Friday, January 22, 2010

Omelan waktu senggang

Salam,

Dear brides to be.. Hari ni saya akan bebel-bebel sahaja sebab setakat ini belum ada update job yang baru. Harap maklum, orang baru macam butik saya ni ada la sikit-sikit job. Rupa-rupanya bila masuk industri perkahwinan ni, banyak yang saya belajar. Kelakar pun ada juga, *nanti saya cerita apa yang kelakarnya* tapi yang penting semuanya ilmu yang tidak ternilai bagi saya dan ahli keluarga yang lain.

Ya, bagi yang masih tidak tahu. Ini adalah perniagaan keluarga. Buat masa ini, saya masih lagi malu-malu kucing untuk bercerita sepenuhnya mengenai sejarah penubuhan. Apalah sangat hendak saya ceritakan, biasa-biasa. Orang kampung pulak tu =)

Sentappp nanti orang kampung Sungai Choh. Ye, pertama kali kami join Pameran Pengantin di Mid Valley, saya di kejutkan oleh ibu saya *tak la terkejut sangat* dengan cerita yang di sampaikan oleh beliau. Ibu saya berkata, ada seorang Hamba Allah berkata dengan nada yang sinis seolah-olah memperkecilkan kehadiran butik yang bak kata orang di pinggiran bandar ini.

"Ha? Rawang? Tak pernah dengar pun. Mana Rawang ni? Dah la tak pernah dengar, kenapa mahal sangat?"

Wahai readers yang kebanyakannya strangers in realiti *takkan strangers in fiction kan? kamu real kan? heh*.. Marilah sama-sama kita Google Rawang ni ye. Ada, wujud.. Sahih sangat wujud tempatnya Rawang ni. Dan kami turut menggunakan matawang Ringgit dalam urusan jual beli. Nak beli plywood, nak beli cat, nak beli perkakas membuat pelamin, nak beli paku-paku kecil yang nampak murah bagi orang berduit, nak beli skru-skru remeh untuk orang yang mulutnya skru agak longgar, nak beli baju cantik-cantik memukau mata brides to be, nak beli artificial flower dari gred A ke gred Z, nak beli pelbagai benda yang saya rasa cantik untuk kepuasan mata brides to be memandang khasnya =)

Jadi, janganlah sampai macam tu sekali. Janganlah berkata siang tak pandang-pandang. Ibu saya pun terhairan sejenak. Hati saya terdetik dua jenak;

"Aik, kalau duduk Rawang, barang-barang nak buat pelamin murahkah? Beli baju siap di butik terkenal KUALA LUMPUR dapat diskaun kah? Beli bunga-bunga artificial atau bunga segar di KUALA LUMPUR guna matawang Rupiah kah?"

Aduh~ Macamana nak terangkan? Lantas saya ambil jalan untuk memberi penerangan yang tidak berunsur kemarahan. Bhaha.. *Aku tak marah babe, aku nak lu faham je*

Modal kami tak besar. SILAP BESAR bila ORANG INGAT KAMI BESAR. Alahmdulillah, saya ni ada background berniaga walau tak lama, adalah juga. Before ambil keputusan bersama keluarga terchenta, setelah berdiskusi dan berdebat bersama suami tersayang, maka lahirlah butik yang saya idam-idamkan. Pada mulanya, bukan butik pengantin. Saya idamkan butik busana muslimah sebenarnnya. Tapi entah bagaimana, setelah segala research yang saya lakukan, saya fikir. Kenapa tidak butik perkahwinan sahaja?

Alang - alang saya gembira bermain dengan warna..
Alang - alang saya gembira bila nak beli bunga..
Alang - alang ayah saya juga pandai bertukang..
Alang - alang ayah saya ada basic architecture kecil-kecilan..
Alang - alang suami saya rajin menolong saya kemana - mana..
Alang - alang suami saya kreatif juga rupanya..
Alang - alang ibu saya nak pump in modal sikit, apasalahnya?


Benar, ayah saya bertukang sendiri, dan kadang-kala di bantu oleh seorang/dua pekerja part-time yang mana beliau sangat cerewet, kadang - kadang akhirnya buat sendiri je pelamin tu with his own bare hands! Tak percaya? Datang lah ke butik kami untuk melihat workshop kecil beliau. *haha, tetiba ayat ajak dtg butik*

Cuba fikir ye, ingat senang nak bertukang dan kadang - kadang kaki terpijak/terhempap benda-benda pertukangan? Berpeluh-peluh, terbatuk-batuk sebab habuk kayu yang berbahaya and nak menyiapkan panel kayu siang dan malam? Time nak cat, ingat best? Ingat bau Chanel No. 5 ke? Selain tu, saya bukannya nak berniaga sehari semalam, saya tidak percaya kepada perniagaan slashing price sampai orang mati and lama-lama sendiri mati tak hidup-hidup. Sebab saya pernah nampak banyak contoh sekeliling, turun harga, harga runtuh, then bagi barang yang kualitinya setimpal dengan harga yang di beri. Akhirnya, siapa yang rugi, siapa yang untung? Dapat pulak kalau terkena kes penipun http://www.perjalanan30mei.blogspot.com/ (Ika) *tapi dah jadi invited blog la pulak..huhu*, nampak promosi butik murah yang tak terkira murahnya. After a while, rupanya dapat detact butik tu tak transparent. Tak telus. Janji macam-macam, tapi rekod tak elok. So, brides to be yang lain. Make sure pilihan awak tepat. Banyakkan research ye.

Banyak lagi la, lagi-lagi dengan aksi kelucuan saya yang akan bertanya asal tak sesat jalan ni. Saya tahu, ilmu di dada tak lah banyak macam kebanyakan butik andaman yang dah berkecimpung sepuluh, duapuluh tahun dalam bidang ni. Maka dengan itu, saya selalu lah meringan-ringankan mulut bertanya itu - ini, pendapat orang yang berkebolehan. Tapi saya belajar perlahan-lahanlah, siapa saya nak mendabik dada kata saya hebat. Sampai mati pun, kita ni manusia biasa. Tiada yang hebat kecuali yang Maha Esa.


Oleh yang demikian, itu sajalah omelan saya pada malam ini. Penat la nak tulis panjang-panjang. Jangan lupa ramai-ramai masuk contest kami ye :) Kalau tak nak, ok jugak. Hahaha *Macam tak ikhlas* Tak la, dah tuuu... Senyappp je.. Bagi hadiah free pun tak mau ka? :p

Nota kaki : Sebab ayah saya pandai bertukanglah, koleksi pelamin kami ini boleh cover 4-5 job untuk seminggu. Alhamdulillah, Allah bagi kelebihan itu pada kami. So, bagi bakal pengantin yang nak kahwin date glamer-glamer tu, cepat-cepatlah book kami ye. Outstation seminggu sekali sahaja.

Nota bawah kaki : Enam hari bulan enam sudah full. Maka sepuluh hari bulan sepuluh jangan santai-santai. Dua puluh haribulan sepuluh juga. Dan sekalian pengantin yang akan berkahwin pada bulan Disember. :)



Lots of love,
Dina Halim Bridal Boutique



Nota lantai : Puan Jemari Kreatif, badge/banner awak nanti saya update. Sebab saya nak design badge baru Dina Halim. Saya kepingin warna macam ni. Maka, ianya masih dalam pembikinan.



Pink and Latte. Saya teringin nak dapat job Pink and Chocolate. Yummy!

Picture : click here

12 comments:

  1. mulut org kita bkn blh tutup kak...asalkn kite tahu niat kita baik hnya utk bniaga n menolong bakal2 pengantin...tpulang pd mereka hndak menilai nya...lieza pon hnya org biasa2 yg baru nk mnceburkn dri di lam dunia wedding planner ini...semoga kita trus dberi kekuatan utk mnjaga amanah yg Allah berikan ini..=)

    ReplyDelete
  2. :) betul tu..Semoga Allah sentiasa bersama kita, amin~

    ReplyDelete
  3. ish ish ish mulut sapa yang cakap tu?
    keji lah dia..hehe!

    biasalah orang dengki kan kak...
    memang macam tu lah...
    tak payah layan sgt..
    lagipon orang2 macam tu bukan dia yg bg kita makan pon..

    dina halim butik saya tengok dah berjaya apa..
    chayok!

    ReplyDelete
  4. akak,

    saya dah book (10.10.10)..hehe..saje nk menyampuk.. akak dtg umah dilla ye..sori akak dtg, saya x de kat rumah..anyway..akak mmg best..keep it up...

    DILLA
    BATANGKALI

    ReplyDelete
  5. sepet, orang itu adalah..*uhuk*..*uhuk*..mana la kitorang kenal..hehehe..orang upahan tu..mungkin 'pembunuh bersiri'..*hakhakhak* (tiru Qery gelak jap)..

    apa2 pun, tq sepet sebab selalu menyokong dina halim dari awal kemunculan :)

    ReplyDelete
  6. Dilla,

    Ye.. Kitorang da tgk umah Dilla..Adik Dilla, Hafifi pun da confirm :) adik-beradik yang high taste. Hehe. Bilik Dilla akak da tengok, nanti kita further discuss k?

    ReplyDelete
  7. akak,

    hehe..x de le high taste...suka tgk benda2 lawa nh..rugi x kenal akak b4 saya engaged hari tu..kalau tak,confirm mase engaged pun saya guna service akak..ok,nnt kita further discuss..tq kak

    DILLA
    BATANGKALI

    ReplyDelete
  8. Salam Dina Halim..
    Terpukul semangat bila membaca coretan diatas.. Anna memang bercita-cita "kalau ada modal lebih" nak buka butik pengantin. Tapi buat masa ini,.. masa especially "RM" belum mengizinkan.. hehe.. Now cuma buat freelance makeup, Alhamdulillah walaupun x seramai & x sehebat makeup artist yang terkenal, kalu nak dikira2 dah lebih kurang 20 orang yang kena hasil air tangan Anna hehe.. InsyaAllah.. mayb one day i'll have my own.. nanti boleh lah tempah pelamin dari ayah Dina yang pakar ya.. Teruskan usaha, tolak tepi apa orang nak kata. Coz selagi bernama manusia, mereka akan berkata2..

    Saya doakan agar kita sama2 berjaya dalam business yang kita ceburi.. Amin..

    AnnaJoe

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum...

    Apa yg di Ceritakan Dlm Omelan2 Akk ni samalah mcm kami...Bukan Org2 jew yg ckap mcm2 tapi bakal2 pgantin ni pun sama...Kalo Nak Majlis yg Grand pandai2lh bagi Bajet Kan?ingat semua benda free ke?setakat ni kami belum dpt untung 1 sen pun dgn service yg kami bagi...tapi tkpe anggap Sebagai Sedekah jew...yg penting Mula dari Bawah & BE THE TOP..Rasanya kita bertapak pada Tahun yg samakan ?!
    HOPELY KITA BERJAYA DALM BIDANG NI ONE DAY Dalam MASA YG TERDEKAT...AMIN...

    ReplyDelete
  10. Salam Anna Joe & Butik Pengantin,

    Rasanya saya dah ada tulis komen di blog Anna, tapi tgk2 tak ada pulak..Lupa dah apa saya cakap.. Tak apaah, alang2 ada komen dari dua vendor daam bidang yang sama, nak komen sekali gus la :)

    Anna, baguslah jika kata-kata saya memberi semangat kepada awak. Kita memang kena selalu mencari semangat/inspirasi untuk berjaya. Bukanlah nak kata 'contohilah saya' cuma saya ingin mengatakan betul la apa yang Anna katakan tu. Bagus untuk kita sama-sama berkongsi cerita dan semangat yang kita ada. Nanti saya akan cerita siapa sumber inspirasi saya ye :)

    Butik Pengantin, pada mulanya saya macam nak-tak-nak je approve comment awak. Sebab saya takut akan mengecilkan hati mana-mana pihak yang pada saya tak sepatutnya kecil hati dengan ayat awak. Memamg, masalah mana-mana perniagaan pun kena sentiasa menjadi terbaik untuk pelanggan mereka. Tapi tak perlulah kita buat sesuatu yang tidak ikhlas kita lakukan.

    First rules in business is Customer is the King. Kita dalam servis line, tak bolehlah marahh pelanggan kalau mereka banyak kehendak. Nama pun pelanggan. Sifat pelanggan berkehendak. So kalau boleh kita penuhilah dengan cara yang TERMAMPU.

    Macam ni, apa yang saya amalkan dalam memenuhi kehendak pelanggan saya adalah, saya lihat dulu samada kehendak itu berbaloi untuk saya. Maksudnya, berbaloi dalam jangkamasa yang panjangkah? Atau kehendak itu sekadar boleh memenuhi beberapa waktu yang singkat. (Tapi still ada solution sebenarnya).

    Kemudian, kalau tak boeh nak ikut kehendak mereka, cakap secara elok kenapa. InsyaAllah mereka faham. Kenapa kita mesti terpaksa rasa BERSEDEKAH pula kan? Kalau tak boleh, biarkan saja mereka cari vendor yang mampu menawarkan harga yang mereka kehendaki.

    Oh, mengenai keuntungan.. Mana2 perniagaan pun memerlukan sekurang-kurangnya 2 tahun untuk mendapat untung bersih. Yang lain tu apa lagi, keep rolling rolling rolling yo!

    :)
    p/s : InsyaAllah kita berjaya jika berada di landasan yang betul (itu mak saya selalu cakap)

    ReplyDelete
  11. tah pape tatau rawang..mesti tak selalu jalan2 ye kak..tak macam kite..sume ceruk kite merayap kot..

    kot yea pon tak yah la nak ckp macam rawang tuh takde dalam peta malaysia..meh dtg sini meh..byk tempat menarik gua tunjuk kat lu..hahaha

    akak..ti sy singgah butik akak ek.ngah survey2 ni..baju cantik2 mase sy lalu kat kedai..
    hehe

    husna zainal
    RASA
    HULU SELANGOR, MALAYSIA

    ReplyDelete
  12. salam kak,
    nak tanye sbb entry akak ni citer pasal pelamin yg ayah kakak buat sendiri kan? kalau pelamin roman tu berapa ya harga kalau nak tempah?

    ReplyDelete