Friday, June 18, 2010

TERMS AND CONDITION FOR DINA HALIM BRIDAL BOUTIQUE

Salam,

Please read the terms and condition that we aply. Kami berharap pelanggan yang di hormati membaca dengan teliti sebelum membuat pembayaran. Terima kasih.

Terms and conditions
Please be informed that a 10% deposit would be required to confirm any bookings. 40% two (2) months before the actual date. 40% two (2) weeks before the actual date.The balance of 10% must be paid once the job(s) is completed or delivered.

We regret to inform you that ANY deposit and PAYMENT that have been made is NON- REFUNDABLE if any cancellation is made.

All the prices shown are for Klang Valley area only. For outside Klang Valley, additional transportation &; accomodation charges are needed, depends on location wise.

Please call 012.344567.2 or 012.650.9550 or email us at dinahalim_butik@yahoo.com for more enquiries.

All terms and conditions to be applied upon confirmation of booking fee.

Thank you

Azhana & Adie @ FRIM Kepong

Salam,

Sewaktu mula melangkah ke FRIM Kepong, saya dan suami terpaut dengan kehadiran pokok-pokok yang mungkin sudah berusia beratus tahun itu. Cantik, ujar saya dalam hati. Memang cozy, tenang sekali. Azhana a.k.a Ana (nama maja..hehe) memang dah bagitahu awal-awal, dewannya hanya dewan yang kecil, sebab itu Chic Grden pilihan hati Ana. Seorang yang tidak cerewet langsung, Anan membenarkan saya selamba bermain dengan warna. Saya katakan pada Ana, saya suka light purple dengan dark pink di gabungkan. Baju sanding Ana bewarna dark purple. Ana memang memberikan kebebasan sepenuhnya kepada saya.

Suka, saya melayan Ana yang setuju semua yang saya katakan. Seperti kanak-kanak yang mendapat krayon dan drawing block, saya mewarnai dewan 'comel' Ana dengan warna kegemaran saya. Haha, patutla excited, dua-dua warna tersebut adalah warna yang saya cintai sangat-sangat. Mari, lihatlah hasil yang membuatkan Ana terlompat gembira! (^_^)

Tq Ana, for the compliment. (^_^)

Hi Table Deco - Backdrop, Kerusi pengantin & Deco by Dina Halim. Alas meja kaler lain sikit :( sebab not from our side, so susah nak match..

Chic Garden in Pink & Purple, with high back chair

Gambar atas ; Ana with her Nikah's outfit, turqouise blue. Still match ngan pelamin kan?
Gambar bawah ; Ana with her sanding's outfit, dark purple.

HOT ITEM! Pelamin Chic Garden (Pelamin 1 panel + 2)

Salam,

Saya upload a few piccas pelamin chic garden yang mendapat sambutan yang sangat-sangat menggalakkan dari our beloved customers. Ini adalah pelamin yang paling 'HOT' di Dina Halim Bridal Boutique kerana harganya memang mampu-milik. :)

InsyaAllah, saya dan ayah saya berusaha untuk meng-create pelamin mampu-milik yang comel-comel begini di masa hadapan ya! Asalkan selalu dapat sokongan dari pelanggan yang di hargai selalu, apasalahnya.

Saya suka buat kerja untuk customers yang baik hati, memahami dan berfikiran terbuka.(siapa yang tidak suka, kan?) Bukan saya memilih pelanggan, tapi tahukah gadis sekalian, bekerja di bidang servis memang bukan sesuatu yang senang. Setakat ini, Alhamdulillah belum menghadapi kesukaran yang sehingga buat saya terduduk lagi.

Para pelanggan yang di hormati,

Tujuan saya memberikan servis adalah untuk kepuasan pelanggan. Saya tahu, para gadis terlalu banyak idea untuk di kongsi dengan pihak butik, ada yang sampai paranoid takut apa yang di idam tidak menjadi kenyataan. Untuk perhatian brides-to-be, kita harus ingat selalu, sebagai orang Islam, kita haruslah sentiasa tenang dan jangan di ikutkan bisikan syaitan. Tidak ada benda yang kita boleh panggil sempura melainkan Allah SWT. Maka dengan itu, janganlah kiranya jika ada benda yang para gadis rasa boleh 'merosakkan' majlis, walhal benda-benda yang sangat-sangat kecil di perbesarkan.

Cuba bayangkan, ketidaksempurnaan itu mungkinnya datang dari ujian yang Allah sediakan untuk kita. Yang paling penting, saya cukup tidak gemar jika berhadapan dengan orang yang jalan mendabik dada. Biarlah apa orang nak kata, tapi saya memang akan menjauhi pelanggan yang sebegitu.Ini adalah bagi menggelakkan urusniaga berjalan dengan tidak ikhlas.

Saya bekerja kerana passion. Bukan kerana duit. Kalau kerana duit, nak menjadi cepat kaya, bukanlah butik pengantin yang saya buat. Saya geram, melihat industri perkahwinan kita masih ada orang yang suka 'melepaskan batuk di tangga'.(ada juga yang murah dan cantik, tapi semestinya cepat penuh jadual mereka). Kalau nak yang benar-benar cantik, harganya bukan main mahal, tak terungkap dengan kata-kata. Mungkin saya terlalu baru untuk berkata begini. Jadi, maafkan saya jika tersilap kata-kata.
Percayalah, pabila gadis-gadis sekalian lebih mengawal emosi, bersabar dan terima semuanya dengan hati yang tenang dan percaya qada dan qadar, InsyaAllah gadis-gadis sekalian akan gembira meniti hari bahagia nanti. Sentiasa beringat, bahawa yang penting adalah ijab kabul itu sendiri. Apalah yang lebih membahagiakan, selain mendapat pasangan yang boleh kita bawa hingga akhirat kelak? Fikir-fikirkan. (^_^)

Chic Garden in Red & Gold
Elly @ Senawang

Chic Garden in Olive Green & Apple Green
Farhana @ Rawang

Chic Garden in Purple & Pink
Azhana @ FRIM Kepong



*Cerita di atas tidak ada kena mengena dengan sesiapa. Saya hanya mahu kita sama-sama berfikir,apa yang penting selain majlis yang 'perfect'.

Lots of Love,
Kak Nad (oh, akhirnya berjaya meletak nama sendiri,haha)
Dinahalim Bridal Boutique

Koleksi Baju Sanding Dina Halim

Salam,

Hari ini saya berusaha untuk mengupdate banyak-banyak entri secara gigih! :p

Ok, entri ni saya upload antara baju yang baru di butik kami. To customers yang tunggu lama betul saya nak update blog, harap maaf ye. :)

Songket Bunga Tabur Merah Hati

Baju Lace Purple

Baju Lace Putih, full beaded

Baju Lace Cherry Pink

Kedua-dua baju di atas adalah yang paling baru. (Take note Dang & Nabila). Baju di atas bersesuaian untuk muslimah yang inginkan konsep english garden. Design yang tak sarat dengan manik, trend masakini. Baju peach tu belum siap sepenuhnya, insyaAllah esok saya nak ambil kat tailor, kata dah siap :)

Thursday, June 17, 2010

PROMOSI BULAN MEI 2010

Salam,

Saya menaip dalam keadaan yang agak mamai serta tersengguk-sengguk. Maka, dengan itu maafkanlah sekiranya anda dapati ayat saya ada sedikit tunggang-langgang. Ini adalah kerana kesihatan saya amatlah tidak mengizinkan. Saya mengalami kejadian batuk kokol (haha, lawak je.. saya menggelar batuk tak henti saya sebagai batuk kokol) sejak dari minggu lepas iaitu hari sebelum habis event PPM. Siksa. Sudah pelbagai jenis ubat saya telankan. InsyaAllah, esok saya akan ke klinik kerajaan pula.

Doakan agar saya sembuh dengan cepat.

Amin.
Ok, di bawah ni adalah antara promosi yang giat pihak kami jalankan.

Kami telah menerima banyak permintaan untuk mengadakan pakej ekonomi. Dengan itu, setelah perbincangan dilakukan, kami amat berbesar hati menawarkan PAKEJ DEWAN EKONOMI 2010 untuk semua pelanggan yang kami hargai selalu.

Ini pula pakej fotografi yang di tawarkan oleh sebumbung fotografik. Menarik sangat-sangat!! Siapa yang datang ke PPM Ampang Point yang lepas, berpeluang melihat dengan sendiri contoh-contoh album dalam pakej ni. Best, saya suka album 10x15 yang ditawarkan. Boleh melawat blog Mr. Sebumbung untuk melihat profil yang lebih lanjut.




Friday, May 21, 2010

Dina Halim Bridal Boutique Penaja Pelamin ANNE HOTFM


Salam,

Ini cerita abad ke lapan belas. Maaf, maksud saya cerita ini agak basi kerana mungkin ada antara kamu sudah mengetahuinya. Kalau yang belum mengetahui, bagus! Hari ini saya nak mengumumkan yang kami adalah penaja rasmi bagi pelamin sanding Anne.

Sila ke http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Menghitunghari/Article untuk cerita lebih lanjut. Oh ye~~ Nanti saya akan upload gambar saya di konti Anne ye :) Haha, seronok!

Thursday, May 6, 2010

Pameran Pengantin Malaysia, Ampang Point Mei 2010


Salam,


Hari ni saya terpaksa update dengan serba pantas. Di sebabkan dah lama tak update, bila mula menaip rasa tersangat janggal. Tengok kat dashboard, rasa cemburu dengan para blogger yang lain yang seminggu ada saja dua-tiga cerita nak di ceritakan di blog masing-masing. Maaf, di sebalik kesibukan menghandle butik, kami juga sibuk menyediakan barang-barang untuk next PAMERAN PENGANTIN MALAYSIA yang akan di adakan di Ampang Point Shopping Centre ; 14-16 Mei 2010. Minggu depan, hari Jumaat bermulalah operasi perniagaan kami di sana.


Spread the news ladies. Dina Halim Bridal Boutique dan Sebumbung Fotografik akan mengadakan promosi besar-besaran sempena 'HARI IBU', orang yang berhak kita semua raikan. Kerana, kasih seorang ibulah kita semua ada pada hari ini. Kerana, sayang seorang ibulah kita berjaya menjadi manusia yang berguna. Korang semua dah belikan apa untuk ibu korang? Haaa, tak semestinya hadiah mahal-mahal. Ibu ni kalau kita wish je pun, dah gembira dah diorang.

Tahukah anda? (eceh, macam ruangan info la pulak kann..).. Sebenarnya nama Dina Halim sendiri adalah bersempena nama ibu saya.. Ha, trbongkarlah rahsia saya sekian lama. Semua mesti ingat sayalah Dina Halim. Takpe, takpe.. Saya kiranya Dina Halim Junior la.. Ok la gadis-gadis, ingat tau, datang ke PPM di Ampang point nanti. Booth kami betul-betul di sebelah pentas utama. Tapi kat Ampang Point ni tak boleh nak bawak pelamin besar-besar. Kawasan dia kecik je.

Datanglah, kalau nak tahu berapa harga pelamin dewan 3 panel Dina Halim. Juga Sebumbung Fotografik ada pakej baru, pakej 3 Album. Jumpa di sana.......