Tuesday, June 22, 2010

Farhana & Faizal, Bukit Rawang Jaya

Salam,
Kali ni saya dengan gigih (ya ampunnn) mencilok pula piccas from Ai si tukang mekap .. Saya terpaksa pula kali ini mencilok gambar beliau sebab, saya tak dapat menghadirkan diri ke majlis Farhana. Oh, maaf Farhana, akak bukan sengaja. Meh sini akak cerita kenapa ;

Sehari sebelum majlis tu, saya ada la merewang-rewang ke KL bersama suami dan anak tercinta. Kemudian, singgah la parking kat SOGO, alang-alang bolehlah solat sekali di sana. Dengan terkedek-kedek seperti biasa, di temani jejaka gagah yang beumur tiga tahun tu, masuk dalam bilik solat SOGO. Seperti biasa, anak saya memang mengekor je lah saya, teman ambil air sembahyang. Dengan poyonya saya pun memakai selipar yang di sediakan. Time ambil air semayang tu semua ok je..

Sekali hamikkkkkk..

Lepas ambil air semayang, kan tempat wuduk SOGO tu macam tinggi sikit. Turun je dari tempat wuduk tu, *GEDEGANG* mak jatuh nokksss.. Ya Allah, sakitnya.. Kan selalu kita kadang-kadang boleh detact nak tergelincir tu kan, saya dah try break dah, konon-konon seimbangkan badan la. Tak dapat seimbang, terus gelincir, jatuh tepat-tepat kat tulang paling hujung skali.

Saya pun mengerang-ngerang kat situ, sakit ok. Dah tak rasa malu, sebab sakit mengatasi segalanya. Nasib baik ada seorang gadis ni tolong. Bayangkan, dalam ramai-ramai orang yang MENONTON, seorang je yang tolong. Dan seorang makcik yang sempat berkata dengan simpati "Kalau makcik ni dah tak boleh bangun dah.."

Ye makcik, saya tak boleh bangun tu saya terduduk tu. Anak saya diam je lepas kejadian tu. Terperanjat dia. Tengok mak dia yang badan dah la tak macam kate moss ni terjatuh dan hampir melelehkan air mata. So, kepada gadis-gadis sekalian, berhati-hatilah ye. Elakkan memakai selipar sembarangan. Nak-nak yang anak dara tu. Apatah lagi yang mengandung. Saya fikir,kalaulah mengandung time jatuh tu..Nauzubillah~

Tak lama tu bahagian peranakan rasa panas-panas sikit. Tulang belakang dari bawah sampai atas tang tengkuk tu lenguh-lenguh, sakit-sakit. Saya bajet nak berurut je la kan, nasib baik tanya best friend saya, dia suruhh buat X-Ray. Terus malam tu pergi klinik 24 hours kat Rawang tu, buat X-Ray.

Tengok-tengok..........

Tulang hujung tu bengkok sikit.. Sob-sob.. risau giler saya di buatnya.

Ke esokkan harinya, mak saya paksa pergi private speacialist. Terpaksa ok, pergi private sebab macam dah teruk je sakit pinggang bagai. Lagipun hari tu Ahad. Government tak bukak la pulak kan. Duduk pun ala-ala sipi-sipi je, kena duduk tempat lembut-lembut.

Buatlah X-Ray kat Damansara Speacialist, memang sah bengkok. Doktor kata tak ada yang pecah "If ada yang pecah pun there's nothing we can do" boleh? Ayat kasik baeekk punya. Saya maafkan, sebab dia Medical Officer. Kalau doktor specalist cakap cenggitu, alangkah tak berhematnya beliau kan?

Saya pun suruh dia cek ubat yang doktor klinik bagi semalam. MO ni kata pain killer tu ok, tapi dia hairan sebab doktor tu bagi satu medicine yang ekstrem katanya. Nak tahu apa yang saya telan semalaman? Sejenis steroid. Tsk.. Bahye ar doktor tu. Bukan semua orang boleh ambil steroid ok. Tsk..tsk..tsk *geleng pala*..

Ok, camne? Valid tak alasan? Ye lah, Farhana tu bukan orang lain. Mak dia dengan mak saya sepupu tu. Saya ni kira dua pupu la kan? (^_^)

Ok, let's get movin' bebeh.. Jom layan piccas yang i penat-penat kidnap dari ai.. (hak? i dari ai?? ;p)



Ok Ai, tq so much! (^_^)


P/s : Kelmarin pergi KLCC, time masuk surau tu anak saya pesan "Mummy jangan jatuh tau mummy, elok-elok" (T_T) Terharu, seb baek ada seorang hero yang sentiasa menemani mummy ;)

7 comments:

  1. isk..sadisnya kisah akak ni. sib bek bengkok aje. kalau patah ke..retak ke..nauzubillah..bistu, skang ni dah ok ke? hope dah ok lah ye. kang payah la nk wat keje. huhuhu..

    mekaseh kat akak jugak sbb pass job kat ai.

    terimalah serangkap pantun dari ai,

    "TERIMA KASEH DAUN KELADI,
    KALAU ADA JOB,
    BAGI LE LAGI"

    muahahahahahaha...(^_^)

    ReplyDelete
  2. kalau hero tu dah besar, mesti dia dukung mummy dia gi hospital!~

    ReplyDelete
  3. Ai : haha, sadiskan? tu la skang akak tak pakai dah selipar sembarangan. Ai pun take care ok? Melihatkan badan Ai yang comel itu, akak rasa lg senang tulang nak bergegar..haha..*gurau2*

    InsyaAllah, nnt apa2 akak roger2..asalkan, bg special rate! ;p

    Xora : ye,betul2..sapalah nk di harapkan lg, hero ni lah :)

    ReplyDelete
  4. Simpatinya...mudah-mudahan takda apa-apa. Saya yang baca pun dah cukup nyilu dan sakit apatah lagi yang mengalaminya.. nway, suka lah tgk green apple ni...combine dengan baby pink lawa x? ;D ngee...

    ReplyDelete
  5. semoga cepat sembuh kak dina..... musibah yang melanda ada himahnya..... adi doakan akak dapat menjalani kehidupan sperti biasa k... anyway.... cantiknye pelamin n baju2 kak dina.... I LOVE IT....

    ReplyDelete
  6. Aduh! Baca pon dah ngeri inikan pulak kak nadia yg mengalaminya.. Semoge akak cepat semboh ok? Take care tau sebab ramai pengantin menantikan keajaiban dr akak..

    ReplyDelete