Thursday, April 15, 2010

Zura Sweet Design & Wan, Seremban

Salam,

Saya ingin mengumumkan yang saya bakal meng-away-kan diri saya pada hujung minggu ini. Pada yang telah membuat appoinment, jangan risau kerana Auntie saya akan menggantikan saya di butik nanti.

Hari ni saya sedikit berdebar kerana sahabat saya sedang bergelut dengan kelahiran bayi sulung beliau. Amat merisaukan saya kerana beliau telah di admit sejak pukul 10 malam semalam, sehingga kini belum ada perkhabaran yang mengatakan bayi sudah di lahirkan. Latest news adalah dalam kira-kira pukul 3 petang waktu tempatan, suami beliau berkata yang proses melahirkan akan bermula pada pukul enam. Sekarang jam menunjukkan pukul 6.44 petang. Saya berdoa agar semuanya selamat. InsyaAllah, saya akan bertolak ke Kuala Terengganu setelah semuanya selamat.

Oklah, disebabkan semenjak dua menjak ni saya asyik update tanpa gambar (yangmana dikhuatiri akan membosankan kalian semua), pada hari yang ada mood ini saya dengan gigih deit sikit-sikit gambar pelamin yang kami deko untuk Puan Zura Sweet Design.





Gambar ni saya ambil dari FB. Nampak tak deko yang 'S' tu? Zura buat deko untuk tempat nikah dia, after that letak di pelamin untuk hiasan tambahan. Oh, bagi yang belum mengenali Zura, beliau adalah pembuat wedding guest book yang tegar. Hehe. Boleh visit blog belaiu lepas ni ye?











Zura yang comel dan baik hati, akak doakan perkahwinan awak sentiasa bahagia dan semoga ianya berkekalan sehingga ke hujung nyawa. Semoga menjadi suami isteri dunia akhirat hendaknya.. Aminn~~~ :') (Terharu coz there goes one of my lovely client, selamat disatukan dengan ikatan yang sah).

p/s : di sebabkan saya terhegeh2 edit, upload gambar.. Sahabat saya selamat akhirnya melahirkan bayi sulungnya sebentar tadi. Alhamdulillah, semuanya selamat :D

4 comments:

  1. Sangat Cantek + Gah!!! suka tengok...

    ReplyDelete
  2. wah kak!
    cantikla..nk tgk kat FB dia bley?
    sy pown ber gg besi.hehe

    ReplyDelete
  3. Come n join our carnival at 4mile,pantai cahaya negeri, port dickson for further information can check http://yahoocuti.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. Salam.. Leh tak saya nak tau harga for pelamin 3 panel masa kat Mid Valley last year dan sekali walkaway dan arch ... email kepada singa_manjacome@yahoo.com .. TQ

    ReplyDelete