Wednesday, October 21, 2009

Cik Nur Rahimah & Musri , Serendah. Rawang

Assalamualaikum,

So hari ni ada la masa saya nak update gambar perkahwinan Eyma. Macam yang saya kata kat previous entry, Eyma selamat diijabkabulkan dengan pilihan hatinya, Musri dari Johor Bahru pada 17 Oktober lepas. Eyma berkenan sangat dengan warna biru. So dia tempah khas jubah biru sedondon dengan suaminya.

Hand bouquet saya pilih yellow and white roses

Eyma sedang dalam proses di makeup

Suka gambar ni, untuk fotografi sila dapatkan quotation from www.sebumbungfotografik.blogspot.com


Eyma lepas nikah. Tengok muka dua pasangan sejoli yang kelegaan. Nanti saya cerita. Hehehe. Owh, kita ada buat mini pelamin jugak. With or without mini panel atau with or without mini stage. Sila email untuk dapatkan harga ok?

Dah sah jadi suami isteri, boleh la posing rapat2 sikit ;) Baju nikah Eyma tempah sendiri. Eyma sewa aksesoris dengan tudung serta makeup DinaHalim.

Gambar ni di ambil pada keesokan harinya. 18 Oktober Eyma bersanding.

Pelamin Eksklusif 1 panel (tiang silang ketupat)

First nak cerita pasal tiang panel. Kita ada 3 type of tiang panel pelamin.

1) Yang tiang biasa macam rumah Azeen USJ.
2) Tiang silang ketupat macam rumah Eyma.
3) Tiang bulat.

Tiang bulat tu kita recommend kalau buat di rumah yang silingnya tinggi atau dewan dan hotel. Sebab tiangnya sahaja tinggi 8 kaki. So if nak nampak cantik mesti mempunyai lebar dan tinggi yang mencukupi. Selalunya pihak kita akan advise mengikut kesesuaian tempat. Kita pun tak nak pakai buat aje.

Beza Pelamin eksklusif dan pelamin biasa ialah;

1) Pelamin eksklusif menggunakan karpet shaggy sepenuhnya.
2) Boleh memilih semua jenis kerusi yang kita ada. Kalau tak ada, InsyaAllah kita adakan jugak.
3) Hiasan bunga agak lebat berbanding pelamin biasa.
4) Decoration extra.

Saiz pelamin eksklusif satu panel adalah lebih kurang 6 x 12 kaki.

Pelamin Biasa ;

1) Menggunakan 'karpet kelopak bunga'.
2) Pilihan kerusi yang terhad.
3) Hiasan bunga yang agak simple.

Saiz pelamin biasa satu panel adalah lebih kurang 6 x 8 kaki.

Ok, sekarang nak cerita pasal hari nikah Eyma. Seriously, senang betul dia nikah. Rasanya tak sampai 10 minit dah sah jadi isteri orang. I mean overall punya situation. 10 minutes. Eyma turun bawah, duduk kat ruang tamu no.2. Tok kadi bercakap2 sikit dengan pengantin lelaki. Then dengar dia ajar nak lafaz ayat nikah tu. Then saya fikir "owh,maybe diorang berlatih tu". Tetiba je sah! Semua orang gembira, tadah tangan baca doa. I was like *Wow, cepatnya..saya dulu letih bersimpuh nak dengar tok kadi bercakap2*..Hehehe..Saya rasa sepatutnya macam ni lah yang betul, jadi pengantin lelaki tak la panik semacam kan?

All photos credit to Mr Sebumbung =)

No comments:

Post a Comment