Friday, March 16, 2012

JAWATAN KOSONG

Dina Halim Bridal Boutique @ Prima Sri Gombak
Kami butik pengantin busana muslimah yang telah beroperasi sejak 2009. Gaji basic di sediakan beserta insentif, komisyen dan bonus tahunan. Waktu operasi Selasa-Ahad (11 pagi - 8 malam)



Jawatan :
1 Pembantu Butik
1 Bahagian Jualan



Pembantu Butik (RM1300-RM1500):

Menyelenggara keseluruhan butik temasuk kebersihan, kekemasan.

Boleh menggubah bunga, basic alteration.

Pandai simple sketch satu kelebihan.

Menjaga solat, cepat belajar, berdikari, berdisiplin, jujur dan amanah.



Bahagian Pemasaran (RM800-RM1000):

Berpengalaman dlm bidang pemasaran dan jualan.

Boleh berkomunikasi dengan baik.

Suka berjumpa orang ramai.

Konfiden level yang tinggi.

Ceria, bersemangat dan mempunyai sikap bertanggungjawab.

Boleh menepati deadline, menacapai target sales.

Training di sediakan dari masa ke semasa.

Komisyen dan insentif akan di berikan mengikut prestasi kerja.
 
 
Email resume ke dinahalim_butik@yahoo.com

Wednesday, March 7, 2012

::Hanya Selingan::

Assalamualaikum..

update blog setelah hampir setengah tahun tak membuat sebarang update..hebat tak..blog pun bukan sahaja berhabuk tapi dah usang..bayangkan lah rumah kalau ditinggalkan 2-3 bulan, mcm mana rupenya..ni dah hampir setengah tahun.....heam, xpayah bayangkan...scary u..mesti blog ni dah ada HANTU..hakhak..eh eh..yg update ni bukan hantu ye..kalau hantu mula2 tadi akak beri salam salamualaikum kum kum kum...hihihi..


okey lah anggap je update hari ini tak ada motif..akak ingatkan nak update koleksi pelamin yg dah DINA HALIM BUTIK buat sepanjang ketidak update ni..tapi harap maklum, gambar2 semua belum di transfer..nampak nya kene tunggu next entry lagi lah..akak janji, nanti akak update lagi..dan yg pasti bukan lg 6 bulan lah ye..hihihi..

kalau ada apa2 soalan ke, nak tahu harga pakej kami ke..boleh lah email kat dinahalim_butik(at)yahoo.com insyaallah akan dilayan secepatnya..


kalau masih tak like kami di facebook boleh lah like cepat.. DINA HALIM BRIDAL BOUTIQUE

Maaf ye kerana, dah lama tak update blog ni..bukan sebab kami dah tak beroperasi, tetapi..sangat sebuk menguruskan permintaan b2b semua..Alhamdulillah, ramai yg berpuas hati dengan service yg kami berikan..

tepuk tangan untuk semua.


CLAP CLAP CLAP

TERIMA KASIH!!!

Saturday, August 13, 2011

Dina Halim Bridal Boutique Vs Sebumbung Fotografik MEGA SALE!

As Salam B2B sekalian...

Alhamdulillah, dah separuh bulan Ramadhan kita lalui.. Macamana dengan B2b semua? Bersempena bulan yang mulia ni, butik kami terpanggil-panggil nak buat MEGA SALE.. Heehee.. Ye la, semua pun nak buat sale Hari Raya kan.. Kitorg pun nak buat jugaklah..

Sebelum tu, saya nak ucapkan tahniah kepada semua pemenang kuiz yang telah di adakan 3 minggu berturut-turut. Pihak kami sangat terharu dengan sambutan yang di berikan.. Atas perbincangan dengan Auntie Dina, saya pun merancang nak buat promotion bagi pelamin terbaru kami. Kalau yang follow Dina Halim, tentu dah tahu pelamin terbaru kami, Pelamin Pelangi Cinta kan..




Poster MEGA SALE kami.. Gambar pelamin PELANGI CINTA seperti yang ada kt poster ni (^_^)

Thursday, August 11, 2011

Dina Halim Bridal Boutique MEGASALE!!

Sila contact 012.344.5672 atau 012.650.9550 untuk sebarang pertanyaan.

Sunday, July 31, 2011

Pelamin Pelangi Cinta by Dina Halim Bridal Boutique

As Salam Dearies,

Hari ni saya nak update laju-laju.. Pelamin terbaru kami yang di reka khas oleh ayahanda saya, Uncle Hassan berinspirasikan bentuk pelangi.. Actually, dari last year dia nak sangat buat pelamin bentuk pelangi.. Tapi tahun lepas mengikut kesesuaian majlis yang kami sponsor, memang lebih sesuai guna Roman Pillars.. Tahun ni dengan penuh debaran saya tunggu pelamin terbaru kami.. Akhirnya, tercapai jua hasrat Uncle Hassan untuk merealisasikan pelamin berbentuk ala pelangi beliau..

Sketch tahun lepas ada beza sikit.. Ini sketch kasar untuk pelamin pelangi tu.. Kalau perasan, cuba tengok kat sketch ni.. Nampak tak panel kiri dan kanan berasingan sebenarnya. Means, kalau stage besar, pelamin ni boleh tarik ke tepi lagi. Maksimum untuk 3 panel boleh jadi 28 kaki. Yang mana, 28 kaki selalunya ukuran untuk pelamin 5 panel kami! Haaaa... Besar tak pelamin Pelangi Cinta ni? Uncle Hassan nak buat kecik dan comel, tapi saya insist jugak nak something yang huge, so bila tengok nampak simple tapi grand..

Jom, jom.. Tengok gambaran yang lebih jelas..

Raw Sketch Pelamin Pelangi Cinta

Pelamin Pelangi Cinta in Ivory, Red & White

Pelangi Cinta by Dina Halim Bridal Boutique dari pandangan depan

Pelamin ni sedang molek siap time Pameran Pengantin Malaysia by Urban Vibe Event kat Picc (Putrajaya) hari tu.. Sesiapa yang ada datang, dapatlah tengok secara 'live' hari tu.. So, kepada sesiapa yang berminat bolehlah contact kami melalui email dinahalim_butik@yahoo.com atau pm di FB kami Dina Halim.. Jangan lupa jugak 'LIKE' fanpage Dina Halim Bridal Boutique ye! (^_^)

Warmest Regards,
Kak Nad

Friday, July 29, 2011

Masyitah & Zul Hasyeem (Pusat Komuniti Bandar Tun Razak & KGPA)

As Salam Dearies..

Lama sangat tak update blog sampai bila nak update tadi tecangak-cangak saya mencari button-button sekalian..Haha! Series..siap macam tak biasa sgt jadinya..

Ini pun saya nak update sikit-sikit gambar pelamin and baju-baju terbaru kami.. Wedding Masyitah and Zul Hasyeem, pihak kami bertanggungjawab membuat job untuk kedua belah pihak. Resepsi Mas bertempat di Pusat Komuniti Bandar Tun Razak manakala Zul pula bertempat di KGPA, Damansara..

Tema pilihan Mas adalah biru dan orange..(Nak eja oren cam tak best je..so tukau orange..hehe).. While Zul pulak pilih tema kuning and grey untuk pelamin, champange untuk kaler baju.. Semua fotografi adalah daripada Cherita Pictures ye.. Saya mengkidnap gambar-gambar ni dari Facebook Mas and Zul..

Jom layan!!







Mas ambil pakej pelamin 'Tru Blue, I Love You', dan add on tempahan baju baru.. Manakala Zul menggunakan pelamin Roman Garden yang mana version roman pillars tu memang pada asalnya kami buat mengikut keseuaian KGPA itu sendiri.. Ingat tak last year wedding Anne HotFm tu? Boleh tengok balik gambar-gambar Roman Garden kat sini..




Baju Eksklusif Champange by Dina Halim Bridal Boutique

Ok last sekali untuk bertandang.. Yang bestnya diorang ni, majlis bahagian Zul dua kali tau.. Satu kat kampung beliau, yang KGPA untuk kenalan kat sini.. So untuk bertandang di kampung Zul, diorang menempah baju songket bunga tabur hijau pucuk pisang dengan kami..



Masyitah mengenakan Baju Songket Bunga Tabur Hijau Pucuk Pisang by Dina Halim Bridal Boutique



Ok korangs, any enquiries bolehlah email kami dinahalim_butik@yahoo.com.. Insya Allah kami akan membalasnya secepat mungkin..


Hugs and Kisses ,
Kak Nad
(012-3445672)









Wednesday, July 27, 2011

Jawatan Kosong di Dina Halim Bridal Boutique

Kepada yang berminat, bolehlah hubungi kami di 012 - 344 5672 atau 012 - 650 9550