Saturday, July 21, 2012

Waktu Butik Beroperasi Sepanjang Bulan Ramadhan.

Assalamualaikum..

Selamat menyambut bulan Ramadhan semua..:)



akak just nak bagi tahu mengenai waktu butik kami beroperasi sepanjang bulan ramadhan ni :

Hari : Selasa - Ahad (ISNIN TUTUP)
Jam : 8.00pg - 4.00ptng

jika ada yg nak datang lepas waktu yg di tetapkan. boleh hubungi akak utk appointment..tapi bergantung kepada masa kami juga ye..

SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA DARI TEAM DINA HALIM BUTIK

^____^

xoxo,

Kak Lisa..^___^

Friday, July 20, 2012

Promotion Julai

Assalamualaikum..

Sebenarnya promotion ni, kami guna masa pameran pengantin yg lepas di shah alam..tetapi ramai yg request untuk lanjutkan tempoh bagi discount ni... tak sempat nak confirm katanya. so kami pun bermurah hati untuk lanjutkan sehingga  29 Julai 2012 (Ahad)..kalau ada yg kata tak sempat lagi mmg lah................. *tak payah isi tempat kosong* *_*

owh, ni voucher yg kami guna pakai sepanjang di pameran pengantin yg lepas :


tapi untuk 2 minggu ni, kalau ada yg tak ada voucher ni..*harap ada yg paham ayat ni* boleh aja..sebab nak dekat-dekat puasa ni kan..baik hati akak lain macam sikit..datang je ke butik, dan tanya pasal pakej dan kalau korang confirm dalam masa 2 minggu ni, akak consider harga pakai voucher ni lah..eam..xyah nak puji lebih-lebih sebab akak mmg baik hati..wakakaka...

ni details nya :

potongan sebanyak RM 200.00 untuk mana-mana pakej rumah dan dewan permata.
potongan sebanyak RM 500.00 untuk pakej dewan ekslusif.

so, jemputlah datang ke butik ye..peluang mmg tak datang selalu..kalau nak akak emailkan pakej baru pun boleh, just tinggalkan email address..nanti akak kasi harga pakej yg ada..:)

Thursday, July 19, 2012

Pelamin Baru : Wonderland

Assalamualaikum..

Alhamdullillah, sambutan semasa pameran pengantin di Shah Alam tempoh hari sangat mengalakkan..sangat meriah kan..

kali ni akak nak tunjukkan gambar penuh untuk pelamin baru yg kami setup di pameran pengantin yg lepas..






Pelamin ni boleh pakai untuk 1 panel, 3 panel dan 5 panel. docoration boleh diubah mengikut citarasa anda sendiri..

XOXO :

Kak Lisa.

Friday, July 13, 2012

Pameran Pengantin Malaysia : Shah Alam Convention Center ( 13-15 Jul 2012)

Assalamualaikum..

okey dah lame akak tak update blog..sampai kak nad pun dah tanya..mmg ada harapan gaji kena potong ni..hihihi..okey, akak update sekarang..huhu..tak lah, sebenarnya mmg nak update pun..nak cerita pasal event kami di Shah Alam Convention Center (SACC) ni..<----ayat cover takut kena potong gaji**

mari kita serius sikit..**sikit je tau**..;p

Kami akan berada di sini selama 3 hari tau..start hari ni lah..jumaat sampai ahad (13-15 Julai 2012). tema sangat menarik hokey pameran pengantin kali ni Alice In Wonderland.. sweet sangat kan..warna tema pula purple, pink and turquoise pun sangat santik..eam..mmg saje eje cantik mcm tu..kak lisa kan gedik..^___^

ni poster kali ini :

 
okey..? ke kecik sangat pic yg akak attech ni..kalau kecik cer korang besarkan sendiri..hahaha..kak lisa mmg keji kan..

nak tengok tak pelamin baru dari kami..mmg mengikut tema pameran pengantin kali ni ye..nak akak attech kat sini ke, korang nak tengok sendiri kat sini..okey lah sbb akak baik hati hari ni, akak pertontonkan lah kat sini..^__^

dengan ini akak mempersembahkan pelamin baru dari Dina Halim Bridal Boutique semperna Pameran Pengantin Malaysia di Shah Alam Convention Center kali ini!!!  **macam wakil rakyat tak? ^^

Pelamin Wonderland :


hahaha..akak kasi korang tgk pelamin separuh je..kalau nak tgk full..kena lah datang sini..Live hokey..

kalau ada yg datang Pameran Pengantin..jangan lupa singgah booth kami ye..no booth kami 30, 31 dan 32..dekat je dengan stage..dan semperna dengan pameran kali ini, kami akan memberikan potongan harga sebanyak RM 500.00..tapi korang kena tunjukan voucher kami yg ada di dalam buku direktori yang diedarkan oleh penganjur. dapatkan di kuanter urus setia tau..

okey nanti akak update lagi ye..^____^

p/s : akak rasa mcm banyak je kesalahan ejaan kat sini..maaflah ye..

XOXO.

Kak Lisa ^___^

Friday, June 29, 2012

DIY : Bunga Tisu

Assalamualaikum...

Salam jumaat semua..hari ni akak terajin pulak nak buat bunga tisu..meh akak kasi step by step nak buat bunga ni..senang sangat..hari ni akak xnak membebel banyak sangat..sakit kepala ar..dah berapa minggu panas terik kan..hari hari meredah panas..haruslah kepala akak ni mcm ni..hih, malaysia malaysia..eh, ayat mcm pernah dok kat oberse..over tau..

dah jom start..

Bahan-bahan :

::Kertas tisu, gunting dan dawai::

Langkah-langkah :

1. Gunting kertas tisu menjadi beberapa bahagian, dan berbentuk petak tepat.


::saiz bergatung kepada saiz bunga yg anda nak::

2. kemudian ambil 6 keping kertas tisu tadi dan lipatkan menjadi seperti kipas tangan, kang tak bagi tahu mcm kipas tangan..ada pulak yg buat mcm kipas siling pulak kang..nak buat kipas tangan mcm ni caranya..

 ::Lipat 2 kertas tisu::

 ::kemudian lipat kertas tisu secara berselang-seli::

 ::sehingga habis::

::Kipas Tangan::

3. Kemudian ikatkan dawai di tengah-tengah kipas anda tadi.

 ::ikat di tengah tengah::

4. Setelah itu, gunting hujung kipas anda tadi menjadi semi bulatan.  seperti ini :

 ::Semi bulatan lah sangat ye::^__^

5. lepas tu, korang tekan kan kipas anda tadi seperti ini :


Sehingga menjadi kembang semangkuk..hihihi..tah lah, akak dah xboleh nak fikir term apa yg sesuai utk bentuk mcm ni :

::Bentuk apakah ini::

setelah itu, tarik hujung kertas tisu tadi seperti ini :

::Tarik sehingga habis setiap keping kertas tisu tadi::
dah siap pun!!

 :::Bunga Tisu::

Senang je kan..bukan susah pun..boleh buat sendiri je kan..buat banyak-banyak nak buat utk bunga telur pun boleh..


okey dah..nantikan diy seterusnya ye..^_^

bye,

XOXO,
kak Lisa ^___^

Tuesday, June 26, 2012

TIP : Pemilihan Warna Baju Mengikut Warna Kulit

Assalamualaikum...

hari ni akak nak kasi TIP pulak, kali ni akak nak cerita pasal Pemilihan Warna Baju Mengikut Warna Kulit. eeam..mmg peningkan nak pilih warna baju yg sesuai untuk majlis anda nanti..akak nak terangkan utk b2b..tapi untuk yg bukan b2b pun apa salahnya..untuk tambah ilmu kan..^__^

Mesti peningkan untuk pilih warna baju yg sesuai untuk anda, dah lah sekarang banyak warna-warna baru yg keluar..hijau scha alyahya la, putih lisa surihani pun ada...bukan korang je yg pening..dengan akak pun pening sekali tau..okey jom start, sebelum akak melalut cerita masaalah akak..hahaha..

1. Sawo Matang.
 warna kulit standard org Malaysia. owh, silap..bukan orang Malaysia tapi Melayu..orang Malaysia ada banyak ton warna kulit kan..untuk warna kulit sawo matang sangat sesuai untuk warna kuning atau hijau. pemilihan warna seperti ini, akan membuatkan anda kelihatan meyerlah..tapi sangat tidak sesuai untuk penggunaan warna kelabu atau berona gelap, nanti anda akan kelihatan kusam.. 

2. Gelap atau Hitam Manis.
Untuk mereka yang berkulit gelap atau hitam manis, warna yang sesuai untuk anda adalah warna tanah, maroon, dan coklat. tapi warna gold  atau hijau gelap sangat tidak sesuai..kerana akan membuatkan anda kelihatan lebih gelap. pemilihan warna terang seperti kuning dan pink pun tidak sesuai untuk ton kulit warna hitam manis ini kerana akan kelihatan sangat kontra. 

3. Putih/Cerah.
Sangat bertuah kepada mereka yang mempunyai ton warna ini, kerana pemilihan warna baju yg sesuai sangat senang dan banyak. Walaupun anda mempunyai kulit yg cerah, sangat di sarankan supaya tidak mengenakan warna baju terlalu light kerana anda akan kelihan pucat. jadi untuk kulit warna ini bolehlah menggunakan warna didalam kategori terang seperti peach dan blue.

Dan mesti lebih pening kalau pasangan anda anda mempunyai ton warna yg contra dari anda.so cadangan akak anda boleh memilih warna selamat iaitu Ivory..dengan pemilihan warna seperti ini, boleh membuatkan anda berdua sangat meyerlah.tapi warna off-white tidak sesuai jika pasangan anda mempunyai kulit hitam manis ye..^___^

okey cukup untuk hari ini, nanti akak update lagi..mengenai tip-tip yang sesuai untuk bakal pengantin.

bye,

XOXO,
kak Lisa. ^___^

Sunday, June 24, 2012

Baju Baru : Green Emerald

Assalamualaikum..

okey, hari ni baru sempat nak update blog nak cerita pasal baju baru ni..semalam ramai yg datang butik sebab nak tgk baju hijau/emerald green ni secara live..terharu akak..eh, macam kau pulak yg buat kan..hahaha..kau tolong tunjuk je ngan org ye..

hari ni ada beberapa org yg ckp nak datang sbb nak tgk baju ni..so kena update cepat2..kalau akak berenti update ni, alamatnya lambat lagi lah akak nak menaip..ilham xde..huhu..perlu ke nak update blog nak ilham bagai..propa sangat kan..^___^

tgk nih..

 ::dari dekat::
 ::pandangan depan::

::Pandangan Belakang::

saiz baju ni M bersama veil yg comel, sangat sesuai untuk yg tinggi lampai..eh, untuk yg tak berapa nak tinggi boleh jugak..sebab kita boleh adjust dgn kasut..hihihi...sangat cantik ye..kepada sesiapa yg nak tgk baju ni secara live, boleh lah datang butik..mungkin anda adalah org yg pertama pakai baju ni..<-- tibe tibe keluar ayat iklan..huhuhu

owh, kepada b2b yg nak tahu harga boleh lah email akak, tak pun tanya terus kat fb..akak akan jawap dgn secepatnya..

akak tengah fikir lagi ni untuk next baju..tengah fikir warna nya..ke ada yg nak kasi cadangan warna apa plak...^___^

bye,

XOXO,
kak lisa..^__^