Dear brides-to-be and follower atau sesiapa yang rajin singgah blog Dina Halim,
Kami ingin memohon sejuta kemaafan sebab blog ni dah stuck semenjak sebelum raya hari tu..Tapi setakat ni perjalanan meng-reply email masih berjalan lancar. Nasib baik rumah mertua saya kat Terengganu ni ada Wi-Fi..Cuma saya tak ada banyak masa nak update cerita-cerita baru..
Sebelum terlambat, izinkan saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua umat Islam seluruh Malaysia. Seronoknya menyambut Aidilfitri bersama keluarga, tapi jangan dilupa kesedihan insan yang tidak dapat merasanya. Apa-apa pun sayu sejenak hati saya kerana Ramadhan pergi meninggalkan kita. Moga-moga Allah pertemukan lagi Ramadhan kepada kita pada tahun yang akan datang. Amin~~
Alhamdulillah, adik ipar saya Muhammad Fahmie dan isterinya Sahrina Diana selamat diijabkabulkan pada hari ke-4 di Masjid Kristal, Kuala Terengganu. Semoga perkahwinan mereka diberkati dan dikurniakan anak-anak yang soleh/solehah.
Ok, jom berbalik kepada motif asal saya nak berblog hari ni. Hehehe..Masa hantaran Fahmie kepada Sharina hari tu, saya telah menempah cupcake comel daripada cupcakeland

Meh ramai2 layan gambar yang saya kidnap (dengan izin empunya web la tapi kan..)



No comments:
Post a Comment