kira entri top 10 mahupun tidak.. Malah, ada entri yang tak layak di pertandingkan pun saya lawat juga.. Saya sangat menghargai waktu kamu semua dalam meluangkan masa bersama kami.

JURI KE DUA
Encik Sebumbung. Ye, seperti yang antara kamu ketahui Encik Sebumbung ini hubby saya. Tapi apa yang saya suka tak semestinya di persetujui oleh dia. Oleh yang demikian, saya memerlukan beberapa orang juri lain. Encik Sebumbung secara jujurnya baru membaca beberapa entri. Kalau anda perasan, ada entri yang telah dia tinggalkan jejak. Ada yang belum, itu saya tak boleh paksa ok?

JURI KE TIGA
Puan Z. Beliau adalah seorang yang cerewet dan teliti. Update setakat hari ini, telah berjaya menghabiskan membaca semua entri dan sedang pening kepala hendak memiih top ten sekarang. Whoaaa... Adakah kepeningan beliau menandakan sesuatu yang baik atau tidak? Saya belum pasti kerana hanya berkesempatan berbual pendek dalam telefon sahaja. Menurut beliau, akan membuat lawatan ulangan sekali lagi kelak.

JURI KE EMPAT
Cik Nur . Seorang yang tegas dan teliti, malah beliaulah yang sudahpun memilih top 7 pada minggu ini. Tak memerlukan masa yang panjang kerana berpengalaman memeriksa karangan murid-murid kerana beliau adalah seorang cikgu tuisyen part-time.. Haaa.. Takut takkk? Eehehe.. Siap MMS gambar buku pemarkahan pada saya, dan email ulasan kenapa orang yang terpilih itu patut menang pertandingan ini. Cik Nur juga ada meninggalkan jejak di beberapa blog (yang saya dapat detect).. Cik Nur sebenarnya adalah peminat bahan bacaan yang tegar. Dari komik sehinggalah ke novel sastera. Esei terpilih berdasarkan niai-nilai keunikan sebuah cerita katanya..

sedangkan orang yang tak kenal erti cinta pun dah boleh jatuh cinta
baca apa yang mereka tulis dengan lebih bersahaja ni sebab ini adalah sesuatu
yang lahir dari hati, bukan plagiat from ayat novel.

Cik Nur memberikan komen atas alasan apa esei itu terpilih. hati2 ye.. Dia biasa baca novel..huhu




Okay lah, dengan ini.. Berikan kami sedikit lagi waktu untuk mengumumkan TOP TEN nya nanti ye. InsyaAllah end of next week? Ok? Ok lahhh.. huhu...

p/s : nak tengok Casa Impian lah.. Bagi korang yang DIY biik pengantin, tengok cerita-cerita macam ni bagus tau!

Wednesday, February 24, 2010

Nak cerita sikit mengenai Fresh Flower

Assalamualaikum,

Wah~ lama betul rasanya saya tak update blog betul-betul. Haha. Ye la, lately ni update pasal online contest, update link-link contestants. Sungguh saya tak sangka, makin tiba tarikh tutup penyertaan, makin membuak-buak penyertaan tiba. Awal pertandingan, saya dah risau.. Macam tak ada je orang nak masuk. Sekali, hamik... Tak ter update. Tak dapat saya bayangkan blog-blog mereka yang terkenal dan biasa update selalu tu. Macamana ye? Cekap betul kamu-kamu sekalian.

Ok, ni pun nak update serba sedikit apa aktiviti saya minggu lepas. Pada minggu lepas, pihak kami buat mini pelamin untuk pernikahan dan pelamin tiang bulat 3 panel di Kampung Sungai Choh, Rawang. Dekat je..

Pelamin mini Ely (sekarang dah jadi puan) tema warnanya ialah pink and silver. Manakala pelamin 3 panelnya bertemakan warna cream/biege dengan fresh fower ivory, white and light purple + light pink.

Ely menggayakan busana daripada Butik Syahirah, warna turqouise blue + green. Tapi saya belum ada kesemua gambarnya. Ini adalah keranaaa... Saya demam ok, masa minggu setup rumah Ely, semua kerja jadi lembab.. Stress sebab sakit tekak, sakit dada. Malam Ahad hari tu baru pergi klinik, dapat ubat yang ala-ala je pulak tu. (Saya kalau nak pekena ubat, kena bagi paling power.. Urat saraf saya ni macam tak lut ubat sket).

Pagi Ahad tu saya dah pergi ke Bangi, hantar baju untuk pernikahan Mira yang akan berlangsung pada hujung minggu ni. InsyaAllah saya akan mula membeli-belah bunga hidup esok. Ye, saya suka beli awal 1-2 hari sebelum saya gubah. Sebab, saya suka rendam bunga-bunga tersebut supaya dapat air yang mencukupi then baru best nak cucuk kat span tu. Tahu tak, bila dah cucuk kat span, bunga-bunga tersebut tak dapat air yang secukupnya. Yela, cuba kaau korang ramai-ramai share satu gelas air.. Dah a musim panas kan, mestilah berebut. (Info saya dapat dari Puan Jemari Kreatif).

Kesegaran bunga hidup ni depends juga degan cara penjagaan korang. Jom saya share sikit tips untuk mengekalkan kesegaran bunga hidup. (Eceh, macam terer je..)

1. Mula-mula beli bunga tu, korang dah kena pastikan sama ada bunga tu betul2 baru ke atau dah seminggu kat kedai dia. Haaa, camne nak tahu? Sebenarnya, saya pun tak berapa tahu, sebab saya kan budak baru beajar.. Tapi menurut penjual bunga yang selau saya beli tu, dia kata bunga yang elok kalau kita picit dia macam keras sikit. Kira tak lembik la. (tu untuk bunga ros ye, bunga lain saya tak pasti lagi).. Then saya pernah tengok pembeli kat kedai yang saya selalu beli, dia selamba yaya je test goyang2 bunga nak tengok kelopak gugur atau tidak. Ye, saya berpengalaman beli fresh flower, bila time cucuk dia habis terburai hampir ke semua kelopak. Bayangkan.. Tensen tuuuu.. Ok, ingat first rule ; Tanya pekedai samada BUNGA SEGAR TERSEBUT BARU SAMPAI atau tidak. Buat2 confident sikit ye, kira macam demand nak bunga baru la. If dia confident kata ye, tapi esok gugur di tasik layuuu.. Korang pergi kedai dia minta tukar baru, k?





Ni kalau dah layu-layu, korang ingat boeh buat sambal belacan? Mandi bunga la gamaknya kannn..

2. Bila dah beli tu tak semestinya terus rendam dalam air. Masa mula2 saya berkecimpung dalam dunia cucuk2 bunga hidup ni, tersangat la bersusah-payahnya saya bawak berbaldi2 sumbat dalam kereta saya tu.. Haha. Padahal, korang tahu tak? Bunga-bunga ada yang naik flight (dari India mahupun China), ada yang naik lori (dari cameron katanya), berhimpit2 bunga korang tu dalam kotak je sebenarnya. So, tak peru panik. Setakat ni bunga yang saya selalu guna seperti Ros, Pom-pom / daisy, Lily semua tahan agak lama juga tanpa air. Nak-nak pulak pompom/daisy yang sering di guna oleh butik2 andaman. Once korang dah beli bunga2 tersebut, masuk je dalam kereta seperti biasa. Sampai rumah, potong batang dalam KEADAAN SENGET. Ini adalah untuk memastikan bunga korang boleh sedut air tu sebagai bahan makanan diorang. Bagi bunga ros yang kelopaknya ada net tu kan, kalau majis lambat lagi korang boleh buka sehari sebelum.



Casablanca Lily atau dikenali sebagai white lily. Wangi, lebih mahal sikit dari lily yang warna pink tu.

Pink Lily (sila tanya florist anda nama sebenar lily ni..akak tak tamat belaja lagi)



3. JANGAN LUPA BUANG DAUN2 YANG TAK DIPERLUKAN. Tahukah anda, daun2 tu banyak mengganggu proses pemakanan bunga.. Haha, pemakanan ke peminuman ke, sama saja.. Nak2 pulak bunga Lily ye korang.. Bunga Lily, kalau beli yang belum kembang, lambat tau dia nak mengembang. Sebab Liy ni betul2 kena rendam dalam air yang secukupnya, tanpa gangguan daun2nya yang banyak tu.

4. Bagi rumah yang ada aircond tu pada saya ada sedikit kelebihan di situ. (TAK SEMESTINYA LETAK KAT BIIK AIRCOND SHJ YE).. Saya kata ada kelebihan sedikit.. Sebab saya bila dah potong semua batang bunga, saya rendam then saya letak dalam bilik yang ada penghawa dingin. Sebab, saya suka tengok pada keesokan harinya, bunga saya jadi cantik, kembang dan rasa nak picit2.. :p


Hand Bouquet yang cantik dan gebus.. Saya suka!




5. Bila korang dah nak start gubah, pastikan SPAN DI RENDAM secukup rasa. Huhu. Tapi kalau bagi yang nak gubah pada hari kejadian (hari majlis korang, kalau la yang DIY ni ada masa kannn..), tak perlu rendam lama2 sangat pun takpe. JANGAN PAKSA SPAN TU SERAP AIR okkk... Korang letak je dalam baldi, pandai la dia serap.. Cuba la kalau korang tu ada orang paksa nganga mulut minum air banyak2 sekali gus.. Suka ke?? Ha, selami perasaan spongebob tu ye gadis2..

6. Kalau rasa CUACA TERLALU PANAS, nak2 kalau buat di bawah khemah dan sebagainya.. Sembur2 la sikit bunga tu dengan air sebelum start majis.. Kang dalam gambar nampak layuuu je bunga kan..

So, setakat ni.. Itulah yang saya tahu serba sedikit mengenai dari awal saya beli bunga segar sampai saya cucuk dan buat gubahan. Bagi yang lebih expert di luar sana, saya cuma berkongsi apa yang saya tahu dan apa yang saya pelajari. Kalau ada tips dari yang lebih berpengalaman, bolehlah kongsi sama2 kami disini juga ya?

Brides to be yang lain boleh surf-surf untuk dapatkan info mengenai jenis-jenis bunga (disertakan dengan gambar) di web di bawah ni;


1 - http://www.types-of-flowers.org/

2 - http://www.800florals.com/care/glossary.asp


Sekian,
Saya budak baru belajar. Kalau salah tolong tunjukkan.

Tuesday, February 23, 2010

CONTEST DAH TAMAT SECARA RASMINYA PADA 12 MALAM TADI :)

Salam semua contestants,

Seperti yang anda semua maklum, contest ini TELAH TAMAT pada pukul 12 malam tadi..

JANGAN RISAU;

Bagi yang dah letak link sebelum 12 malam (walau akak tak sempat lagi nak tgga jejak, i will ok..dun worry)

Bagi yang add DINA HALIM @ FACEBOOK before 12 malam (nanti, just say hello kat wall post akak..sekali nama blog yg di pertandingkan. contoh ; cik ika- blog perjalanan 30 mei..ok? jangan post dulu, bagi akak shout korang komen..senang nak cek gitu)

Bagi yang tengok link korang still tak updated under label 'Contestants of bla..ba..bla..' kat blog DH belah kanan..akak will update..Kerana ianya untuk kesenangan juri kami juga..

So, maaf kalau akak lambat update post ni..Baru habis masak tuk hubby, tadi hantar album kat Hulu Langat..Then baik Rawang korang hengat dokat ker??ehehe..

Sunday, February 21, 2010

TO ALL CONTESTANTS *sticky mode*

Salam semua contestants untuk pertandingan 'Dina Halim Online Contest' ini...

Ok, cek semua syarat2nya..kerana PERTANDINGAN AKAN BERAKHIR ESOK!!!! Pleasee, pleasee, check everything..dah cukup syarat2, just berdoalah ye :)

So, after pertandingan dah tutup, pihak kami meminta masa untuk kita periksa blog to blog contestants (depends on juri ye, mereka pun ada kerja lain nak di buat) untuk mengetahui keputusannya..

Pemenang akan di beritahu melalui blog Dina Halim dan blog masing2..

Tarikh pengumuman akan di beritahu kelak.. Jadi, harap bersabar! :)

Lots of Love,
Dina Haim team members

Saturday, February 20, 2010

Dina Halim Bridal Boutique ONLINE CONTEST

Salam,

Akhirnya~~ saya sendiri je yang design banner pertandingan. Tu yang simple mimple je. Sebab, tak kuasa akak nak bukak photoshop ke, Illustrator ke..Untuk trace atau edit apa2 yang sebenarnya banyak je idea nak buat banner comel2.. Tapi tak pe lahh.. Lagipun akak segan je ngan korang sebab contest ni tertangguh...Wuhuhu.. :) Maaf adik-adik manis..


So here it goes.. Read the terms & condition betul-betul.. Kalau yang akak High Lite tu, ambil perhatian banyak2 ye. Semoga Berjaya! Ho ho Gambatte!



Banner/ badge yang wajib di letak di blog anda. Dan sila link kami! :)

1) Pertandingan terbuka kepada BAKAL-BAKAL PENGANTIN DI SELURUH SEMENANJUNG MALAYSIA SAHAJA. Ini bermakna tidak dibenarkan orang ketiga selain daripada bakal pengantin masuk pertandingan ini.

2) Pertandingan di buka untuk warganegara MALAYSIA yang berumur 20 tahun ke atas.

3) Peserta hendaklah mempunyai BLOG dan HENDAKLAH MENJADI FOLLOWER http://www.dinahalim.blogspot.com/ dan add Dina Halim di Facebook.

4) Buat satu (1) special entri yang bertajuk ; Dina Halim Bridal Boutique Online Contest.

5) Sila letakkan banner / badge rasmi pertandingan ini di atas blog atau side bar blog anda dan juga dalam entri pertandingan. Dan sila linkkan ke blog Dina Halim.

6) Dalam entri tersebut, sertakan TIGA (3) GAMBAR sahaja! (Lebih akan di kira keluar dari tajuk)

a - satu (1) gambar kamu (berseorangan, jelas)

b- satu (1) gambar 'SI DIA' (berseorangan, jelas)

c - satu (1) gambar kegemaran/ tercantik / tercomel / terpaling serasi kamu & SI DIA berdua (NILAI-NILAI KESOPANAN DI AMBIL KIRA!)

7) Buat satu esei yang menyentuh hati dan boleh meremangkan jiwa juri *awww* mengenai ;

"Mengapa SI DIA pilihan hati saya". (Bagi yang pandai mengarang, inilah masanya ^_^)

8) Ceritakan secara RINGKAS mengenai majlis impian anda. (Tema majlis, warna tema impian).

9) Nyatakan juga sudah berapa lama hubungan percintaan ini berjalan.

10) Hadiah boleh di guna sepanjang tahun sehingga 30 NOVEMBER 2010 (TERTAKLUK KEPADA KEKOSONGAN TARIKH, TERUTAMANYA HADIAH PELAMIN MINI).

11) Selesai semuanya, TINGGALKAN KOMEN pada ENTRI INI SAHAJA. (Senang saya nak keep track)..InsyaAllah saya akan menjengukkan diri ke blog anda. Yang tak tinggal jejak, tidak akan di layan.

Semua keputusan adalah MUKTAMAD. Sebarang email pujuk rayu tidak akan di layan. Tarikh tutup penyertaan adalah sehingga 22 February 2010 sebelum 12 malam.

HADIA-HADIAHNYA BERUPA:

TEMPAT PERTAMA : Mini Pelamin untuk Tunang / Nikah *worth RM850.00*[tak termasuk kos penghantaran]
TEMPAT KEDUA : Sepasang baju Sanding Biasa L/P (lace) *worthRM700.00*
TEMPAT KETIGA : Sepasang baju Nikah L/P (Chiffon) *worth RM300.00*

SAGUHATI : TEMPAT KE-4 hingga KE-10 VOUCHER RM100.00 DINA HALIM*

*Semuanya tertakluk kepada perubahan tanpa notis terlebih dahulu. Kami berhak menarik balik hadiah yang di menangi jika terdapat sebarang percanggahan tarikh, tiada persetujuan untuk additional cost (refundable security deposit untuk semua hadia , transportation, atau accomodation jika pelamin mini di menangi orang Perlis contohnya..)..Semua hadiah tidak boleh di tukar nilai wang Ringgit atau di tukar dengan barangan lain.

Ada soalan? tanya dalam komen saya ye =) atau message dalam facebook. Kalau email,takut lambat reply.. Sebab kalau email, takut saya reply lambat, cuz saya akan dahulukan email client.

Warmest Regards & Best Wishes from Dina Halim Team Members!

Thursday, February 11, 2010

AWAY~ to Tanjung Malim

Salam,

Kalau akak tak sempat nak balas email / sms gadis yang di sayangi sekalian, maaf ye. Akak away to Tanjung Malim. Ni pun update blog sikit je, supaya tak ada orang yang tension dan ingat akak sumbun = badak sumbu = sombong belagak..

(Maaf tahap karutan sebagai tukang karut sudah start, sebab ngantuk tahap himawari dah ni)..

Ok, sementara akak away, rajin-rajinlah klik nuffnang akak..Miahaha.. <--- apa kes kan, paksa orang klik nuffnang..

Bye!