Penat masih terasa, al-maklumlah ini pertama kali kami setup masuk exhibition. Lagi-lagi persiapan kami ala kadar memandangkan butik pun belum mula beroperasi. Tapi Alhamdulillah, sambutan masih dikira baik. Ramai yang bertanya mengapa koleksi baju kami terhad. Untuk pengetahuan semua, pihak Dina Halim amat mementingkan kualiti. Kami tidak mahu mempuanyai kuantiti yang banyak, tapi kualitinya tidak bagus. Kami sangat mementingkan kepuasan pelanggan kami. Disebabkan itu, koleksi kami buat permulaan ini adalah apa yang kami paparkan. Maka dengan itu, jika terdapat sebarang request warna dari pihak anda semua (terutama warna yang kami belum ada) boleh berbincang dengan kami. InsyaAllah kami akan update koleksi Nikah pula nanti.
Jom tengok Dina Halim Bridal Boutique sepanjang PAMERAN PENGANTIN MALAYSIA 2009 di Mid Valley baru2 ini.
No comments:
Post a Comment