Salam Jumaat semua,
h
hari ini di dalam harian metro di ruangan AYU, ada write up mengenai koleksi busana pengantin dari DINA HALIM BRIDAL BOUTIQUE..
GABUNGAN... gaun labuh dengan kombinasi lebihan kain pada bahagian dada, ditambah pula dengan taburan perincian di tengah baju dan hujung lengan.
PEMILIHAN busana pengantin sentiasa menjadi keutamaan kepada bakal pengantin untuk tampil anggun dan menawan pada hari ‘kebesaran’ mereka.
Walaupun hanya digayakan untuk satu hari saja tetapi seboleh-bolehnya pasangan pengantin terutama wanita inginkan suatu kelainan dalam memperingati majlis yang meraikan permulaan perjalanan hidup baru mereka.
TRADISI... kain songket masih menjadi pilihan untuk digayakan bakal pengantin
CANTIK...gaun yang direka memenuhi kehendak bakal pengantin bertudung.
Antara yang menjadi perhatian adakan konsep rekaan berbentuk moden kontemporari serta sedikit gaya tradisional seperti disediakan Butik Pengantin Dina Halim.
Butik dikendalikan Nadia Hassan dan ibunya, Nordina Abd Halim itu menyediakan rekaan yang lebih elegan dan moden tetapi pada masa sama, tetap menyerlahkan gaya tradisi yang lebih sopan dan menawan hati.
Butik dikendalikan Nadia Hassan dan ibunya, Nordina Abd Halim itu menyediakan rekaan yang lebih elegan dan moden tetapi pada masa sama, tetap menyerlahkan gaya tradisi yang lebih sopan dan menawan hati.
Katanya, dia amat menitikberatkan pakaian pengantin untuk golongan bertudung kerana ingin membuang tanggapan sesetengah pihak bahawa jika bertudung, pilihan untuk mendapatkan pakaian pengantin yang bersesuaian agak kurang dan terhad.
“Rekaan yang diketengahkan bersesuaian dengan konsep pengantin bertudung dan sebaiknya, ia dibentuk dengan memenuhi kehendak mereka yang ingin tampil lebih elegan tanpa perlu membuka tudung.
“Malah, pakaian yang ditonjolkan juga banyak menjurus kepada rekaan gaun labuh ataupun jubah tetapi diberi sentuhan lebih menarik dan diubah suai mengikut kesesuaian,” katanya.
Koleksi pakaian pengantin di butiknya banyak menggunakan kain sifon dan renda kerana ia lebih menarik. Selain itu, perincian pada baju pengantin turut memainkan peranan dalam menonjolkan gaya eksklusif antaranya memperbanyakkan pilihan corak di bahagian dada dan hujung lengan.
Sungguhpun begitu, bakal pengantin masih boleh mendapatkan pakaian pengantin tradisional menggunakan kain songket bunga tabur kerana ia masih mendapat permintaan sebagai antara persalinan yang wajib ada ketika bersanding.
“Tidak dapat dinafikan masih ramai yang menginginkan persalinan tradisional untuk digayakan oleh itu, kami cuba untuk menjadikannya lebih menarik dan lebih eksklusif.
“Saya sentiasa mencari pembaharuan bagi memberikan kelainan kepada bakal pengantin terutama daripada segi fesyen terkini bagi mereka yang bertudung,” katanya.
Bagi melihat pelbagai koleksi baju pengantin yang disediakan Butik Pengantin Dina Halim, layari laman www.dinahalim.blogspot.com ataupun melalui Facebook - Dina Halim Bridal Boutique.
CREDIT TO : Harian Metro.
baju pengantin yg dipakai model menarik. saya terfikir untuk memakainya di hari pernikahan saya. berapa harga sewa min-max ya?
ReplyDelete