Akhirnya~~ saya sendiri je yang design banner pertandingan. Tu yang simple mimple je. Sebab, tak kuasa akak nak bukak photoshop ke, Illustrator ke..Untuk trace atau edit apa2 yang sebenarnya banyak je idea nak buat banner comel2.. Tapi tak pe lahh.. Lagipun akak segan je ngan korang sebab contest ni tertangguh...Wuhuhu.. :) Maaf adik-adik manis..
So here it goes.. Read the terms & condition betul-betul.. Kalau yang akak High Lite tu, ambil perhatian banyak2 ye. Semoga Berjaya! Ho ho Gambatte!
Banner/ badge yang wajib di letak di blog anda. Dan sila link kami! :)
1) Pertandingan terbuka kepada BAKAL-BAKAL PENGANTIN DI SELURUH SEMENANJUNG MALAYSIA SAHAJA. Ini bermakna tidak dibenarkan orang ketiga selain daripada bakal pengantin masuk pertandingan ini.
2) Pertandingan di buka untuk warganegara MALAYSIA yang berumur 20 tahun ke atas.
3) Peserta hendaklah mempunyai BLOG dan HENDAKLAH MENJADI FOLLOWER http://www.dinahalim.blogspot.com/ dan add Dina Halim di Facebook.
4) Buat satu (1) special entri yang bertajuk ; Dina Halim Bridal Boutique Online Contest.
5) Sila letakkan banner / badge rasmi pertandingan ini di atas blog atau side bar blog anda dan juga dalam entri pertandingan. Dan sila linkkan ke blog Dina Halim.
6) Dalam entri tersebut, sertakan TIGA (3) GAMBAR sahaja! (Lebih akan di kira keluar dari tajuk)
a - satu (1) gambar kamu (berseorangan, jelas)
b- satu (1) gambar 'SI DIA' (berseorangan, jelas)
c - satu (1) gambar kegemaran/ tercantik / tercomel / terpaling serasi kamu & SI DIA berdua (NILAI-NILAI KESOPANAN DI AMBIL KIRA!)
7) Buat satu esei yang menyentuh hati dan boleh meremangkan jiwa juri *awww* mengenai ;
"Mengapa SI DIA pilihan hati saya". (Bagi yang pandai mengarang, inilah masanya ^_^)
8) Ceritakan secara RINGKAS mengenai majlis impian anda. (Tema majlis, warna tema impian).
9) Nyatakan juga sudah berapa lama hubungan percintaan ini berjalan.
10) Hadiah boleh di guna sepanjang tahun sehingga 30 NOVEMBER 2010 (TERTAKLUK KEPADA KEKOSONGAN TARIKH, TERUTAMANYA HADIAH PELAMIN MINI).
11) Selesai semuanya, TINGGALKAN KOMEN pada ENTRI INI SAHAJA. (Senang saya nak keep track)..InsyaAllah saya akan menjengukkan diri ke blog anda. Yang tak tinggal jejak, tidak akan di layan.
Semua keputusan adalah MUKTAMAD. Sebarang email pujuk rayu tidak akan di layan. Tarikh tutup penyertaan adalah sehingga 22 February 2010 sebelum 12 malam.
HADIA-HADIAHNYA BERUPA:
TEMPAT PERTAMA : Mini Pelamin untuk Tunang / Nikah *worth RM850.00*[tak termasuk kos penghantaran]
TEMPAT KEDUA : Sepasang baju Sanding Biasa L/P (lace) *worthRM700.00*
TEMPAT KETIGA : Sepasang baju Nikah L/P (Chiffon) *worth RM300.00*
SAGUHATI : TEMPAT KE-4 hingga KE-10 VOUCHER RM100.00 DINA HALIM*
*Semuanya tertakluk kepada perubahan tanpa notis terlebih dahulu. Kami berhak menarik balik hadiah yang di menangi jika terdapat sebarang percanggahan tarikh, tiada persetujuan untuk additional cost (refundable security deposit untuk semua hadia , transportation, atau accomodation jika pelamin mini di menangi orang Perlis contohnya..)..Semua hadiah tidak boleh di tukar nilai wang Ringgit atau di tukar dengan barangan lain.
Ada soalan? tanya dalam komen saya ye =) atau message dalam facebook. Kalau email,takut lambat reply.. Sebab kalau email, takut saya reply lambat, cuz saya akan dahulukan email client.
Warmest Regards & Best Wishes from Dina Halim Team Members!









