Thursday, June 7, 2012

TIP : Cara Berjimat Untuk Perkahwinan Idaman Anda.

Assalamualaikum..

hari ni akak rasa mcm nak kongsi dengan b2b semua mengenai cara berjimat untuk kenduri anda nanti..insyallah, mungkin entry akak ni akan membantu b2b yang sedang pening dengan kos perbelanjaan perkahwinan yg agak mahal..bak kata kawan akak, kalau tak ada 50 ribu..jangan nak mimpilah dapat kawin..ye ke? akak rasa tak kot..sbb kalau tak mampu, buat ala kadar sudah..kan???bukan maksudnya buat kenduri ala kadar tak meriah..silap2 lagi meriah dari yg berhabis ribu riban tukan..

okey..mukadimah sangat panjang..bile da nak kasi tip ni..hihihi..

ye lah ye lah, kita start sekarang!!!


1. Hantaran - tak payah banyak banyak, cukup rasanya hanya 5 berbalas 7. dan tak payah nak ikut trend sangat, almaklum lah sekarangkan org sebuk kasi hantaran yg mahal2.. PS2 lah iphone lah..jangan ikut sangat..cukup sekadar yg termampu..yang penting anda tahu kemampuan anda.

2. Minta tolong keluarga - ini pun salah satu cara untuk mengurangkan kos..tak salah rasanya kalau b2b minta tolong kepada sepupu2 atau keluarga terdekat untuk sama-sama dalam penyediaan barangan perkahwinan anda tu.. antaranya..decorasi dulang hantaran dan proses membuat door gift. dengan bantuan kelaurga anda ini, bukan sahaja dapat mengurangkan kos perkahwinan ada tapi dapat memeriahkan lagi majlis perkahwinan anda tu..:) 

3. Shopping waktu yg sesuai - korang rasa bila masa yg sesuai? hahaha..bila lagi..time sale lah kan..masa2 sale nilah peluang untuk anda semua bershopping sakan, opppstt jangan pulak. sebab tengah sale korang beli benda2 yg tak patut dan beli secara berlebihan..almaklumlah kata tengah SALE.. 

4.  Nantikan pameran perkahwinan - hahaha..ini adalah rahsia kita ye..biasanya time2 ada pameran perkahwinan akan ada harga runtuh.. faham tak, kalau dah ada harga runtuh..anda semua dah boleh jimat antara 30-50% tau..kalau tak percaya korang try lah pergi PAMERAN PENGANTIN MALAYSIA - URBAN VIBE EVENT.

5. D.I.Y - Do it yourself.. kalau anda rasa..eam, aku bukan kreatif pun..eh, sape suruh korang buat ukiran ke apa..tak salah pun kalau korang buat yg simple2..hanya cari masa sahaja..sekarang pun dah banyak b2b yg ada blog yg berikan step by step cara DIY..;p

okey dah..cukup 5 dulu..kang korang bosan pulak kalau kasi banyak2..nanti kak lisa update lagi..cara-cara berjimat ye..osemm dari akak..wah gitu..


XOXO ;
kak lisa..









Wednesday, June 6, 2012

DIY : Bunga Tangan Fresh Flowers.

Assalamualaikum..

Hari ni akak nak share dgn b2b semua cara-cara untuk membuat bunga tangan fresh flowers..senang sangat tau..ni pun salah satu cara nak berjimat jugak kan..hihihi..Jangan ingat bunga tangan ni tak penting tau..bunga tangan sangat penting untuk pengantin perempuan, heammmm..tengah nervous2 tu boleh jugak cuit2 bunga tangan kan..hihihi..bunga tangan ni akan menjadi kawan baik kita masa sanding atau nikah anda nanti..percayalah..;p

lest do it..

1. Barang-barang yg diperlukan :  

 Bunga ros putih dan baby breath

Boleh pilih bunga dan warna bunga mengikut kesesuaian tema dan baju anda. Buang daun dan duri telebih dahulu.

Pita pelekat, cutter dan reben.

2. Gabungkan 3 kuntum bunga seperti berikut :


3. Lekatkan menggunakan pita pelekat supaya bunga anda tidak bergerak. Seperti gambar :


4. Selepas itu, anda boleh lah meyusun bunga secara bulatan untuk menbentuk bunga anda menjadi bulat. setiap pernambahan bunga anda haruslah lekatkan bunga dengan pita pelekat supaya, bunga anda tidak bergerak. Pita pelekat tidak perlu di putuskan.

5. Ulangkan sehingga saiz yg anda kehendaki.


6. Anda boleh tambahkan bunga baby breath untuk mencantik kan lagi bunga tangan anda ini.


7. setelah saiz bunga yang dikehendaki sudah bersesuaian dengan apa yg anda hendak, boleh lah gunting pita pelekat tadi.. hasilnya akan menjadi seerti berikut :


8. Setelah itu, bolehlah kemaskan batang bunga dengan reben pilihan anda. anda perlulah melilitkan reben untuk menyorokan pita pelekat.

Mulakan seperti ini.

9. Lilitkan sehingga sesuai :

Lilitkan dengan kemas 

10. ikatkan reben seperti gambar dibawah, supaya bunga anda kelihatan lebih kemas dan seksi..;p


11. Siap!!!

::wit wit..seksinya awak::

okey, dah siap bunga idaman untuk dibawa semasa hari persandingan anda nanti..kepada b2b semua..selamat mencuba!!!

bye...

Saturday, June 2, 2012

WARNA TEMA : LIME

assalamualaikum..

sekarang tengah fikir-fikir warna apa yang sesuai dengan warna LIME GREEN..sebenarnya ni warna permintaan bakal pengantin akak..eam..excited sangat nak warna lime green..tapi tak tahu warna apa yg sesuai untuk warna tu..okey, bakal pengantin tersebut bercadang nak buat dress warna lime..so sekarang fening nak buat pelamin warna apa..bagi akak sweet sangat kalau ada campuran warna pink dan purple..owh..sangat cantik ok..mcm nih :

 
sangat ceria kan ^__^

tapi, cantik juga kalau buat gabungan warna mcm ni..antara pilihan akak juga ni :

 nampak exclusive sangat kan warna navy blue tu..owh, jatuh cinta sudah..kepada b2b yg berani, boleh lah cuba warna ni..nampak sangat grand okey wedding uollz nanti..^______^



okey, sebenarnya..sendiri pun dah rambang mata.kahkah...gabungan warna lime dan coklat pun sangat cool..sbb nampak classic sangat kan..

tgk yg ni pulak :

 Lime green + pink

kalau buat rendaman bunga lili dalam glass mcm dalam pic tu mesti best kan..letak plak kat atas meja makan pengantin..eam..sangat santik..

okey, sampai kat sini dulu..nanti akak sambung ye..;)

Friday, May 25, 2012

Majlis Persandingan : Ida Syarina & Aizzul

hai,

sorry, lambat update lagi..:)

majlis ni sebenarnya berlangsung pada minggu lepas, tapi baru hari ni update..sowie...*bajet comel aje kan ckp sorry mcm tu..okey nak taip cepat-cepat sebab nak sambung siapkan wedding utk hujung minggu ni..sangat tak cukup tangan sebab minggu ni ada 3 job.

Majlis Ida dan Aizzul yg berlangsung pada 12 May 2012 di Dewan Kompleks Sukan Keramat. sangat grand uollzz...tak caye? sekejap lagi akak upload gambar.. Ida dan pasangannya telah memilih pelamin ekslusif kami iaitu pelamin pelangi cinta 3 panel..tema warna yg ida pilih akak suka sangat..Merah, purple dan peach..sangat santik!


comel tak?



tema : peach, merah dan purple.


p/s : jangan lupa mega sale hujung minggu ni ye..26 & 27 may 2012..

;)

gambar credit to: Ida syarina FB


Thursday, May 17, 2012

MEGA SALE 2012

Assalamualaikum..

sebelum ini kami ada update mengenai mega sale..tapi sudah di delete sebab ada kesalahan tarikh..so semuanya sudah dibetulkan..

details mengenai mega sale yg akan datang :

Tarikh : 26 & 27 Mei 2012
Masa : 10 pg - 10 mlm
bertempat : No. 2-121, prima SG 5, prima Sri Gombak, 68100 Batu Caves, Selangor.

so, jangan ketinggalan untuk mendapatkan peluang ini..:)

Friday, May 4, 2012

JAWATAN KOSONG

JAWATAN KOSONG.. We’re expanding!!

Butik pengantin busana muslimah yang telah beroperasi sejak 2009. Gaji basic di sediakan beserta insentif, komisyen dan bonus tahunan.

Marketing & Sales (RM800 - RM1000 + komisyen)
Berpengalaman dlm bidang pemasaran dan jualan.
Boleh berkomunikasi dengan baik.
Suka berjumpa orang ramai.
Konfiden level yang tinggi.
Ceria, bersemangat dan mempunyai sikap bertanggungjawab.
Boleh menepati deadline, mencapai target sales.
Latinhan di sediakan dari masa ke semasa.
Komisyen dan insentif akan di berikan mengikut prestasi kerja.
Waktu bekerja : Selasa-Ahad (11 pagi - 8 malam)

Berminat? Sila Hubungi : 03 - 6186 2604 / 012 – 344 5672
Hantarkan resume anda ke dinahalim_butik@yahoo.com

Dina Halim Bridal Boutique
No. 121-2, Jalan Prima Sg 5,
Prima Sri Gombak,
68100 Batu Caves,
Selangor Darul Ehsan

Wednesday, April 4, 2012

PAMERAN PENGANTIN MALAYSIA @ PUTRAJAYA INTERNATIONAL CONVENTION CENTER 6-8 APRIL 2012

ASSALAMUALAIKUM..

Hujung minggu ini dari Jumaat sehingga Ahad (6-8 APRIL 2012) kami akan berada di Pameran Pengantin Malaysia by Urban Vibe Event. 

Dan yang pastinya setiap kali pameran berlangsung kami akan menawarkan pelamin terbaru dan discount untuk pakej pakej yg kami ada. jomlah serbu PUTRAJAYA INTERNATIONAL CONVENTION CENTER (PICC) untuk mendapatkan promosi menarik kami, dan melihat contoh pelamin terbaru kami..Dengan bertemakan FANTASI PUTERI GUNUNG LEDANG, Dina Halim pun dengan suka citanya untuk membuat pelamin baru yg berkonsepkan tradisional dan puteri gunung ledang..nak tahu macam mana pelamin kami yg terbaru ini..so datanglah singgah ye..