Salam,
Whoah~ Lamanya tak update. Tajut tak boleh belah kan..hihi. Ok, walaupun lately ni saya ala-ala malas nak update, saya tetap berjalan-jalan ke blog-blog brides to be yang lain. Macam-macam yang saya baca. Ada yang selamat diijabkabulkan, Alhamdulillah~.. Ada yang masih mencari-cari tips dan bertukar idea. Ada satu dua blog yang menarik minat saya dengan cerita 'bridezilla' beliau. Macamana perjalanan sebelum majlis yang kiranya agak'horror' jika bakal pengantin baca. :) Teringat saya kisah perjalanan perkahwinan saya..
Lama jugak saya berkira-kira samada mahu berkongsi dengan anda sekalian ataupun tidak. Sebabnya, ada ke orang nak baca? Saya fikir.. hehe.. Takpe, takpe.. Mungkin apa yang saya cerita boleh di jadikan pengajaran dan pelajaran untuk kita berkongsi bersama.
Saya dan suami berkahwin secara cepat-cepat. Maksud saya, di sebabkan kami seperti belangkas, (syarikat pertama kami di uruskan oleh kami berdua sahaja pada waktu itu) maka ibu saya sudah membuat bunyi-bunyi kurang enak di dengar di halwa telinga suami saya. Hehe. Ye la, mesti ibu saya risau. Kadang-kadang kami berdua di pejabat sehingga lewat malam. Kerja siang malam tak tentu, dengan tiada ikatan yang sah. Maka, haruslah beliau sebagai seorang ibu yang prihatin memulakan langkah pertama. (Terbalik kan, patutnya sang suami la yang kena amik langkah pertama).
Tapi, kami kan busy. Muda pulak tu. Mesti fikir nak kumpul duit banyak-banyak. First thing yang saya nak nasihat anda-anda di luar sana ; JANGAN SESEKALI BAGI ALASAN TAK MAHU KAWIN SEBAB DUIT BELUM CUKUP.. (AYAT RINGKAS : BILA JODOH DAH SAMPAI, JANGAN NGADA-NGADA NAK TOLAK!)
Betul percayalah cakap saya. Sebab kita takkan tahu apa yang akan terjadi pada masa hadapan. Tah kan si dia sanggup tunggu kita lagi, tah kan kita muak pulak dengan karenah si dia. Tau-tau je la, banyak syaitan datang bila niat kita tu ke arah kebaikan.
Sambung balik.. Bila ibu saya dah bagi hint-hint, suami saya pun dah kebas-kebas muka tahan malu. Nak fikir macamana nak bagitahu ibubapa dia. :) hehe.. Suami saya ni pemalu sangat-sangat.. Nampak je muka macam ganas, tapi saya je la yang tahu betapa pemalunya dia ni.. Di pendekkan cerita, tiba-tiba ibubapa suami saya pilih tarikh nak hantar cincin tanda.
Teringat saya dengan post Xora mengenai merisik dan bertunang haritu. Saya punya situasi merisik macam ala-ala gadis melayu terakhir.. Wahaha.. Dengan saya tak prepare apa-apa langsung.. Dengan pakai baju kurung kurun ke berapa saya tak tahu. (Form five rasanya, haha).. Saya berdebar tahu tak? Segan giler.. Masa tu bukan kat rumah saya, diorang datang bertandang ke rumah datuk saya.
Saya konon-konon buat air kat dapur. Suami saya dengan parents dan makcik, pakcik ada di luar. Serius, selekeh saya masa tu! Nasib baik ada Mak Tam saya yang cool time tu. Dia ada la beli macam kuih-kuih sikit (konon nak di beri untuk tanda balas).. Bayangkan, barang nak kasik tanda balas pun tak prepare! Mana saya tahu, diorang pihak lelaki siap bawak 3 dulang.. Ada cincin, buah dan kain. Saya dah pesan dah, tak perlu bawak apa-apa. Sebabnya, datuk saya dah pesan, beliau tak mahu apa-apa yang menyusahkan orang jauh.. Haih~ nasib baik saya tak kena marah..
Oppss.. terpaksa bersambung.. Sebab? Bateri lappy ai nak habis la uollss.. I kat tempat servis kereta ni..huhu.. Jangan marah eh.. :P
Sambung cepat kak ;P
ReplyDeletealal kak, baru teruja nak baca tau..kena sambung ni
ReplyDeleteAkak, kita serupa !! :D majlis saya pun memula dia kata takde hantaran apa2, tup2 ada bawa 3 barang, terus la balas gak dgn 3 :p then masak kat dapur. pakai baju kurung opis aje.. muka confirm la minyak pasal memasak kat dapur.. ahhha..
ReplyDeletemenarek...buat xsabar nk tg part II..
ReplyDeletecpt2 smbung cite ni yew kak..hee~
cpt kak..bila nk kuar part 2 ni.huhu..
ReplyDeletebest..teruja nak baca sampai happy ending..
ReplyDeletesambung cepat
ReplyDeletesambung cepat
sambung cepat
(padahal dah tahu)
ok korangs.. dah update.. :)
ReplyDeleteXora : wah, rajinnya.. siap masak.. bagus, bagus! :D
ReplyDelete