Friday, August 27, 2010

PENAFIAN @ PEMBERITAHUAN

INI PENTING ;
Segala isi kandungan dan gambar-gambar di DINA HALIM's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada DINA HALIM's blog. Sekian, dimaklumkan sekali lagi.


Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

- Oh~ di atas ini ada link puan Viruspadu, saya linkkan supaya sesiapa yang tak insof2 lagi dan berniat jahat *gunting dalam lipatan* , silalah insof.. Jangan la ingat kita di alam siber ni boleh nak menyorok-nyorok bila dah buat orang. Saya juga tidak teragak-agak mengambil tindakan pada sesiapa yang meninggalkan apa jenis komen yang boleh mendatangkan perasaan tidak sedap hati pada saya dan keluarga saya.

Tq adik manis sepet, yang memberikan akak tunjuk ajar. Terima kasih, sifu :) 

p/s : saya tak kisah sama sekali jika mana-mana gambar dan ayat dalam blog ini di ambil dan di letakkan di blog saudara / saudari, asalkan blog Dina Halim di berikan kredit.
 
p/s lagi : Noks, blogger yang tegar akan faham apa yang saya rasa. Mentang-mentanglah saya ni blogger pemalas tahap gaban perkasa hitam, itu tak bermakna saya suka kalau orang copy paste apa yang saya tulis, tanpa meminta izin. Saya pun segn ok, nak copy paste apa2 tanpa izin orang.

Thursday, August 26, 2010

Urban Vibe Online Contest

Salam,

Ada info mengenai pertandingan online bagi blogger brides-to-be oleh penganjur Pameran Pengantin Malaysia, Urban Vibe Event.

Sila ke blog rasmi PAMERAN PENGANTIN MALAYSIA untuk maklumat lanjut.




Good Luck dearies! (^_^)

Sunday, August 22, 2010

Tasneem & Fathi, Dewan Sri Siantan, Putrajaya

Salam,

Jom tengok gambar-gambar majlis resepsi Tasneem dan Fathi di Dewan Sri Siantan, Putrajaya. Tema warna adalah biru dan krim. Dina Halim telah membuat deco dari pelamin 5 panel (Tru Blu, I Love you), 2 pillar arch, 12 walkway aisle dan Hi Table Deco. (Gambar adalah ikhsan dari FB Tasneem dan juga dari official fotografer, Katak Photography).





Pelamin 5 panel - True Blue, I Love You

The lovely Tasneem & Fathi

6 walkway aisle berlampu + 6 walkway aisle tiang biasa
Dewan Tasneem besar, boleh memuatkan lebih dari 1000 pax. Gabungan dua dewan, Dewan Sri
Siantan 1 & 2.

Pillar arch

Our Collections of Mini Pelamin

Salam,

Lately ni, ramai pengantin to be email saya bertanyakan mengenai Mini Pelamin. Ramai yang sedang bersiap-sedia untuk melangsungkan pertunangan, dan juga perkahwinan. Atas permintaan pengantin to be, saya akan mengupload koleksi mini pelamin Dina Halim untuk tatapan semua.

1) Mini Pelamin Basic
Simple yet affordable.


Engagement Mazni, Sungai Choh, Rawang

Engagement Iwana, Keramat, Kuala Lumpur

Solemnization Raja Aini, Alam Damai, Cheras

Engagement Nani, Wangsa Maju, Kuala Lumpur

I personally love this combination. Pink and orange. Rasa macam fresh, comel sangat-sangat, thanx Nani,sebab bagi kepercayaan pada saya untuk try combination ni :)


 
2) Mini Pelamin Izni

 Engagement Izni, Sungai Buloh, Selangor

This is our first attempt doing mini pelamin. Insya Allah, this coming September ada one of my client yang buat colour purple.


3) Mini Pelamin Panel

Solemnization Elly, Sungai Choh, Rawang



Yang mana satu pilihan anda? Bolehlah email kami dinahalim_butik@yahoo.com atau text saya directly 012.3445672, untuk feedback yang lebih pantas.

Sekian, Terma Kasih.

Selamat Menghayati Ramadhan Al-Mubarak dari kami, Dina Halim Bridal Boutique Team Members.

Tuesday, August 3, 2010

Dina Halim penaja Pameran Pengantin Malaysia @ MVEC 2010

Salam,

Facebook Dina Halim masih memberikan masalah. Saya tetap tak dapat recognize sesiapa dalam picture yang di tag. So, camne ni? Maaf kepada yang mesej atau menunggu saya approve sesiapa antara kamu.

Hari ni saya nak upload gambar dari Pameran Pengantin Malaysia di Mid Valley Exhibition Centre tempoh hari.

Pelamin ni combination pelamin tiang bulat dan kiri-kananya kami guna panel tiang Roman. Ayah saya ada bagi nama, tapi kanggg..ada anonymous yang terlebih prihatin tersedak kang. Haha. Tapi, bak kata auntie saya "ada aku kisah.."
Kadang-kadang saya bagi nama kepada pelamin kami untuk kesenangan para customer jugak. Sebab selalunya customer yang telefon, akan blur-blur tak tahu nak bagitahu pelamin mama satu. Karang, saya bagi nama pelamin 'cinta ku yang teguh berdiri' kang..Orang gelak pulak..Lagipun, saya biasanya akan memilih nama yang senang untuk di ingati, ianya penting untuk penghafalan kami juga. Kalau nama pelamin pun dah panjang-panjang susah nak ingat, baik tak yah. Kan?

Pelamin combination ni nama dia
Cinta Taj Mahal
Sapa tak suka, shadap u..I punya produk, I bagi namalah.. :)



Qery berkata : " Waduhh..cantiknya bakal isteri aku"..Tengok tu, mata dia pandang si sepet macam nak terkam!

Make Up by Lya ku sayang..Love your touch dear! Gorgeous sangat!

"Owh~ kacaknya abang Qeryku" sepet berkata dalam hati.. (agaknya lah..haha)

Hana & Qery yang sedang di make up oleh puan Lya kita

Alahai~ Kan comel tu..Ayu je..

Qery & Hana bergambar di tapak pameran kami. Pelamin ini di namakan 'Mini Roman'.
 Lebih simple dari Roman Garden yang sebenar.

Saya, selaku pihak Dina Halim Bridal Boutique ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak penganjur, Urban Vibe Event kerana memberi peluang kepada kami untuk menaja stage kali ini. Terima kasih juga kepada follower blog ini yang sehari ke sehari makin meningkat jumlahnya, walaupun saya mempunyai penyakit 'M' mengupdate blog. Terima kasih atas sokongan kalian. Saya amat menghargainya, setiap detik, setiap waktu.

Salam sayang dari saya yang menghargai anda,
Kak Nad
(^_^)

Monday, August 2, 2010

NOTIS

Salam,

Maaf atas kelewatan notis. Kami akan beroperasi bermula 4hb Ogos 2010 nanti. Maaf, tak dapat nak online selalu, kami masih berada di Jakarta (28 julai - 2 ogos 2010).. Urusniaga berjalan seperti biasa pada tarikh 4hb Ogos nanti.


Terima Kasih


p/s : facebook pun tak boleh nak online, sebab dia suruh recognize muka friends yang saya tak cam sesiapa pun.. Huhu..