Tuesday, September 1, 2009

Hantaran ideas

Salam, lama betul tak update blog..Tengok orang lain, semua rajin2 mengupdate..hari ni patutnya nak update baju sanding pakej biasa. Sebab ada yang bertanya, kalau baju sanding pakej biasa tu macamana rupanya. InsyaAllah esok saya will upload gambar-gambarnya ye. Harap bersabar. Owh, yang excitednya baju untuk Eyma pun dah siap. Dia salah seorang customer yang akan ambil pakej Dina Halim bulan Oktober nanti. Cantik baju dia, jubah warna turqoise blue. Hari ni saya just blogwalking je. Ke blog2 bakal pengantin untuk melihat2 ke-kreatifan para bakal pengantin. Ye la, mana tau saya pun boleh dapat inspirasi untuk pelamin dan dekorasi terbaru saya nanti? =)

Untuk bulan September ni, saya kena buat hantaran untuk Fahmi dan Diana. Diorang bukan orang lain pun, adik ipar saya jugak. Diana wish for hantaran purple. And Fahmi to Diana tak kisah combination warna apa asalkan ada warna maroon, terus je saya kata akan matchkan dengan hitam. Huhu, sebab katanya in fashion hitam kan?

Untuk Diana (Dd) memang dah lama berkenan dengan Set Pumpkin Cinderella ni. Jemari Kreatif ada untuk sewa.. Cute sangat2..Suka la, kalau la Dd nak warna pink lagi cute kan? Tapi tak pe..purple pun cute..Just look at Sher Design punya purple. Tapi entah kenapa tahun ni saya demam warna pink. Seriously..Sepanjang hidup saya yang suka warna-warni ni, warna pink ni lambat sikit muncul dalam hidup..Hehehe..dah tua2 baru nak suka pink.


Cantik kan?? Ala2 princess..If guna yang ni, tak payah nak dulang2 lagi. Harga sewa boleh la tanya puan Jemari Kreatif sendiri. Kalau buat suara kesian2 sikit dia bagi la diskaun. (=_=')

Design hantaran macam ni yang tengah hot sekarang. Comel je warna purple ni. Tengok lah, dah siap hantaran nanti saya update insyaAllah.

Yang pihak Fahmi ke Dd saya nak buat simple je. Mungkin ala2 seperti gambar dibawah



White tray tu saya nak beli yang warna hitam, tapi maybe saya nak tambah deko sikit2 lagi. Contoh macam letak lilin jugak? Cuma yang penting tak nak nampak serabut sangat. Bulan Disember nanti ada customer nak backdrop pelamin damask merah hitam. Kenapalah saya tak beli lebih sikit kain tu??Kalau tak boleh buat alas dulang..Haih..

Ke nak carik je dulang macam ni??Pastu letak bunga je..Yang ni saya dapat from Mya&Dyana..Nice huh?Nampak elegant je..

Then biasalah bila dah berblogwalking tu kan. Terjumpa a few blog yang best2. Saya ni patutnya nak buat link, tak buat2 lagi. Saya terjumpa blog yang jual cinderella stuff jugak. Hik =) sukeee sangat.


Awww..cute kan??Match je dengan set hantaran cinderella tadi.. Nasib baik dah kahwin, kalau tak seriously must buy item ni! Nak tengok yang lain visit http://marryme2u.blogspot.com/

Ok, itu je lah kot. Nak blogwalking lagi. Selamat berbuka semua!

2 comments:

  1. ok.sy paling suka jemari kreatif punye hantaran! god.kakak.you have taste that i like.cant wait for my wedding la pulak! :)

    ReplyDelete
  2. berapa akk cas utk wat temphanni ye? tlg emel sy harga.tq. zahirah24@ymail.com

    ReplyDelete