Friday, June 18, 2010

HOT ITEM! Pelamin Chic Garden (Pelamin 1 panel + 2)

Salam,

Saya upload a few piccas pelamin chic garden yang mendapat sambutan yang sangat-sangat menggalakkan dari our beloved customers. Ini adalah pelamin yang paling 'HOT' di Dina Halim Bridal Boutique kerana harganya memang mampu-milik. :)

InsyaAllah, saya dan ayah saya berusaha untuk meng-create pelamin mampu-milik yang comel-comel begini di masa hadapan ya! Asalkan selalu dapat sokongan dari pelanggan yang di hargai selalu, apasalahnya.

Saya suka buat kerja untuk customers yang baik hati, memahami dan berfikiran terbuka.(siapa yang tidak suka, kan?) Bukan saya memilih pelanggan, tapi tahukah gadis sekalian, bekerja di bidang servis memang bukan sesuatu yang senang. Setakat ini, Alhamdulillah belum menghadapi kesukaran yang sehingga buat saya terduduk lagi.

Para pelanggan yang di hormati,

Tujuan saya memberikan servis adalah untuk kepuasan pelanggan. Saya tahu, para gadis terlalu banyak idea untuk di kongsi dengan pihak butik, ada yang sampai paranoid takut apa yang di idam tidak menjadi kenyataan. Untuk perhatian brides-to-be, kita harus ingat selalu, sebagai orang Islam, kita haruslah sentiasa tenang dan jangan di ikutkan bisikan syaitan. Tidak ada benda yang kita boleh panggil sempura melainkan Allah SWT. Maka dengan itu, janganlah kiranya jika ada benda yang para gadis rasa boleh 'merosakkan' majlis, walhal benda-benda yang sangat-sangat kecil di perbesarkan.

Cuba bayangkan, ketidaksempurnaan itu mungkinnya datang dari ujian yang Allah sediakan untuk kita. Yang paling penting, saya cukup tidak gemar jika berhadapan dengan orang yang jalan mendabik dada. Biarlah apa orang nak kata, tapi saya memang akan menjauhi pelanggan yang sebegitu.Ini adalah bagi menggelakkan urusniaga berjalan dengan tidak ikhlas.

Saya bekerja kerana passion. Bukan kerana duit. Kalau kerana duit, nak menjadi cepat kaya, bukanlah butik pengantin yang saya buat. Saya geram, melihat industri perkahwinan kita masih ada orang yang suka 'melepaskan batuk di tangga'.(ada juga yang murah dan cantik, tapi semestinya cepat penuh jadual mereka). Kalau nak yang benar-benar cantik, harganya bukan main mahal, tak terungkap dengan kata-kata. Mungkin saya terlalu baru untuk berkata begini. Jadi, maafkan saya jika tersilap kata-kata.
Percayalah, pabila gadis-gadis sekalian lebih mengawal emosi, bersabar dan terima semuanya dengan hati yang tenang dan percaya qada dan qadar, InsyaAllah gadis-gadis sekalian akan gembira meniti hari bahagia nanti. Sentiasa beringat, bahawa yang penting adalah ijab kabul itu sendiri. Apalah yang lebih membahagiakan, selain mendapat pasangan yang boleh kita bawa hingga akhirat kelak? Fikir-fikirkan. (^_^)

Chic Garden in Red & Gold
Elly @ Senawang

Chic Garden in Olive Green & Apple Green
Farhana @ Rawang

Chic Garden in Purple & Pink
Azhana @ FRIM Kepong



*Cerita di atas tidak ada kena mengena dengan sesiapa. Saya hanya mahu kita sama-sama berfikir,apa yang penting selain majlis yang 'perfect'.

Lots of Love,
Kak Nad (oh, akhirnya berjaya meletak nama sendiri,haha)
Dinahalim Bridal Boutique

4 comments:

  1. tahniah utk akk..semakin byk pilihan n selalu berinspirasi yg menarik hati...

    ReplyDelete
  2. salam.. kak nak ty, chic garden mampu milik ni berapa charge nye? sy inginkan kombinasi warna coklat gold n pink boleh masuk ke ?

    ReplyDelete
  3. tq nazlieza =)

    combination tiga warna iaitu coklat, pink and gold. Boleh jadi efek yang chic & kalsik..

    ReplyDelete
  4. assalam akak.nak tanye harge untuk setiap pelamin..hee..saye nak yang simple n moderate n price afoordable.any suggestion.tema putih merah... dlam tahun depan langsung..

    ReplyDelete