Hari ni saya terpaksa update dengan serba pantas. Di sebabkan dah lama tak update, bila mula menaip rasa tersangat janggal. Tengok kat dashboard, rasa cemburu dengan para blogger yang lain yang seminggu ada saja dua-tiga cerita nak di ceritakan di blog masing-masing. Maaf, di sebalik kesibukan menghandle butik, kami juga sibuk menyediakan barang-barang untuk next PAMERAN PENGANTIN MALAYSIA yang akan di adakan di Ampang Point Shopping Centre ; 14-16 Mei 2010. Minggu depan, hari Jumaat bermulalah operasi perniagaan kami di sana.
Spread the news ladies. Dina Halim Bridal Boutique dan Sebumbung Fotografik akan mengadakan promosi besar-besaran sempena 'HARI IBU', orang yang berhak kita semua raikan. Kerana, kasih seorang ibulah kita semua ada pada hari ini. Kerana, sayang seorang ibulah kita berjaya menjadi manusia yang berguna. Korang semua dah belikan apa untuk ibu korang? Haaa, tak semestinya hadiah mahal-mahal. Ibu ni kalau kita wish je pun, dah gembira dah diorang.
Tahukah anda? (eceh, macam ruangan info la pulak kann..).. Sebenarnya nama Dina Halim sendiri adalah bersempena nama ibu saya.. Ha, trbongkarlah rahsia saya sekian lama. Semua mesti ingat sayalah Dina Halim. Takpe, takpe.. Saya kiranya Dina Halim Junior la.. Ok la gadis-gadis, ingat tau, datang ke PPM di Ampang point nanti. Booth kami betul-betul di sebelah pentas utama. Tapi kat Ampang Point ni tak boleh nak bawak pelamin besar-besar. Kawasan dia kecik je.
Datanglah, kalau nak tahu berapa harga pelamin dewan 3 panel Dina Halim. Juga Sebumbung Fotografik ada pakej baru, pakej 3 Album. Jumpa di sana.......
sama la ngan kami kak (ai + aj) CINTA ALIAH
ReplyDeleteALIuddin - nama abah + robIAH - nama mak (^_^)
nway, gud luck kak! :)
waaaa best2..
ReplyDeletekak, fara ada hantar msg kat fb akk
AI : hehe, tahu..Akak ada baca dalam blog AJ dulu..
ReplyDeleteFarah : ye, akak ada tgk dalam email tadi, tp xmasuk FB..nnt akak reply ye..
good luck kak...
ReplyDeletennt..lya dtg jenguk yerr!!.. :)
ReplyDeleteXbestnya....15hb tu kena bertugas...xdpt balik...napela dpt keje kat klntn...adess... :(
ReplyDeletePsst: mak saya tertunggu2 lakaran pelamin dr kak dina. Siap tanya saya lg pelamin tu ada include bantal nikah tak...kalo xda mak nak jahitkan...huhuhu..