Saturday, November 14, 2009

PAMERAN PENGANTIN @ PWTC - Part 1

Assalamualaikum,

So as requested by our client, Dina Halim dengan pantasnya mengupdate serba-sedikit mengenai PAMERAN PENGANTIN @ PWTC.

Hari ni saya update sikit n upload beberapa gambar dulu ye. InsyaAllah, selebihnya akan diupdate next week.

Sambutan yang diterima? Luar jangkaan kami. So, jom tengok gambar2 yang kami baru capture tadi.


Ni model comel kami untuk hari ni. Nama si cute ni Hana. Thanx Hana sebab jadi model sukarela yang baik hati. =) Nanti kalau Hana kahwin, akak bagi discount banyak2 ok?? Makeup done by Lya L'Touch.

Pasangan bagaikan pinang di belah dua ini mengenakan Busana Eksklusif Dina Halim, jojet silk bermanik pink and silver. Pakaian pengapit adalah daripada koleksi Baju Tunang/ Baju Nikah Dina Halim.

Seperti yang saya katakan dientri yang lepas, main stage kami gunakan konsep merah dan hitam yang dinamakan Red is Cinta. Tengok, kombinasi warna yang romantik + dark + elegant.


Si comel menggayakan baju flower girl Dina Halim. Kami menerima tempahandan sewaan baju flower girl. Harga sewaan bermula dari RM50.00 sahaja.



Qery dan Hana bergambar di pelamin terbaru kami ; Tru Blu, I Love You.

Qery yang tak dapat nak kontrol macho sebab dah penat senyum dari tadi.Huhuhu.Maaf ye, rasa macam nak kena belanja makan je..Tapi Hana still maintain tersenyum ayu.



Gambar favourite yang akan saya gantung di kedai sebagai kenangan. Thanx a lot u guys! Thanx to Hana, Qery (betul ke bukan khairi?heheh), Shaz (pengapit perempuan), Faizal (pengapit lelaki), dan dua flower girl yang comel tu (esok saya konfirm balik nama diorang..lupa pulak,boleh?huhu)

Moral of the story, Qery bukan pendiam. Beliau adalah seorang jejaka yang banyakkkkkkk cakap dan memeriahkan suasana. Tengok, sweet couple kan?? (^_^)
Baiklah, berbalik kepada cerita asal yang tidak ada kena mengena dengan Qery dan Hana yang sudah cukup glamour hari ni. (Takpe..bagi la can sikit)..
ESOK ADALAH LAST DAY PAMERAN PENGANTIN MALAYSIA 2009!!TAKE NOTE!!Mesti padat dan hectic..Sebab??Sebab??Orang suka datang last minit ni ramai..huhu..

Wednesday, November 11, 2009

Promosi Besar-Besaran!!

Salam,

Bagi promosi penutup tahun 2009 ni, Dina Halim Bridal Boutique akan mengadakan diskaun besar-besaran dan combo-combo menarik yang hanya boleh didapati semasa berlangsungnya PAMERAN PENGANTIN PWTC 13-15 Nov 2009 ini. Untuk mengelakkan kesesakan kunjungan pelawat (mengikut pengalaman pameran yang lepas) adalah digalakkan para pelanggan menghadirkan diri pada waktu pagi terutamanya hari Jumaat. Peak hours adalah sewaktu lunch hour, hari Sabtu after 2pm dan hari terakhir pameran (kenapa suka datang lewat2?haiya..nanti baju2 dan jadual2 pun boleh penuh tau..huhu) Dan yang penting, Jangan lupa bawa sedikit cash untuk kesenangan anda membayar wang deposit..Ye, tak kisah la nak amik ngan mana2 butik pun, tapi bawalah deposit untuk kesenangan anda.

Sebagai sponsor bidan terjun kali ini (heheh..ayat merajuk..tak la,betul ni..secara tiba2 je jadi sponsor), pihak Dina Halim bertanggungjawab mengsponsor main stage dan perarakan pengantin tapi tarian,silat dan kompang adalah dengan kerjasama Jaz Wedding.

Pelamin yang akan digunakan di main stage adalah Red is Cinta dan pelamin 5 panel ternaru kami (di booth) Tru Blu, i love you (damask biru yang owh-comelnya-kaler-itu-nasib-baik-saya dah-kawen =_=')

Apa yang akan kami promosikan disana nanti??

1) Pakej lengkap + fresh flower dengan harga yang merambangkan mata
2) Memperkenalkan buat pertama kalinya pakej tunang kami
3) Combo Deal 2 pasang baju/ 3 pasang baju + aksesoris lengkap + free 1 handbouquet fresh flower
4) Baju flower girl yang comel dan sila-geram apabila-melihat-contoh-masa-perarakan
5) Tempahan baju baru dengan harga yang berpatutan (songket by request, no additional charge if warna yang diminta kita tiada)
6) Pelamin cutom made idaman sendiri. I mean, bukan tukar2 kaler, ni kalau pasangan yang ada idea tersendiri dan menginginkan sesuatu yang lain darpdapa yang lain, boleh menempah pelamin custom made mengikut konsep yang dikehendaki.

So apa lagi, take note of the date and make a reminder and visit our booth this 13-15 nov..See ya =)

Lots of love,
Dina Halim Bridal Boutique

Thursday, October 29, 2009

PAMERAN PENGANTIN @ PWTC

Event : PAMERAN PENGANTIN MALAYSIA 2009
Date : 13th to 15th November 2009
Venue : Ruang Legar PWTC
Organizer : Urban Vibe Event

Assalamualaikum,

Dear Brides to-be..

Please take note that the last pameran pengantin for this year are going to be in this coming November. Jangan ketinggalan! Datang beramai-ramai. Sebab Dina Halim Bridal Boutique akan mengadakan harga promosi besar-besaran yang hanya sah sehingga pameran tamat. Yang nak kahwin tahun depan tu bolehlah datang cepat-cepat. Jangan tunggu last day baru nak datang, nanti kelam kabut. Kalau datang awal-awal, boleh mengelakkan kesesakan dalam ruang pameran. Untuk keterangan lanjut layari laman web pihak penganjur www.urbanvibe.com.my

Warmest Regards,
Dinahalim

Wednesday, October 21, 2009

Cik Nur Rahimah & Musri , Serendah. Rawang

Assalamualaikum,

So hari ni ada la masa saya nak update gambar perkahwinan Eyma. Macam yang saya kata kat previous entry, Eyma selamat diijabkabulkan dengan pilihan hatinya, Musri dari Johor Bahru pada 17 Oktober lepas. Eyma berkenan sangat dengan warna biru. So dia tempah khas jubah biru sedondon dengan suaminya.

Hand bouquet saya pilih yellow and white roses

Eyma sedang dalam proses di makeup

Suka gambar ni, untuk fotografi sila dapatkan quotation from www.sebumbungfotografik.blogspot.com


Eyma lepas nikah. Tengok muka dua pasangan sejoli yang kelegaan. Nanti saya cerita. Hehehe. Owh, kita ada buat mini pelamin jugak. With or without mini panel atau with or without mini stage. Sila email untuk dapatkan harga ok?

Dah sah jadi suami isteri, boleh la posing rapat2 sikit ;) Baju nikah Eyma tempah sendiri. Eyma sewa aksesoris dengan tudung serta makeup DinaHalim.

Gambar ni di ambil pada keesokan harinya. 18 Oktober Eyma bersanding.

Pelamin Eksklusif 1 panel (tiang silang ketupat)

First nak cerita pasal tiang panel. Kita ada 3 type of tiang panel pelamin.

1) Yang tiang biasa macam rumah Azeen USJ.
2) Tiang silang ketupat macam rumah Eyma.
3) Tiang bulat.

Tiang bulat tu kita recommend kalau buat di rumah yang silingnya tinggi atau dewan dan hotel. Sebab tiangnya sahaja tinggi 8 kaki. So if nak nampak cantik mesti mempunyai lebar dan tinggi yang mencukupi. Selalunya pihak kita akan advise mengikut kesesuaian tempat. Kita pun tak nak pakai buat aje.

Beza Pelamin eksklusif dan pelamin biasa ialah;

1) Pelamin eksklusif menggunakan karpet shaggy sepenuhnya.
2) Boleh memilih semua jenis kerusi yang kita ada. Kalau tak ada, InsyaAllah kita adakan jugak.
3) Hiasan bunga agak lebat berbanding pelamin biasa.
4) Decoration extra.

Saiz pelamin eksklusif satu panel adalah lebih kurang 6 x 12 kaki.

Pelamin Biasa ;

1) Menggunakan 'karpet kelopak bunga'.
2) Pilihan kerusi yang terhad.
3) Hiasan bunga yang agak simple.

Saiz pelamin biasa satu panel adalah lebih kurang 6 x 8 kaki.

Ok, sekarang nak cerita pasal hari nikah Eyma. Seriously, senang betul dia nikah. Rasanya tak sampai 10 minit dah sah jadi isteri orang. I mean overall punya situation. 10 minutes. Eyma turun bawah, duduk kat ruang tamu no.2. Tok kadi bercakap2 sikit dengan pengantin lelaki. Then dengar dia ajar nak lafaz ayat nikah tu. Then saya fikir "owh,maybe diorang berlatih tu". Tetiba je sah! Semua orang gembira, tadah tangan baca doa. I was like *Wow, cepatnya..saya dulu letih bersimpuh nak dengar tok kadi bercakap2*..Hehehe..Saya rasa sepatutnya macam ni lah yang betul, jadi pengantin lelaki tak la panik semacam kan?

All photos credit to Mr Sebumbung =)

Monday, October 19, 2009

Pelamin RED IS CINTA

Assalamualaikum.

Alhamdulillah Cik Nur Rahimah (err..nama dia memang cik walaupun dah jadi puan..hehehe).. telah selamat diijabkabulkan dengan pasangannya pada 17 oktober lepas. Eyma juga selamat bersanding pada 18 oktober sehari selepas dia bernikah. Tapi maaflah, gambar2 Eyma saya belum transfer dari kamera lagi. Maybe esok la ye?

Hari ni saya nak update koleksi pelamin kita. Pelamin ni nama dia Red is Cinta, bakal pengantin saya cik Norhayati nak backdrop warna merah dan hitam. InsyaAllah cik Norhayati akan berkahwin dengan jejaka pilihan pada 5 Disember akan datang. So jom tengok pelamin Yati sama2.




Mood pelamin ni memang agak dark, tapi memberikan efek yang elegant.


Yati requet for a High Back Chair, nanti bila kerusi kita siap kita upload ye =)


Email us untuk dapatkan harga, ok?

Maybe masa Pameran Pengantin @ PWTC nanti kita bawa pelamin Red Is Cinta ni. So sesiapa yang nak tengok lebih dekat, datang PWTC 13-15 November nanti ye..
Nota kaki : Bunga2an tu kita akan tukar warna lain. Ni buat sementara waktu je. So visit us back untuk melihat hasil yang sebenar kay =)

Monday, October 5, 2009

*Sticky Mode* Bagaimana Hendak ke Dina Halim Bridal Boutique?

Di bawah ni adalah map untuk ke kedai kami. Sila call untuk buat appointment dulu sebelum datang ye.. :)


View Larger Map


Ramai yang bertanya bagaimana hendak ke butik kami. Peta diatas jika anda mengikut jalan biasa (jalan yang tidak menggunakan tol).

Pada yang ingin jalan lebih mudah, sila gunakan tol NKVE (Utara - Selatan).

-Terus hingga exit Bukit Beruntung untuk mengelakkan kesesakan lalulintas.

-Setibanya di exit bukit beruntung, lepas tol nampak traffic light, belok kanan.

-Jalan terus (dalam 6-7km) sehingga melepasi signboard perodua, sehingga melepasi kg. tradisi sg. choh straight sehingga simpang tiga terakhir jalan.

-Belok kiri. Nampak jejantas, belok kanan. Itu adalah kawasan Seri Pagi Sg. Choh.

-Cari kedai kami menghadap jalanraya utama. (Ada banner, jangan risau).

Thursday, September 10, 2009

PENGUMUMAN

Salam, saya ingin memohon maaf jika saya terlewat membalas email2 anda.. Jika mahu jawapan yang cepat, boleh sms direct ke 019-3370062.. Maaf, busy sikit nak raya + buat hantaran adik ipar saya.. Terima kasih atas semua maklum balas dan komen2 yang diberi..