Thursday, September 10, 2009
PENGUMUMAN
Wedding Azzen USJ
Akhirnya siap semua proses pemasangan pelamin di rumah Azeen pada hari Khamis lepas. Azeen telahpun selamat diijabkabulkan bersama pasangannya pada hari Jumaat, selepas Maghrib. Azeen telah mengambil pakej Eksklusif Dina Halim (rumah).

Pelamin 1 Panel, sepatutnya Azeen nak High Back chair, tapi tinggi rumah Azzen tak sesuai. Jadi kita tukar dengan kerusi yang bersesuaian.

Azeen dan Mak Tam (Puan Suhana). Azeen memilih busana kelabu Eksklusif Dina Halim. Gambar ni diambil masa fitting, jadi belum makeup2 lagi.

Kerja-kerja pemasangan pelamin. Adik Azeen rajin betul,siap tolong kitorang buat kerja. Hihi.

Nak pasang tempat chandelier
Ok, tu je la setakat ni. Hari ni pun ada wedding di Serendah. So InsyaAllah esok lusa saya update wedding kat Serendah pulak..
Cupcake, Anyone??
Dear brides-to-be and follower atau sesiapa yang rajin singgah blog Dina Halim,
Kami ingin memohon sejuta kemaafan sebab blog ni dah stuck semenjak sebelum raya hari tu..Tapi setakat ni perjalanan meng-reply email masih berjalan lancar. Nasib baik rumah mertua saya kat Terengganu ni ada Wi-Fi..Cuma saya tak ada banyak masa nak update cerita-cerita baru..
Sebelum terlambat, izinkan saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua umat Islam seluruh Malaysia. Seronoknya menyambut Aidilfitri bersama keluarga, tapi jangan dilupa kesedihan insan yang tidak dapat merasanya. Apa-apa pun sayu sejenak hati saya kerana Ramadhan pergi meninggalkan kita. Moga-moga Allah pertemukan lagi Ramadhan kepada kita pada tahun yang akan datang. Amin~~
Alhamdulillah, adik ipar saya Muhammad Fahmie dan isterinya Sahrina Diana selamat diijabkabulkan pada hari ke-4 di Masjid Kristal, Kuala Terengganu. Semoga perkahwinan mereka diberkati dan dikurniakan anak-anak yang soleh/solehah.
Ok, jom berbalik kepada motif asal saya nak berblog hari ni. Hehehe..Masa hantaran Fahmie kepada Sharina hari tu, saya telah menempah cupcake comel daripada cupcakeland

Meh ramai2 layan gambar yang saya kidnap (dengan izin empunya web la tapi kan..)



Tuesday, September 8, 2009
Produk Baru Ondaway
Wuhh..Penat betul hari ni. Katanya cuti, tapi disebabkan ala2 mengada nak jugak beli barang-barang pengantin saya gagahkan juga diri ni. Hari ni saya rasa happy sangat sebab akhirnya saya berjaya membeli aksesoris yang diidam-idamkan.. Nak letak gambar pun belum sempat snap lagi. Walaupun wedding job pertama saya adalah bulan October nanti, saya punya debaran dah macam bakal pengantin pulak. Tapi Alhamdulillah, hampir kesemua barang untuk pengantin dah sedia. Cuma baju shantung lelaki tadi saya baru tempah. Lepas raya InsyaAllah siap.
Sepatutnya kena hantar qoutation kat seorang client ni, tapi harap dia dapat bersabar..Esok saya will scan the pictures as requested ye Ryn??Huhu..
Dina Halim ada produk baru, kita ada pelamin up to 5 panel. Pelamin terbaru kita tengah ondaway nak siapkan. Harap2 ianya menjadi secantik yang saya impikan =)
Satu lagi produk baru ialah baju-baju yang cute untuk flower girl. Kita ambil tempahan dan juga untuk sewaan. Gambar juga belum ada, ondaway jugak (=_=') Lalala~ harap bersabar.. Kat bawah ni saya google je gambar2 baju flower girl yang saya berkenan di hati.

Cute kan??Nampak ayu je


*
Tuesday, September 1, 2009
Baju Sanding Biasa

Lace purple. Maybe nak tambah manik sikit kat kain dia. Tapi ada jugak yang suka simple macam ni kan?
Dan jeng jeng jeng. Jubah biru idaman Eyma dah siap =) Cantik kan? I like the colour. Sangat berani. Selalu nak warna2 pastel je kan. Tapi takpe, Eyma tu cerah orangnya. Cuma dia agak risau dengan bakal hubbynya. Hopefully ok warna ni dengan bakal hubby dia. Owh, kot shantung bakal hubby je belum siap. Ondaway.
Kat bawah ni saya saja je nak pastekan combination warna yang saya rasa cantik tuk Eyma or any blue lover out there. Maybe Eyma punya warna biru a bit terang. Saya akan softkan dengan bunga tangan fresh warna light yellow campur putih. Sweet...

Source for this picture are from The Perfect Palette
Hantaran ideas
Untuk bulan September ni, saya kena buat hantaran untuk Fahmi dan Diana. Diorang bukan orang lain pun, adik ipar saya jugak. Diana wish for hantaran purple. And Fahmi to Diana tak kisah combination warna apa asalkan ada warna maroon, terus je saya kata akan matchkan dengan hitam. Huhu, sebab katanya in fashion hitam kan?
Untuk Diana (Dd) memang dah lama berkenan dengan Set Pumpkin Cinderella ni. Jemari Kreatif ada untuk sewa.. Cute sangat2..Suka la, kalau la Dd nak warna pink lagi cute kan? Tapi tak pe..purple pun cute..Just look at Sher Design punya purple. Tapi entah kenapa tahun ni saya demam warna pink. Seriously..Sepanjang hidup saya yang suka warna-warni ni, warna pink ni lambat sikit muncul dalam hidup..Hehehe..dah tua2 baru nak suka pink.


White tray tu saya nak beli yang warna hitam, tapi maybe saya nak tambah deko sikit2 lagi. Contoh macam letak lilin jugak? Cuma yang penting tak nak nampak serabut sangat. Bulan Disember nanti ada customer nak backdrop pelamin damask merah hitam. Kenapalah saya tak beli lebih sikit kain tu??Kalau tak boleh buat alas dulang..Haih..

Then biasalah bila dah berblogwalking tu kan. Terjumpa a few blog yang best2. Saya ni patutnya nak buat link, tak buat2 lagi. Saya terjumpa blog yang jual cinderella stuff jugak. Hik =) sukeee sangat.


Ok, itu je lah kot. Nak blogwalking lagi. Selamat berbuka semua!